iDAN

15 Disember 2011

Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahabi


(Saya seorang yang amat jahil tentang Fahaman Wahabi ini, mungkin ada catatan dalam blog ini yang tersimpan dari fahaman tersebut. Jika pengunjung blog ini dapat mengesan artikel yang ada Faham Wahabi ini sila beritahu saya supaya ianya dapat saya padam dari bacaan kita : iDAN)

Assalamualaikum Warahmatullah.


PENGENALAN

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui E-mel dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sistem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

PENUTUP

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

‘Memberi dan Berbakti’

Sekian. Wallahualam.

Penulis : Ustaz Buluh

13 Disember 2011

Kucing terkaya di dunia

Si hitam Tommaso, kucing jalanan berusia empat tahun kini menjadi kucing terkaya di dunia. - AGENSI

ROM 13 Dis. - Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di sini mewarisi kekayaan berjumlah AS$13 juta (RM49 juta) daripada tuannya, seorang taikun hartanah Itali yang berstatus janda.

Maria Assunta meninggalkan kekayaan tersebut kepada kucing kesayangannya, Tommaso, selepas dia meninggal dua minggu lalu pada usia 94 tahun.

Kekayaan tersebut termasuk wang tunai dan harta di Rom, Milan serta tanah di Calabria.

Sejak kesihatannya merosot dua tahun lalu, Assunta yang tidak memiliki anak, mula mencari jalan agar Tommaso dijaga dengan sempurna selepas ketiadaannya.

Awalnya, Assunta mengarahkan peguamnya mengenal pasti pertubuhan kebajikan haiwan untuk mewariskan estet, sekali gus menjaga Tommaso.

Setelah gagal menemui pertubuhan yang sesuai, Assunta membuat keputusan meninggalkan semua harta tersebut kepada Tommaso melalui jururawatnya, Stefania, yang merawatnya sehingga dia meninggal dunia.

Seorang peguam Assunta, Anna Orecchioni percaya Stefania adalah individu terbaik untuk menunaikan segala hajat wanita tersebut kerana dia menyayangi haiwan dan menjaga Assunta sehingga ke akhir hayatnya.

"Wanita itu mengalami kesunyian sepanjang hayatnya. Dia menjaga kucing melebihi anak sendiri," kata Stefania kepada Telegraph.

Peguam Assunta berkata, mereka menerima banyak e-mel daripada individu yang ingin memelihara Tommaso.

Kekayaan Tommaso menjadikan ia berada di tempat ketiga senarai haiwan peliharaan terkaya di belakang anjing Sheperd, Gunther IV, yang memiliki harta berjumlah AS$372 juta (RM1.016 bilion) dan seekor cimpanzi, Kalu yang memiliki kekayaan berjumlah AS$80 juta (RM240 juta). - Agensi

2/3 Kota Bharu (Episod 10)

Bila merancang berjalan jauh bagiku perlukan kekuatan minda. Aku suka jalan-jalan sambil bersantai. Perbalahan aku & Aziq tentang kelewatan tidur tak mampu aku catatkan di sini. Cukuplah aku berdoa agar perbalahan keluarga sebegini akan dimaafkan Ilahi. Agar Aziq tu faham sendiri kenapa amat perlu waktu rehat yang cukup. Jika setiap malam tidur jam 1:00 atau 2:00 pagi bila mahu bangun waktu subuhnya. Empat ke lima jam tidur pasti akan sukar mahu bangun awal Subuh. Memandu perlukan ketenangan & bukan badan yang mengantuk. Tumpuan kena seimbang dengan kesesakan jalan raya pun kerehatan badan. Jika ayahnya tidur sekadar sekitar empat jam bagaimana mahu memandu sampai lapan jam.

Aku bercadang mahu kembara melalui Cameron Highlands. Tetapi oleh kerana lambat bertolak dari rumah aku buat keputusan ikut saja Tol Gombak ke arah Bentung. Dari Bentong menuju ke Jerantut. Lebuh Raya Karak sentiasa banyak kenderaan, paling tidak ramai pengunjung berulang-alik dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur. Jam ketika ini telah 10:00 pagi.

Ini kali ketiga aku memandu sendiri ke Machang. Kali ini untuk Aqiqah si Qasrina cucu sulungku. Ini juga kali pertama aku ikut Lebuh Raya Karak. Sebelum ini pergi & balik aku ikut Cameron. Suka sangat ikut Cameron sebab sempat beli sayur di sepanjang perjalanan. Sejak ada jalan baru ikut Simpang Pulai, aku rasa selesa sangat mendaki gunung ke sana. Aku suka makan tomato hidroponik yang segar, buahnya yang kecil-kecil itu amat sedap dimakan ketika memandu. Timun segar dari ladang Cameron juga amat rangup. Paling ku suka adalah permandangan gunung-ganangnya yang menghijau. Kenderaan dari puncak Kampung Raja ke Gua Musang amat lengang.

Mila pula suka membeli bunga segar yang amat murah di sini. Seikat sekitar RM10 telah dapat sepasu bunga yang segar berseri. Jika ke Cameron Highlands adalah dinasihatkan pergi tenguk ladang tehnya, pergi lihat sendiri kilang Teh Boh tapi jangan beli teh di sini; agak mahal berbanding di TESCO atau Econsave. Lebih baik beli di dataran atau pasar raya yang banyak membuat tawaran. Strawberi biasalah makan saja di puncak sana jika dibawa turun akan rasa tawar & tidak segar lagi.

Cumanya jika ke pantai timur melalui Cameron Highlands jangan cuaca hujan pun jangan memandu malam-malam di sini. Banyak amat cabaran & ancaman.

Bentong, Raub ke Kuala Lipis sepatutnya aku telah singgah makan tengah hari. Telah sekitar 1:00 tengah hari, aku berhenti sekejap sekitar Kuala tetapi gerai yang kami singgah kehabisan nasi; lauk pun tak banyak pilihan. Hatta kami merancang mencari gerai yang lebih menarik. Nak dijadikan ceritera kami singgah di Restoran Kubang Rusa; sekitar Kampung Kubang Rusa, restoran tersebut tempat bas ekspres berhenti, antaranya Bas Ekspres Mahligai. Kami makan berlima mengalahkan makan di hotel 5 bintang harganya. Tak tergamak nak menyebut kosnya. Awas makan di Restoran Kubang Rusa ini; memang memang dikubangnya kami. Yang sedihnya sup yang kami makan sejuk lesi & berbau. Tak sedap mana pun. Lalat pun amat banyak berkiaran. Padanlah telah dekat jam 2:30 petang makanannya bagaikan tidak diusik pelanggan. Sudahlan taukenya orang kita Melayu. Perempuan yang telah berusia ke ambang Warga Emas; senyum pun tak mahu.

"Mahalnya ayah!.." Mila bersungut

"Manalah ayah tahu kita nak kena sembeleh di sini, kalau tahu mahal ayah sanggup berlapar sekerika kita berhenti di Hentian Rehat Gua Musang tempat kita selalu singgah.


Buat tauke gerai Restoran Kubang Rusa, janganlah aniaya pelanggan yang kelaparan; jika berniaga tak jujur sanggup pekena pelanggan sesama Islam, baik tutup Restoran. Tak akan seberkat mana keuntungan yang dimiliki. Restoran tu sudahlah tepi jalan. Berhabuk tentunya. Layak di panggil gerai sepatutya jangan letak bena restoran; entah-entah sewa tapak pun murah amat atau main cacak saja. Jika nak kenakan pelanggan harga mahal kenalah pastikan makanannya ada kelas, berasap sentiasa; tempat santai pun kenalah berhawa dingin ala hotel berbintang lima; barulah setara dengan harganya.

Lainlah kami mengidam makan daging Pak Belang.

- bersambung


Hidang organ pak belang

TEMERLOH: Tawaran harga RM20,000 hingga RM40,000 untuk hidangan kemaluan harimau belang membuatkan seorang lelaki ‘gelap mata’ sehingga sanggup membuka restoran makanan binatang eksotik di Kampung Kubang Rusa, Merapoh, Kuala Lipis.

Restoran beroperasi sejak lebih tiga tahun itu bukan setakat menyediakan hidangan berkenaan malah lelaki berusia 44 tahun itu turut menghidangkan daging kijang, pelanduk serta pelbagai spesies burung kepada pelanggan.
Bagaimanapun, jam 10 pagi kelmarin, kegiatannya terbongkar apabila menerima kunjungan mengejut anggota penguat kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sekali gus berdepan denda sekurang-kurangnya RM500,000 serta penjara.

Selepas pemeriksaan, Perhilitan menemui pelbagai organ harimau yang sudah dikeringkan serta disimpan di dalam botol di restoran berkenaan seperti kuku, lidah, daging dan bulu.
Pengarah Perhilitan negeri, Khairiah Mohd Shariff berkata, pemeriksaan membawa kepada penemuan 54 helai bulu burung kuang yang dijadikan hiasan.
“Kami juga merampas seekor burung ruak-ruak hidup, kira-kira 16.8 kilogram daging kijang dan dua pelandok yang disimpan di dalam peti sejuk.

“Lelaki itu pernah dikenakan tindakan udang-undang kerana memiliki daging kijang secara haram.
“Mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 seksyen 68(2)(c) yang dikuatkuasakan akhir tahun lalu, jika sabit kesalahan individu memiliki apa juga organ harimau belang boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun.

“Bagi kesalahan menyimpan bulu burung kuang, memiliki burung ruak-ruak, daging kijang dan pelanduk dia boleh didenda antara RM50,000 hingga RM100,00 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Difahamkan, harga seekor harimau belang boleh mencecah sehingga RM300,000 seekor dan jumlah itu bertambah bergantung kepada saiz serta tahap kecederaan haiwan itu.

Sumber : Harian Metro

12 Disember 2011

Datuk Siti Nurhaliza hilang suara


Pasti ramai peminat Datuk Siti Nurhaliza terkejut tetiba dengar suara Datuk Siti bagaikan angsa; paling teruk semasa Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu ke 6. Tapi aku sendiri terkesima melihat betapa komitmennya Datuk Siti biar pun tak keluar suara masih mahu muncul di pentas siap dengan papan digital semata-mata memenuhi undangan sebagai Juri MLM.

Minggu baru ni (minggu ke 7) suara Datuk Siti masih tak suara asal, dah ada bunyi suara Bonnie Tyler. Kalau Datuk Siti nyanyi lagu "Total Eclipse of the Heart"...pasti sebijik garau & serak basahnya dengan si Bonnie Tyler. Paling dipuji Datuk Siti sanggup memaksa suaranya keluar semata-mata nak nyanyikan lagu Selamat Hari Lahir buat peserta tunggal dari Indonesia... si Bocil yang kiut & menghiburkan.

Dengan kemunculan Datuk Siti hilang suara membuatkan kita terasa lebih meminati beliau lantaran tak pernah penyanyi lain berani muncul dengan kehilangan suara sebegini. Agar ini menjadi kenangan manis buat peminat; kita ini sama saja baik artis atau orang biasa sesekali akan hilang suara emas kita jika sakit tekak atau batuk. Segalanya adalah atas ketentuan Dia nan Esa.

http://www.youtube.com/watch?v=ERVPggPI410

05 Disember 2011

Rezeki Beza Manusia & Semut


SEMUT
=====

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.

Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:

"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!


MANUSIA
=======

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati.

Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.

Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.

Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.

Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.

Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian: " Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah.
98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Soalan: Bagaimana IMAN kita?

iDAN:

Apa yang saya sedih, kalangan orang makan gaji, KJ atau orang yang diamanahkan menaikkan pangkat staf sering menyekat kenaikan pangkat atau gaji orang bawahan yang mereka tidak suka; tanpa memikirkan waris staf ini juga mempunyai hak akan rezeki yang ibu ayah mereka cari.

Golongan KJ atau mereka yang diamanahkan ini saya yakin akan muflis di dunia juga di akhirat. Tidak akan mendapat rahmat dari Allah SWT jika menganiaya hambanya.

04 Disember 2011

GEMPA BUMI


Khamis, September 27, 2011 7:23 malam

Author: Hamba Allah

TANDA GEGARAN

Peringatan semula! tolong lah baca!! Semalam, siaran RTM di Negeri Pahang tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat disusuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda-tandanya bencana bumi bakal berlaku di Malaysia. Tak mustahil ini tanda awal kiamat.

Kepada semua yg bergelar muslim,hari ni pakar meteorologi bhgn bunyi dari Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dari bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal yang berusaha utk naik ke muka bumi.

Oleh itu kita disuruh sentiasa tak berhenti azan dan solat, sebarkn kpd umat ISLAM yang lain. Amanah! Wallahualam.

KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA

Jangan pintas untuk baca ni. Sebarkan kalau sayang pada Islam. tolong majukan mesej ni kepada sumua orang Islam! jangan sombong dan bongkak, bertaubatlah selalu selagi pintu taubat masih terbuka.

iDAN:

Pernah gegaran gempa bumi ini berlaku di Pedas Negeri Sembilan; kenapa kejadian berlaku di tempat tertentu sahaja. Jika berlalu gempa atau banjir yang besar akan pasti mengancam nyawa kita. Itu juga tanda kiamat kecil atau bala yang Allah SWT mahu turunkan kepada hambanya yang ingkar akan amanat-Nya.

Kolam air panas biasanya terjadi akibat pemanasan air bawah tanah oleh magma.Magma yang panas akan memanaskan air yang mengalir di bawah tanah.Sesetengah air yang telah dipanaskan itu mengalir keluar melalui rekahan pada permukaan bumi lalu bertakung menjadi kolam air panas.

Di Malaysia ,terdapat beberapa kolam air panas seperti di Pedas(Negeri Sembilan),Tambun (Perak),dan Setapak(Kuala Lumpur).Geiser pula biasanya terdapat di kawasan gunung berapi seperti di New Zealand dan Amerika Syarikat.

Ramai orang mempercayai bahawa air panas dari perut Bumi boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit .Hal ini dan pemandangan yang menarik telah menyebabkab kolam air panas dan geiser menjadi tumpuan para pelancong.

Gempa Bumi sebenarnya ialah gegaran kerak bumi.Ia terjadi apabila kepingan batuan di kerak bumi bergerak.Kerak bumi sebenarnya terdiri daripada kepingan -kepingan batuan yang besar.

Pergerakan kepingan batuan itu menghasilkan gegaran dan rekahan pada permukaan Bumi,iaitu Gempa Bumi berlaku.Kekuatan gempa bumi diukur dengan Skala Richter.Semakin besar nombor skala ,semakin kuat Gempa Bumi yang berlaku dan semakin banyak kerosakan yang dialami.

Gempa Bumi yang kuat akan menyebabkan bangunan ,jalan raya ,dan jambatan retak dan runtuh.Bekalan air dan elektrik juga terputus.Kebakaran turut berlaku dan banyak nyawa akan terkorban.Biasanya ,bangunan di kawasan yang selalu dilanda gempa Bumi didirikan di atas tapak yang dapat menyerap gegaran.

Kesan gempa bumi

Gunung berpi ialah suatu rekahanl pada kerak bumi.Ia terbentuk akibat letusan gunung berapi dan gunung berapi biasanya terjadi di kawasan kerak bumi yang lemah.

Terdapat tiga jenis gunung berapi,iaitu:

a)Gunung berapi aktif:Gunung berapi yang sering meletus
b)Gunung berapi pendam:Gunung berapi yang berahat selama beberapa tahun tetapi meletus dari semasa ke semasa.
c)Gunung berapi mati;Gunung berapi yang tidak meletup lagi.

Gunung beapi bukan sahaja terdapat di atas daratan,tetapi juga di dasar laut.Apabila letusan gunung berapi berlaku di dasar laut ,ombak yang amat besar (tsunamai )akan dihasilkan .Ombak ini akan memusnahkan pelabuhan dan kawasan persisiran pantai.

Komet merupakan salah satu ahli sistem suria .Komet terdiri daripada ketulan ais (campuran debu dan gas yang beku). Komet juga beredar mengelilingi Matahari. Komet yang paling popular ialah komet Halley. Komet ini mengambil 76 tahun untuk melengkapkan edarannya dan dijangka muncul semula pada tahun 2062.

Di langit selatan pula terdapat buruj yang boleh dijadikan panduan untuk mengetahui arah selatan dan sesuatu tempat. Buruj ini ialah Buruj Salib Selatan (Crux), yang dikenali di kalangan nelayan tempatan sebagai Buruj Pari. Buruj ini akan berada di tengah meridian langit selatan pada waktu maghrib di antara bulan Mei dan Jun. Arah yang ditunjukkan oleh garisan yang menyambungkan bintang A dan B ketika tersebut adalah arah selatan. Unjuran garisan tersebut kearah yang berlawanan untuk
mengetahui arah utara dari sesuatu tempat.

Untuk mengetahui kedudukan Bintang Kutub, terlebih dahulu hendaklah kenal dan camkan bentuk Buruj Bajak.Pada waktu malam di antara bulan Disember sehingga Mei setiap tahun, terdapat satu buruj lain yang menarik di tengah-tengah langit, iaitu Buruj Orion (Al-Babadur/Belantik). Buruj ini mudah dikenali kerana ia mempunyai tiga bintang berderetan di tengah-tengahnya. Ketika Buruj Orion berada di tengah-tengah langit dalam pergerakan hariannya (dikenali sebagai fenomena istiwa buruj) unjuran garisan yang menghubungkan Bintang Rigel dan Bellatrix menunjukkan arah utara. Bintang tiga berderetan dalam Buruj Orion pula digunakan oleh nelayan di Pantai Timur Malaysia sebagai panduan untuk kembali semula ke daratan dan menentukan arah kiblat.

KIAMAT KECIL

Sebenarnya bukan di N.Sembilan saja, tapi di mana-mana. Kematian adalah umpama
kiamat kecil (rujuk sumber Hadith di akhir artikel ini). Marilah kita doakan
agar keluarga di bawah ini diberi kesabaran menempuh dugaan yang amat berat
ini, dimana 3 orang anak-anak mereka yang masih kecil dihanyutkan oleh arus
deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan pada 3 Mei 2011. Ini adalah
kejadian kedua di N.Sembilan dalam tempoh sebulan.

Memang 2-3 hari ini hujan begitu luar biasa sekali di Negeri Sembilan dan
lain-lain tempat di Malaysia. Dua hari saya berulang dari Seremban ke hospital
Tampin, kerana ayah masuh wad (bilalah nak siap Hospital Rembau?).

Isnin petang 2 Mei 2011 banyak jalan dinaiki air, nak isi minyak di stesen
Petronas pekan Kota, air naik sampai buku lali, baru kereta depan nak isi
minyak, blackout, semua api padam.

Selasa petang 3 Mei 2011, sekali lagi hujan yang begitu luar biasa, dalam
perjalanan balik, banjir di pekan Pedas simpang tiga nak ke tol. Kenderaan JKR
dan ramai petugas JKR berada di lokasi. Sepanjang hayat saya, rasanya inilah
kali pertama saya lihat banjir di pekan Pedas, macam di Terengganu pula pada
musim tengkujuh.

Ajal maut di tangan Allah. Harap pihak berkaitan memberi lebih banyak
peringatan dan meletakkan papan tanda mengenai bahaya Kepala Air seperti pada
hujung artikel ini. Juga memantau sekiranya ada pembalakan haram atau
penerokaan tanah haram yang memburukkan lagi fenomena Kepala Air.

Hari Isnin tu pula saya dikunjungi oleh seoarang ahli tasauf. Katanya terlalu
banyak fitnah tersebar sekarang. Dia ingatkan saya sekeluarga agar banyak
bertaqwa, jaga amal ibadah yang wajib dan sunat. Banyakkan zikir, Selawat, baca
Al Quran , ayat Kursi dan macam-macam lagi. Tapi apa yang beliau tekankan ialah
banyakkanlah Selawat kerana Allah, banyak selawat kerana ianya penting dan amat
mudah. Juga rujuk hadith di bawah yang menyarankan banyakkan Selawat.

Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

Terbaru Kajang


Tetiba banjir kilat; tak siapa menduga air mendadak naik; ada yang tak sempat menyelamatkan kenderaan habis tenggelam ke aras bumbung. Di YouTube google saja Banjir Kajang; dapat dilihat mangsa banjir naik ke bumbung van yang hampir hapus ditenggelami air. Diselamatkan menggunakan tangga naik ke tingkat satu bangunan.

Esok lusa entah apa lagi berlaku di negara kita. Bila maksiat, rasuah pun fitnah bermaharajalela tunggulah bala yang bakal menimpa untuk semua. Tanpa mengira kita ini baik atau banyak dosa.

03 Disember 2011

Cara Mandi Wajib


Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama: Niat. Kedua: Menghilangkan najis pada badan. Ketiga: Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ”Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.

Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.

Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya, sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.

Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab.

3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati.

Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak( wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Rasulullah S.A.W Bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." Riwayat Muslim]

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, dibolehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:26

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.





Assalamualaikum ustaz...

Macamana kah cara mandi wajib lelaki yang betul? ada kah menggunakan hos sambil berniat membersihkan badan dikira sah sebanyak tiga kali dilakukan..terima kasih..

Jawapannya

Terlebih dahulu saya berikan pengenalan mandi wajid dahulu sebagai pengetahuan kita semua. Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa :

“Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh”.

Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…”. (Al-Maidah : 6)

Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut.

Perkara-perkara yang mewijibkan mandi

Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).

Keluar mani walaupun sedikit.

Mati melainkan mati syahid.

Keluar haid bagi perempuan.

Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).

Wiladah atau melahirkan anak.


Fardhu mandi

Pertama :

Niat

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Kedua :

Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.

Ketiga :

Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.

Cara mandi

Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.

Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam Bahasa Arab boleh dalam Bahasa Melayu.

Sunat memulakan mandian di sebelah kanan dahulu dan seterusnya di sebelah kiri.

Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.

Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

Saya rasa ini sahaja untuk perbahasan bab mandi hadas bagi lelaki dan perempuan. Maaf saya menulis artikel ini dengan ringkas dan menggunakan teknik penulisan ringkas sahaja. Jika ada apa-apa persoalan boleh kemukakan di ruangan komen dibawah ini. Insyaallah saya akan menjawabnya jika masa mengizinkan. Anda juga boleh menyemak di kitab-kitab fiqh, bab bersuci, bahagian mandi.

02 Disember 2011

Hati Penyair iDANRADZi membengkak

Jarang orang tua sepertiku kena marah. Baru kejap tadi Dr Suhyna marah tanpa memandang wajah machoku. Sungguh marah. Sungguh beradang. Kamarnya No. 4 bagaikan bergegar. Aku jadi manusia panik. Jarang kena marah maka tergamam amat.

"Dah lama tak makan ubat ni, berapa hari ni?" dia menyergahku sambil membelik-belik data di komputer.

"Ubat lama masih banyak berbaki! saya makan ubat lama sahaja" jawaban aku mesti tambah meradangkan dia.

"Ini nampak ni dua tahun lalu hati awak membengkak, sakit kronik awak bukannya boleh dipandang mudah. Ini kolestrol ini tinggi; glukos sampai bacaan 11, yang ini bulan 3 ujian terapi darah awak; masih tak jauh bedanya kurang sedikit sahaja!"

Muka aku berubah, doktor yang lain tak katakan pun demikian. Marah & meradang Dr Suhyna tanda dia doktor yang amat prihatin. Amat risau akan perkembangan kesihatanku.

"Nampak ni kolestrol masih tinggi...!" memang benar aku perasan masalah itu, tapi fikirku kes lama.

Dalam hatiku berkata, siapa tak mahu sakit ini pulih segera, siapa tak mahu jadi orang normal semula.

"Ubat yang awak makan sekadar dapat menghalang implikasi sakit awak tu tak merebah, jika bacaan ujian darah sebegini; jantung awak akan menjadi kesan. buah pinggang awak boleh rosak!"

"Saya boleh kasi awak ubat untuk sebulan sahaja, bulan hadapan awak kena datang buat ujian darah"

Bila aku lihat dia mula reda marahnya. Aku mula beranikan diri untuk mengulas segala. Bukan aku sengaja datang hari Sabtu. Salah satu sebab remeh adalah kenderaan. Kapcai meragam tapi masalah ini boleh jika minta tolong Mila hantar atau dia menumpang kawan. Aku boleh guna Avanza; atau pun boleh suruh Afiz hantarkan ke klinik. Rasanya lebih kepada rasa bagaikan terpinggir setelah tiada perhatian serius doktor. Ada ketikanya ketemu untuk buat ujian terapi darah tapi doktornya asyik sibuk & terpaksa bertukar lain.

Sejak kebelakang ini telah pelbagai doktor yang merawat aku. Buku rawatan pun tak diconteng untuk menetapkan temujanjiku. Bab temujanji aku tak kisah sangat; aku sendiri boleh tetapkan agar te[at waktunya aku boleh mengadap doktor. Tapi ubat yang aku makan, tak menyelesaikan masalah. Lagi ku makan lagi sakitku melanda sampaikan aku tak cergasa bangun pagi. Sampai segala sendiku ditariknya. Sebab itu aku beralih kepada ubatan herba; lebih ringan rasa badanku.

Buktinya aku kurangkan makan ubatan yang diberikan aku lebih makan pelbagai ramuan herba; nah tenguk tekanan darahku masih bagai setahun dua dulu. Bermakna ubatan yang diberikan sekadar menahan sakit tidak meredakan sakit. Ramuan herba pun dapat mengimbangi sakit ini.

"Kenapa ubat ini kena makan sampai dua kali; sekali makan sampai 3 biji" tetiba doktor terkejut tenguk rekod ubatan yang aku makan. Aku diam saja.

"Saya hentikan makan ubat ini; makan 4 jenis ubat sahaja" pesakit seperti aku menurut sahaja.

Sebenarnya aku memang perasan lagi aku makan ubat yang doktor persoalkan memang aku rasa tak kena. Rasa haus & rasa tambah berat nak bangun pagi. Rasanya telah lebih dari 3 bulan aku makan ubat itu. Cumanya hatiku memang waswas & kekadang aku tak makan nak tenguk kesannya. Memang terbukti aku telah diberikan ubat yang salah dosnya.

Beginilah nasib pesakit kronik; aku masih berhutang budi kepada Dr Imah; dialah doktor paling bagus & sentiasa prihatin.

"Tak apalah lain kali awak pilih doktor mana satu yanag awak suka; saya atau Dr Dr. Faridah atau Dr Dr. Aditya Adawiah" ada beberapa kata-kata Dr Suhyna yang terpaksa aku rahsiakan demi menjaga reputasi PKupm.

Kini telah masuk tahun ke lima aku menjadi pesakit kronik; Sejak tahun 2006 lagi aku keluar masuk Wad Kecemasan. Aku tak pernah putus asa dalam mengharungi kesakitan ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa derita seorang pesakit sepertiku. Banyak aku terpaksa rahsiakan dari keluarga yang tidak pernah pun tahu erti sokongan serta memberikan kekuatan semangat; malahan aku yang cuba melarikan diri dari stres nampaknya terusan berhadapan dengan stres yang berpanjangan. Aku terpaksa memujuk hati sendiri agar berjiwa cekal & tabah. Ajal & maut aku yakin di tangan tuhan, aku telah berusaha sebaiknya agar diri ini tidak cepat tewas. Esok bagiku tak pernah menjanjikan apa-apa sementelah usia aku pun semakin senja.

Buaya Liar mencari mangsa di Kajang

Apakah gambar disunting atau memang buaya 50% 50%
Gempak!
Anak buaya sesat ditemui dalam longkang
KAJANG: Menggemparkan apabila sekumpulan murid yang menghadiri kelas tuisyen di Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, dekat sini terkejut selepas menemui seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di dalam longkang sekolah itu, petang semalam. Menyedari kehadiran reptilia itu, pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang bertugas ketika itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Putrajaya kerana bimbang keselamatan murid yang masih berada di sekolah itu. Ketua Operasi JPAM Putrajaya, Koperal Hafizan Azmi berkata, anak buaya itu dipercayai tersesat dari Sungai Kuala Langat yang terletak berhampiran sekolah itu. Menurutnya, sepasukan anggota jabatan itu yang bergegas ke tempat kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang menghadapi kesukaran mengeluarkan reptilia itu dari dalam longkang.
Deretan pokok itu adalah longkang besar bak sungai yang bersatu dengan Sungai Langat.
“Kami mengambil masa hampir empat jam untuk menjerut leher anak buaya itu berikutan keadaan longkang yang agak sempit,” katanya. Hafizan berkata, salah seorang daripada anggotanya yang berbadan kecil terpaksa masuk ke dalam longkang itu untuk menjerut leher buaya berkenaan. iDAN: Jika nun jauh dari Sungai Langat sah ada buaya; apatah lagi Kajang yang ada longkang besar sebelah Pasar Besar Kajang itu bertemu airnya yang hanyir sebelah Aked Mara Kajang; bagaimana nak sekat buaya ini mencari mangsa di bandar Kajang. Alahai boleh buat filem seram ni!.
Longkang besar ini akan bertemu Sungai Langat yang memang banyak buaya.
Bayangkan semasa ini dia sempat memerangkap mangsanya. Mak Datok di darat pun tak selamat kini. Jika ada anak buaya mesti ada emak & apak bauaya. Ini sejarah memancing di Sungai Langat.. Idan Radzi dulu paksu rajin menjala ikan pun memancing udang di Sungai Langat; mmg kalau sungai banyak udang selalunya ada buaya. Pernah sekali tu rakan abg lari lingtang pukang naik ke tebing sebab bolehkan terpijak buaya timbul, ingatkan ianya batang kayu hanyut... Idan Radzi ( gambar atas sekali) ...yg ini mmg tak pasti buaya tapi bukan mustahil buaya ini akan sesat di bandar... dia datang sebab ada bau busuk dari pasar tu tentunya... gambar ini diambil jarak dari Pasar Besar Kajang tak sampai 100 meter...
Kalau banyak ini buaya menyerang Kajang; moh! kita perangkap boleh makan Sate Buayalah kita. he3
Hai awak! Tgk berita tak td? Metro Kajang masuk berita wooo. Kenapa? Sbb banjir. Kajang mmg selalu la gak banjir, tp tkdela teruk mcm hari ni, sampai masuk ke dlm Metro Kajang semua. Tu yg ada sesetengah warga muda kat Kajang ni yg were like "o em ji kajang banjir! tak penah2 pun banjir" etc.
Kat Facebook mmg semua dok buat berita terkini sendiri la. Lepas sorang update pasal banjir, dtg lg yg lain update pasal banjir jugak. *cough* Aku pun tak terkecuali ye. Hmm, ada la bbrp kenalan aku yg terperangkap kat dlm Metro Kajang la, kat Pasar Kajang la. Dgr cerita ada buaya, tp tktau la betul ke tak.
Alhamdulillah, Saujana Impian tak banjir. Mama kata kalau SI banjir, habislah satu Kajang banjir. Sg. Kantan confirm tenggelam kalau mcm tu. Then kena tidur kat SMKSI LOL! Okay enough.
Nnt bila banjir dah surut, jom gi jalan2 gi Kajang. Barang2 mesti murah kan kan. Ooooh Cziplee bg diskaun tak?
Hahaha okay, anak2 muda Kajang ni mmg kecoh ye. Almaklumlah, bukan selalu boleh tgk kereta tenggelam. Siap ada yg naik sampan lg tu. Oh, excuse my excitement sbb bangga jd penduduk Kajang yg tiba2 famous hari ni. Siap duduk siap2 kat dpn tv nak tgk berita *tak penah2 ok* That's all for now, babai awak! ps : doa banjir cepat surut :) Dari Blog: http://directorayesha.blogspot.com/ Saja nak puaskan hati selepas aku balik berjumpa Amid di Sungai Chua aku pusing-pusing Kajang... tenguk kawasan yang kena banjir staf McD maih mengemas testoran mereka; mesti air masuk ke restoran mereka; banyak kedai dah tutup dah jam 12:30 malam. Staf KFC pun sama sedang membersihkan restoran mereka. Aku nak pastikan ada tak pengadang jalan tempat gambar diambil. Sah tak ada pengadang jalan dikatakan mungkin pengadang tu yang dianggap buaya; setahuku kawasan tu mana ada hutan yang menyimpan batang kayu sepanjang itu. Ku ianya hanyut takkan ianya boleh menentang arus. Yang mengambil gambar ini mungkinkah tak sempat ambil dua tiga keping gambar, air keruh & buaya tu menyelam mungkin. Jika sempat ambil dua tiga gambar boleh juga kita sahkan ianya benar-benar buaya. Dalam siasatan aku melalui Adobe nampak macam gambar asli tak ada tanda contengan atau gambar bertindih.

28 November 2011

Wayang

Blog ini kebelakangan ini kurang dikemaskini lantaran masalah akses internet yang amat meraban; ianya teruk meruncing sejak awal bulan November 20011. Kira-kira jam 4:30 petang 29.11.11 barulah pihak TMnet & Kontraktor luar dapat menyelesaikan kemelut Streamy & talian telafon di rumah saya. Kekinian talian internet kami menjadi amat lancar dalam SEJARAH itu setelah campur tangan pihak BPA Putrajaya.


Filem Hindi Rock Star

Selalunya sebelum aku menonton wayang akan pasti tenguk bagaimana undian Pengulas Filem di alam maya. Ada dua URL aku selalu buka satu tempatan http://www.cinema.com.my/default.aspx satu lagi antarabangsa http://www.imdb.com/. Saman sesawang tempatan menggunakan kiraan 5 bintang dan antarabangsa guna 10 bintang.

Jika tak dapat mengatasi 50% dari bintang tersebut pasti aku tak akan menonton filem tersebut.

"Azim mohlah temankan ayah tenguk wayang!" Mila sedang menonton Astro. Anif leka melihat rancangan kegemaran mereka. Aku perhatikan mereka seri pertandingan masakan tempatan. Entah kenapa aku kurang berminat siri masakan ini biar pun pengadil rancangan yang berjambang itu abang rakan seasramaku; Abg si Syukri.

"Ayah nak tenguk filem apa?, mana ada filem sedap... kalau nak tenguk filem hindustan Azim tak mahu temankan!" dah agak ayat begitu akan timbul.

"Ayah ajaklah ibu sama pergi menonton!" Anif mencelah.

Huh aku kecut perut (bukan takut bini eh!)... tapi aku telah pasti akan terbit ayat yang amat bercakaran dalam hatiku jika Mila dengar bab menonton wayang ini. Seingat akulah Mila agaknya dah bertahun-tahun tak jejak kaki ke panggung wayang. Biar pun kami sering sekeluarga menonton hanya dia yang tak mahu pergi bersama. Tak mahulah aku catat ayat bercakaran yang terbit dari mulut Mila merondok masuk ke dalam hati ini. Nanti bikin keliru & kena rujuk nun jauh fatwa pujangga & Majlis Fatwa Kebangsaan. Lor! sampai ke situ...

"Filem ini baguslah Azim dapat 4/5 bintang bukankah Azim suka lagu rock"

"Mana ada... rock hindi tak mainlah ayah" Azim ni kalau dah cakap begitu selalunya boleh dipujuk lagi; tapi jatuh kasihan pula asyik dia jadi mangsa untuk menemani ayahnya.

Avanza Mila yang mula jatuh bumper depan telah dilekat pelekat P. Aziq dah lulus lesen kereta & moto. Gian stereng kereta dah merasuk dia. Jadi aku kasi can dia memandu untuk pulang ke Kolejnya di Puncak Alam (PALAM). Aku congak-congak kami akan ikut lebuh raya; tak banyak jalan negeri. Masa balik kampung Sabtu lalu kasihan dia cuma dapat memandu kejap saja di jalam kampung. Mak datuk masa pergi punyalah banyak kereta, berderet tak putus-putus. Majoriti orang kita Melayu yang banyak guna lebuh raya; bila berhenti di Hentian Rehat & Rawat boleh kata 90% orang kita Melayu yang sarat.

"Ayah ingat nak tenguk seorang diri Rock Star nanti, filem ni dapat undian 4/5 bintang, mesti bagus!" aku lihat Azim ikut cakapnya; jalan basah dia memandu sekitar 80kmj sahaja.

"Hah! ayah nak tenguk sorang?"

"Habis tu nak buat macam mana dah adiknya tak mahu temankan ayah!" kami menuju Palam melalui Lebuh Raya SKVE. " Lagi pun baru ni filem Ra.One pun ayah tenguk seorang diri, bagus amat filem Ra.One, patutnya untuk golongan kanak-kanak atau remaja macam angah yang tenguk filem ni"

Aziq kami panggil Angah di rumah memang kurang berbual dengan ayahnya. Kalau kami keluar bersama dia sentiasa dengan SMSnya 25jam tak lepas dari tangan. Kalau 24 kira dahsyat amat ini 25jam terlebih dahsyat.

"...Tapi ayah tak tahu nak ikut jalan mana nanti; bukan tak reti jalan KL tu; kalau ikut jalan Lebuhraya Persekutuan kereta amat banyak rasa rimas amat memandu" Lebuhraya Persekutuan adalah jalan yang amat disukai Milajika balik ke Meru. Aku pula amat rimas nak ikut situ. Jika boleh nak mengelak lebuh raya itu.

"...ingat ayah nal ikut lebuh raya KESAS, dari lebuh raya ELITE rasanya ada beluk ke KESAS arah ke Cheras"

"Haa ahh! angah perasan ada susur ke Cheras tu!" baru Aziq bersuara setelah lama aku bercakap sendiri.

bersambung!

25 November 2011

Minggu ke Lima Maharaja Lawak Mega (MLM)



Baru saja habis melihat Maharaja Lawak Mega, tersentuh rasa hati Bob Kuman antara anggota kumpulan BP dalam rawatan masih mahu bertanding & menghiburkan peminatnya. Sayangkan Sobri rakannya masih terkilan sebab Joyah di Mingguan Malaysia (MM) boleh kutuk dia & paparkan kutukan itu seantero Malaya.

Usik mengusik itu biasa dalam dunia artis cumanya ada usikan itu menyinggung seseorang. Sebaiknya hentikan saja; Sobri jangan ambil kisah sangat komen si Joyah di MM itu nanti peminat pula rasa hambar jenaka Sobri. Betul kata Chef Wan tumpukan kepada tajuk minggu bertanding. Kembalikan aura yang ada untuk menarik hati peminat; Bob Kuman memang amat sentiasa menghiburkan.

Kumpulan Boboi hari ini tak bawa watak kanak-kanak tapi tetap menghiburkan; Osbon kena kasi Mr Os tu banyak sikit berjenaka; Kumpulan Syok sering gagal membuat kelakar tapi minggu ini bagus lawaknya cuma cer cari bahan lain agar tidak sebut babi hutan... Saehu begini menarik sebab kemunculan Bocil dapat menambat hati penonton. Adlin Aman Ramli tiap minggu dengan pelbagai penampilan; malam tadi tidak mengecewakan tetapi masih belum cukup kelakar untuk mencuit hati kita. Pi Mai & 3G pun nampak menarik; Bawel nampaknya lebih menarik jika terus dengan alatan muzik mereka.

Saingan nampaknya makin sengit! Kumpulan Hiro tersingkir minggu ini.

22 November 2011

Bob (Kuman) Masuk Wad




SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Husni Rawi, 39 atau nama gelarannya Bob (Kuman) kini ditahan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Kota Damansara pada Jumaat.

Menurut ahli kumpulan Bawal Power (BP), Mohd Sobri Anuar Mohd Tarmizi atau lebih dikenali sebagai Sobri, Bob terjatuh semasa sedang mandi untuk bersiap-siap untuk mengadakan persembahan di pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada malam Jumaat.

"Semasa jatuh bahagian muka Bob telah terkena pada mangkuk tandas dan telah menyebabkan mukanya cedera akibat hentakan kuat," ujarnya ketika ditemui selepas konsert MLM di sini.

Ujarnya, Bob telah dikejarkan ke Hospital Tawakal dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibantu oleh ahli keluarga terdekatnya.

"Selepas Bob sedar dia menghubungi saya memberitahu mengenai keadaannya kepada saya dan memaklumkan tidak dapat menghadiri persembahan pada malam ini (Jumaat) kerana kecederaan dialami agak serius," katanya.

Sobri memberitahu, Bob dilaporkan menerima beberapa jahitan dimukanya akibat hentakan kuat pada mangkuk tandas berkenaan.

Ekoran kejadian tersebut, Sobri tampil bersendirian ketika menyertai konsert minggu ke empat MLM.

"Saya perlu teruskan atas nasihat Bob sendiri dan beberapa rakan-rakan lain seperti Raja Azmi, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal.

"Berdirinya saya pada malam ini tanpa Bob adalah untuknya dan perjuangan kami dalam pertandingan tersebut," katanya.

Pada konsert MLM minggu ke empat, Jalil Hamid telah disingkirkan dengan peratusan paling rendah iaitu 46 peratus manakala persembahan solo Sobri untuk kumpulannya BP telah melayakkan menduduki tempat ke empat dengan 62 peratus.

"Saya harap minggu depan Bob dapat kembali bersama saya di pentas MLM tetapi walauapapun saya mahu dia berehat dengan secukupnya," ujarnya.

MyStar

Maharaja Lawak Mega – Bob (Kuman) Jatuh Dalam Bilik Air [Bawal Power]

SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Husni Rawi, 39 atau nama gelarannya Bob (Kuman) kini ditahan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Kota Damansara pada Jumaat.

Menurut ahli kumpulan Bawal Power (BP), Mohd Sobri Anuar Mohd Tarmizi atau lebih dikenali sebagai Sobri, Bob terjatuh semasa sedang mandi untuk bersiap-siap untuk mengadakan persembahan di pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada malam Jumaat.

“Semasa jatuh bahagian muka Bob telah terkena pada mangkuk tandas dan telah menyebabkan mukanya cedera akibat hentakan kuat,” ujarnya ketika ditemui selepas konsert MLM di sini.

Ujarnya, Bob telah dikejarkan ke Hospital Tawakal dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibantu oleh ahli keluarga terdekatnya.

“Selepas Bob sedar dia menghubungi saya memberitahu mengenai keadaannya kepada saya dan memaklumkan tidak dapat menghadiri persembahan pada malam ini (Jumaat) kerana kecederaan dialami agak serius,” katanya.

Sobri memberitahu, Bob dilaporkan menerima beberapa jahitan dimukanya akibat hentakan kuat pada mangkuk tandas berkenaan.

Ekoran kejadian tersebut, Sobri tampil bersendirian ketika menyertai konsert minggu ke empat MLM.

“Saya perlu teruskan atas nasihat Bob sendiri dan beberapa rakan-rakan lain seperti Raja Azmi, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal.

“Berdirinya saya pada malam ini tanpa Bob adalah untuknya dan perjuangan kami dalam pertandingan tersebut,” katanya.

Pada konsert MLM minggu ke empat, Jalil Hamid telah disingkirkan dengan peratusan paling rendah iaitu 46 peratus manakala persembahan solo Sobri untuk kumpulannya BP telah melayakkan menduduki tempat ke empat dengan 62 peratus.

“Saya harap minggu depan Bob dapat kembali bersama saya di pentas MLM tetapi walauapapun saya mahu dia berehat dengan secukupnya,” ujarnya.

Bob Kuman cedera jatuh dalam bilik air

Oleh SUHANA MD. YUSOP

KUALA LUMPUR - Penyanyi, pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Tawakal di sini selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Kota Damansara kelmarin.

Bob atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 40, dimasukkan ke hospital tersebut setelah mengalami kecederaan di muka, hidung dan tangan.

Katanya, dia terjatuh sewaktu bangun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air untuk menunaikan solat Zuhur sebelum mahu menghadiri program Maharaja Lawak Malaysia (MLM).

“Saya terjaga daripada tidur pukul 1 petang semalam (kelmarin), dalam keadaan mamai saya turun dari katil sebelum tergelincir.

“Saya sempat menahan pintu bilik air dengan tangan tetapi jatuh dan kepala terhantuk ke mangkuk tandas,” katanya ketika ditemui di hospital itu semalam.

Akibat kejadian itu, Bob mengalami kecederaan di muka dan tangan selain memerlukan bantuan pernafasan kerana hidungnya yang bengkak dan sukar bernafas.

Bob yang mempunyai berat badan hampir 200 kilogram mengakui terlalu penat sebab sibuk menguruskan perniagaan kedai makan Bawal Power, menyertai MLM selain projek sosial, 30 kilogram in 120 days.


“Doktor menyarankan saya berehat di hospital kerana terlalu penat dengan kerja seni serta perniagaan, tapi saya ada banyak tanggungjawab di luar sana,” ujarnya.

Biarpun tidak tahu bila dia akan keluar dari hospital, Bob yang ditanya sama ada akan berhenti dari program MLM tetap bersedia untuk kembali beraksi pada minggu depan.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui tersentuh di atas semangat gandingannya dalam Bawal Power iaitu Sobri atau nama sebenarnya Mohd. Sobri Anuar Mohd. Tarmizi, 35, yang terpaksa membuat persembahan secara solo dalam MLM minggu ke-4 kelmarin.

“Saya tidak sangka Sobri mampu membuat yang terbaik.

“Saya tengok apa yang Sobri buat semalam, memang saya tersentuh sebagai seorang sahabat, terima kasih,” ujarnya yang dijaga oleh tunangnya yang hanya ingin dikenali sebagai Normah.

19 November 2011

Perlukah hina Zaiton?


Anugerah Industri Muzik sudah berlalu minggu lepas. Dalam ramai orang di Stadium Bukit Jalil tu, Joyah hadirkan diri juga sebab nak tengoklah hebat ke tak acara tu.

Tetapi malangnya Joyah dikecewakan oleh salah seorang artis yang lahir daripada pertandingan Maharaja Lawak, si Sabri.

Dia ni jadi pelawak yang muncul hanya pada waktu iklan di tv, sebab tu orang di rumah tidak tahu kewujudan dia pun.

Masalahnya, Sabri ni sudah melebih-lebih pula. Bagi Joyah apa yang dia buat bukan lagi satu lawak, sebaliknya penghinaan kepada golongan artis sendiri bila cuba memperlekeh dan mempersendakan penyanyi Zaiton Sameon dalam majlis tu.

Sudahlah muncul dengan pakaian ala-ala Zaiton di zaman muda, bercakap pula macam orang hilang ingatan, merapu meraban.

Siap bagi tahu lagi dialog yang kata Kak Eton nak kena makan ubat sebab ingat-ingat lupa. Kak Eton sudah tidak dipanggil untuk buat persembahan jadi perlu 'merembat' hadiah yang sepatutnya diberikan kepada peminat dan lain-lain lagi dialog yang memang 'kurang asam' sangat.

Ini buat Joyah tertanya-tanya, dia ni faham tak antara buat lawak dan menghina? Kalau tak faham, sila pergi sekolah baliklah, masuk kelas sivik ke, kelas fardu kifayah ke, eloklah sikit perangai tu.

Zaiton Sameon masih hidup dan dia masih naik turun pentas, kenapa hendak menghina dia? Takkan kemampuan artis Maharaja Lawak, sebegitu teruk?

Nasib baik Joyah tengok ramai artis yang dalam dewan tu langsung tak ketawa sepanjang si Sabri ni buat lawak. Agaknya, dia orang pun sama berfikiran macam Joyah, lawak bodoh tak sesuai diberi perhatian. Kalau ada yang ketawa tu, memang tak ada hati perut punya manusia. Nasib balik penonton tak baling kerusi je ke muka dia, kalau tak bersepai gigi semua.

"Gunakan orang yang tak berapa sihat untuk buat lawak, tu memang 'kurang ajar' namanya," beritahu seorang artis muda kepada kawan Joyah yang turut membuat liputan di majlis itu.

Beberapa artis lain juga dilihat menggeleng-geleng kepala kerana tidak tahan dengan gurauan kasar dan menghina Si Sabri tu.

Acara mengangkat artis, ironinya dalam waktu yang sama, menghina seorang artis lain yang sedang berada dalam keadaan begitu daif dan perlu dibantu. Apa ni?

iDAN:

Ini bab hina rakan; bagaimana pula ramai artis lelaki pakai pakaian perempuan pun sebaliknya semata-mata nak ajak penonton ketawa... cer cerita apakah ini disarankan agama. Berhibur tak salah tapi biarlah ada batasnya.