iDAN

15 September 2009

Cinta Terlarang 6 Ungkit Kisah Silam (Singgahsana)

Sdr Zeq pernah menulis bila berbalah kenapa membuka AIB zaman silam.

Memang isu ini bagaikan memarakkan api yang menyala.
AIB zaman silam@Sejarah hitam pasangan seharusnya jangan diungkit. Payah; siapa pun amat payah menerima keaiban diri. Biasanya ketika marah kalau disebut sahaja keaiban diri pasti akan menyinga marahnya.

Bergantunglah kepada keadaan. Jika kesalahan tersebut sering sangat diulangi bolehlah disebut sekadar mengingatkan. Kita ini manusia sama sahaja. Katakanlah Sang Isteri asyik berhutang tanpa pengetahuan suami. Tahu-tahu murung sahaja bilamana hutang tak larat lagi dibayar. Suami yang sering menjadi mangsa, mencari jalan bagaimana mahu menghabiskan hutang piutang Sang Isteri. Jika perkara yang sama diulangi & diulangi pastinya menjadi satu keruntuhan juga. Suami bolehlah mengingatkan agar sejarah lalu dapat mengajar isteri jangan boros berbelanja.

Bagaimana pula sejarah silam seperti pergaulan bebas yang kita tahu berlaku di suasana rumah tangga atau keluarga mertua. Bila anak membesar isteri pula tidak pernah melarang anaknya keluar bebas dengan kekasihnya. Sedangkan talian pertunangan pun belum terjalin. Sekadar sekali sekala keluar sama mungkin suami tidak kisah; biasanya si anak akan meminta izin ibunya keluar. Si ibu seharusnya merujuk suami. Ini biarkan sahaja. Jika menjadi rutin sampai anak tidak pulang ke rumah. Rasanya suami perlu juga mengingatkan si isteri yang sejarah silam jangan diulang. Saling bersama membantu masalah pergaulan bebas ini; agar sejarah hitam zaman silam jangan berulang.

Si ayah pun zaman remaja bukan main ramai kekasih, apakah anak terunanya pun mahu sama bagai Bapa borek Anak rentik. Maknanya suami isteri punyai sejarah hitam keluarganya. Tutuplah sejarah lalu.

Mana mungkin mahu menghalang anak remaja bercinta tetapi batas-bataskanlah pertemuan. Keluar di tempat awam rasanya di zaman kini bukan perkara aneh tetapi jika sampai bermalam biar pun di rumah keluarga Sang Kekasih, memang kita sebagai ibu ayah masih boleh dipersoalkan. Kejadian remaja bermalam merata dengan kekasih ini sering berlaku bilamana mereka duduk sendiri. Ketika jom heboh umpamanya (Apatah lagi jika mereka bukan berada di tanah air sendiri.) Apa peranan kita dalam masalah ini. Jika pun keluarga sebelah pihak tidak melarang, keluarga sebelah lagi seharusnya menghalang. Kena juga kita ingat pandangan masyarakat bagaimana.

Buatlah secara adat & salur agama. Kita tak banyak dosa orang juga tak sampai dapat mengumpat kita.

Janganlah aib keluarga kita panjang-panjangkan di dalam rumah tangga. Kita kena ada anjakan perubahan ke arah yang lebih baik. Kenapa mesti mahu mencorakkan wajah lama. Jika rona dedulu memang lusuh & tak selari keadaan kini dengan salur agama.

Samalah dalam bab menutup aurat, jika di zaman muda sememang gadis zaman remaja tahun 60an & 70an manalah ramai bertudung litup. Ranggi bukan main di zaman remaja dengan fesyen rambut mengerbang. Tak bolehkah ditegur dengan menyebut sejarah dedulu untuk menyedarkan anak remaja kita. Sekitar tahun 80an barulah ramai perempuan di negara kita berubah ke arah bertudung litup. Sejarah emak ayah dulu biarlah berlalu. Perkara wajib begini kita kenalah menitik beratkan. Sebabnya jika isteri tidak bertudung sesungguhnya suami akan disoal nanti, begitu juga anak remaja kita. Ramai kalangan kita terkadang sekadar bertudung ketika berkerja sesekali buat tak kisah sahaja ranggi bukan main keluar sidai kain atau ketika ada tetamu di rumah; rambut masih mengerbang. Ini kena diperbetulkan.

Dosa pahala itu perkara yang tak nampak, maka itu kita sering tak kisah. Cumanya samalah dengan permasalah iman, taubat, dendam, dengki & segala penyakit hati. Semuanya tersembunyi dalam diri. Maka payah amat untuk kita faham & mahu memahamkan. Apatah untuk mengamalkan sesuatu yang wajib & dituntut agama ini. Amat berat.

Kedua-dua pihak kenalah akur jika menyebut sejarah aib lama demi kebaikan seharusnya dibolehkan. Cumanya cara & komunikasinya kena betul sesuai pada masa membuat teguran. Jangan sesekali ketika marah. Ketika perbalahan yang tengah melonjak. Nak nahas.

Seyogia jika asal kejadian si suami memang lanun, perogol, kaki judi, penagih serta bla bla & isteri pula memang perempuan gerladangan bebenda macam ini memang amat sensitif disebut. Sudah makbul menjadi seorang suami atau isteri; Tutuplah Buku itu. Jika hati teringat semua keaiban itu ketika bergaduhan... elok cepat-cepat berdiam diri, marah atau geram amat pun sumpah seranah sahaja di hati. Kalau boleh lari... lari dari berkata-kata. Suami atau isteri pun satu, kalau diri itu memang pernah teramat aib sejarahnya, janganlah sesekali teringin mengulangi & asyik mabuk melakukan ke arah aib & dosa semalam. Berubahlah menjadi Suami Nan Soleh Isteri Nan Solehah. Tak ada ruginya kan?.


2 ulasan:

Cetusan berkata...

yup aib. aib yang meibatkan sifat fizikal keturunan dan status, aib menampakkan pencerita yang memberi jasa, watak dicerita seolah-olah terhutang budi.

"dia dulu janda"
"dia dulu anak yatim"
"dulu kerja tak baik".
"dulu hitam keturunan tak baik"

memberi dan membuka cerita seolah-olah pencerita lebih baik dari watak yang dicerita, jika tak dibuka mana orang yang tak tau kisah silam pasangannya.

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Bila kita kembali ke asal kejadian kita Nabi Adam AS & Hawa dicampak kebumi sebab apa?.

Dikira engkar, melanggar pantang di Syurga. Itu jelas.

Maknanya keturunan manusia itu memang tak sempurna.

Sementelah itu sudah cukup jika mahu membandingkan diri ini. Lagi pun jika kita menuding pasangan kita. Diri kita baik belakakah?. Itu yg saya selalu mengatakan sabar-sabarkan!.

Berselisih faham dalam rumah tangga memang sudah asam garam berkeluarga. Lagikan Lidah Boleh Tergigit Inikan Pula Pasangan Hidup!...