iDAN

11 Mac 2006

Suram 6 Februari xv Wasiat

11.3.2006

Segalanya terjawab selepas tiga minggu dari tarikh kejadian.

Bila aku jumpa Wak Lan (Ulan)

Isteri arwah rupanya tinggal menumpang di rumah Wak Lan. Dua minggu di rumah Wak Lan. Dia tak berani tidur di rumahnya sendiri.

Beg-beg plastik hitam itu rupanya semua barangan arwah, isterinya jumpa bomoh berubat bagaimana nak melupakan arwah. Kata bomoh tersebut, buang semuanya barangan arwah, jangan tinggal satupun. Aneh.. kan?

Aku teringat semasa arwah emak aku meninggal, semua barangannya dikumpul, ditanya anak-anak, yang mana boleh dijadikan kenangan masing-masing. Pakaian arwah emak dibahagi, sebahagian disedekahkan.

Pencen arwah tak buang pulak, rumah arwah tak nak buang pulak, anak-anak cam mana nak buang? iskhh! Aku rasa saranan bomoh itu memang tak betul. Songsang amat. Lagi ganjil, ada satu barangan arwah di makmal yang isterinya tak mahu buang. Lain tak nak. Baik motosikal, baik barangan pejabat. Semua tak nak. Satu barang tersebut yang Ani nak ialah Pemotong Besi. Nak buat apa?.

"Ulan kau nampak ke wasiat yang tersimpan di poket arwah masa Ani kat rumah kau?"

"Ada aku nampak."

"Kau tak baca"

"Aku tenguk Ani baca ajer."

"Ada lagi tak wasiat itu, Ani tak cerita ke wasiat arwah."

"Ntah mungkin dah dia buang, dia tak berceritapun tentang wasiat tu...!"

Paling aku terkilan, bebelan aku rupanya kosong belaka. Sah apa yang arwah takuti, sah lelaki yang arwah cemburui. Sah kegusaran Arwah Nasha tentang keujudan lelaki itu. Ujud memang ujud, Wak Lan yang tolong isteri arwah pindah ke Perlabuhan Klang. Ada lelaki itu bersama. Lelaki itu bebas memasuki rumah arwah. Tak siapapun berani bertanya hubungan mereka. Malahan di rumah sewa Perlabuhan Klang ada lagi seorang lelaki tinggal di rumah yang sama. Apa status lelaki itu. Wak Lan senang saja jawab memang Pak We dia. Titik.

Sejak perkhabaran Wak Lan itu. Lapang. Bagai gemuruh awan berarak lalu. Tidur aku tak diganggu lagi. Jernih. Aku tak lagi segusar dulu. Suasana kehidupan aku kembali damai, rutin harianku kian teratur. Gangguan perkara ghaib tidaklah segetir dulu. Aku kembali cuba menyemangatkan hidup ini. Aku ke Darul Syifa. Jumpa anak buah Harun Din. Masa itu aku bertemu Datuk Dr Amran Kasimin. Dr Amran pekap dadaku dengan tangannya. Sambil di membaca beberapa ayat, sambil berkata "Kena perbanyakkan sembahyang malam untuk menguatkan semangat" Kemudian aku sekadar berbincang meminta nasihat cara terbaik mengembalikan keadaan damaiku; Tidak segeruh dulu. Semangat jatidiri agar tidak terusan diamuk gusar.

Andaian aku yang isterinya akan kembali menyintai arwah Nasha nampaknya semua salah. Tak apalah. Aku gagal rupanya. Gagal menjadi pentafsir yang baik. Aku impikan keluarga arwah kembali ke asalnya demi cahayamata mereka yang empat orang itu. Memang terpadam. Memang amat kontras perasaanku. Kiblat cinta seorang isteri cepat berubah. Begitu cepat cinta itu berkalih. Begitu cepat. Memang fikiran aku jadi jumud memikirkan terbiarnya cinta Arwah Nasha. Aku bagaikan dapat rasakan. Arwah berkata pada aku.

"Itu yang aku nak kasi tahu kau iDAN, memang isteri aku menyintai lelaki itu. Memang dia telah melupai aku."

Aku tak berdaya berkata apa-apa.

- bersambung
Posted on 11.3.2006 at 7:59 AM

Klik Suram xvi

Tiada ulasan: