iDAN

16 Oktober 2009

Kahwin Campur 3... Shinjuku (Singgahsana)

Kotaraya Shinjuku ketika malam

"Ayu jarang pakai baju lengan pendek sebab nak tutup parut ini..!"

"Nampak dahsyat amat parut lukanya, bagaimana boleh jadi macam tu!" Di fikiranku berbaur dengan pelbagai persoalan. Bagaimana boleh terluka sebegitu dalam & panjang.

"Tak ada kena mengena dengan suami Ayu!"

"Baru nak sebut!"

"Ayu dapat luka ini di tempat Ayu berkerja, ada pergaduhan, kira nasib baiklah tak sampai terbunuh..!"

"Bergaduh?... takkan teruk sampai macam tu!, tempat kerja tu macam mana iyer?"

"Kelab malam Abg iDAN!, selalu berlaku macam itu, pantang ada orang mabuk!.." Aku terdiam, bagaimana Ayu yang nampak masih muda, boleh berkerja di tempat macam itu. Kelab malam itu pula bagaimana. Kelab yang bagaimana. Aku bukan jenis kenal kelab malam semua tu!. Malas nak korek di mana.

"Di kelab malam itulah Ayu kenal dengan suami Ayu!.."

"Apa namanya suami Ayu itu iyer, dia kerja apa sampai asyik bertukar tempat kerja.."

"Kimura, nama Islamnya Muhammad Kimura, dia kerja dengan syarikat insuran..!"

"Kimura...! Mana rupanya Kimura tu, orangnya besar sasakah?, berapa iyer umurnya?"

"Orangnya kecil saja, tinggi abg iDAN lagi kut!, dia baru 35 tahun."

"35 tak ada anak lagi.. Dah berapa lama Ayu bernikah iyer? "

"Lima nak masuk enam tahun, tu yang Ayu risau tu, anak pun tak ada lagi!, duduk rumah tak ada kerja rasa stres sangat, faham sahaja orang Jepun ini gila kerja, kenalah masalah dengan keuarga suami macam ini!. Kalau ada anak mungkin lain sikit!" Aku dapat membayangkan kesepian Ayu di rumah sendirian.

"Sabarlah Ayu, dulu masa awal kahwin takkah... siapa tadi nama suaminya..?"

"Kimura..!"

"Kimura telah masukkan Islam kan?, pasti ada bimbingan Majlis Agama kita!"

"Tiga bulan Perkim yang banyak ajar tentang Islam, sembahyang semua itu, selebihnya Ayu yang banyak tunjukajar, masa di Dubai tiga tahun lalu nampak okey! sangat, tak sentuh pun arak semua tu!"

"Tiga bulan manalah cukup, emmm! kalau terus tinggal di negara kita mungkin senang mahu kita bawa dia mendekati agama kita!"

"Itu yang Ayu rasa stres sangat, pengaruh di kampung halamannya kini merubah terus sikapnya. Tambahan dalam setahun lebih ini Ayu tak jumpa satu pun keluarga Melayu, Abg iDAN kut! yang pertama Ayu kenali. Pernah nampak orang kita tapi Ayu tak berani tegur. Lagipun Kimura tu nampak sahaja pendiam, nampak lembut orangnya. Cemburunya boleh tahan. Mungkin sebab dia teringat kenal Ayu di mana dulu! tak yakin dengan perubahan Ayu kut!"

"Takkanlah macam itu, lima tahun sudah kahwin rasanya dia tak akan ingat sejarah lama Ayu itu!" Aku makan Ayam Tikka Massala, Ayu Makan Nasi Briyani Roti Naan & Ayam Tandoori. Aku minum Kulfi Mango, Ayu minum kopi sahaja. "Mungkin kejutan budaya, iyerlah bila lama merantau di tempat orang & tetiba dia kembali ke kampung halamannya; terbawa-bawa kehidupan lamanya!"

"Tak tahulah Abg iDAN, terima kasihlah kerana sudi dengar masalah Ayu, rasa lega sikit hati ini!" Ayu mencapai kopinya.

"Ayu tak kontak keluarga kampung ke?..."

"Sejak mereka tahu Ayu kerja kelab malam, tak siapa pun keluarga Ayu ambil tahu pasal Ayu. Emak pun dengarnya sudah kahwin lain!, Ayu kahwin dulu pun payah nak cari wali, nasib ada Pakcik yang tinggal di KL, Pakcik Ayu yang berurusan dengan Kimura!."

Emmm! aku selalu mendengar ceritera drama di TV kisah seperti Ayu, kekinian aku benar-benar berada di dalam skripnya. Jauh pula terpisah dari negara sendiri. Aku lihat wajah Ayu sememangnya penuh dengan pergolakan. Tapi dari sinarmatanya dia amat baik, nampak tersimpan ketenangan di anak matanya. Kulitnya wajahnya pun nampak amat bersih mungkin lantaran jarang keluar rumah. Tak ada sedikit pun jeragat yang membuatkan dia seperti gadis remaja yang belum berumahtangga. Aku bertanyakan umur Ayu berapa?.

"Baru nak masuk 26 tahun!"

"Maknanya muda sangat Ayu sudah kawin!"

"Lepas SPM Ayu terus kerja, kerja kilang kejap aje!! , lepas tu kawan Ayu yang ajak Ayu kerja kat kelab malam tu, tak sampai pun dua tahun kerja kat situ terus kenal Kimura!"

Biasalah orang zaman dahulu, ramai kalangan gadis pantai timur memang kahwin muda. Sebab itu orang kata ramai kalangan gadis di sana janda muda. Tahun 90an barulah berubah, makin ramai belajar sampai ke universiti, habis belajar sekitar 23 tahun barulah berfikir soal kahwin.

- bersambung

2 ulasan:

Apokalips berkata...

Akal nakal saya berkata.. emm.. pabila dua orang yang kesunyian berkongsi kisah sedih, akan ada jiwa yang terjatuh tersentuh kasih simpati di sini..hihi

Teruskan bercerita:)

iDAN berkata...

Sdr YangManis;

Ilahi menentukan segalanya, jika kita terikat dengan rasa kasih dalam rumah tangga sungguh kita bertekad akan melindungi keluarga kita.

Peristiwa ini berlaku ketika kami masih tiada anak. Tujuh tahun selepas nikah tiada anak memang amat mencabar ujiannya.