iDAN

11 Oktober 2007

Kelodak si Todak Episod 6 (Singgahsana)

Depan Kiri Faizal & Wan, Belakang kerusi 2 Penyair iDANRADZi, Man & Ijan, Kerusi 3 Nik,Hatmi & Ketereh, Belakang Abuya Rusdi. Telahan aku amat benar, sekitar jam 3:00 petang barulah tujuh rakanku yang lain sampai. Air amat surut ketika itu. Tentunya mereka terkejut lantaran tak ada ikan besar yang kami dapat. Banyak umpan yang mereka bawa. Dua jenis udang & umpun². Air yang berkelodak memang payah menjanjikan ikan yang bergred tinggi. Jika ada pun mungkin ikan semilang & ikan ikan duri. Aku lihat Abuya banyak membantu mengikat mata pancing untuk Wan,Nik & Ketereh.Yang lain nampak memang mahir bab ikat mengikat ini. Banyak juga mereka dapat ikan semilang. " Sedap nanti kita buat masak asam pedas! " Fairuz bersuara. Aku sekadar mendapat peluh, kail masih tak melekat umpan. Lalu aku membiarkan saja mata kail linyai dibawa arus & memerhati gelagat rakan². Mentari makin rebah diselimut senja. Air beransur pasang. Aku masih menyelitkan harapan agar ada ikan² besar sudi bertandang ke persekitaran kelong. Hari makin suram, rintik hujan mula menitis. Fairuz mula memasak masakan malam, janjinya tadi mahu memasak gulai asam pedas; pastinya sesedap lalu. Ketereh memang rajin menolong Fairuz. Angin yang kuat lantaran bermesra dengan hujan renyai membuatkan payah nasi mahu empuk. Aku lihat Ketereh & Fairuz memindahkan dapur sebelah kamarku yang terlindung dari desah angin. Aku menghulur Nusantara kepada Ijan; teringin mahu menimba keilmuan sifunya. " Ijan ... kau ingat kenapa ikan tak banyak? " " Berbedalah abg iDAN kelong dengan bot, jika bot kita pergi mencari lubuk ikan dari ujam ke ujam...di Kelong kita hanya menanti kot kalau ada ikan yang datang, kita yang mencari ikan dengan ikan mencari umpan kita memang berbeda. " Aku mendengar penjelasan Ijan, memang ada benar katanya. Hari makin gelap. Aku turun ke tangga kelong untuk mengambil wuduk. Air makin jernih. Aku nampak Hatmi begitu tekun memancing di sisi tangga. Mengadap laut luas. Neon dari hotel Port Dickson nampak cantik dalam mendung senja merangkak gelap. Senjakala & loceng ... mana ikan ni! Angin basah menyimbah muka dingin & amat cepat mengeringkan air wudukku. Aku membentang sejadah di kamarku. Kedengaran di sebelah kamarku suara Ketereh sembahyang begitu lantang. Teringin untuk berjemaah dengan dia tapi terhalang lantaran sebahagian dari rakan² nampak berleka sahaja. Atau aku tak nampak lantaran makin kegelapan kian membataskan pandangan. Wan makin bersungut, risau sangat Abg Nan tak datang-datang berkali-kali mereka cuba hidupkan enjin yang di letakkan di dalam tandas tidak berjaya. Tiada minyak tentunya. Lepas syolat aku memastikan umpan di mata kail yang aku hanyutkan, udang yang dibeli oleh Abuya nampaknya habis dicuri anak² ikan; aku menukar umpan dengan umpun² & melontar sejauh mungkin umpan ke arah pandai. Umpun liat sikit. Aku melekatkan loceng agar sempat dirembat jika umpan dipagut ikan... " Isk gelapnya... dah 8:00 malam lebih ni.. mana Abg Nan ini sudah lupakan kita ke!..." Tak habis lagi sungut si Wan. - bersambung! Kelodak si Todak Episod 5 Posted on 11.10.2007 at 11:56 AM