iDAN

01 Julai 2009

Kereta Perang dah Okey! (Singgahsana)

"Mila masih di depan Istana Negara ini, sesak..." Aku telah pun mandi-manda, tunggu Mila sampai sahaja nak terus jemput kereta perangku di Bengkel Haji Mela. 6:15 petang jam di dinding seharusnya jam 6:30 petang Mila boleh sampai. Sekitar 7:00 malam patutnya aku sudah sampai di sana. Sabtu lalu aku hantar ke Bengkel Haji Mela minta betulkan apa yang patut. Lima hari ianya di bengkel agar kembali okey! masalah bateri & wayernya.

"Jika tak sempat ambil hari ini, esok saya akan usahakan bagaimana mahu mengambil kereta saya tu.." Aku hanya dapat bercakap dengan adik Solihin. Solihin selalu keluar tiap kali aku buat panggilan.

Siang tadi aku cuba meminta bantuan Eris kot dia menyemput isterinya Maria. Kolej tempat Maria belajar tak jauh dari rumahku. Aku berkira jika dia menjemput Maria bolehlah dia tolong hantarkan aku ke Bengkel Haji Mela, jika tidak menyusahkanlah. Katanya Maria telah memandu sendiri. Pasti guna kereta kancilnya senang bergerak. Bebaru ini aku dapat khabar Maria kemalangan kereta Nissan ketika keluar dari stesen minyak Petronas. Sememangnya susur keluar di belakang petrol pam Petronas Prima Saujana tersebut agak sempit. Jika benarlah Maria mengikut jalan susur tersebut. Agak payah memandu kereta sebesar Nissan, apatah lagi di jalan sesempit itu.

Eris tidak dapat menolong.

Harapanku kepada Afiz agar dia cepat balik dari KFC. Dari congakanku sekitar jam 5:00 petang pastinya dia akan habis kerja. Emmm! nampaknya congakanku meleset, mungkin Afiz terpaksa buat kerja lebih masa. Telah hampir jam 7:30 malam, Mila pun tak balik-balik & Afiz pun tak nampak bayangnya. Nampaknya terpaksalah esok juga untuk mengambil kereta perangku. Setengah jam belum tentu akan sampai ke sana. Mana lagi aku mahu melencung untuk mengorek duit di ATM.

Beginilah hubungan pengangkutan di negaraku. Bukan mudah mahu ke mana-mana tanpa ada kenderaan sendiri. Berharapkan pengangkutan awam, aku sendiri tak pasti mahu menggunakan pengangkutan mana seyogia Bengkel Haji Mela nun jauh di pinggir Seri Kembangan bukan sebelahan stesen komuter.

Tiada ulasan: