Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

24 Mac 2008

Jalan Jalan Cari Makan (Singgahsana)

Masalah makan di kampus UPM telah pun berlanjutan hampir sedekad. Jika sesiapa staf lama masih ingat; Dedulu Kantin UPM adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Di samping makanannya yang murah, banyak pula pilihan. Tindakan pengurusan memagar kantin dari jalan utama, jika ingin juga ke kantin terpaksa menaiki jambatan lengkung elit jutaan RM harganya... yang tinggi di pucuk pokok membuatkan pelanggan malas singgah & agak berkurangan pengunjung. Jika dibuat pintu kecil penjalan kaki, juga diperbanyakkan parkir tepi jalan untuk orang luar singgah, tentunya akan lebih meriah & maju jualannya. Itu cerita Kantin Utama UPM.



Jika sesiapa masih ingat akan akak montel yang mengurus kantin di kolej kelima; ceritanya sama. Dulunya meriah kantin ini. Aku masih ingat sekitar tahun 80an aku sering membeli bungkus lauk sayur di kolej kelima lantaran memang murah & banyak pilihan. Terutama bulan puasa. Makan-makan di kantin kelima memang amat selesa. Mee Karinya memang menyelerakan. Terkadang aku terfikir kenapa masa lalu yang selesa begitu tidak akan kembali.

Aku yang kini berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan (Kejut) ; tentunya bab makan ini jadi masalah. Jika pepagi mungkin boleh singgah di kantin Kejut sebab ada roti canai, roti telur yang memang boleh tahan sedapnya, tetapi jika makan tengahhari tentunya masih ramai yang akan lari ke Padang Seri Serdang (SS). Masalah yang timbul di kantin Kejut semua makanan dibawa dari luar. Ianya tidak panas, tidak segera pun segar & tidak banyak pilihan menjadi salah satu sebab pelanggan mengeluh. Harganya pun memang agak mahal berbanding di Padang SS. Boleh buat pesanan nasi goreng perbagai tetapi masih tidak sesedap iroma tekak menikmatinya; pun tidak sepadan dengan harga di kampus.



Kenapa sampai masalah kantin pelajar di kampus pun dipolitikkan. Diberi kontrak kepada adik orang besar politik seperti didakwa oleh situs reformasi. Seharusnya makan di kampus lebih murah berbanding di luar kampus. Kenapa di Padang SS makan tengah hari lebih murah?. Setahu aku sewa di sana bukannya murah. Datanglah berkunjung ke sana. Persekitarannya mungkin agak panas & kurang selesa tetapi makan di Padang SS memang murah.

Aku pernah juga makan di Kantin Kepertama. Aku panggil Kantin Makwe Pink; sebab taukeynya pasti sering pakai baju merah jambu, kalau tak baju; gaun atau telefon pasti ada rona merah jambu. Tak berapa banyak pilihan di sini; rasa masakannya boleh tahan tetapi harganya tetap mahal. Macam makan di restoran mamak. Amoi arab suka makan di sini.

Seharusnya kini UPM beralih arah, jangan kontrakkan kantin; pantaulah sewanya yang sepadan. Seharusnya di kampus makanan lebih murah jika dibandingkan di luar kampus. Ramai kalangan pelajar bukan dari keluarga berada. Jika sekali makan mencecah RM4.00 ke RM5.00 termasuk minuman berperisa tentunya menggugat poket pelajar. Staf sokongan kerajaan pun bukan sekaya mana. Jika makan di Padang SS aku biasa kekenyangan yang terlampau; hingga mengantuk, sekitar RM3.00 sudah dapat makan ikan bakar, ulaman, sambal & air berperisa.

Padanlah kolestrol aku tidak berganjak, pulak tu bebaru ini Dr Imah sudah mula risau aku disyaki ada diabetes. Emmm!


Artikel suntingan di internet.

DEMONSTRASI PELAJAR BARU DI UPM, SERDANG, BPR PERLU SIASAT NC DAN TNC HEPFrom: Utusan Malaysia
Date: 21 May 1999Time: 23:27:22


Comments

Pak Lah kena jawablah isu ini. Sejak pemakanan diswastakan di UPM, bukan lagi baik, tapi lebih teruk. Batalkan saja kontrak . Oleh kerana hendak bagi Dewina sorang, habis lenyap lebih dari 7 ushawan melayu tulin. Dahlah tak sedap, harga lagi mahal. Dewina sebenarnya milik Pak lah dan adiknya. Sabotaj ini menunjukkan kakitangan Dewina tidak berpuas hati. Ada satu yang tidak kena. Kita juga tertanya peranan TNC, HEP, macamana boleh jadi macam ini. TNC UPM ini garang semacam, asalnya orang Melaka. Hai Melaka, Melaka. NC atau Bendahari atau kakitangan UPM tidak adake yang mendapat habuan dari penswastaan ini? BPR perlu siasat juga ni. Sebab di universiti ni kaki songlap bukan saja diperingkat atasan tetapi telah menyerap di asrama dan kolej. Pengurus Kolejpun cari makan. Masalah makanan kenapa 'gunakan' pelajar baru?

Utusan dan GPMS bukan hendak kaji isu sebenar tapi salahkan student (abang-abang) lagi. Student bukan bodoh. Dengar kata pelajar baru telah diberikan taklimat sepertiyang dianjurkan oleh Najib. Ertinya Najiblah yang ajar ni. Bagus budak-budak ni baru masuk dah berani buat demonstrasi. Jangan jadi pelajar bodoh. TNC HEP UPM tu memang kena ajar sikit. Dia anggap student ni macam budak darjah satu. DIa ni selalu juga ugut suspension, nak gantung pelajarlah, kegiatanlah dll kalau tak ikut cakap dia. Isu baru akan timbul nanti, pinjaman atau biasiswa mesti lambat lagi walaupun duit tersebut telah disalurkan.

UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) mencatat sejarah apabila memulakan kalendar sesi pengajian 1999/ 2000 dengan demonstrasi 'lapar' oleh para pelajar baru yang mendaftar kelmarin.

Sebanyak 4,000 pelajar baru UPM menganjurkan 'demonstrasi' semalam berhubung soal makan minum yang didakwa tidak mencukupi.

Malah makanan yang disediakan juga menyebabkan 53 pelajar baru mengalami keracunan. Air minumam didapati mengandungi serbuk perasa.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim ketika diminta mengulas berkata, pemimpin pelajar perlu berjumpa dahulu dengan pihak pentadbiran untuk menyelesaikan masalah itu, sebelum memikiran cara lain.

Dengan tindakan seumpama itu (berdemonstrasi), pelajar-pelajar baru akan menganggap universiti bukanlah tempat yang harmoni, menakutkan dan sebagainya, kata Suhaimi.

''Sepatutnya universiti adalah satu tempat belajar yang harmoni.'' Beliau berkata, pihak katering pula sepatutnya perlu bijak menentukan jumlah makanan mengikut bilangan pelajar.

''Jangan kerana belanjawan tidak mencukupi, mereka tidak sediakan makanan itu, sebaliknya bincang dahulu dengan universiti,'' kata beliau.

Beliau mengulas tindakan 4,000 pelajar UPM yang mengadakan demonstrasi secara aman kerana 'mutu' makanan dan faktor penyediaannya, kelmarin.

Suhaimi mahu pihak pentadbiran menyegerakan tindakan menyelesaikan masalah itu supaya tidak ada pihak lain mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi suasana.

Difahamkan, pihak pentadbiran universiti akan berjumpa dengan para pelajar baru yang terlibat dengan demonstrasi itu hari ini (Sabtu).

Masalah mutu makanan yang didakwa tidak bersih dan mahal telah berlaku sejak tiga semester lalu.

Bagaimanapun, baru semalam ''kemarahan'' itu memuncak sehingga pelajar-pelajar baru yang tidak tahu-menahu mengenai perkara itu 'diheret' bersama.

Para pelajar itu, yang masih mentah tentang hal-hal yang berlaku di UPM, menganggap 'abang-abang' senior mereka adalah betul, dan perlulah dipatuhi kerana menyangka ia sebahagian daripada minggu orientasi.

UPM merupakan salah sebuah universiti yang membuat pengambilan terbesar semester ini, iaitu sebanyak 6,410 pelajar baru.

Apakah motif di sebalik tindakan 'abang-abang' itu mengheret pelajar baru dalam bantahan itu menimbulkan tanda tanya.

Kita semua simpati dengan masalah ketidaksempurnaan penyediaan makanan di kantin-kantin UPM.

Tetapi cara menangani masalah itu dengan mengadakan demonstrasi menggunakan para pelajar baru bukanlah cara yang terbaik memandangkan ia akan menjejaskan imej universiti itu, serta para graduannya yang akan mencari pekerjaan nanti.

Sebelum ini, kita sering mendengar kisah siswa UPM yang hanya makan nasi berkuah sahaja, tanpa lauk-pauk kerana tidak cukup duit.

Ia merupakan sebahagian daripada ''cara hidup'' para pelajar di menara gading bukan sahaja di UPM, tetapi di mana-mana universiti.

Cara berdemonstrasi tidak harus dipupuk di kalangan para pelajar baru, sedangkan isu itu sebenarnya boleh diselesaikan di meja rundingan secara lebih matang.

Pihak pentadbir UPM pula sepatutnya membuka mata terhadap rungutan pelajar sejak awal-awal lagi kerana ini melibatkan keperluan asasi pelajar.

Ia boleh menanamkan bibit-bibit kebencian kepada pihak pengurusan universiti, dan segala yang dirasakan tidak kena oleh para pelajar, akan diprotes secara berdemonstrasi juga.

Apa yang berlaku di UPM itu, akan merebak ke universiti-universiti lain kalau dibiarkan begitu sahaja.

Lama kelamaan ia akan menjadi salah satu budaya yang melambangkan tahap kepimpinan mahasiswa yang kononnya matang dan tidak ''jumud''.

Apa yang berlaku di luar - seperti demonstrasi jalanan janganlah menjadi ikutan mahasiswa di universiti.

Janganlah ditanam di dalam fikiran pelajar-pelajar baru, bahawa mereka yang membela isu secara berdemonstrasi akan dianggap sebagai 'hero'.

Tripod

ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan UPM (Universiti Putra Malaysia) dipaksa mengikat kontrak kantin dan catering dgn Dewina (milik adik Pak Lah) selama 15 tahun.

http://pilihanraya11.s5.com

Tiada ulasan: