salam.
Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu 'Janji Kita' terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar dan meletup di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang semalam (17 April 2010.)
Achik meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandunya ekoran kejadian malang itu
"Achik
meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya
itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat
(R&R) dekat susur keluar ke Pajam," katanya di sini.
Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.
Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.
Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Sementara
itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir
berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai
cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.
"Saya
terlelap sepanjang perjalanan. Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman
kuat," jelas rakannya Mohd Salihin Shah Mohd Salleh yang turut
bersama-samanya ketika kejadian tetapi sempat menyelamatkan diri. Mayat
Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam tadi untuk
dibedah siasat.Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira 1 petang tadi. (18 April 2010)
Sebelum
itu, jenazah Allahyarham Achik, 27, dituntut oleh ahli keluarga di
bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini setelah selesai bedah
siasat.
Jenazah
disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan
dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.
Suasana
sedih dan sepi menyelubungi rumah mertua Allahyarham yang dihadiri
lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.
Isteri Allahyarham, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon meminta beliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana. "Bagaimanapun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yang menyatakan suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedih yang sungguh mengejutkan saya," katanya
Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau berjumpa Allahyarham dua minggu lepas di rumah salah seorang adiknya.
"Allahyarham
nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima
daripada sepuluh orang adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham)
telah meninggal dua tahun lepas," katanya.
Sementara
itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil
berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir
berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.
Katanya
Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih
banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa.
"Semasa
di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada pukul 5.30 petang
semalam sebab keretanya jauh sedikit.....tahu-tahu pukul 6 petang dia
sudah meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih
lagi semalam Nana lihat anaknya panggil ayah," katanya.
Hattan berkata ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi dan aktif.
"Saya
rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana
tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah
dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini," katanya.
Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik.
"Saya
amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak
sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa
Allahyarham iaitu sejak lebih setahun," katanya yang seangkatan dengan
Allahyarham.
Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham.
"Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana melalui khidmat pesanan ringkas," katanya.gambar2 :-