"...Hadis Sahih Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bercerita: " Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. [b]Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa Yahudi. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian diceduknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu. Maka Allah SWT. mengampuni dosa-dosa wanita itu." Bahkan ada pula anjing yang masuk surga, iaitu anjing yang menemani pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang melarikan diri dari Maharaja Dikyanus dan menyembunyi diri di gua dan atas izin Allah SWT tertidur selama 300 tahun itu,”
ADam,
"...amal yang disukai Allah SWT adalah apabila engkau mati sedang lidahmu basah kerana menyebut nama Allah..."
(Hasan.R.Ibdu Hibban & Ibnu Suni)
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "...Apabila hambaKu merencanakan melakukan suatu amal kebaikan kemudian tidak jadi dilakukannya, maka aku mencatat baginya suatu kebajikan, tetapi bila ia melaksanakannya, maka tetap Aku mencatat amalnya itu sepuluh kebajikan sampai berganda tujuh ratus. Dan apabila ia merencanakan untuk melakukan suatu kejahatan lalu tidak jadi dilaksanakannya, maka tidaklah Aku catat baginya, tetapi apabila ia tetap melaksanakannya Aku catat baginya, sebagai satu kejahatan".(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Attirmidzi dan Ibni Hibban dari Abu Hurairah)
Kita selalu baca Hadis ini cumanya kita sering terlalai mencari pengajarannya.
Banyak lagi Hadis & pertunjuk dari Al-Quran bagi kita yang telah terlanjur melakukan dosa. Apatah lagi ADam masih bujang tentunya dugaan seorang "bujang perantau" itu amat getir.
Bayangkan wanita itu orang Yahudi & anjing pula kita faham akan martabatnya dalam Islam, kenapa anjing dijadikan perantara wanita Yahudi ini untuk dibukakan pintu syurga. Kenapa tidak binatang lain, kucing, kambing atau sebagainya. Fikirkan!, apatah lagi jika sentiasa berbuat baik pun berbaik sangka sesama manusia.
Allah Azzawajalla melihat perlakuan jahat kita dengan hanya satu dosa & kebaikan ADam yang pernah.. & teruskan melakukan nahi mungkar (kes pelajar lepak itu..) pastinya mendapat ganjaran yang bukan tujuh pahala... malahan lebih berganda.
Jadi ADam nak takut apa dengan masalah "kekangan" nafsu kita ini. Selagi pintu taubat masih terbuka kita yang memang bukan bangsa Yahudi, kita yang memang dilahirkan Islam rasanya amat rapat dengan Dia Nan Esa. Dia yang perlu kita takut, kepada Dia yang perlu kita memohon pertunjuk... aib, malu, malahan penghinaan manusia terhadap martabat kita ini sememang ujian buat kita ADam.
Iman kita ini hanya setipis kulit bawang. Yakinkan di hati bilamana ada orang menegur kesilapan kita itu makna Nur dari Allah SWT. Kita jadi insan nan lebih malang bilamana senyap-senyap melakukan dosa, di mata masyarakat kita mulia di mata Dia Nan Esa kita langsung tak dipandang-Nya. Jauh sekali disapanya kesilapan kita.
Malahan lebih malang bila ada orang menegur tentang kesilapan kita, kita cepat melatah & tak mahu akur dengan kesilapan kita seyogia membiarkan api dendam memarak di dada.
Itu antara yang aku tulis di respon Blog Mazidul.
Agar ADam jadi manusia tabah biarpun aku tahu dia terusan diperkatakan lantaran pengakuan jujurnya. Pendedahan Sdr Mazidul telah banyak menyedarkan kita betapa kita kini makin amat sifar sikap Nahi Mungkar. Kita makin ego diri & membiarkan saudara sesama Islam kita terus hanyut dengan dunia kelekaan mereka.
Nur dakwah seharusnya akan lebih mudah & tajam dengan adanya alam maya ini. Internet bagi Mantan PM kita adalah ibarat pisau. Jika telah ada pisau di hujung jari kita mahu kita buat apa dengan pisau ini.
Sesungguhnya dunia ini amat indah, apatah lagi bilamana usia kita masih muda, kesihatan kita masih utuh. Terlalu banyak ruang untuk kita menikmati keindahan dunia ini dengan perbagai rahmat & rezeki yang Allah Azzawajalla berikan. Apatah lagi dalam usia yang muda, tubuh yang sihat kita sentiasa dekat dengan-Nya.
Tiada ruginya jika menjadi hamba-Nya yang disayangi di dunia ini & dirahmati di akhirat nanti. Panduan hidup kita amat mudah, ikutlah jalan lurus ke arah Islam sebenar. Kenapa mesti kita mencari jalan berliku dengan pantang larang Islam.
Kekinian telah lebih dari tiga tahun aku diuji dengan perbagai sakit kronik, semakin hari semakin menyedarkan betapa benar sangatlah hidup ini umpama singgah bermalam. Bagaikan cuma mimpi & kenangan lalu terus berbalam amat sukar untuk mencapai keindahan masa lalu.
Dunia menangkap ikan pilai lawan melihat ia di cahaya pelita mengembangkan ekor & siripnya adalah bagaikan igauan emas yang payah kita selami. Mandi di jernihnya air Parit Kiteh Mat Jadi sebenarnya adalah nostalgia yang sukar berulang. Melihat durian berbunga & terbangnya keluang di suasana kampung bagaikan sebuah Lukisan Abstrak yang sukar difahami.
Aku semakin kerdil & mengecil di dunia ini. Aku makin dilupakan oleh siapa juga yang dulunya menyukai aku. Maka aku hiduplah dengan sisa usia & bayangan maut yang bakal mengamit aku bila-bila masa.
3 ulasan:
Tak susah sbenarnya mlakukan kebaikan apalagi menunaikan suruhan2Nya namun sayangnya ramai yg mberat2kan juga menangguh2kan hingga ianya jd sgt susah. Pun tak susah nak buat jahat. Hanya dgn sedikit pesongan niat pkara yg baik skelip mata btukar sebaliknya. & itulah manusia hari ini yg xdpt lari dari kekangan mlawan musuh luaran iaitu iblis serta musuh dalaman yg tdiri drp hawa nafsu.
Justeru selaku makhluk tuhan yg lemah kita seharusnya kembali kpd tuhan dlm apa jua situasi skalipun baik senang atau susah, sihat atau sakit, bahagia atau derita, mahupun bjaya atau gagal. Kelak kita takkan menyesal dgn bgantung sepenuhnya pd Yang Esa kerana janji tuhan adalah pasti!
Peringatan ini juga buat diri saya kerana ada masanya terleka juga dek kilauan keindahan duniawi. Moga2 kita takkan selamanya hanyut dlm kelekaan itu..
Buat abg iDAN, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yg penuh keberkatan ini. Moga kita memanfaatkan kehadirannya dgn selendang tahajud & lautan zikir.
Ramadan al-Mubarak telah pun kita buka tabirnya. Semalam magribnya hujan amat lebat dengan kilatnya sekali.
Beruntung mereka yang telah berlatih berpuasa sejak bulan Rejab & Syaaban lagi, tentunya tak ada rasa lapar & dahaga yang amat sangat di bulan Ramadan ini.
Dik Ieja "Selamat Berbuka Puasa", agar tenang menunaikan ibadah ini.
Salam Ramadhan buat abg iDAN juga. Rasanya mcm dah ada post kat ruangan komen ucapkan selamat berpuasa buat abg, tp mungkin hilang di mana2 huhu
Semoga Ramadhan kali ini kita manfaatkan sepenuhnya & moga2 amalan kita diterima olehNya.
Catat Ulasan