iDAN

25 September 2009



Pos blog terkini di bawah ucapan raya ini
Pos blog terkini di bawah ucapan raya ini
Pos blog terkini di bawah ucapan raya ini


Salam Aidilfitri (Singgahsana)

Raya 1, 2 &3 Saya sekeluarga berada di Meru Klang
Sudi-sudikan bertandang ke rumah keluarga Mila di sana

Klik di bawah jika mahu bertandang ke Meru.
Jika Raya Pertama juadah Lontong Pasti ada.
Hari-hari seterusnya tak pasti apakah kami sempat beraya di Perak.
Selebihnya kami berada di Jenaris.
Puasa mungkin 30 hari...Raya mesti 30 hari.
Maaf Zahir & Batin
Dari Kami sekeluarga
iDAN, Mila, Afiz, Aziq, Anif & Azim

Syair Hari Raya

Syawal bulan yang gembira,
Kita menyambut hari raya,
Bersyukur kita pada yang Esa,
Dikurniakan nikmat tak terhingga.

Bulan kemenangan setelah berpuasa,
Kita menunaikan solat hari raya,
Bertakbir dan bertahmidlah kita,
Memuji Tuhan yang Maha Esa.

Hari Raya untuk bergembira,
Ziarah-menziarahi sesama kita,
Tak lupa juga kunjungilah pusara,
Moga berbahagia di alam baqa'.

Hari ini bermaaflah kita,
Masih adakah dendam tersisa,
Bukan saja pada hari raya,
Moga ukhuwah terjalin selamanya.

M.A.Uswah,
Sandakan,
November 2004.

24 ulasan:

The Story Teller berkata...

Salam Encik Idan

Saya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

MINTA AMPUN DAN MINTA HALAL

NGAPURO SENG AKEH AKEH...

iDAN berkata...

Sesama kita bermaafan!...
Jauh merantau di negara orang
pasti banyak kenangan dapat
di kongsi bersama

Agar tetap ceria di mana jua
beraya!..

Maaf zahir & batin

Cetusan berkata...

salam raya aidil fitri..jauh nyaaa..maafan..

Pyanhabib berkata...

selamat hari raya.

Apokalips berkata...

Selamat Hari Raya Abang Idan..
dan para sahabat di sini semua.

Sayu juga bila Ramadhan hampir meninggalkan kita. Semangat dan jiwa Ramadhan bagi saya umpama orang bercinta. Tak sabar menunggu malam untuk bersujud, berdoa dan membaca Al-Quran. Bulan-bulan biasa saya selalu leka, tak terbuat dengan sempurna.

Semoga Raya ini lebih meriah dan ceria.
Maaf zahir & batin.

~Jom pi Kedah~

Tanpa Nama berkata...

selamat hari raya :)

u pengulas aktif d blog mazidul kan?

hehehe. great.

anyway welcome to my blog :)

pengailsejati berkata...

Selamat Hari Raya Dan Maaf Zahir Dan Batin Buat Abg Idan Sekeluarga...Nanti Jika Ada Buat Jamuan Rumah Terbuka Jangan Lupa Ajak Saya Sekeluarga Yer...Teringin Nak Makan Capati Dengan Burger Abg Idan..

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Terima Kasih kerana rajin menjenguk saya di sini. Singgah di blog ibarat singgah di sisi kehidupan pesara ini.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Agar persahabatan kita terusan berkekalan...!

iDAN berkata...

Sejak wajah Sdr Pyan muncul di TV dengan puisi... suara suara suara... itu, saya adalah peminat tegar Pyan. Tenguk gambar Pyan pun sudah sejuk hati.

Awal 80an saya pernah giat di teater, emmm! jadi Pak Pacak ajer. Ketika itu rapat dengan Meor. Kemelut nak nikah & terasa bakat pun tak seada mana... buat saya berhenti... untuk drama Meor... Mimpi Hayati. Pyan masa itu rajin jenguk kami ketika berlatih. Sani Sudin Baru berjinak dengan seni. Satu group Teater Kreatif.

Meor pula tengah sarat bercinta.

Semua itu macam mimpi, sekarang bila ada majlis seni sesekali saya jadi pengunjung. Baik Zain Yahya, Sani, Abg Hisham, Meor semua sudah tidak kenal saya lagi, biar pun pernah berkampung di UM di Pertandingan Teater Peringkat Kebangsaan. Meor kenal saya kerana teater Tiada Gendang Mengiringi Tari, wakil Wilayah ketika itu.

Dalam sisa usia ini, agar kita dapat terus bersapa melalui blog begini. Saya akan terus menulis biarpun tanpa nama.

Salam Aidilfitri. Kita ini sudah tua, nampaknya numpang gembira dengan keletah anak-anaklah saja.

Maaf zahir & batin.

iDAN berkata...

Sdr Apokalips,

Apa namanya yang mirip ketupak bungkus dengan daun palas. Ketupat daun palas ke?. Rasanya sebelah utara yang popular, ianya dibuat dengan pulut.

Adoi! lama tak rasa ketupat itu. Tiap tahun berjuadah dengan lontong sahaja. Kedah itu jauhlah amat. Saya paling jauh beraya di sekitar Ipoh sahaja.

Selamat hari raya, terima kasih rajin klik blog saya. Agar persahabatan ini akan berkekalan. Salam aidilfiri seisi keluarga. Maaf zahir & batin.

iDAN berkata...

Empunya mybreakfastclub nak panggil apa iyer ...Andy, kut!

Sdr Andy,

Abg Ipar saya orang Sandakan, org Dusun.. saya pula tak pernah jejak kaki ke Sabah itu. Dulu memang ada Makwe orang Negeri di Bawah Bayu tu, tetiba hilang tak dapat dihubungi; selalu guna telefon sahaja... tulah payahnya berhubungan di zaman globalisasi ini... nak kenal buakn main.. bila nak pergi tak kirim salam pun.

Blog Saudara Mazidul tu Andy banyak amat maklumat, kalau tak klik dalam seminggu macam tertinggal sesuatu pulak. Ibarat baca akhbar juga.

Saya kasi respon tu tengah tak ada kerjalah ni..! esok lusa kalau sudah balik kampung mungkin senyaplah nanti. Tengah berangan nak bermastautin di kampung!.

Terima kasih sudi klik blog saya...

:)

iDAN berkata...

:)

Datang saja bertandang ke rumah ini, tak ada Kak Mila pun okey! abg kau ini boleh layan punya... kalau setakad ngidam capati & burger tu no hal... (paham2 jer)

Kuih raya tu nampaknya adalah sikit Kak Mila tu beli!

Rumah masih sarat amat ini, penuh dengan barangan purba ni..., macam mana nak buat majlis rumah terbuka, kena ada duduk atas kotak kut!. Tak tahulah kot-kot panjang umur & tercapai impian sudah ada dua rumah. Siap rumah kampung tu..! baru lapang sikit kut! rumah ini.

Fairus! Balik kampung org rumah di Kelantan tu mandu hati-hati!. Kena banyak berhenti sian orang rumah tu!.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Rasanya kita okey kut!... sejak dedulu kosong ... kosong.

Harap-harap begitulah.

(Terkenang Eris... sekitar dua minggu dah tak dapat jumpa dia!. Alahai!.)

Cetusan berkata...

Idan dan ..semua..

ketupat daun palas, ada di Ganu dan kelantan..

ketupat pulut di gaul masak dulu, dengan santan, kemudian dimasuk kedalam nyaman palas, rebus.

ada tawar ada manis..
tawar tapi berlemak cicah dengan manisan tebu atau tuak yag dipanaskan..

ada yang dibungkus dalam daun tebu dan pisang..perasa yang berbeza asalnya dari pulut campur santan.

Generasi muda jarang yang pandai memasaknya, enak sebagaimana generasi 'lama'.

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Kat perak kampung saya di Kota Bharu Perak memang tak pernah jumpa ketupat daun palas ini, masa pertama kali rasa ketika merantau di Seri Kembangan tahun 80an.

Masa itu ada anak gadis sewa sebelahan bilik sewa bawa dari kampungnya di Kedah. Itu rasanya pertama kali rasa. Ianya memang bersantan tapi tahan lama.

Dalam masyarakat mertua saya Jawa di Meru Klang payah nak jumpa.

Tak pernah rasa yang bungkus dengan daun tebu & pisang tu. Nanti nak suruh Si Noi tu belajar buat. Si Noi adik saya (Satu ayah lain emak) nikah dengan org Melor Kelantan. Lama tak jumpa dia. Dia menetap kat Terengganu. Pasti keluarga mertuanya pandai buat kutapat balut dgn daun tebu itu.

Sayang kalau tak dipelajari sementara org tua-tua kita masih ada. Macam org rumah saya sampai sekarang masih tak pandai buat Gulai Tempoyak seenak arwah emak masak. Sipi2 rasa pun tak ada. Tapi kalau buat sambal lode!. Jangan! tak sah kalau makan tak bertambah.

iDAN berkata...

... pengailsejati itu pakar masak, bila turun ke laut memang dia yang akan masakkan makanan...

Aduhai! sedapnya dia masak asam pedas ikan temenung baru naik laut!...

bubur nasi taruh ikan ala siam dia masak pun sedap amat; masalahnya di bot memancing tu selalunya tak ada tandas; tu yang kena kawal-kawal makan tu!... bila nak turun ke laut lagi ni!.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Eid Mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum.

YB

- just me - berkata...

Abg iDAN, selamat hari raya :)

iDAN berkata...

YB

Teringin amat nak ke Sungai Bil, nanti kalau ada kesempatan mahu mampir ke sana.

Nak tenguk kereta baru YB pun nak tenguk ladang YB, nak kenal juga anak-anak YB. Semoga masa akan menemukan kita...

Terima kasih rajin jenguk blog ini. Agar persahabatan kita terusan terjalin mesra.

Selamat hari raya maaf zahir batin.

iDAN berkata...

Dik Ieja,

Selamat hari raya maaf zahir & batin. Maaf zahir & batin.

Raya di Temerloh ke tahun ini. Apa juadah istimewa kat sana tu, rasanya orang Pahang masakannya tak jauh beda dengan orang Perak.

Agar kerunsingan hati itu tidak difikirkan sangat. Berayalah seadanya, raya puasa setahun sekali. Meriahlah hendaknya.

Mimie Azrin berkata...

Salam perkenalan,
Mimie disini. Berjiran rupanya kita ni..
saya di puncak saujana seksyen 3
Selamat Menyambut Idul Fitri!!!

iDAN berkata...

Sdr Mimie

Dulu Puncak Saujana ibadat ladang kami, di sanalah kami mencari jantung pisang, pucuk paku, rebung & perbagai lagi sayuran kampung. Anak-anak saya memang suka mandi di jeram sana.

Baca kisah Arwah Nasha ada 17 siri. Kenangan bersam Arwah Nasha memang banyak terukir di sana.

Rumah di sana mahal-mahal belaka. Tapi bagusnya semua Pegangan Bebas. Rumah di Jenaris pun telah naik lebih empat kali ganda. Emmm! sekitar 20 tahun lalu di sini hutan & amat sunyi. Sekarang memang amat payah nak keluar pepagi. Sesak amat.

Saya dah rasa jemu kat sini tak sabar nak balik kampung.

Salam Aidilfiti, agar persahabatan ini akan tetap kekal.

Unknown berkata...

Idan, mana gambar keluarga dengan baju raya?

Apapun, saya percaya kalau orang kacak, pakai apapun 'terletak' sahaja di badan :)

iDAN berkata...

Sdr Mazidul

InsyaAllah akan saya usahakan akan gambar pakai baju raya bersama keluarga tahun ini.

Ramai juga kalangan artis nampak machoo biar pun mereka agak berisi. Seperti Afdlin Shauki & Harith Iskander.

Sdr Mazidul pun nampak segak@machoo juga ketika berpakaian Baju Melayu di Malaysia Hari Ini.

iDAN berkata...

Sdr BuayaMerah

Menarik Situs BuayaMerah ini. Rajin dia mengumpul segala maklumat tentang isu semasa; terutama provokasi Indon terhadap Msia.

Pengikutnya pun amat ramai berbanding situs ini. Baru mencecah belasan sahaja.