iDAN

31 Januari 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala tambahan yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala tambahan ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka dengan-NYA.

SUMBER: Tengkunizam [dot] com

Awak Ada Laman Sosial?

Agak lama juga saya tidak menulis nota-nota berguna yang InsyaAllah boleh saya jadikan peringatan untuk diri dan pada yang lain-lain. Terpanggilnya saya untuk buat artikel ini pun sebab sudah tak dapat bendung kerisauan terhadap masalah yang satu ini. Masalah yang sangat-sangat kronik pada masa kini bagi saudara seagama yang hampir keseluruhannya mempunyai akaun di laman sosial.

Mungkinkah perbuatan saya untuk melihat-lihat gambar di Facebook mereka itu salah? atau mungkin juga salah bagi saya untuk memperlihatkannya kepada orang lain? kerana mungkin ada yang berpendapat saya melihat dan menunjukkannya tanpa izin si pemilik terlebih dahulu? bagi saya tidak sama sekali! Sebabnya sudah sah memang pemilik akaun itu yang memuatnaik gambar-gambar peribadi miliknya di Facebook yang mana kita tahu apa tujuan Facebook ini bukan iaitu tidak lain tidak bukan; Facebook helps you connect and share with the people in your life ditambah pula lagi dengan ayat ini; It's free, and always will be. Cukup menarik bukan? Sudahlah boleh berkongsi dan berhubung, percuma pulak. Siapa tak mau kan?

Ya, oleh kerana mau berkongsi dengan orang-orang lain di dalam kehidupan kita itulah kononnya maka kita pun dengan percumanya berkongsi segala gambar-gambar kita. Maka bermacam-macamlah yang dimuatturun dengan bangganya dan bermacam-macam perkara lagilah yang dikongsi seperti peristiwa, hobi, tempat yang dikunjungi dan tak kurang juga yang ambil peluang promosi perniagaan, buat pengumuman dan berkongsi info dan pengetahuan. Itu baru cakap pasal gambar, belum lagi yang berkongsi links, video, dan yang paling kelakar dialah yang paling update konon hinggakan perkara remeh macam baru beli Sardin setin pun nak ditulis dipost! Tak kurang juga yang buat fitnah, mengumpat, meluahkan rasa kasih tak kesampaian dan melepas kegeraman pada orang yang dia tak puas hati! Maka dikongsikanlah juga dengan percuma segala dosa-dosa orang yang memulakan segala-galanya tadi!

Kadang-kadang saya tidak faham dengan orang-orang yang macam ni. Kalau yang dikongsi itu setakat hal-hal kecil dan sekadar ingin menambah pengetahuan tak apalah. Tapi sampai mengata orang lain, mengutuk, mengaibkan, provokasi, batu api & pelbagai benda-benda negatif lagilah!

Jadi, bercakap dari perspektif seorang Muslim dan berdasarkan pelbagai sumber yang pernah saya cari maka di sini saya dapati pelbagai fakta macammana akaun di laman sosial seseorang Muslim itu boleh menjadi dosa yang berterusan. Astaghfirullahhalazim. Nauzubillah. Terutamanya bagi kaum hawa yang mana agak berat..

Kita tahu kita boleh upload gambar & tunjuk kepada orang-orang yang kita dah add jadi kawan di laman social ini, tapi sedarkah kita bahawa kadang-kadang kita letak gambar-gamabr yang melampau sehingga melanggari adat dan tuntutan agama suci Islam? yang kaum perempuannya kalau letak gambar bukan main daring lagi tunjuk aurat, itu baru aurat, belum lagi menayangkan aksi dan ragam berpelukan dengan teman lelaki.

Bertepatan dengan Firman Allah SWT:-

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."( An Nur: 31 )

Bagi sesiapa yang pernah membaca al-Quran iaitu pada ayat ini, sudah jelas Allah SWT berfirman dengan seindah-indah ayat dan selengkap-lengkapnya penyataan maha pencipta yang sempurna untuk memberi penjelasan kepada hambanya, tetapi dengan ayat ini sekali pun mereka masih boleh menafikan malah membezakan antara dunia dan akhirat. Mereka membidas bahawa dunia itu dunialah, akhirat lain cerita, ada pulak yang cakap kita taksub dengan agama dan ada pula yang cakap 'baik kau delete akaun Facebook kau sendiri!' saya cuma mampu tersenyum sahajalah bila kena balik. Tidak apalah yang penting kita dah sampaikan kan?


Memanglah kita tak sedar secara realitinya menunjukkan yang kita dedah aurat bergaul di antara bukan muhrim, tetapi konsepnya sekarang kita rakam & abadikan gambar-gambar itu lalu dengan bangganya tunjuk kepada orang lain . Kalau selama ini depan ibu bapa ,keluarga & orang sekeliling kita memang tidak mendedah aurat malah menjaga adab, tetapi tiba-tiba upload gambar peluk-peluk dengan teman lelaki ataupun perempuan, dan yang lebih lucu boleh pula tukar-tukar status! singlelah, marriedlah, enggaged lah, divorced lah dan macam-macam lagi. Apakah maknanya kita mempamerkan aurat dan adab pergaulan kita bagi yang Muslim dan belum punya ikatan perkahwinan yang sah? tidakkah itu kita secara berani dan tanpa adab serta sopan telah berlaku biadap? mendedahkan keaiban dan juga kemungkaran kita tanpa rasa malu dan bersalah atas nama agama? menconteng arang ke muka keluarga? Mungkin kita dah tidak ada rasa hormat dan adab pada manusia di sekeliling kita atau keluarga, tapi beradablah pada Allah SWT! banyak lagi ayat Allah berkenaan benda2 ini tetapi ayat di atas bagi saya sudah cukup untuk menyimpulkan hampir kesemuanya. Pesan Rasullullah SAW yang mana di antaranya:-

Di dalam Sunan Abu Dawud Vol. 4, muka surat 370, Hadis No. 5273, diriwayatkan dengan kebenaran Nafih bahawa Muhammad Sallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

"Usah berjalan di antara dua lelaki ataupun di antara dua wanita di satu lorong." [HR Abu Dawud]

Ini bermakna, secara umumnya umat Islam perlu mengelakkan dari membuat sebarang hubungan dengan pihak yang berlainan jantina, sama ada dengan sesama Muslim ataupun bukan Muslim. Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian ke atas keadaan tertentu di mana dibenarkan bagi lelaki bukan mahram dan seorang perempuan untuk berinteraksi, umpamanya bagi tujuan dakwah (mengajak kepada Islam). Walaubagaimanapun, jenis pergaulan yang dibenarkan pada keadaan ini, bukanlah bebas, dan ianya terhad mengikut aturan dan batasan-batasan tertentu yang dibenarkan oleh Syara'. Kaum Muslim hendaklah memahami akan hukum-hakam dan batasan ini, sebelum terlibat dalam pergaulan atau interaksi itu tadi.

Apa yang cuba saya sampikan di sini adalah sekadar berpesan bahawa pergaulan yang melampaui batas adalah haram di sisi agama Islam. Apatah lagi dengan sengaja menghebahkannya menerusi Facebook. Sedangkan gambar-gambar intim lelaki dan wanita yang sudah berkahwin pun kurang elok dipaparkan di khalayak umum dek kerana keintimannya yang teramat-amat, inikan pula bagi kita yang baru mengenal alam cinta monyet dan langsung tak ada ikatan sah di sisi agama Islam. Tapi dengan bangganya dimuatturun dan dipertontonkan lalu orang-orang yang melihat pun comment! Tak kurang pula yang tak komen tapi mengeji dan mengata-ngata pada orang lain. Bukankah kita telah menyebarkan dosa? orang berdosa, kita apatah lagi berganda-ganda dosa. Kendati kita taat sekalipun sembahyang tapi selagi kita biarkan gambar-gambar itu berada di Facebook untuk tontonan orang ramai, maka dosa itu tetap akan berterusan.

Kalau ibu bapa yang nampak alangkah kesian nasib mereka dengan tak menyangka anak-anak yang dididik macam tu kesudahnnya. Iyalah, ibu bapa tidak ada Facebook jadi tak akan nampaklah kononnya..tapi tak dapat saya bayangkan betapa malu dan kecewa ibu bapa kita kalau nampak gambar anak-anak diorang macam ni kan? memadailah kita simpan gambar-gambar itu hanya untuk fail peribadi kita..itupun kalau dah nikah! kalau pun simpan gambar tu secara peribadi tapi intim peluk-peluk, bersentuhan dengan tiada ikatan sah, apa gunakan? Sesungguhnya Allah itu tidak buta! bukan apa kita tak maulah adab kita disamakan dengan orang-orang barat sebab di barat, wanita dilihat sebagai objek seksual dan perasaan hormat terhadap wanita di barat hampir tiada sama sekali. Malahan, jika adapun rasa hormat itu, ianya lebih tertumpu kepada sifat fizikal luaran semata-mata.

Kadang-kadang tak dapat saya tahan kekecewan dan kesedihan apabila terlihat gambar-gambar orang yang dikenali malah rapat dengan kita di dalam keadaan yang ditegah oleh tuntutan agama Islam dan di pertontonkan. Seolah-olah memperlekehkan hukum dan agama Islam yang semakin hari sakit keadaannya sehinggakan ketika ada hari pembakaran Al-Quran secara besar-besaran kebanyakan umat Islam masih berat hati untuk membacanya walaupun hanya pada bulan Ramadhan! bibir hanya mampu tersenyum, tetapi hati sesungguhnya amat terguris, seraya doa pun dipanjatkan kepada Ilahi demi memohon hidayah dan keampunanNYA dengan harapan agar saya dan yang lain-lain diberi kesedaran dan kekuatan.

Oleh kerana saya ada saudara seagama dan sekandung maka sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memperingatkan..bak kata orang "a very gentle reminder!" Mudah-mudahan kita terpelihara dari dosa-dosa besar dan kecil dan paling penting terpelihara dari fitnah Dajjal! Sesungguhnya saya sekadar hamba Allah SWT yang sangat2 kerdil dan lemah, segala yang buruk datang dari saya dan yang baik datang dari Allah SWT!

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [At Taubah 9:71]

- Artikel iluvislam.com

Catatn ditulis oleh:

Mohd Hafzan Bin Khamis pernah berkerja sebagai Eksekutif Pengurusan dan Perniagaan di beberapa syarikat swasta dan pernah menjadi tutor/lecturer sambilan.InsyaAllah masih merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atas sebab minat dengan ilmu pengetahuan terutamanya di dalam bidang agama.


Ulasan iDAN:

Elok kita dalami nasihat di atas; cubalah menjadi seorang insan yang memahami akan kejutan ICT yang global tanpa batas sempadan ini. Eloklah ditegur akan satu kemungkaran pun eloklah diambil suri teladan yang baik jadikan laman sosial ini ke arah Amar makruf nahi mungkar.

Aku sendiri baru sangat mengenali FaceBook (FB) ini; tetapi sebelum ini telah lama bergaul dengan rakan di MIRC, FM, Blog, Tagged dan banyak lagi lamam sosial di intertenat@dunia maya berligar. Tak dapat dinafikan aku banyak menimba pengalaman pahit pun manis dengan dunia maya ini.

Yang penting bagaimana kita menggunakan laman sosial ini. Niat hati atau gerak hati pertama yang baik kenalah dikawal agar terus baik tanpa menjadi cacamarba. Paling bahaya jika terperangkap cinta terlarang. Kejutan kasih atau masalah mengadu domba yang tanpa batasan.

Pokok pangkalnya hati kita; jika di dunia nyata kita pandai membawa diri pasti di dunia maya juga kita seharusnya pandai membawa diri. Tiada bedanya dua dunia ini. Andaikata otak, hati, serta perasaan kita memang kalut; kotor, berdaki hatta aku pasti dunia maya ini akan menjadikan kita manusia lebih cepat rosak, hancur malah bakal menjadi kawan syaitan yang amat dimurkai oleh Allah SAW. Sebagai seorang Islam yang ajarannya amat mahukan penganutnya berhati mulia kenapa tidak kita gunakan FB atau laman sosial ini satu wadah berkomunikasi yang pantas lagi berukhuwah mulia.

30 Januari 2012

J.M Aziz

Oleh: Djazlam Zainal

Penyu Menangis Siapalah Tahu *

Anak muda berlagu sayang
di bukit remis melepas rindu
adik ketawa di rantau abang
penyu menangis siapalah tahu

Sesak nafasnya sesak
tak tahu adik tak tahu
sebak dadanya sebak
tak tahu adik tak tahu
bengkak jantungnya bengkak
tak tahu adik tak tahu

Retak hatinya retak
tak tahu adik tak tahu

Lenyap ditelan derauan ombak
telur penawar hatinya lebur
tumpah air matanya melimpah-ruah
agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
di batu remis melepas rindu
adik ketawa di rantau abang
penyu menangis siapalah tahu
penyu menangis siapalah tahu

Kelabu matanya kelabu
tak tahu adik tak tahu
sendu tangisnya sendu
tak tahu adik tak tahu

Sayu jiwanya sayu
tak tahu adik tak tahu
layu langkahnya layu
tak tahu abang pun tak tahu

* telah dijadikan lagu oleh penyanyi nombor 1 Malaysia
Sudirman Haji Arshad


Puisi Penyu

Bergurau senda di rantau adik
bergetak ketawa di rantau abang
tetamu bertemasya lalu mengusik
jantung hatinya berlubang

Siapa tahu matanya kelabu
siapa tahu dadanya sesak sebak
sedang air matanya berguguran
di atas lubang yang dikambus
sering digali orang
namun demikian penyu bertelur seumur

Telurnya berlubang segar
telurnya mewangi pantai timur
telurnya berisi penawar

Demikianlah nyanyian
lagu puisi penyu
dalam derita menabur jasa


Kesian Dia *

Kasih sayang tiada sempadan
bagai laut dan pantai
nasib malang bercerai badan
bak pasir dibelah badai

Buah hati timbangan badan
tidak dua dan tiga
sudah berjanji berpegang tangan
kiranya terlepas jua

Kesian dia
kesian dia
kesian dia
kesian dia

Serakit sirih seumbut pinang
selaut kasih sepantai sayang

Kalau boleh pinjamkan selendang
abang rindu harum baunya
merayu pada yang disayang
jika ada sisa kasihnya

Kesian dia
kesian dia
kesian dia
kesian dia

Biduk sebuah kita bermudik
dibuai tapak gelombang
biduk kekasih itulah adik
tempat abang menumpang sayang

Kesian dia
kesian dia
kesian dia
kesian dia

Serakit sirih seumbai pinang
selaut kasih sepantai sayang

Ombak kasih datang bertandang
pantai sayang menanti
namun abang tetap mengenang
sendiri kehilangan hati

Kesian dia
kesian dia
kesian dia
kesian dia

Serakit sirih seumbai pinang
selaut kasih sepantai sayang


* telah dijadikan lagu oleh penyanyi nombor 1 Malaysia
Sudirman Haji Arshad


Berkolek Bersajak ( 1 ) *

Aku berkolek
di dada laut
dengan jala-jemala
kutebar sepenuh tenaga
memburu hidup

Aku bersajak
di tangga pondok
dengan mata pena
kukhabar kisah manusia
di pintu maut

Aku berkolek dan vbersajak
dari pantai timur
ke kuala selut
mencari penawar
turubn-turunlah angin selatan
sorong-soronglah kolekku ke Pelabuhan Kelang

19 Mac 1972

* telah dijadikan lagu oleh penyanyi lagu-lagu puisi Ibrahim Bachik


Sepi Itu Indah
( untuk seniwati Sarimah )

Serakit puisi seumbai madah
selaut sepi sepandai indah

Di bawah jendela pantai terbuka
di tengah laut nan sepi
kudendangkan lagu puisi
kuntum cintanya berkelopak kembang
setanjung kasih seteluk sayang

Puteri penyu bermadah
sepi itu indah
sepi itu penawar rindu

Putih kebiru-biruan
laut indah berbunga mesra
kucah manis menyimbah
kolek sebuah kita berdua
lalu berkayuh meniti buih
dari pantai timur ke kuala lumpur
berlabuh kasih

Puteri penyu bermadah
sepi itu indah
sepi itu pewangi kalbu


Sebutir Bintang
( untuk Sudirman Haji Arshad )

Sebutir bintang timur
bertapak
di hujung malam

Sebutir bintang timur
berkelip-kelip
gilang-gemilang
pamar-berpamar

Sebutir bintang timur
berkilat
terang benderang
bersinar banar

Sebutir bintang di langit pagi
sinar cahayanya berseri di muka
air pasang naik meninggi
riaknya berbunga emas manis
bertabur kembang selaut seni
mengharum wangi nama ibunda tercinta

Berita Harian 23 April 1989


J.M. Aziz, nama sebenarnya Abdul Aziz bin Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1934 di Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala terengganu. Anak kelima daripada enam orang adik beradik. Bapanya terkenal sebagai seorang penyanyi kasidah manakala ibunya penyanyi lagu-lagu rakyat.

Bermula dengan profesi sebagai polis hutan, J.M. Aziz terarah kepada puisi. Suatu dugaan yang maha berat diuji kepada beliau apabila beliau di korantin kerana penyakit kusta di Sungai Buluh, Selangor pada tahun 1965. Sejak itu kehidupan J.M. Aziz berubah. Beliau terus menggunakan nama Jiwa Merana tanda kesengsaraan yang membelenggu dirinya. Melihat keadaan itu, sasterawan A. Samad Said mengubahnya menjadi J.M. yang memberi maksud jiwa merana tetapi lebih manis bagi mengikis rasa deritanya yang terlampau. Begitulah asalnya nama itu menjadi sinonim kepada J.M. Aziz.

II

Biar pun J.M. Aziz pengkisah kepada lautan, malah pernah digelar penyair laut, namun beliau juga sinonim dengan panggilan penyair ' penyu menangis '. Ini gara-gara lagu yang didendangkan oleh allahyarham Sudirman, ' Penyu Menangis Siapalah Tahu ' mengetop dan menjadi siulan. Mengapakah lagu itu begitu ngetop sedangkan ia hanya sebuah senikata yang dicuplik daripada puisi? Sebenarnya, ' Penyu Menangis " adalah suara hati penyair buta ini yang mana ia adalah akibat derita penyakit kusta yang dihadapinya. Suara batinnya sungguh luar biasa. J.M. Aziz dilahirkan di perkampungan nelayan di pantai timur Malaysia yang kaya dengan kemiskinan itu. Membayangkan itu, saya terus terbayang kisahnya ' Gadis Pantai ' novel karangan Pramoedya Ananta Toer, yang mana mengisah penderitaan gadis pantai di tangan Bendoro. Derita itu dirasainya, kerana ayah dan saudara maranya adalah pelaut yang miskin. Biarpun kehidupannya agak sederhana, namun ia tidak mengubah nasib biarpun bertungkus lumus sebesar mana sekali pun. Ikan-ikan segar, pari atau ketuka, udang dan sembilang laut, sotong, kepah dan ketam segar akan jatuh ke tangan orang tengah, tempat nelayan mengambil wang pendahuluan untuk membeli jala, membetulkan perahu yang bocor, pecah, ataupun bagi membeli beras, minyak, asam garam, dan membeli pakaian anak-anaknya yang mahu ke sekolah. Tompokan jiwanya terus terusan merana dengan hal ehwal kehidupannya yang bertompokan hutang itu. Sebuah tragedi bangsa merdeka yang dilaungkan akan diberi jambatan emas hingga ke akhirat. Tetapi dengarlah lagu yang mereka dendangkan! Dalam lagu ' Nyanyian Ombak ' nyanyian Zubir Ali dengan groupnya Harmoni, Zubir menyinis, " laut lebih mengerti/ dari mereka yang berkata/ selembut puisi . "

J.M. Aziz tulus menyanyikan derita batinnya disamping menyampaikan khabar derita saudara-saudaranya pelaut pantai timur. Di manakah keadilan yang diharapkan. Orang yang bertungkus lumus mencari penghidupan, terus menerus dilanda kesusahan. Orang yang hanya menadah hasil perih terik nelayan, bisa lumayan hidup dan senyumannya yang melebar. Mereka berdasi baru, cantik dan tidak seperti kaumnya yang berdasi buruk, hapak dan pengap.

III

J.M. Aziz setia dengan alamnya. Keseluruhan puisi yang dihasilkan adalah berlatar belakangkan laut, nelayan, dan sekitar penderitaan pelaut. Dengan gaya puisi tradisi, yang mengharmonikan syair, pantun dan gaya Melayu, penyair ini cukup membesarkan negerinya Terengganu. Rasanya, penyair yang paling banyak menyerlahkan negeri kelahirannya adalah J.M. Aziz. Sudah tentu kerana kecintaannya kepada kehidupannya yang melarat itu dan santun bangsanya yang terus terusan hanya melihat kesengsaraannya dengan senyum mendada. Dan dengan puisinya yang girang dan kelihatannya senang dan santai, tambah menyatakan bahawa penyair ini sebenarnya sedang gembira dengan kesengsaraan.

IV

Pada awal 1990an, saya sempat bertandang ke rumahnya untuk membuat sedikit tinjauan bagaimana kehidupan penyair ini terus berlangsung. Saya sebagai staff sebuah institusi pendidikan Melayu terbesar iaitu Institut Teknologi MARA, Shah Alam ( sekarang Universitas Teknologi MARA )
berasa pilu dengan kehidupan sang penyair yang acapkali dibuai dengan ujaran yang muluk-muluk. Rumahnya, hanya rumah tradisi Melayu kampung yang melarat yang relatif naif. Di depan, berhadapan tangga rumah atau barangkali serambi tertulis dengan ironis ' RUMAH PUISI '. Saya ke sana dengan serampang dua mata, selain meninjau, juga mahu menjemput beliau bagi satu acara konvokensyen pelajar. Daripada acara blak-blakan seperti memanggil artis ( Inul barangkali ) lebih real saya seorang akademik memanggil penyair yang buta matanya tetapi terang mata hatinya. Dan saya berhasil membawa seniman besar ini ke mercu tanda keagongan ilmu manusia.

Semoga ia tercatat dalam sejarah penulis.


Wajah ceria penyair besar ketika mudanya pada tahun 1952

29 Januari 2012

Afiz Juara AJL 26

Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 26, hanya 5 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 26, Naib Juara Lagu 26, Tempat Ketiga Juara Lagu 26, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.

Apa yang menarik, pemenang tempat pertama akan membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000, tempat kedua pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000, tempat ketiga pula akan membawa pulang RM12,000. Manakala pemenang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 seorang.

Pengumuman penuh berdebar-debar semalam turut menyaksikan kejutan dari penyanyi, Hafiz telah berjaya merangkul trofi Juara Lagu AJL 26 dengan lagunya, “ Awan Nano”. Dia turut merangkul trofi Vokal Terbaik sekaligus mencipta sejarah sekali lagi.

Tidak ketinggalan, “Beribu Sesalan” yang dibawa oleh 3 Suara turut berjaya merangkul Naib Juara AJL 26 dan ini telah menghangatkan lagi suasana dan keghairahan peminat. Faizal Tahir pula berjaya merangkul trofi tempat ketiga AJL 26 dengan lagu “Karma”.

Persembahan Terbaik pula dirangkul oleh Alyah dengan lagunya berjudul Kisah Hati.

Berikut adalah senarai penuh lagu yang berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu 26 sebentar tadi.

Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz

iDAN: Selain lagu Afiz sy suka lagu Alyah... lagu ini nampaknya tidak mendapat tempat di hati juru. Tak apa akan datang pasti ada lagi lagu sedap. Yuna nampaknya kecundang; biarpun dia bertanding dengan dua buah lagu.

CCTV rakam penunggang motosikal maut dilanggar lori di lebuh raya Lekas

GAMBAR kiri dari rakaman CCTV menunjukkan sebuah lori pick-up dan beberapa buah motosikal melalui lebuh raya di Kilometer 11.5 Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) arah Selatan, kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu.


Gambar memaparkan penunggang motosikal yang berada di belakang jatuh dipercayai dilanggar oleh lori tersebut yang berlalu pergi. Penunggang motosikal itu maut.


KUALA LUMPUR 19 Julai – Polis meminta orang ramai supaya tampil membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 11.5 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), arah selatan, dekat sini Jumaat lalu.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Beranang, apabila motosikal mangsa, G. Balan, 37, dirempuh dari belakang oleh kenderaan terbabit.

Balan kemudian diseret sejauh beberapa meter mengakibatkan mangsa yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Pemandu lori itu bagaimanapun tidak berhenti dan melarikan diri setelah menyedari kejadian tersebut.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar ketika dihubungi hari ini berkata, sehingga kini, pemandu lori terbabit masih tidak membuat sebarang laporan.

Beliau berkata, ketiadaan laporan pemandu lori dan saksi yang tampil menyalurkan maklumat menyukarkan siasatan kes berkenaan.

Katanya, siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

“Kita minta pemandu lori tampil membuat laporan manakala orang ramai yang melihat kejadian itu membantu memberi maklumat,” katanya,

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Kajang, Inspektor Kazurawati Ali dengan menghubungi talian 03-87362222 sambungan 206.

Utusan

iDAN:

Kes di atas berlaku beberapa tahun lalu; baru minggu lalu aku sendiri melihat kejadian yang sama; di awal jalan masuk tol LEKAS Kajang ke Seremban; seorang mangsa menunggang motosikal maut; tak pasti digesel oleh lori atau terbabas sendiri; tetapi sekitar sejam lebih aku menghantar Husna & pulang semula ke Jenaris mayat mangsa masih berada di bahu jalan; dengan dikawal olah polis trafik. Mungkin menunggam ambulan tak mengambang.

Andaianku pasti orang luar atau PATI sebab seandainya orang berdekatan Kajang; sejam dua tentunya ramai keluarga mangsa akan datang menjemput jenazah tersebut. Ini tidak masih ditutup dengan plastik putih.

Inilah bahayanya penunggang motosikal sering menjadi mangsa langgar lari. Sikap pemandu kenderaan berat, lori mahu pun bas elok sering dipantau; Aku sering memandu di lorong tengah (tiga lorong lebuh raya) dalam kelajuan 90 ke 100km/j asyik diberi lampu dongak dari belakang; selalunya bas atau lori. Sedangkan semua tahu kenderaan ini hanya dihadlajukan 90km/j. Tak mungkin bas ekspres ini akan memandu sekitar itu; cubalah pantau!. Terpaksalah aku beralah ke lorong terkiri demi memberikan peluang pemandu ini melanggar undang-undang. Apa hak kita sebagai pengguna jalan raya nak saman kenderaan berat ini.

Isunya jika pemandu ini tidak membahayakan orang lain; apa aku kisah: ini jika dah sampai langgar lari samalah martabat pemandu ini bak pembunuh kejam di jalan raya. Sampai bila perkara ini kita mahu biarkan; kasi can warga kita asyik melakukan pembunuhan yang kejam ini?.

26 Januari 2012

7x naik Haji tak dapat lihat Kaabah


Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material, mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.

Ibu & anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam.

"Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".

Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Kaabah (Bu, lihatlah Kaabah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam.

Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya.

Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia solat memohon ampunan-Nya.

Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmat-Nya. Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Kaabah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.

Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan di dekat Kaabah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Kaabah.

Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.

Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Kaabah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelita.

Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. Hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji. Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Kaabah.

Padahal, setiap kali berada jauh dari Kaabah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya.

Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.

Beberapa ketika kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesolehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.

Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci.

Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya.

"Anda harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya.

"Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu.

"Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

"Di sana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah.

"Astagfirullah......"

Betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak.
bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika
seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.

Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkahwinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi.

"Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah.

"Cuma itu ?" tanya ulama terperanjat.

"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi.

"Lalu apa lagi yang Anda kerjakan? "tanya ulama itu lagi sedikit kesal.

"Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati."

"Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama.

"Ya, tapi saya memandikan orang mati kerana ada kerja sama dengan tukang sihir."

"Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti.

"Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah.

"Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda. Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji.

Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."

Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telefon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya. Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir.

Kebetulan yang menerima telefon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu.

"Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan.

Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu.

Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah.

Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat. Bumi menolaknya.

Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.

Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir.

Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya;

"Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.

Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.

Ulama itu mendengarkan dengan saksama semua cerita yang diungkapkan Hasan.
Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.

Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.

Semoga kisah nyata dari Mesir ini dapat menjadi pelajaran bagi kita semua.

25 Januari 2012

(Panas) Rita Rudaini pertahankan hak


January 23, 2012 oleh Eiza Isis

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam dunia selebriti. Tidak ketinggalan juga berlaku kepada rumah tangga antara bintang bole sepak kebangsaan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 tahun, bersama Rita Rudaini, 36 tahun. Dari awal perkahwinan mereka pada 25 Februari 2008, di Songkhla, Thailand berwalikan abang Rita, Ahmad Musyaiful Mokhtar sudah mula tercalar. Keluar Aidil kecewa kerana mereka dianggap membelakangkan keluarga. Perkahwinan dengan mas kahwin RM777.77 dan wang hantaran RM7777.77 ini tidak direstui keluarga Aidil.

Namun begitu, ibu bapa Aidil mula menerima Rita sedikit demi sedikit selepas kelahiran Airit Rayyan Rizqin, 3. Tetapi pergolakan berlaku semula pada tahun 2010 dan semakin teruk selepas perang twitter antara Rita dan Zaquan Adha iaitu adik kembar kepada Aidil Zafuan.

Apa yang berlaku pada tahun 2010 berlaku lagi dan tidak memeranjatkan Rita. Aidil sekali lagi telah memfailkan Sulh dan tuntutan penjagaan anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 3 tahun dan Airit Rafqa Arjuna,9 bulan.

Bagaikan tiada kesudahan, konflik pasangan ini kembali mencuri tumpuan media dan masyarakat. Konflik dipercayai berpunca selepas Rita bertelagah dengan adik iparnya, Zaquan Adha yang juga suami kepada aktres Ayu Raudhah, menerusi Twitter baru-baru ini. Bermula dengan sindir-menyindir, perang Twitter mereka semakin panas apabila Rita membuat tuduhan besar terhadap Zaquan. Sesiapa saja yang mengikuti Twitter mereka, pastinya terkejut dengan pendedahan Rita yang mendakwa Zaquan telah membuntingkan seorang gadis dan memaksanya melakukan pengguguran.

Zaquan kecewa kerana mendakwa Rita keterlaluan hingga menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.

Ketika Rita dan dua orang anaknya berada di Kangar, Perlis, Aidil telah keluar dari rumah, meninggalkan Rita dan anak-anaknya di Damansara selepas beberapa hari perang Twitter itu berlaku. Rita mendakwa, Zaquan dan Ayu Raudhah berkomplot membantu Aidil keluar dari kediaman mereka. Selepas seminggu, Rita kemudiannya menerima surat daripada peguam Aidil dan sehingga kini, isi kandungan surat itu masih belum terungkai.

Jumaat lalu, Rita hadir di Mahkamah Syariah, Shah Alam dan melantik peguam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain bagi menyelesaikan isu surat yang diterimanya.

“Surat tuntutan yang dikemukakan Aidil tidak mengejutkan saya kerana Aidil pernah berbuat demikian semasa pergolakan rumah tangga kami pada 2010,” katanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai surat itu, Rita berkata, dia menyerahkan urusan itu kepada peguamnya. Sementara, menerusi Twitternya, Rita menjelaskan dia tidak meminta atau meraih simpati sesiapa dan apa yang dilakukannya adalah untuk diri sendiri selain mempertahankan haknya sebagai seorang ibu dan isteri.

“Surat itu bertarikh 11 Januri itu, meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak. Kita akan jawab surat ini selepas perayaan Tahun Baru Cina dan minta pihak sana fikir supaya perkara ini tidak diperbesarkan. Ia lebih kepada perbincangan suami dan isteri berhubung kebajikan anak-anak dan tidak timbul langsung isu perceraian.” – ujar Rita katanya yang enggan mendedahkan lebih terperinci butiran surat berkenaan.

Rita menerima surat yang dikirimkan oleh peguam yang mewakili Aidil Zafuan daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pada pagi semalam ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem. Dia juga memohon dari ALLAH SWT agar memberikannya kekuatan. Malah Rita juga bersyukur kerana masih bekerja dan memikirkan bagaimana nasib isteri serta ibu yang terpaksa melalui ujian sepertinya dan tidak bekerja.

OH ARTIS : SUSAH JUGA KAWIN DENGAN ORANG KURANG MATANG.

Ekoran Penceraian Dengan Hattan : “Saya Akan Ambil Tindakan!” – Farah


January 25, 2012 oleh Eiza Isis

Penceraian penyanyi Hattan bukan lagi menjadi teka-teki. Pengesahan penceraian itu telah kami update dalam artikel sebelum ini. Penceraian di kalangan selebriti memang sudah biasa tetapi kali ini agak pelik kerana perkahwinan mereka hanya bertahan selama 63 hari sahaja. Pernikahan pada 11.11.11 itu tidak bertahan lama, di mana talak satu dijatuhkan pada 12.1.12. Memang sudah ketentuan Allah. Tetapi adatlah kalau hal selebriti menjadi tarikan.

Tidak habis begitu sahaja, dunia selebriti tanahair terus dikejutkan dengan kisah pendedahan sekeping gambar yang diedarkan melalui blog-blog hiburan tanahair. Tidak berdiam diri, Farah Ashikin Othman (bekas isteri Hattan) telah tampil memberikan keterangan kerana impak perkahwinan sebentar dan penceraian ini ke atas Farah sangat teruk.

“Pertama sekali saya mahu membetulkan spekulasi yang menyatakan Hattan ceraikan saya kerana gambar saya yang disiarkan di Internet. Itu tidak ada kena mengena. Perpisahan ini lebih kepada tiada jodoh dan persefahaman. Saya rasa keadaan sekarang sangat tough. Saya perlu bersuara. Ya, saya akui gambar yang disebarkan adalah gambar saya. Salah tetap salah tetapi gambar itu adalah gambar lima tahun dahulu. Saya perlu bersuara sebab beberapa blog memainkan isu saya dan saya anggap tidak relevan.”

“Saya juga ingin membetulkan bahawa saya tidak pernah diceraikan talak tiga seperti yang pernah diuar-uarkan. Saya meletakkan nyawa saya kepada perkahwinan itu dan saya jujur terhadap perkahwinan. Saya ada maruah dan saya ada keluarga. Saya sangat melindungi anak-anak saya. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh.”

Farah Ashikin yang sudah mempunyai dua orang anak ini merupakan pengarah urusan Into Equity ini reda dengan jodoh pendeknya bersama Hattan. Walaupun perkahwinan ini mendapat restu semua, apakan daya dan penekanan dan penganiayaan siber yang menimpa dirinya sama sekali tidak adil.

Penggodam yang telah memasuki ruang e-mel Farah telah menambah kandungan dalam e-mel serta kemudian melayangkan kepada setiap data yang berada dalam e-mel tersebut. Malah kandungan tambahan tersebut dimasukkan ke dalam blog milik Farah. Pertama kali melakukan laporan polis pada 2010, laporan akhbar tentang penganiayaan tersebut turut muncul dalam akhbar Malay Mail pada September 2010.

Selepas mengahwini penyanyi Hattan, kejadian tersebut berulang malah bekas suaminya itu pernah menemaninya membuat laporan polis sekali lagi sebelum mereka berlepas ke London pada Disember lalu. Cubaan menjatuhkan maruah dan reputasi dirinya, Farah dan perniagaan hartanah dan pendidikan kanak-kanak yang beroperasi di London dan Hong Kong. Bukan sahaja di luar negara, Farah merupakan pembekal barangan untuk hotel terkemuka di Kota Kinabalu dan membekalkan peralatan kesihatan kepada Kementerian Kesihatan.

“Apabila penggodam ini menceroboh e-mel, menyebar gambar saya dan melakukan penganiayaan siber, reputasi saya sebagai usahawan terjejas. Kalau dengan pelanggan luar negara tidak ada masalah tetapi kalau dengan pelanggan dalam negara macam mana? Saya perlu bersihkan nama saya yang tercalar. Saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Sekembalinya saya nanti, saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya.”

Menganggap perkara penggodaman e-mel dan blog serta penyebaran gambarnya sebagai sesuatu yang sangat serius, tindakan akan dibuat sekembalinya Farah dari Hong Kong kelak. Jadi kepada anda yang pernah menyiarkan gambarnya itu padamlah dengan segera.

OH ARTIS : MACAM-MACAM PERKARA ZAMAN INI NAK MENJATUHKAN MARUAH ORANG. SUPERIMPOSE PUN BOLE DILAKUKAN. NAMPAK MACAM 100% TULIN!

23 Januari 2012

Ally Iskandar sah nikah



Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2012/01/21


ALLY Iskandar bersama Nurfarahin selamat diijabkabul di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Nurfarahin terima rumah sebagai hadiah perkahwinan

KUALA TERENGGANU: Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurfarahin Romli, 23, dengan dua kali lafaz pada majlis akad nikah di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, di sini, jam 10.03 pagi semalam.
Ally Iskandar yang segak mengenakan persalinan baju Melayu putih dinikahkan jurunikah Kampung Atas Tol, Mohd Abu Bakar, dengan mas kahwin RM250, berwalikan bapa mentuanya, Romli Ismail, 60.
Nurfarahin yang lebih dikenali sebagai Farah Lee di kalangan rakan, mengenakan gaun rona sama tidak menerima wang hantaran, sebaliknya dihadiahkan sebuah rumah yang dibeli Ally Iskandar di Damansara, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan, manakala pengantin perempuan menerima balasan tujuh dulang hantaran.

Majlis akad nikah dihadiri lebih 500 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan. Wakil keluarga pengantin perempuan mengenakan pakaian sedondon warna kelabu, manakala persalinan hijau bagi keluarga pengantin lelaki.

Majlis akad nikah dan gubahan hantaran diuruskan oleh perancang perkahwinan, Joosaidy Johari manakala hantaran kedua-dua belah pihak digubah mengikut elemen tradisional dan elegan, termasuk penggunaan tembaga dan rotan, yang menjadi pilihan pengantin lelaki.
Ally Iskandar berkata, dia bersyukur kerana majlisnya berjalan lancar dan berdoa supaya perkahwinan dengan Nurfarahin, yang masih menuntut dan 13 tahun lebih muda berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan Nurfarahin dan saya akan memikul tanggungjawab sebagai suami dengan sebaik mungkin. Saya terpikat dengan wajah ayu isteri dan ketegasannya yang tidak mudah goyah dengan sebarang keputusan dibuatnya. Insya-Allah, saya akan menjaganya dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang,” katanya yang akan mengadakan majlis resepsi pada 5 Februari ini di Kelab Golf Tok Jembal, di sini.


Nurfarahin yang masih menuntut di tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Incheon, Korea Selatan, berkata dia bersyukur Allah mengabulkan doanya untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang baik.

“Saya bersyukur dikurniakan suami yang menyayangi saya dan keluarga, terutama kedua ibu bapa dan boleh membimbing saya,” katanya.

19 Januari 2012

Kebangkitan Penyair Bernama Tuhan



TERuntuk
Aidil Khalid


"Where do these words come from that pour out of my mouth, and what do they mean, no, saying for nothing, for the words don't carry any more, if one can call that waiting, when there's no reason for it, and one listens, that stet, without reason, as one has always listened, because one day listening began, because it cannot stop, that's not a reason, if one can call that respite. But what's all this about not being able to die, live, be born, that must have some bearing, all this about staying where you are, dying, living, being born, unable to go forward or back, not knowing where you came from, or where you are, or where you're going, or that it's possible to be elsewhere, to be otherwise, supposing nothing, asking yourself nothing, you can't, you're there, you don't know who, you don't know where it is, nothing changes, within it, outside it, apparently, apparently. And there is nothing for it but to wait for the end, nothing but for the end to come, and that end all will be the same, at the end at last perhaps all the same as before, as all that livelong time when there was nothing for it but to get to the end, or fly from it, or wait for it, trembling or not, resigned or not, the nuisance of doing over, and of being, same thing, for one who could never do, never be."
(Petikkan dari novel Samuel Beckett The Unnamable)


Kelahiran seorang penyair bermula dari dalam mindanya. Kelahiran seorang penyair bermula dengan kelahiran kata-kata. Kelahiran seorang penyair bermula dengan peminjaman kata-kata. Kelahiran seorang penyair bermula dengan kematian kata-kata. Itu ialah paradoks penulisan. Paradoks hubungan antara manusia dengan alam. Dan perbualan serta pendengaran yang berlaku antara seorang penyair dengan penyair-penyair yang hadir dalam dirinya. Penulisan seorang penyair ialah penurunan dan pengisian kata-kata pada halaman pemikiran manusia yang telah terlebih dahulu telah tertulis oleh penyair yang datang sebelumnya.

Kata-kata tidak lahir begitu sahaja tanpa terlebih dahulu ditanam dalam imaginasi manusia-manusia genius (ah, genius, sungguh asing untuk dengarnya disebut apatah lagi bermain di bibir para sasterawan dan sarjana kita). Alam tidak melahirkan kata-kata; ia tidak melahirkan bahasa. Puisi yang melahirkan alam. Sebab itu manusia akan sentiasa berada di atas zaman ia dilahirkan; ia akan sentiasa berada di depan masyarakat, menuju keabadian, di saat pohon, sungai, hujan, bintang jatuh berguguran ke dalam kitaran waktu yang berterusan. Julius Cesar sudah beribu tahun gugur di tangan pembunuhnya; namun setiap kali drama Shakespeare dipentaskan, sejarah seribu tahun itu kembali pada kita dengan wajah baru yang bersinar-sinar seolah-olah Julius Cesar bukan lagi milik Shakespeare, bukan lagi milik sejarah, tetapi milik semua manusia. Bagaimana pula dengan Dante Divine Comedy? Atau Tolstoy War & Peace? Atau Balzac Human Comedy? Kita keluar dari Balzac dan tiba-tiba orang di sekeliling kita terasa lebih fiksyen dari fiksyen itu sendiri; kita menjadi lesu dengan realiti dan alam. Lalu ia memaksa kita untuk menggantikan sejarah dengan kata-kata. Lagipun apa yang kita ingin banggakan dengan sejarah? Peristiwa hari ini hanya menanti untuk digantikan oleh peristiwa esok hari. Pemimpin hari ini hanya menanti untuk digantikan oleh orang-orang di bawahnya. Sesiapa pun boleh mencipta sejarah. Namun berapa ramai manusia yang boleh menuliskannya kembali dalam kata-kata terindah?

Atau dalam kata-kata yang tidak lagi dapat diucapkan? Yang terakhir ini ialah milik Beckett. Nak melabelkan Beckett sebagai novelis atau dramatis hanya akan merendahkan kegeinusan Beckett. Dia pada akarnya ialah seorang penyair seperti James Joyce dan Virginia Woolf itu ialah penyair. Ketiga-tiganya menulis puisi dalam bentuk prosa (Beckett dengan novel triloginya; Joyce dengan Ulysses; Virginia Woolf dengan The Waves); ketiga-tiganya kembali pada teks klasik (Beckett kembali pada Dante; Joyce kepada Homer dan Dante; Virginia Woolf pada Shelley dan Shakespeare); ketiga-tiganya menggunakan teknik monolog dalaman secara intensif; dan ketiga-tiganya berminat dengan pengaliran kata-kata dalam minda manusia. Ini ialah yang dikatakan dengan penulisan moden. Kembali atau kepulangan penyair ke dalam sastera. Dan penutupan pintu sastera kepada masyarakat. Dan juga alam. Tetapi ia berbeza dengan sastera negara kita. Penyair dan novelis kita ingin manusia kembali pada masyarakat dan alam tanpa kita terlebih dahulu mengajar mereka untuk menjadi penyair. Kita begitu yakin bahawa moraliti, pemikiran, budaya, dan keimanan bangsa kita sudah cukup sebagai bekalan untuk berdepan dengan kehidupan; tetapi sebaik sahaja mereka membuka pintu rumah dan melangkah keluar ke tengah jalan, alam datang menjemput dari setiap sisi minda mereka dengan wajah dan pakaiannya yang pelbagai sehingga masyarakat kita tunduk sahaja pada tuntutan alam. Ini berlaku bukan kerana orang kita tidak ingin melawan dan mencari tempatnya sendiri di dunia ini; tetapi kerana ketiadaan kata-kata untuk mereka menterjemahkan alam dan membina identiti mereka sendiri. Sebetulnya sastera kita tidak pernah menjadi moden. Ia masih tidur dalam gua Plato dengan kedua-dua tangan dan kakinya diikat pada rantai sejarah.

Sementara di luar dunia sentiasa berubah. Minda manusia sentiasa berubah. Kita hanya perlu berdiri sekejap di tingkap bilik untuk memerhatikan suatu bintang sebelum mata kita mula beralih ke bintang yang seterusnya dan seterusnya. Seni itu ibarat cinta yang sentiasa mendambakan pakaian baru di tubuhnya. Mata hati manusia itu pula ibarat pengembara yang terlalu lama berada di tengah lautan sehingga pemandangan di sekelilingnya kelihatan sama sahaja. Ia perlu diajar untuk pulang kembali ke pelabuhan. William Hazlitt di penghujung usia kritikannya dikatakan berhenti membaca sama sekali kerana tidak dapat lagi menemui bacaan yang memikat seleranya. James Joyce tidak dapat menemui kegeniusan Marcel Proust seperti Virginia Woolf tidak dapat menemui kegeniusan James Joyce. Robert Musil menolak cerpen Franz Kafka The Metamorphosis dan minta ia dipendekkan. Sainte Beuve dalam kritikannya gagal untuk meletakkan Balzac, Hugo, dan Flaubert pada tempat yang betul seperti James Wood gagal untuk meletakkan Nabokov, John Updike, dan Thomas Pynchon pada tempat yang betul di zaman kita.

Mudah sebenarnya untuk menolak sebuah buku, tetapi sangat susah untuk kita menolak seorang manusia sebelum kita terlebih dahulu mengenalinya. Lebih-lebih lagi untuk menolak seorang yang bijaksana. Ia seolah-olah kita menolak satu sisi dalam diri kita juga. Di dewan seminar sekarang kita sering mendengar kenyataan para sarjana yang ingin mengangkat satu teori keilmuan atas nama Tuhan. Dengan mengangkat teori ini, kata mereka, ilmu sastera yang lain tidaklah ditolak, tetapi mesti ditapis mengikut kesesuaian. Hakikatnya: kita tahu bukan ini yang berlaku. Di saat mereka membina masjid dan universiti buat tamadun manusia, tubuh Flaubert, Beckett dan Derrida disalib pada pokok, buku-buku mereka dibakar, dan khutbah Naquib al-Attas dipasang pada pembesar suara sehingga menggeletar dan berguling-guling tubuh-tubuh tidak bernyawa di dalam kubur. Ilmu dan rasionaliti diangkat sampai ke pintu syurga, tetapi tangga-tangga kemanusiaan awal-awal lagi sudah runtuh sebelum sempat melepasi langit petala ketiga. Atas nama Tuhan fitnah dilontarkan; atas nama Tuhan kebencian dan kemarahan dinyalakan; atas nama Tuhan seni dimandulkan; atas nama Tuhan matahari menjadi bulan dan bulan menjadi matahari; atas nama Tuhan kawan menjadi musuh dan musuh menjadi kawan; atas nama Tuhan agama menjadi Tuhan dan manusia dijadikan pertaruhan -

atas nama Tuhan sastera hanya tinggal nama dan penyair agungnya ialah penyair bernama Tuhan.

Kesalahan di sini bukan Tuhan. Kerana menyalahkan Tuhan ialah seperti menyalahkan sejarah kerana melahirkan kita sebagai bangsa terjajah, padahal sejarah itu sendiri tidak wujud. Yang ada hanya manusia. Individu. Dan individu yang menulis naratif sesuatu zaman. Fungsi masyarakat hanya untuk membacanya. Maka di sini datangnya seni untuk melengkapkan emosi manusia. Sekiranya ilmu dan teori itu dibina mengikut hukum logik dan nota kaki, seni itu sebaliknya bersifat menyeluruh dan skeptikal. Seni itu ibarat muzik yang bergantung pada sayap angin; ia datang dari setiap penjuru dunia ini kepada mereka yang sudi mendengarnya. Ia tidak memandang pangkat akademik dan alamat seorang penulis. Yang penting akhirnya ialah masa dan darah yang dikorbankan bagi menarik keluar kata-kata terbaik dari dalam diri seorang pengarang. Serta kebijaksanaannya. Apa lagi yang kita patut tuntut dari seorang penulis melainkan untuk dia datang kepada kita membawa dirinya secara total dan menceritakan kepada kita rahsia alam ini yang telah diterjemahkan ke dalam kata-kata yang paling peribadi? Apa lagi yang kita patut tuntut dari sebuah buku melainkan untuk ia mengajarkan kepada kita tentang kehidupan dan kematian? Apa lagi yang kita patut tuntut dari seni melainkan untuk ia memberikan kita sedetik waktu yang terindah dan abadi berbanding seribu tahun kebosanan dan kekecewaan bersama realiti? Hari ini kita membuka Eka Kurniawan, dan sebelum kita sempat mengenalinya, sudah datang Gabriel Garcia Marquez mengetuk kaca jendela, dan esok harinya bersama Marquez kita menuruni tangga-tangga stesen komuter dan mendapati Faulkner dan Cervantes sudah menanti kita di platform dengan debu antiquity masih melekat di baju mereka, dan di hujung hari ketika malam baru menjemput kita pulang, mimpi kita sudah terbang dibawa karpet Aladdin dengan Scheherazade dan Ovid menceritakan ceritera cinta dan magis dari bintang-bintang di dada langit. Dialektik kesenian. Dan juga kematian.

Sekiranya seni itu ialah kehidupan, maka ia juga adalah kematian. Kata-kata itu ialah kehidupan dan juga kematian. Ia bergerak dalam bulatan yang sama. Pemergian seorang manusia menandakan penerusan hidup buat manusia lain. Seperti pemergian Mrs. Ramsay dalam novel Virginia Woolf To the Lighthouse menjadi pemisahan waktu antara masa lalu dengan masa akan datang yang digambarkan dengan jelas dan original dalam bahagian berjudul Time Passes:

"Nothing stirred in the drawing room or in the dining-room or on the staircase. Only through the rusty hinges and swollen sea-moistened woodwork certain airs, detached from the body of the wind (the house was ramshackle after all) crept around corners and ventured indoors. Almost one might imagine them, as they entered the drawing-room, questioning and wondering, toying with the flap of hanging wall-paper, asking would it would hang much longer, when would it fall? Then smoothly brushing the walls, they passed on musingly as if asking the red and yellow roses on the wall-paper whether they would fade, and questioning (gently, for there was time at their disposal) the torn letters in the wastepaper basket, the flowers, the books, all of which were now open to them and asking, Were they allies? Were they enemies? How long would they endure?

[...]

The house was left; the house was deserted. It was left like a shell on a sandhill to fill with dry salt grains now that life had left it. The long night seemed to have set in; the trifling airs, nibbling, the clammy breaths, fumbling, seemed to have triumphed. The saucepan had rusted and the mat decayed. Toads had nosed their way in. Idly, aimlessly, the swaying shawl swung to and fro. A thistle thrust itself between the tiles in the larder. The swallows nested in the drawing-room; the floor was strewn with straw; the plaster fell in shovelfuls; rafters were laid bare; rats carried off this and that to gnaw behind the wainscots. Tortoise-shell butterflies burst from the chrysalis and pattered their life out on the window-pane. Poppies sowed themselves among the dahlias; the lawn waved with long grass; giant artichokes towered among roses; a fringed carnation flowered among the cabbages; while the gentle tapping of a weed at the window had become, on winters' nights, a drumming from sturdy tress and thorned briars which made the whole room green in summer."

Di sini tidak ada kehadiran manusia. Yang ada hanya sebuah rumah; hanya anak-anak alam yang memamah sisa-sisa kebahagiaan yang tertinggal; hanya ingatan-ingatan sebuah memori yang diabadikan ke dalam kata-kata. Penulisan moden ialah perbualan seorang penyair dengan kematian. Pemilihan kata-kata dibuat dengan begitu teliti dan tepat seolah-olah sedang membina keranda buat lubang kubur yang berada di setiap halaman buku. Dan tidak ada keranda yang lebih besar daripada yang dibina oleh Marcel Proust. Kalau keranda ini boleh digali keluar dan dibuka pintunya, kita akan menemui tubuh Marcel Proust yang masih segar dan muda. Dengan Beckett, kita tidak akan menemui sebarang tubuh manusia di dalam kerandanya, melainkan sebuah perakam kaset milik seorang lelaki bernama Krepp. Atau Samuel Beckett sendiri.

Apa yang penulis ini boleh berikan kepada aku? Apa yang penulis ini boleh ajar aku tentang hidup dan mati? Apa yang penulis ini boleh tawarkan kepada aku yang aku belum tahu dari penulis yang datang sebelum dan selepasnya? Apa yang penulis ini - seniman ini - inginkan dari buku yang telah diciptanya? Begitu banyak persoalan. Bukan sahaja buat Beckett. Tetapi mana-mana penulis yang bakal kita tarik turun dari perpustakaan kita. Namun kerap kalinya sebelum buku itu turun lagi kita sudah sediakan tali dan rotan bagi menjatuhkan hukuman mengikut prinsip yang kita fikir patut dimiliki oleh mana-mana buku. Kita tidak memberikan ruang pada diri kita untuk menjadi diri penulis itu dan melihat dunia seperti mana dia telah melihat dunia. Sebuah buku - sebuah novel - bukan terbentuk dari pemikiran seorang manusia yang dangkal atau mabuk oleh khayalannya sendiri. Sebab itu, mengikut nasihat Virginia Woolf, untuk memahami misteri penciptaan sebuah novel kita harus menulis dan bukan sekadar membaca. Ambil pengalaman yang terdekat dengan kita dan cuba turunkannya di atas kertas. Mudah sekali untuk fikir, berdebat, dan merenung tentang sesuatu idea atau kenangan. Tetapi sebaik sahaja ia bersentuhan dengan mata pena, kita mendapati idea yang kukuh tadi telah berkecai menjadi serpihan kaca. Kata-kata itu melintas lebih laju sebelum fikiran kita sempat melompat dari satu idea ke idea yang seterusnya. Dan ada waktunya, lebih-lebih lagi di zaman kita, kata-kata itu hanya terperangkap di ruang minda kita. Ini ialah ruang yang seorang pembaca akan berbicara dengan Beckett.

The Unnamable ialah novel ketiga dalam siri trilogi Beckett dan juga merupakan antara novel terakhirnya sebelum dia beralih kepada penulisan drama. Pada masa ini Beckett merasakan yang dia sudah melakukan perulangan terhadap dirinya (sesuatu yang Shahnon Ahmad sudah patut belajar daripada Beckett). Ketiga-tiga novel ini boleh sahaja dibaca secara terasing memandangkan setiap satunya adalah siri monolog dalaman. Nak memanggil novel Beckett sebagai novel pun sebenarnya sudah menjadi kesalahan kerana pemahaman kita tentang struktur sebuah novel terpaksa dibuang ke luar tingkap sebaik sahaja kita masuk ke dalam dunianya. Antara tiga novel ini, The Unnamable ialah yang paling sukar memandangkan pembaca akan banyak bermain dalam minda penceritanya, seorang lelaki lumpuh yang tidak dapat bergerak, dan dipisahkan terus dari latar kehidupan sehingga memaksa monolog novel ini bergerak bebas antara apa yang dikatakan benar dan fiksyen. Kesepian ialah apa yang dicari oleh narator novel ini. Dan bukankah dalam kesepian seorang penyair berbicara dengan dirinya? Bukankah dalam kesepian itu juga akhirnya suara-suara manusia lain hadir dalam diri seorang penyair? Tetapi bagaimana kita boleh tahu kemudian yang perbicaraan itu belum mengubah diri kita menjadi manusia yang lain? Untuk narator Beckett (atau Beckett sendiri) dalam novel ini, dia mempersoalkan sama ada suara yang didengar dalam midanya masih miliknya atau telah beralih kepada watak lain: Malone, Molloy, Murphy - semua ini ialah watak dalam novel Bekcett. Ini mengingatkan kita kepada Fernando Pessoa yang turut mengalihkan suara mindanya kepada pelbagai watak atau heteronyms yang diciptanya. Buat Pessoa, pemisahan ini bukan suatu paksaan, tetapi merupakan cara mindanya berfungsi dari kecil lagi. Dengan Beckett kita rasa dia seperti tidak ingin berpisah dengan kepalanya (berapa kali dalam novel-novel Beckett kita menemui imej kepala diulang gunakan?). Atau barangkali Beckett mempersoalkan keupayaan kata-kata untuk menyampaikan kebenaran kepada dunia. Berbeza dengan Dante dan Shakespeare, dua orang penyair yang membahagi-bahagikan minda mereka kepada pelbagai jenis dan lapisan minda manusia, Beckett memilih untuk menafikan keagungan kata-kata dengan memerangkapkan kata-kata dalam mindanya sendiri. Adalah menjadi tugas pembaca untuk membedahkan sendiri dan mencari kata-kata yang tersembunyi di situ.

"Nature has presented us with a large faculty of entertaining ourselves alone; and often call us to it, to teach us that we owe ourselves in part to society, but chiefly and mostly to ourselves."
(Montaigne)

Kehidupan di bawah minda ialah musuh kepada masyarakat kerana sudah menjadi sifat semula jadi masyarakat untuk menarik manusia ke dalam sistem pemikiran mekanikalnya. Ramalan Walter Benjamin kini ialah realiti kehidupan kita. Minda digantikan dengan mesin pencetak. Kata-kata digantikan slogan propaganda. Kematian kata-kata? Kita tidak perlu pergi sampai jauh itu. Bangun dari meja atau pusing belakang dan lihat sahaja buku-buku yang tersusun kemas di atas rak; ia menanti sahaja untuk dibuka dan dibaca dan kata-katanya akan melompat ke riba kita. Tetapi siapakah pembaca yang akan menerima kata-kata ini? Pembaca sastera yang datang kepada sastera kerana seni dan kehidupan? Atau pembaca - para penyair - yang datang untuk menimbang, mengukur, menilai, dan menghukum buku-buku ini atas nama Tuhan?

Posted 4 weeks ago by Wan Nor Azriq

16 Januari 2012

BR1M


Salam Satu Malaysia,

Umum dah mengetahui yang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia [BR1M] yang berupa bantuan tunai RM500 telah pun di lanjutkan ke 10hb Februari 2012.

BANTUAN RAKYAT RM500 (BR1M) DIBAYAR MULAI 15 JANUARI 2012 | Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bagi mereka yang telah pun membuat permohonan sebelum ini , semakan status permohonan anda sama ada diterima atau ditolak boleh dibuat.

Cara semak :

Hubungi talian Hotline 1-800-22-2500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012. Talian hotline akan dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00petang .

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan untuk permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat LHDN dan agensi agensi berkaitan. Borang tersebut juga boleh diakses secara dalam talian. DISINI

Pembayaran BR1M bermula 15 Januari - Ahmad Husni

12/01/2012 7:26pm

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini di dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Husni berkata, majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.

"Ini bagi mempastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan,” katanya.

Ahmad Husni berkata, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.

"Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat, dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan,” katanya.

Pemohon juga, katanya boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari.

Talian ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai menunaikan baucar BR1M dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis-majlis penyerahan itu, katanya, sambil menyatakan baucar juga boleh ditunaikan di mana-mana cawangan bank tersebut diseluruh negara.

Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April 2012. — BERNAMA

15 Januari 2012

TAKLUK HATI PASANGAN


LELAKI dan wanita disyariatkan untuk berkahwin dan berkongsi kehidupan bersama. Ini kerana fitrah ciptaan wanita adalah untuk melengkapkan sebahagian kekurangan lelaki sebagaimana dipaparkan dalam sejarah penciptaan Adam dan Hawa. Tidak dinafikan ciptaan manusia adalah sempurna sebagaimana disebutkan di dalam al-Quran, mafhumnya:

“Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam keadaan ciptaan yang sempurna” - At Tin: 4
Namun dalam kesempurnaan ciptaan makhluk pertama tersebut, ALLAH menggambarkan kesempurnaan yang hakiki apabila dilengkapkan penciptaan wanita, Hawa. Adam digambarkan sunyi dan kosong sehinggalah ALLAH menciptakan Hawa sebagai pasangannya. Dan sudah tentu terdapat kelebihan dan kelemahan yang dilengkapkan oleh jantina yang berpasangan.

Perkahwinan di antara lelaki dan wanita merupakan tuntutan syariat ALLAH di samping memiliki fitrah kemanusiaan yang saling memerlukan antara satu sama lain. Namun, teori hidup bersama melengkapkan kelemahan masing-masing bukanlah suatu proses yang mudah dilaksanakan.

Istilah tiada sehaluan, tidak boleh tinggal bersama, sering bertentangan satu sama lain atau tiada persefahaman adalah antara ungkapan yang menjadi alasan kepada pasangan suami isteri untuk memutuskan ikatan suci.

Ramai yang mengimpikan jalinan dua sejoli berterusan bahagia sehati sejiwa dan seia sekata. Namun, adalah mustahil dua hati dari spesies yang berbeza akan bersetuju dalam kesemua perkara tanpa sebarang konflik.

Kita sering mengharap untuk melakukan setiap aktiviti kehidupan bersama-sama, namun lebih bahagia jika membahagikan aktiviti-aktiviti kehidupan kita menurut kekuatan yang berbeza. Cara sebegini lebih menepati definisi kerjasama dalam membangunkan kehidupan dan bukannya membuat kerja yang sama kerana terlalu inginkan perkongsian dan persamaan.

Pernah dengarkah orang selalu berkata, fitrah ciptaan wanita... terdiri daripada satu akal dan sembilan nafsu manakala lelaki pula sebaliknya? Secara jujurnya, saya tidak menemui sebarang hadis yang sahih menyebut perkara tersebut secara jelas tetapi ia boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita.

Jika kenyataan ini difahami sebaiknya, inilah rahsia perbezaan ciptaan manusia lelaki dan wanita. Ayat al-Quran umpamanya menceritakan betapa lelaki adalah lebih kuat daripada kaum wanita, mafhumnya:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Oleh kerana itu wanita yang saleh ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada sebab ALLAH telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu bimbangkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar. - An Nisa’: 34

Saya tertarik membaca tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang menyimpulkan perkongsian hidup suami isteri sebagai Satu Rasa Dua Hati ataupun ‘kebersamaan dalam setiap perbezaan’. Selamanya, suami dan isteri akan terus berbeza, namun persamaan tujuan dan niat masih perlu diharmonikan.

Pada sudut luarannya, lelaki memiliki fizikal yang lebih kuat berbanding wanita. Lantaran itulah, peranan suami lebih kepada memimpin, melindungi dan menjaga kebajikan wanita sebagaimana yang diamanahkan oleh ALLAH S.W.T.

Terdapat beberapa aspek yang dilihat berbeza pada karakter lelaki dan wanita, umpamanya orientasi, karakter, bahasa, minat, media bahasa, harga diri, objek tarikan dan keinginan utama dalam perhubungan suami dan isteri.

Pada sudut orientasi pemikiran, lelaki lebih didominasi oleh rasional manakala wanita lebih dilihat cenderung menggunapakai kekuatan emosi. Ini berkait rapat dengan fitrah kejadian wanita yang sering digembar gemburkan sebagai hadis oleh generasi ibu bapa kita di mana ciptaan wanita itu satu bahagiannya adalah akal, manakala 9/10 adalah nafsu.

Saya menerima mafhum riwayat nas ini sebagai panduan di mana 1/10 bahagian ciptaan wanita ialah dominasi akal ataupun al-aqlu sementara 9/10 ciptaannya didominasi oleh an-nafsu, bermaksud kejiwaan atau emosi. Maksud sebegini adalah lebih dekat dan mudah untuk difahami. Menurut ilmu psikologi, kecerdasan manusia terdiri daripada akal dan emosi, ataupun IQ dan EQ.

Dengan andaian penciptaan wanita dan lelaki sebagai makhluk yang dikurniakan kecerdasan, kedua-duanya memiliki kecerdasan IQ dan EQ. Perbezaannya, wanita memiliki kekuatan kecerdasan EQ melebihi IQ, manakala lelaki memiliki kekuatan kecerdasan IQ melebihi EQ. Oleh kerana itulah, orientasi pemikiran lelaki dan wanita seringkali dari sudut yang berbeza, dengan persepsi yang tidak selari di antara satu sama lain.

Kadangkala perkara remeh bagi wanita dipandang secara fokus oleh suami. Begitu juga adakala perkara yang menggembirakan isteri tidak semestinya menghilangkan kesedihan suami. Malah perkara yang disepakati difahami oleh kedua-dua suami isteri juga sebenarnya difahami secara berbeza.

Suami seringkali menggunakan bahasa yang pada anggapannya mudah difahami oleh IQ, tapi akhirnya kecewa kerana isteri gagal memahami dengan tepat. Suami menegur pakaian isteri yang katanya, terlalu kehijauan seperti warna katak pisang. Bagi suami, apa yang disamakan dengan katak pisang adalah warna sahaja, bukanlah mengatakan isterinya seperti katak pisang.

Begitu juga, dalam keadaan suami terasa isteri­nya melakukan sesuatu perkara terlalu terperinci dan sempurna hingga menyebabkan lambat disiapkan, suami akan menyifatkannya sebagai lembap.

Logiknya, tiada apa yang perlu dijadikan isu, tapi si isteri mudah terasa teguran tersebut sebagai sindiran apatah lagi jika isteri sedang tersentuh hati dengan perlakuan suaminya sebelum itu. Cara perumpamaan itu juga diterima sebagai kasar dan menyentap perasaan isteri.

Sebaliknya apabila isteri ingin menyampaikan sesuatu mesej kepada suami, kerap menggunakan cara merajuk, menutup pintu bilik dengan kuat atau menunjukkan air muka tanda tidak bersetuju dengan harapan suami akan menyedari mesej tersebut atau bertanya padanya.

Bagi suami, tanda-tanda melawan tersebut sebagai tidak menghormatinya dan ini sudah tentu membangkitkan kemarahan terhadap isteri. Hah... lihatlah apa terjadi... perhatian yang diinginkan oleh si isteri sebaliknya kemarahan dan hukuman yang diperolehi. Ini berlaku ketika kedua-dua suami isteri ego dengan dominasi IQ dan EQ mereka.

Pada sudut minat terhadap sesuatu secara umumnya, lelaki lebih melihat dari sudut nilai keperluan manakala isteri pula melihat sebagai peluang meskipun tidak diperlukan. Sepanjang tinjauan terhadap pasangan pengantin yang mengikuti kursus pra perkahwinan, tidak ada wanita yang mengaku mereka boros berbelanja dan tidak juga menerima kenyataan bahawa lelaki lebih jimat berbelanja.

Saya menyokong pendirian ini kerana boros dan jimat mempunyai persepsi berbeza dalam kalangan suami dan isteri. Cuma, ia berbeza pada sesuatu objek itu sama ada dilihat nilai keperluan atau perhiasan. Bagi lelaki, perhiasan atau aksesori dilihat sebagai pembaziran sementara bagi wanita pula ialah keperluan.

Terdapat juga wanita yang mengaku tidak meminati perhiasan. Pernah saya temui seorang wanita seperti ini, bersungguh-sungguh menafikan dirinya sukakan perhiasan. Namun apabila saya bertanya lebih lanjut, dia mengakui hanya memiliki dua utas gelang, beberapa bentuk cincin, tiga utas rantai dan sepasang anting-anting. Ohh... ini rupa-rupanya maksud tidak sukakan perhiasan?

Media komunikasi suami terletak pada lisannya manakala isteri lebih mengutamakan bahasa badan melebihi kata-katanya. Lantaran itulah, adakala isteri mengungkapkan kata-kata yang tidak masuk akal, umpamanya apabila merajuk, `Saya tak nak maafkan abang sampai bila-bila’, ‘Tak ingin sampai mati!’ atau ‘Kalau dah tak nak kat saya, ceraikan saya sekarang!’

Namun beberapa wanita yang pernah meng­ungkapkan kata-kata seperti itu mengakui tidak bermaksud sebegitu, sebaliknya hanyalah untuk menarik lebih perhatian atau mengharapkan suami memujuknya lebih bersungguh-sungguh. Bagi suami pula, kata-kata sebeginilah menyebab­kannya mula mencari pengganti kerana jelas isterinya tidak akan berbaik dengannya... SAMPAI MATI!

Dalam hal ini, suami yang paling baik dan memahami (dalam sejarah) ialah Sayidina Ali KW. Dalam satu kisah, diriwayatkan sekembalinya dari satu peperangan, beliau mendapat bahagian berupa tawanan seorang wanita, lalu menyatakan hasratnya untuk memerdekakan tawanan tersebut dan mengahwininya. Siti Fatimah, sebagai isteri yang taatkan suami, pantas bersetuju.

Namun, pada waktu petang, sekembalinya dari urusan, Sayidina Ali KW menyatakan hasratnya untuk membatalkan perancangan tersebut lalu bertanya pandangan Siti Fatimah. Siti Fatimah menyatakan yang beliau gembira dengan perancangan tersebut tetapi lebih gembira dengan pembatalan itu.

Rahsianya, Sayidina Ali KW membatalkan hasrat tersebut kerana mendengarkan persetujuan oleh Siti Fatimah menerusi nada suara, gaya penyampaian serta bahasa badan yang jelas tidak gembira sebenarnya. Persetujuan tersebut hanyalah tanda ketaatan dan rasa hormat seorang isteri kepada suami, meskipun hakikatnya amat kecewa. Inilah sebabnya menurut riwayat, Rasulullah s.a.w mengiktiraf Sayidina Ali KW sebagai suami yang sangat prihatin, mengambil berat serta amat memahami naluri seorang isteri.

Pada sudut yang lain, suami lebih mementing­kan penghormatan terhadapnya berbanding isteri yang lebih menghendaki perlindungan dan belaian kasih sayang oleh suaminya.

Seorang wanita akan terbuai dengan ke­seronokan dan berasa amat bahagia apabila pasangan­­nya mampu menjanjikan keselamatan, per­lindungan dan penjagaan dengan penuh belaian kasih sayang. Oleh kerana itulah, janji seorang lelaki untuk bertanggungjawab terhadap pasangannya sering menjadi senjata lelaki dan racun yang mencairkan emosi wanita.

Pada sudut tarikan kontras antara lelaki dan wanita, umum menerima bahawa golongan lelaki lebih tertarik dengan kejelitaan, tarikan gaya serta luaran diri wanita berbanding wanita yang lebih tertarik dengan keprihatinan, perhatian, nilai romantis dan sifat memahami lelaki.

Andai diberi pilihan, wanita akan lebih mudah jatuh cinta jika lelaki menawarkan perhatian yang mendalam serta sifat ambil berat meskipun tidak begitu menarik pandangan luarannya. Berbeza pula bagi lelaki, kebiasaannya akan lebih mudah tertarik dan sukakan wanita-wanita yang cantik.

Jika diteliti, senario inilah yang terjadi dalam rumah tangga kita. Suami yang romantis, lemah lembut dan prihatin di tempat kerja boleh berubah serius, tegas dan hilang romantik apabila berada di rumah. Ini bukanlah kesilapan sebelah pihak kerana isteri yang sentiasa anggun bergaya ketika keluar bekerja juga akan bertukar comot, mengerbang dan kusut masai sebaik pulang ke rumah. Hasilnya, ramai isteri hilang mood manakala ramai suami pula yang lebih gembira menghabiskan masa di luar.

Isteri sentiasa dahagakan hubungan intim dan mengharapkan kasih sayang suami yang berterusan; ingin dibelai, dimanja dan diberi perhatian sepenuhnya. Suami pula menginginkan hubungan yang intim dengan mendambakan layanan isteri dalam bentuk hubungan seksual.

Inilah yang sering menimbulkan silap faham sehinggakan isteri beranggapan bahawa suami tidak lagi mempunyai emosi kasih sayang sebaliknya hanya mengharapkan hubungan seksual semata-mata. Di sinilah sebenarnya hikmah di sebalik bimbingan Rasulullah s.a.w agar pasangan suami isteri yang berhubungan intim menyeimbangkan antara rangsangan dan cumbuan kata-kata cinta sebelum hubungan bagi tujuan keadilan untuk kedua pihak.

Ramai penulis dan pengkaji psikologi me­rumuskan perbezaan wanita dan lelaki yang perlu difahami dalam mencapai persefahaman hidup yang harmoni. Salah satu buku jualan terlaris dunia karangan Shaunti Feldhahn membongkar rahsia kajian terhadap lebih 1000 lelaki dengan rumusan penting yang amat selari dengan kupasan yang saya jelaskan di atas. Antaranya:

1. Lelaki lebih suka dihormati berbanding disayangi. Malah adakala, jika ditunjukkan sayang keterlaluan di hadapan khalayak boleh menyebabkan lelaki berasa rimas dan tidak selesa. Kaum lelaki lebih mementingkan pasangannya menunjukkan rasa hormat di hadapan khalayak.

2. Lelaki akan berasa bangga apabila si isteri percaya dan mengakui kehebatannya. Oleh kerana itu, seringkali apabila lelaki terluka dengan perbuatan isteri, dia akan mengaitkan soal tidak menghormatinya sebagai suami.

3. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin ter­hadap diri sendiri, tentang kehebatan dan ke­sempurnaannya. Lantaran itu, kata-kata pengiktirafan daripada isteri sentiasa diharap­kan untuk memperkukuhkan keyakinan diri.

4. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan status sebagai pencari nafkah untuk keluarga. Untuk menutup perasaan ini, suami akan berusaha membuktikan pe­ranan tersebut mampu dilaksanakan dengan cara menyediakan kemewahan sehingga tertinggal peranan memberikan kasih sayang dan keprihatinan kepada ahli keluarga.

5. Suami akan terasa diri tidak berguna apabila permintaannya berkaitan hubungan seksual ditolak. Penolakan oleh isteri memberi petanda penolakan bukan sahaja fizikal tetapi juga mental, malah suami akan terasa bahawa isteri tidak meng­hormati atau memerlukannya lagi.

6. Lelaki kebanyakannya tidak romantik, secara asasnya. Memandangkan wanita mendambakan lelaki yang romantik, maka mereka terus mencuba sebaiknya tetapi masih tidak dapat memenuhi citarasa yang diimpikan oleh wanita.

7. Jauh di sudut hati suami, pasti menginginkan isterinya sentiasa berpenampilan menarik dan mampu menggoda perhatiannya setiap saat bersama.

8. Lelaki yang bergelar suami mahu isterinya mengetahui bahawa kasih sayangnya amat mendalam, jujur dan setulus hati. Adalah sesuatu yang mengecewakan suami apabila isteri mempersoalkan kejujuran malah selalu prejudis dengan kasih sayang yang diberikan.

Shaunti Feldhahn, dalam buku terlarisnya For Women Only, beliau memulakan penulisan tentang betapa kaburnya pe­ngetahuan seorang wanita tentang pandangan sudut dalaman seorang lelaki. Beliau seterusnya menekankan soal kepentingan hormat pada lelaki berbanding hanya kasih sayang yang sering di­tunjukkan oleh isteri.

Suami juga amat meng­utamakan hubungan seksual sedangkan ramai isteri tidak menyedarinya. Betapa kunci mengikat kasih sayang suami adalah sesuatu yang dimiliki oleh wanita. Dalam bahasa mudah, isteri yang mahu meng­ikat kasih sayang suami perlulah sentiasa ha­ngat dan menggoda!

Suami juga digambarkan sebagai seorang yang mudah melupakan apa yang dilihatnya dan ini amat berkait rapat dengan fitrah lelaki yang tidak begitu tinggi kecerdasan emosinya. Suami sering menggunakan kaedah mind to heart sedangkan isteri sering menghendaki sesuatu de­ngan hatinya agar boleh difahami oleh minda lelaki. Dan ia adalah sesuatu yang sukar sebenarnya!

Dalam buku yang lain, Shaunti mendedahkan tentang rahsia wanita, memulakan penulisannya dengan gambaran umum tentang dunia wanita. Perbahasan awal menggambarkan kebanyakan pengakuan atau kenyataan daripada wanita ataupun isteri kebiasaan­nya memberi hint agar maksudnya berlaku secara terbalik pada pasangannya.

Umpamanya, seorang isteri ketika merajuk akan membebel betapa dia sa­yangkan suaminya, walaupun sebenarnya lebih bertujuan untuk me­narik perhatian agar si suami lebih menyayanginya ataupun meluahkan kasih sayang kepadanya. Beliau juga mendakwa seorang isteri sentiasa berasa memiliki kecerdasaan yang tinggi dalam menguruskan rumah tangga dan mengharapkan diakui oleh si suami.

Kebiasaannya, suami akan memandang rendah terhadap wanita dan mengganggap dirinya lebih cerdas daripada isteri. Si isteri lebih memerlukan suaminya sentiasa berdampingan kerana terasa lebih selamat dan di­lindungi. Ini memberi makna keprihatinan dan kasih sayang suami yang diperlukan oleh isteri dan kunci menambat ikatan hormat isteri sebenarnya ada pada lelaki.

Pada sudut yang lain bagi seorang isteri, mendengar masalah adalah cukup sebagai solusi meskipun tiada solusi sebenarnya. Dalam konteks hu­bungan seksual, penolakan isteri untuk mengadakan hubungan seksual bukanlah bermakna dia menolak diri lelaki atau tidak menghormati suami tetapi kemungkinan terdapat 1001 alasan yang lain.

Seorang isteri juga mendambakan pasangannya untuk sentiasa berusaha mengenali dirinya sebagai tanda kejujuran menyayanginya sepenuh hati. Lagi kuat rasa sayang isteri kepada suami, lagi tinggi harapannya agar si suami berusaha mengenali segala-gala tentang dirinya.

Realiti ini disokong oleh banyak pengalaman dan kes yang berlaku sepanjang kehidupan kita. Andai benar kita menyedari hakikat perkahwinan adalah suatu perkongsian antara dua insan berbeza, banyak aspek yang harus ditoleransikan, juga banyak perkara yang harus dikorbankan untuk keharmonian dan ketenangan hidup bersama.

Malah, andai lebih diperhalusi, peranan yang ALLAH S.W.T tentukan kepada kita juga menjelaskan perbezaan yang perlu dikongsi secara sinergi. Perbezaan antara peranan suami dan isteri me­lengkapkan keperluan kehidupan dalam rumah tangga. Tidak timbul soal iri hati mahupun tidak berpuas hati kerana ALLAH tidak menugaskan suami dan isteri dengan tugas yang serupa.

Kita laksanakan tugas hakiki masing-masing dan selebihnya adalah bantu membantu untuk meringankan tugas pasangan. Seharusnya tidak wujud situasi ja­dual giliran untuk melaksanakan tugas yang sama dalam rumah, tetapi lebih kepada per­sefahaman untuk membantu sahaja dan ia perlulah dihargai oleh satu sama lain.

Jelasnya, peranan suami dan isteri yang ketara dilihat berbeza dan boleh disinergikan secara bersama, iaitu menjalankan tugas dan peranan ma­sing-masing bagi melengkapkan tugas oleh pa­sangan kita. Umpamanya, tugas hakiki suami adalah menghormati dan mentaati ibu bapa termasuklah ibu bapa mertua manakala tugas hakiki isteri adalah menghormati dan mentaati suami. Inilah indahnya rumah tangga menurut tatacara hidup secara Islam.

Secara ringkas, perbezaan peranan yang jelas antara suami dan isteri pasti tidak memungkinkan untuk kita iri hati dan salah menyalahkan satu sama lain. Antaranya:

Jika dilihat senarai contoh tanggungjawab yang disebutkan, ternyata kita diamanahkan dengan peranan yang amat berbeza di antara satu sama lain. Perbezaan tugas inilah yang akan memantapkan keseluruhan aspek kehidupan kita apabila setiap keperluan hidup disempurnakan secara kerjasama di antara suami isteri.

Umpamanya, perbezaan fitrah luaran di mana suami lebih kuat fizikal berbanding isteri yang lebih kuat mental juga membezakan kesesuaian peranan. Misalnya, kerja-kerja berat amat sinonim dengan kelebihan yang ada pada suami manakala tugas yang memerlukan ketabahan, kesabaran dan kehalusan emosi amat sesuai dengan seorang isteri.

Rasulullah s.a.w pernah mengarahkan Sayidina Ali supaya bekerja (mencari nafkah) di luar rumah dan menyuruh Siti Fatimah tinggal di dalam rumah. Ini kerana kerja-kerja berat di luar rumah adalah menjadi tugas suami manakala tugas isteri hanyalah kerja-kerja yang tidak memerlukan kekuatan fizikal.

Rahsianya, kita akan redha dan bahagia apabila boleh menerima perbezaan di antara suami dan isteri, diciptakan oleh ALLAH untuk kita saling menghargai dan menghormati kelebihan satu sama lain. Mengetahui perbezaan kita memandu kita untuk bertindak bijak menawan hati pasangan di samping mudah tenang apabila menerima keanehan tindak balas pasangan yang adakalanya tidak menggembirakan.

Cuba hayati dan renungkan beberapa situasi yang mungkin berlaku dalam kehidupan kita:
Ramai isteri yang mengimpikan suami akan tahu apa yang perlu dibuat untuk memujuk ketika mereka merajuk. Sedangkan ramai suami yang rimas dan marah dengan sikap isteri yang suka merajuk dan tidak mahu mendengar teguran. Isteri mahukan perhatian dan belaian sehingga kalaupun perlu penghormatan diberikan mestilah dengan penuh kasih sayang. Sebaliknya pula bagi suami yang mengharapkan kasih sayang yang ditunjukkan kepadanya mestilah dalam bentuk penghormatan.

Seorang isteri yang mendengar cerita tentang sesuatu perkara yang boleh menimbulkan prasangka, lantas merajuk dengan mengurungkan diri di dalam bilik. Suami yang tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan dan tidak memahami situasi tadi lalu mengajak isterinya keluar makan malam. Hasilnya, terdengarlah laungan berbaur rasa geram dari dalam bilik. “Tak nak! Orang sakit kepalalah! Lagipun dah kenyang!” bentak si isteri walaupun sebenarnya tidak.

Jauh di sudut hati, si isteri mengharap agar si suami perasan yang dia sedang merajuk dan segera me­mujuknya. Suami terkejut dengan suara tinggi sebegitu, lantas terus keluar makan bersama rakan-rakannya. Hati isteri semakin remuk mendengar deruan enjin kereta meninggalkan rumah. Derhakakah si isteri dengan perbuatan tersebut? Atau suamikah yang bersalah?

Dalam satu majlis yang pernah saya kendalikan, saya bertemu dengan sepasang suami isteri yang ber­jaya mengharungi gelombang rumah tangga mereka lebih 30 tahun.

Menurut si isteri, mereka berdua mem­praktikkan jadual giliran hari mengemas rumah, memasak, membasuh kain, mengambil anak-anak pulang dari sekolah sehinggalah ber­sengkang mata menjaga atau menyediakan susu untuk bayi mereka. Dia bersyukur kerana suaminya tidak seperti lelaki lain, yang berat tulang melaku­kan kerja-kerja rumah apatah lagi menjaga dan memberi bayi susu pada tengah malam.

Apabila saya cuba menyelami hati suaminya, pantas si suami men­jawab, “Suka ke tak suka, dah nasib... life without choice! Kan kita dah kahwin...” Namun, apabila saya menceritakan fitrah lelaki yang berbeza keinginan dan keperluan, air matanya bergenang dan perlahan menjawab, “Memanglah... kalaulah saya boleh undur dan mulakan semula sejarah hidup saya...”

Kisah ringkas ini memberitahu kita bahawa peraturan hidup yang mengongkong fitrah akan hanya menyebabkan kita terseksa. Meskipun dari luarannya kita menerima demi menyedari tanggungjawab untuk mengekalkan kerukunan rumah tangga namun batin menderita terseksa!