iDAN

07 Jun 2009

Di mana perginya Iswaria (Singgahsana)

"Ayah dah cakap ijka nak ikut cepat-cepat bersiap, ini 15 minit ayah menunggu di Di Avanza tak keuar-keluar; Bagaimana kita nak sampai,

"Ayah tak cukup duit ini, along ada berapa duit.." Aku bertanya Afiz.

"Ada dalam RM50.."

"Emmm! tak cukup lagi kita nak makan!m ayah kena singgah kejap di Petronas" Aku memecut Avanza macam orang nak berlumba di F1. Membelok kira & kanan, terhuyung-hayang si Avanza. Aku lihat dari cermin; Aziq senyap saja. Azim pun duduk jauh di kerusi belakang. Aku terus memandu dalam keadaan bahaya.

"Kalau pun dah lambat... tak payahlah kelam-kabut sangat ayah!" Afiz mengejutkan aku.

"Ayah tak suka amat orang tak menghormati masa, Iswaria itu tak sejauh mana, tapi jika jalan sesak macam mana; memang kita tak akan sempat..! sebelum magrib lagi ayah dah berpesan; ini dah jam 8:15 malam baru bergerak dari rumah..!" Iswaria sepi menunggu.

"Huh! ingatkan masukkan duit di May Bank senang sikit nak keluar duit, sama saja..!" Aku bersungut bilamana melihat ATM mesin di Petronas tergendala. Pergi sebelahnya petrol pam Esso. Ada lambang ATM di tanda utama tapi cari dalam kedai mininya tak ujud pun. Papan tanda menipu. Aku makin rimas.

"Guna duit Afizlah dulu..."Aku memanda secara normal, kembali bagai penyair IDANRADZi, sentimental habis. Sekitar 8:40 aku pun mengadap muka Iswaria. Huh! suram. Tutup. Iswaria itu apa?. Orang yang rajin tenguk wayang pasti tahu. Pawagam.

Aku tergesa-gesa sebenarnya nak tenguk wayang di Iswaria Bangi. Tutup. Tak ujud lagi. Bila aku klik ke internet hari ini dah tak ujud pun nama Iswaria. Dah jadi Pawagam Bangi Utama.

"Tak apa jom kita ke Alamanda, ayah nak korek duit kejap, nah! duit ini Afiz carikan air sedap & roti kot adik-adik Afiz lapar..."Afiz masuk ke Bintang aku ke mesin korek duit ATM May Bank, di sudut kanan tingkat bawah nak ke parkir.

Sebelum ke Iswaria Bangi, aku klik di internet memang terpapar ada tayang filem Terminator Salvation. Sejak azali memang aku amat meminati dengan Iswaria di Bangi. Tempatnya santai, senang dapat parkir perama lagi, tidak sesak kenderaan pun tak ramai yang menonton di sini. Tahun ini baru sekali aku dapat menonton di sini. Selebihnya aku suka menonton di Cheras Selatan.

Alamanda; memang sibuklah amat. Ramai pula orang menonton, kebanyakannya aku tenguk peringkat umur remaja. Macam pelajar dari universiti sahaja. Tiket untuk Terminator Salvation.hanya tinggal dua kerusi, seorang bagi tayangan jam 10:15 malam, seorang lagi tayangan 12:45 malam. Sedangkan kami berlima.

Setelah kami berbincang, kami membuat keputusan untuk menonton filem Night At The Museum 2: Battle Of The Smithsonian. Jam 12:30 malam. Mata Azim nampak mula layu, kami mencari makanan di restoran sebelahan. Kebanyakannya telahpun hampir ditutup. Jadi aku minum air sahaja. Segelas air di Alamanda RM2.50. Tak kiralah oren atau air sirap.



Rubiks cube puzzle box: kiub kekotak puzzle@kiub puzzle di tangan Aniz sejak dari Jenaris tak pernah lekang. Aziq belajar bermain kiub puzzle sejak dua minggu lalu, di sekolahnya; kekinian bagaikan sifu kiub puzzle. Dia mahir melengkapkan serona kiub puzzle tak sampai pun 15 minit.

"Sudahlah Along! dengan kiub tu... dah penat ayah tenguk.."

"Along tak ganggu orang pun ayah!" Agak marah sebab aku ganggu dia leka dengan kiub puzzlenya.

"Along tenguk Azim tu dah mengantuk, Anif pun sama; jom kita pergi ke tempat letak kereta biar mereka tidur, nanti dalam pukul 12:00 kita kejut mereka!" Betul juga cadangan Afiz, aku pun naik ke bumbung parkir; Kebetulan parkir penuh, pertama kalu parkir di bumbung Alamanda. Memang nampak meriah dengan lampu & leka di atasnya.

Aziq beriya-iya mengajar bagaimana nak menyusun rona-rona di kiub puzzle. Night At The Museum yang pertama aku telah menonton, aku tak berminat sangat dengan siri keduanya. Biarpun aku melihat undian di internet Night At The Museum 2 ini mendapat bintang penuh. Sekita dua jam di bumbung Alamanda, aku pun meukar tempat parkir yang dekat dengan pintu utama kompleks. Senang nak balik nanti.

Aku ketemu buat kedua kali dengan pelajar KKK, mereka masih ingat nama aku; sedangkan aku kehilangan wajah mereka; seimbas saja yang aku ingat.

12:30 tengah ma;am aku mulalah menonton ceritera Night At The Museum 2. Tahu apa jadinya. Aku tak tahu pun apa ceriteranya. Pejam celik pejam celik; aku yang mengantuk. Azim & Anif nampak gumbira dengan filem ini. Aku pula berdengkor bukan main kuatnya. Nasiblah filem ini banyak menggunakan audio@suara yang pelik-pelik. Maklumlah cerita di muzium yang menyimpan perbagai khazanah lama. Aku pun kira sudah setaraf dengan khazanah di muzium. Maka taklah perasan sangat akan lantang & gamatnya dengkuranku dalam pergelutan watak di filem tersebut.

Payah rupanya menonton larut malam di Alamanda; bila keluar pawagam terpaksa keluar dari kompleksnya & mencacak jalan kaki ke parkir. Tiket parkir pun tidak berguna lagi. Sekitar jam 3:00 pagi barulah tiba di rumahku; Jenaris.

Tiada ulasan: