iDAN

30 Januari 2015

Jika Unifi kasi Wireless Internet Modem...


Pada maklumat awal aku telah tersilap tafsir pakej Unifi ni. Hatta memang aku berminat nak ambil pakej Unifi ni. Angkohnya tafsiran aku tersilap atas penerangan anak buah TMnet yang begitu ghairah nak ramai pelanggang. Mungkin ada komisyen berasingan jika dapat pujuk pelanggang Streamyx ambil pakej Unifi ini. Cara dia promosi produk macamlah semua orang mampu berbelanja bessar nak pakai pakej Unifi ini.

 2. Setahu aku Unifi ni adalah pakej 3 dalam satu. Pertama dapat akses internet ada pelbagai kelajuan. 5, 10 dan 20 megabit sesaat (Mbps). Banding. Streamyx jika ikut perjanjian hitam putih aku di rumah cuma 1 Mbps. Siapa tak teruja. Kedua ada TV kabel. Sebenarnya selain Astro memang TMnet dapat lesen untuk buat sewa rancangan TV. Ada beberapa syarikat lagi kerajaan telah luluskan lesen tapi senyap sepi tak dapat menyaingi Astro. Ketiga pakej Unifi ni dapat talian telefon percuma. Jika dail talian tetap ke talian tetap ianya berbuallah 24 jam tanpa kadar bayaran. Jika talian tu dail ke hp seminit kena cas 9 sen.

3. Terkini pihak Unifi telah mengembangkan perkhidmatan dengan talian internet di luar rumah atau wireless. Tapi hanya di tempat yang ada pelekat atau sticker Unifi TMnet. Seperti di KFC hentian rehat R & R restoran tersohor. Perkara baru ini yang aku tertarik asalnya. Ingatkan TMnet kasi Wireless Internet Modem. Silap tafsiran. Jika memang kasi Wireless Internet Modem mahu tutup Broadband Maxis. Aku setuju pada asalnya ingatkan Wireless Internet Modem ini ujud. Di mana-mana jua boleh akses internet melalui Unifi. Sebab masa anak buah TMnet promot aku katanya boleh guna di mana-mana luar rumah. Mungkin aku tak perasan dia sebut di tempat yang ada pelekat TMnet ni. Isk kanjai.

3i. Patutnya aku dah guna Unifi esok. Tapi minta maaflah tidak lagi; terpaksa aku batalkan sebab memang Mila ada melanggan Maxis Broadband. Dia dah rapat dengan wsapp di luar rumah. Ingatkan boleh hentikan melanggan Maxis jika memang Wireless Internet Modem ini ujud dalam pakej Unifi. Berapa banyak nak guna duit semata-mata nak rapat dengan ICT ini. Patutnya TMnet dapat fikirkan ini untuk satu keluarga hanya cukup menyewa satu pakej seperti Unifi sahaja. Huh.

19 Januari 2015

Melihat Ke Dalam Diri Warga Emas


Melihat Ke Dalam Diri Warga Emas

Rencana
Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) Sesekali pernahkah kita merenung wajah ayah dan ibu yang semakin dimamah usia, dahi dan pipi yang dilakari garisan-garisan halus, terbayangkah bagaimana pula wajah kita tatkala mencapai usia seperti mereka?

Apabila kesabaran bertukar kemarahan melayan kerenah datuk atau nenek yang kembali keanak-anakan, terdetikkah di hati rasa belas dan kasihan?

Menjadi tua mungkin menakutkan bagi sesetengah orang sehinggakan sanggup berbelanja besar untuk "kekal muda" antaranya menjalani pembedahan plastik yang dikatakan dapat mengembalikan kecantikan paras dan wajah.

Ada juga yang mengambil pelbagai jenis makanan tambahan serta suntikan untuk "awet muda".

Apa yang pasti, usia "senja" pasti datang dan kita tidak dapat lari daripada realiti itu sekiranya ditakdirkan umur kita panjang.

TAKRIF USIA EMAS

Kementerian Kesihatan Malaysia mentakrifkan warga usia emas sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Kadar itu lebih rendah berbanding Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 65 tahun.

"Takrif umur warga emas Malaysia rendah sedikit kerana kita mahu merangkumkan jumlah yang lebih. Ini juga dasar keprihatinan kerajaan," demikian menurut pakar psikiatri Hospital Permai Johor Bahru, Dr Norazam Harun dalam temubual dengan Bernama baru-baru ini.

Menurut beliau, bilangan warga emas juga semakin meningkat jumlah dan peratusannya.

Peratus warga emas di Malaysia meningkat daripada 5.7 peratus (1990) kepada 6.3 peratus atau lebih kurang 1.4 juta orang pada 2000.

"Bagi 2020, sasaran Malaysia menjadi negara maju, diunjurkan terdapat tiga juta warga usia emas iaitu kira-kira 10 peratus daripada anggaran 32 juta penduduk," jelas Dr Norazam.

Di peringkat global pula, katanya, perangkaan 2002 menunjukkan terdapat 635 juta warga emas berusia 65 tahun di seluruh dunia iaitu sekitar 10 peratus daripada penduduk dunia.

Menjelang 2050, bilangan warga emas dijangka meningkat kepada kira-kira 30 peratus daripada jumlah penduduk dunia.

Menurut beliau, daripada segi jumlah, terdapat lebih ramai warga emas di negara sedang membangun seperti China (230 juta), India (142 juta), Indonesia (29 juta), Brazil (27 juta) dan Pakistan (18 juta) sedangkan kemudahan dan keperluan untuk warga emas tidak diberikan penekanan di negara membangun berbanding di negara maju.

JANGKA HAYAT TURUT MENINGKAT

Dalam masa yang sama, Dr Norazam memberitahu jangka hayat juga meningkat kerana tahap kesihatan yang lebih baik khususnya di negara-negara maju.

Secara puratanya di Malaysia, jangka hayat untuk lelaki meningkat daripada 65 tahun (1990) kepada 70 tahun (2000) sementara untuk perempuan daripada 68 (1990) kepada 76 (2000).

"Bukan sahaja kadar jangka hayat meningkat, jumlahnya juga bertambah. Inilah kebimbangan kesan 'baby boomers' di mana kadar kelahiran bayi meningkat dengan ketara terutamanya di Amerika Syarikat selepas tamat Perang Dunia ke-2.

"Mereka yang lahir pada masa itu jika masih hidup, kini termasuk di dalam kategori warga emas. Melihat kepada peningkatan yang ketara ini, WHO memberikan tumpuan kepada golongan ini dan merancang bagaimana hendak menangani masalah kesihatan dan yang berkaitan di kalangan mereka terutamanya di Amerika Syarikat dan secara umumnya di seluruh dunia," kata Dr Norazam.

MENGAPA JADI TUA DAN KESANNYA

Meskipun penuaan satu proses semula jadi, mengapa manusia menjadi tua masih dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks. Peningkatan usia juga disertai penurunan fungsi sistem badan.

"Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua. Yang pertama berkait dengan faktor genetik iaitu sesuatu yang sudah diprogramkan. Sebagai contoh berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program genetik. Katakan diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun. Ini tak boleh diubah," kata Dr Norazam.

Untuk teori kedua, seseorang itu menjadi tua, mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran atau pemakanan.

Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal/ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi. Ini seterusnya menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

DUA PERUBAHAN

Dr Norazam memberitahu, usia yang meningkat tua menyebabkan perubahan fizikal dan psikologikal.

Perubahan fizikal, katanya membabitkan perubahan dari segi luaran dan dalaman, antaranya kulit semakin mengendur, penglihatan tidak jelas (50 peratus warga emas mengalami masalah penglihatan) dan pendengaran agak kurang (34 peratus di kalangan warga emas).

Warga emas juga mengalami penghazaman yang lambat, sembelit akibat kurang penyerapan air, degup jantung yang tidak berapa kuat dan menyebabkan cepat penat selain paru-paru yang tidak boleh mengembang sepenuhnya yang menghalang seseorang warga usia emas melakukan aktiviti lasak.

Otot warga emas juga akan menjadi semakin lemah dan mudah diserang artritis atau sakit sendi (30 peratus warga emas mengalami masalah kesukaran dalam pergerakan).

PERUBAHAN FIZIKAL

Bagaimanapun, jelas Dr Norazam, perubahan fizikal ini berbeza daripada seorang individu kepada seorang individu lain.

"Ada orang berusia lebih 80 tahun tetapi lebih sihat dan tampak lebih muda berbanding yang berusia 65 tahun. Ini mungkin kerana faktor genetik, faktor pemakanan dan faktor keaktifan hidup orang itu sewaktu muda.

"Orang yang aktif semasa muda dan meneruskan aktivitinya selepas bersara, kadar untuk dia mengalami penyakit berkaitan penuaan kurang kerana mereka lebih sihat. Begitu juga orang yang menggunakan fikiran secara kritikal, mengkaji, meneliti, menganalisis. Kalau dia membaca, bukan setakat baca tetapi baca secara aktif. Orang yang membaca atau belajar secara aktif, contohnya seseorang yang tugasnya melibatkan kajian dan menggunakan otak, otak orang ini lambat dimakan usia," jelas Dr Norazam.

Beliau kemudiannya memberi contoh orang yang bekerja, kemudiannya bersara dan tidak lagi berbuat apa-apa.

Orang berkenaan, katanya, yang hidup terasing akan dilanda kebosanan dan diserang pelbagai penyakit selain kemurungan.

"Kalau dia masih mengekalkan keaktifannya selepas bersara, jumpa dengan kawan-kawan baru dan buat aktiviti-aktiviti baru, dia mampu bertahan lebih lama.

"Ini kerana dia masih menggunakan otak dia seperti sebelum dia bersara. Sebagai contoh seorang yang minat belajar walaupun telah bersara, inilah yang menjadikan dia kekal aktif dan melambatkan dia untuk mendapat penyakit," jelas Dr Norazam.

PERUBAHAN PSIKOLOGIKAL

Mengulas mengenai perubahan psikologikal pula, beliau berkata ia membabitkan pandangan diri sendiri dan pandangan orang lain.

Kebiasaannya, kata Dr Norazam, apabila seseorang itu sudah meningkat usianya seperti apabila dia bersara, dia menganggap inilah masanya untuk berehat setelah berpuluh-puluh tahun bekerja.

"Sikap begini biasanya mengundang penyakit. Sesetengah orang sering berkata alah dah tua tak payah nak belajar lagi atau alah dah tua tak payah nak pergi kursus lagi, sebenarnya itu satu kesilapan. Belajar itu satu proses sepanjang hayat," tambah beliau.

Dr Norazam juga menyentuh tentang faktor pandangan orang lain yang turut menyumbang kepada perubahan psikologikal warga emas.

Dalam hal ini, beliau bercakap mengenai mentaliti anak-anak yang beranggapan ayah atau ibu yang sudah tua tidak lagi perlu berbuat apa-apa.

Anak-anak melakukan semua kerja. Ibu yang dahulunya pandai memasak apabila sudah tua, tidak diberi peluang memasak lagi. Mungkin anak-anak merasa masakan ibu tidak lagi sesedap dahulu atau tidak mahu ibu berbuat sepah di dapur.

Sikap tidak mahu menyusahkan ibu ayah lantas anak-anak membuat semua kerja sebenarnya mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan dalam jangka masa panjang.

"Sebenarnya jika ibu digalakkan memasak dan dia boleh melakukannya dan kemudian kita memuji masakannya, hatinya akan menjadi lebih gembira.

"Anak-anak sering berkata emak tak payah jalan-jalan lagi, tak payah keluar-keluar lagi, duduk diam-diam sahaja. Sebagai contoh emak ayah yang datang dari kampung dan duduk dengan anak-anaknya di bandar, tak buat apa-apa akhirnya mereka menjadi bosan dan balik semula ke kampung," katanya.

PROSES KEMURUNGAN

Warga emas juga, tambahnya tidak terkecuali daripada kemurungan.

"Kemurungan ini ada dua waktu puncak. Yang pertama, awal dewasa dan kedua, di kalangan warga emas. Mereka bukan sahaja menjadi murung apabila berlaku kematian orang yang disayangi malah apabila mengingatkan hari kematiannya yang semakin hampir.

"Semakin dia mengenangkan apa yang telah dilakukannya semasa usia mudanya, mungkin dia banyak melakukan perkara-perkara yang tak wajar, dia menjadi semakin takut sehingga menyebabkan dia didatangi perasaan cemas dan diburu perasaan bersalah," jelasnya.

Satu lagi fenomena yang kerap kali berlaku ialah 'Empty-nest Syndrome'. Anak-anak yang telah dewasa dan bersedia meninggalkan keluarga kerana faktor pekerjaan ataupun telah mempunyai keluarga sendiri setelah berkahwin.

Warga emas terdedah kepada kesunyian serta kebosanan dan mengalami masalah penyesuaian terutama bagi mereka yang terlalu bergantung kepada anak-anak mereka.

LIMA PENYAKIT

Warga emas sering dikaitkan dengan lima jenis penyakit iaitu angin ahmar, sakit jantung sama ada serangan jantung atau lemah jantung, sakit paru-paru, sakit sendi dan jangkitan.

Selain itu, menurut Dr Norazam, terdapat lima keadaan atau lima "i" yang katanya boleh menunjukkan penyakit-penyakit lain yang menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hidup warga emas.

"Pertama, tidak bergerak (Immobility) mungkin disebabkan sakit sendi, sakit jantung atau serangan angin ahmar. Kedua, 'Instability' yang bermaksud keadaan diri yang tidak stabil, contohnya bila bangun menjadi pening dan menyebabkan jatuh atau pandangan kabur. Ketiga, 'Intellectual impairment' yakni daya fikir yang berkurangan.

"Keempat, 'Incontinent', iaitu tidak dapat mengawal/menahan untuk membuang air kecil atau air besar. Kelima, 'Iatrogenic' atau masalah ubat-ubatan sama ada kesan ubat itu sendiri atau kesan tindakan ubat sesama ubat yang lain. Mungkin bila makan ubat yang tak sesuai, jadi pening kepala atau menjadikan dia terlalu letih dan tidur sahaja. Ini akan menimbulkan masalah persepsi di kalangan anak-anak atau pasangan yang dengan cepat melabelkan 'malas' kepada mereka. Walhal puncanya ialah ubat," jelas Dr Norazam.

PERLU TERIMA KENYATAAN

Setiap yang muda akan menjadi tua, setiap yang bernyawa akan mati dan setiap yang sihat akan merasai sakit. Itulah kehidupan!

Namun, biarlah kita menjalani kehidupan kita, dalam apa juga usia, dengan tahap kesihatan yang baik dan hidup yang lebih berkualiti.

Persediaan juga perlu dibuat daripada segi mental dan fizikal dalam menghadapi kehidupan usia "senja".

"Kesihatan yang baik, kewangan yang mencukupi, tempat tinggal yang selesa dan selamat, pemakanan yang berkhasiat perlu diberikan perhatian sebelum tiba usia tua.

"Persediaan perlu dibuat sewaktu sihat dan di kala muda lagi ibarat perupamaan sediakan payung sebelum hujan kerana jika hujan sudah turun, segala-galanya mungkin sudah terlambat," kata Dr Norazam.

Beliau berpendapat, didikan kepada anak-anak untuk memberikan kasih sayang yang tidak berbelah-bagi kepada kedua ibu bapa perlu dipupuk sejak kecil lagi dan secara konsisten.

Katanya, anak-anak perlu dididik untuk menghormati kedua ibu bapa dan bertanggungjawab untuk menjaga kedua-duanya sepertimana ibu bapa menjaga mereka semasa kecil.

Kesemua anak juga, tambah beliau, perlu bekerjasama, bantu-membantu dan bermuafakat untuk penjagaan ibu dan ayah apabila kedua-duanya uzur.

"Pengorbanan untuk menjaga kedua-dua orang tua perlu dilakukan sewaktu mereka masih hidup dan sekiranya kita berbuat baik kepada orang tua kita, nescaya anak-anak kita akan menjadikan kita sebagai contoh untuk mereka teladani. Ini adalah putaran alam kehidupan.

"Sekiranya kita tidak dapat menjaga kedua orang tua kita dengan sempurna, ada eloknya dan tidak salah mendapatkan pembantu rumah khusus untuk menjaga mereka atau mendapatkan penjagaan bagi mereka di tempat yang lebih baik," kata beliau.

Langkah demikian, katanya lebih ihsan daripada orang tua yang uzur terbiar bersendirian dan mengundang pelbagai masalah keselamatan dan kesihatan.

"Penderaan ke atas warga emas secara langsung atau tidak secara langsung atau tidak disedari perlu dielakkan. Konsep keluarga penyayang perlu diterapkan kepada semua ahli keluarga termasuk datuk dan nenek," kata Dr Norazam.

-- BERNAMA

12 Januari 2015

BR1M 4.0 2015

BR1M 1.0 & 2.0 saja sy dapat. Tahun lalu kononnya tiada maklumat isteri dalam permohonan hahaha agaknya isteri sy tu disyaki orang Endon kut... top-top bila sy buat aduan di BPA baru ni pihak LHDN dapat pula trace kononnya isteri sy tu Jutawan Jenaris... pulak cam mana pula dapat no hp isteri sy ni... alahai misslah BR1M 3.0 sebab isteri orang Endon tahun ini isteri disyaki seorang jutawan... hatta BR1M 4.0 ni masih blur.

Pesara macam sy ni hanya menerima seadanya sahaja dah buat komplen bab beristeri dengan jutawan ni... sama kes anak buah si Nasuha tahun lalu konon dia kahwin dengan Datin ada moto besar yang mewah di jalan raya maka ditolaklah BR1M 3.0 ... macam-macam alasan LHDH ni.

Tak ada rezekilah tu.

05 Januari 2015

Acha sudah Tiada

 Ini adalah catatan terakhir di FB Acha rakanku di SMI Ipoh yang telah tiada. Pegi mengadap Ilahi
 
Happy New Year 2015
berasa berterima kasih bersama Nur Hidayah dan 4 others di Dataran MERDEKA,Kuala Lumpur.