iDAN

Memaparkan catatan dengan label Pautan Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pautan Hati. Papar semua catatan

29 Januari 2007

Pautan Hati 5 Kuali Gergasi (Delima Merkah)

Jamil bangun membawa pinggan & cawannya ke singki.

" Letakkan saja di sebelah tu bang " Juriah bersuara tanpa memandang Jamil.

Serentak itu Syafik, Raman & Mira terkedek-kedek mengikut Jamil yang telah pun duduk di balai memasak belakang rumah bersama dengan 555nya. Ada beberapa pokok Sukun di belakang rumah mak mertuanya. Agak tinggi, tentunya payah ingin mengait buahnya. Dahan Sukun memang rapuh. Nampak ada galah PVC yang agak panjang bersambung. Emmm kalau galah buluh mahu tak terangkat jika sepanjang galah PVC. Pohon Malinjo dekat bilik air nampak lebat buahnya. Kerepek Malinjo biarpun pahit tapi banyak khasiatnya. Setakad sebalang Kerepek malinjo memang tak sedar habisnya jika sudah mula leka memakannya sambil menonton TV.

" Paman Amil.. bila nak mulakan kerja membasuh kita? " Mira bersuara mengejutkan lamunan Jamil. Nampak tak sabarnya Mira. Syafik & Raman sudah mula menolak-nolak periuk ke sisi di dinding supaya dekat dengan paip air.

" Mira, Syafik .. Raman sabarlah dulu, paman tengah merokok ni, kejap nantilah, makanan kat perut pun belum turun betul!! " Tiga orang cucu Wak Suratman ini macam tak dengar sahaja. Seluar sukan Mira sudah nampak basah, berebut paip dengan Raman.

" Syafik! suruh Raman & Mira siram periuk & kuali, biar keraknya kembang " Jamil lihat ada sebahagian periuk masih tidak direndam. Huh! boleh tahan banyaknya periuk belanga, kuali & pinggang mangkuk kena dibasuh. Entah jam berapalah akan siapnya. Tak apa, kena buat pelahan-pelahan. Nasiblah semalam jadi Raja Sehari, hari ini kena dera.

" Syafik mari sini kejap? "

" Ada apa hal Paman... "

" Paman Rosman tu, Paman tak nampak pun sejak sarapan tadi! "

" Syafik tahu mana dia lepak, ngapa nak Syafik panggil dia ke? "

" Ishh.. janganlah, Paman orang baru di rumah ni, tak baik ganggu dia "



Kedengaran ayam jantan Wak Jamiah berkokok, mabuk minum brandi ke apa ayam jantan Wak Jamiah ini, mentari sudah menyala pun tak pandai berhenti berkokok. Berkokok pagi kata orang tua, tak jadi masalah, ayam bukankah katanya dapat melihat Malaikat. Mesti tegur Malaikat lalu. Jika berkokok senja kata orang tua mesti ada perkara yang tak baik akan berlaku. Zina atau anak luar nikah akan lahir. Ish.. simpang dek Malikat 44;


Terlebih makan tempe kot si Romlie itu!, tempe buat lode taruh cili pedas-pedas...

Masalah Rosman, huh takut nak dengar! Dia teringat sungutan Wak Jamiah pasal anak bungsunya si Rosman. Tak habis-habis buat kerenah. Paling dia risau takut kemalangan dengan RXZnya. Gila dengan motorsikalnya. Ghaib memanjang, memang payah lekat di rumah. Dia berdoa agar jangan sampai anaknya bungsunya jadi Mat Rempit.

" Paman Amil... tenguk Abg Raman ni, belum lagi Mira mula buat kerja sudah basah seluar Mira ni.. nanti Mira sejuk .. demam cam mana?.. "

" Baguslah.. tak boleh makan ABC! " Raman bergurau.

Nampak Kak Julia tersenyum saja dari pintu dapur melihat anak daranya sudah mula basah. Mira ini macam anak mami sikit. Ayahnya entah darah darah Khan mana. Tersenyum Kak Maimun isteri abg Paiman yang pendiam nampak bertudung cantik di belakang Kak Julia. Dari wajah Kak Maimun memang terbayang perbagai rahsia. Payah bagi Jamil menyingkapnya. Anak Kak Maimun yang sulung Munirah mirip wajah ibunya putih cantik, baru darjah empat, Kak Maimun ada darah Minang itu yang nampak lembut & tak banyak cakap, tak fasih berbahasa jawa; dua lagi anaknya memang wajah jawa jati ikut ayahnya Abg Paiman. Raman biarpun wajah macam ayahnya tapi nampak sopan budaknya. Adik Raman si Romlie isk!... baru lima tahun, punyalah lasak mengalahkan komando. Jika bertembung dengan Mira kira sepupunyalah... asyik bercakaran. Nasib dia tak datang menolong, kalau ada pasti bakal ribut@repot. Terlebih makan tempe kot si Romlie itu!, jika ngacau siap Jamil sudah teragak nak serkup dia dengan periuk besar itu!.

Jamil nampak Mira menghalau ayam Wak Jamiah; ayam Nyainya asyik mencuri kerak nasi dalam periuk. Lagi dihalau lagilah riuhnya ayam kampung!. Mengalahkan nak bertelur.

" Okeylah!... jom kita bertiga mulakan operasi! ... Syafik, Raman tolong Paman angkat kuali ini. Mira bersedia jadi ahli bomba .. siram air! jika Paman laung 994 .. siram sampai padam!" Sambil membuang puntung 555. Mira tersenyum; Jamil tegang urat belakang mengangkat beban, memang berat kualinya. Ziana Zain pun muat berendam di dalamnya. Emmm tambah hitamlah dikau Ziana Zain, jika berendam dalam kuali ini.

" Hai.. orang-orang kampung!... Tak ada lagikah yang lebih besar sang kuali di Kampung Tasik Naga ini. Agaknya khazanah purba gergasi dari Tasik Chini dijumpai oleh penduduk kampung ini untuk buat kenduri.. nanya aku nak membasuhnya! " Sungut Jamil si Pengantin Baru dalam hati. Inai di jari pudarlah nanti.

- bersambung

Capaian Berkait

Pautan Hati 4

Posted on 29.1.2007 at 9:46 AM

24 Januari 2007

Pautan Hati 4 Gangguan SMS (Delima Merkah)

( Ada yang bertanya apa maksud Delima Merkah? , Saya mengategorikan kisah benar yang diolah serta ditokok-tambah agar menjadi ceritera yang menarik dengan istilah Delima Merkah )

Sedang dia asyik mengelamun, terdengar nada dering SMS. Bukan bunyi nada dering telefom bimbitnya. Dia nampak tas tangan Juriah terbuka di rak katil pengantin.

" Perlukah aku membukanya? " Desah hatinya.

" Tak baik!, jika ditahu Juriah aku membaca SMS dia, takut pula aku dituduh terlampau ambil tahu ... cuba menyekat kebebasan dia.." Suara hati dalam diri.

" Tapi bukankah dia telah mutlak jadi isteriku, salahkah aku mencemburui isteriku aku sendiri " Desah hati cemas Jamil.

" Ishh baru nikah dah ada sikap cemburu buta?.. kawallah sikit Jamil " Suara hati dalam diri memujuk.



Jamil hampir habis bercengkerama dengan usapan lembut beracun 555. Teringat akan kuali besar, periuk besar & banyak lagi pinggang mangkuk tidak bercuci. Dia terbayang wajah Syafik anak sulung Kak Julia, baru tingkatan satu tapi memang boleh diharap. Anak abg Paiman yang nombor dua si Raman biarpun baru darjah dua tapi cukup rajin dalam bab main air. Harapan Jamil jika ada berdua orang menolong ringan sikit kerja dia untuk membasuh nanti. Jam di dinding masih awal. Anak saudaranya masih ada yang tidur cuma sebahagian terdengar suara mereka di anjung menonton TV. Jamil kian melupakan SMS Juriah. Menghidupkan nyawa sebatang lagi 555.

Dia terbayang akan wajah ibunya di kampung. Wak Suminah. Orang kampung memanggil ibunya begitu. Seorang ibu yang amat baik, tak pandai nak marahkan anak. Tidak pernah bersuara meninggi. Ibunya yang mencarikan jodoh. Ibu Juriah yang kini adalah Mak Mertua, adalah kenalan lama ibunya. Jamil sememangnya tidak pernah bercinta. Juriahlah bagaikan cinta pertama dia. Dia berharap dapat memilik cinta Juriah setelah berkahwin.

" Abang sarapan sudah siap, tak mahu sarapankah? " Emmm ada ayat negatif ujungnya.

" Kejap! lepas abang tukar pakaian ini abg turun "

Ayat negatif; kerap terjadi ayat yang begitu. Seharusnya ayatnya berbunyi begini.

" Abang sarapan sudah siap, jom kita bersarapan bersama! " Bukankah sedap bunyi ayat begitu. Jika suami yang pasif memang tak jadi soal, bagaimana pula jika suami yang keegonya yang nyata tinggi pasti akan timbul pula ayat balikan yang mengeruhkan keadaan.

Bila Jamil melangkah ke ruang dapur, telah berkumpul semua keluarga mertuanya. Wak Suratman telah meneguk kopi, cucu-cucunya telah bersila menjamah juadah. Jamil duduk di sebelah Syafik. Juriah menghulurkan pinggan kepada Jamil. Jamil menyeduk lontong & mengisi kuah lode ke pinggangnya. Masih ada rendang daging kenduri semalam. Syafik di sebelahnya makan bihun goreng digaul dengan kuah kacang.

" Syafik & Raman nanti lepas sarapan tolong Paman Jamil basuh periuk kat belakang tu..! " Wak Suratman memecah kesunyian. Jamil tersengeh, jangkaannya memang tepat, anak saudara Juriah pasti akan menolong dia nanti.

" Baiklah Yaie.., tapi lepas siap semua Paman Jamil kenalah belanja kami minum ABC " Bergurau.

" Alaa... tak jadi masalah, nanti Paman mesti belanja punya " Jamil tersengeh lagi.

" Mira nak tolong boleh tak Yaie..! " Anak bungsu Julia mencelah, bualan Atoknya.

" Mira tu memang hantu ABC, bukan larat buat kerja ... nanti main air saja " Raman bersuara. Mira monyok.

" Yaie tak kisah, lagi ramai tolong lagi Paman Jamil tak penat nanti, setahu Yaie Raman yang suka main air! " Mira rasa terbela, tersenyum!.

" Mira tolong tenguk-tenguk kami pun tak apa, nak tolong basuh pun bagus juga, Paman tak kan nak tinggalkan Mira jika kami nak minum ABC nanti. " Jamil senyum kepada Mira. Juriah memerhati sahaja dari jauh.

Jamil telah habis sepinggan lontong taruh rendang & mencapai goreng sukun. Meneguk kopi O emmm sedapnya. Dia baru perasan akan Abang Paiman. Mana dia iyer!.

" Apak mana Abang Paiman? "

" Biasalah Jamil, abg ipar kau tu kalau sarapan mana boleh lekang dengan kawan dia kat kedai kopi tu! "

Kak Julia buat tak dengar sahaja. Dia masih menjamu selera sebelah emaknya. Juriah telah bangun membasuh pinggan mangkuk di singki.

Capaian Berkait

Pautan Hati 3

Posted on 24.1.2007 at 9:58 AM

17 Januari 2007

Pautan Hati 3... Pakatan ( Delima Merkah )

1:41 pagi 1/17/2007 Dinihari Jamil nampak Pak Mertuanya membeluk kapcai jenis Hondanya ke simpang rumahnya. Daun pisang nampak melambai-lambai. Depan rumah Juriah sememangnya banyak pokok pisang, ada beberapa batang pokok kelapa dan mempelam. Mentari nampak tersenyum di gigi langit.

Iswara hitam yang dipandu oleh Jamil diletaknya di rendangnya pokok mempelam. Kemah Dia terus masuk ke rumah melalui pintu dapur. Biasalah bila rumah dua tingkat, jarang pintu utama di anjung rumah digunakan.

 " Assalamualaikum! "

 " Mualaikumsalam... baru balik dari surau ke Jamil? "

 " Iyer mak!, Juriah mana mak! "

 " Entah... lepas mandi dia masuk ke biliknya, tak keluar-keluar pergilah Jamil jenguk " Nampak Wak Jamiah begitu sibuk, Jamil perasan Kak Julia bersama pun ada.

Isteri Abang Paiman Kak Maimun nampaknya memotong sayur bersama anak sulungnya Munirah. Semua wajah serentak memandang Jamil. Bisu tanpa suara. Dia memerhati kot nampak Wak Suratman & Abang Paiman. Tak nampak mereka. Jamil terus ke biliknya di tingkat atas. Anak saudaranya masih bergelimpangan tidur.

 " Assalamualaikum Juriah " Jamil melihat Juriah sedang mengeringkan rambut di meja solek. Tak berapa dengar Juriah menjawab salam.

 Jamil melihat ada beberapa hadiah telah terbuka. Dalam samar lampu tidur di mencapai beberapa pembalut hadiah. Nampak banyak hadiah pinggan mangkuk. Di membaca beberapa tulisan di kad hadiah. Kebanyakkannya nama perempuan, tentunya kawan Julia. Cuma ada satu kad, tulisannya tak berapa jelas, Roslah atau Roslan. Dari pembalut warna biru ada lambang hati.

" Dah sembahyang ke Juriah "

" Mengapa abang bertanya? " Jamil tak menjawabnya.

Jika jawab pun mesti akan keluar jawapan bodoh. Jamil perasan ada satu kotak muzik di meja solek, malam tadi dia perasan tak ada kotak muzik itu. Nampak macam baru. Jamil malas nak bertanya, tapi memang cantik. Dia membuka baju melayunya & mencari kemeja T. Petang semalam dia pesanan masih banyak periuk & kuali besar tidak berbasuh.

Ramai kalangan rakan dia bercerita, sesetengah kampung memang periuk besar atau kuali masak mesti mereka perkenakan pengantin. Biarpun mereka kenduri, memasak secara gotong-royong, bab basuh periuk & kuali besar sering dikenakan pengantin yang membasuh. Jamil berbaring di tilam empuk, tilam pengantin. Dia penat sebenarnya, sayogia malam tadi dia tak cukup tidur, amat mengantuk entah berapa malam dia memang lewat sangat tidur.

Dia mengelamun teringat akan 555 dia, tapi pasti Juriah bising tak tahan asapnya. Tak baik pula awal pagi ada ayat yang tak elok keluar dari mulut Juriah. Jamil matikan saja ingat dia kepada 555. Ahad nanti akan dibuat majlis kenduri kahwin di kampungnya pula. Seingat Jamil penduduk Desa Pinggiran Teluk, memang bagus bermuafakat tiap kali kenduri. Dia pun rajin bersama bergotong royong memasak & mengemas segala kelengkapan kenduri. Ketua pakatan mereka selalunya akan berpesan agar jangan ada timbul rasa tak puas tuan rumah.

" Kenduri kahwin ini memang satu kerja besar, belanjanya buka sedikit, jadi kita hendaklah berkerjasama & jangan timbul desas desus setelah habis kenduri. Tuan rumah ini adalah ibarat keluarga kita saudara mara kita... "

Panjanglah nasihat ketua pakatan, selalunya seminggu sebelum kenduri kahwin sememang ada majlis pakatan selasur@balai, melantik ketua mengagihkan kerja; bahagian memasak, hidangan, penanggah, pembantu tuan rumah menyambut tetamu, membasuh & perbagai lagi. Masalah membasuh selalu sangat ketua pakatan akan mengingatkan.

" Jangan sampai ada barangan masakan kita tidak dikemas & dibasuh semua, sampaikan jadi bebanan tuan rumah. Bagi saya tak elok kita nak dera pengantin baru membasuh benda yang seberat itu, Kita beramai kalau membasuh periuk yang besar bersama sememangnya tak jadi bebanan.."

Jamil hampir terlena, hayalan dia terganggu bilamana Juriah membuka pintu & terus ke dapur. Jamil bangun & mendekati tingkap yang telah dibuka Juriah. Dia mencapai kotak 555.

 - bersambung Capaian Berkait Pautan Hati 4 Pautan Hati 2