"Tigakah.. empat kursus ada kat Sekolah Angah itu, Angah dapat pelajar paling cemerlang dalam kos Angah makenikal semester lalu." Di tangannya masih terpegang telefon bimbit. SMS lagi.
"Angah kena kekalkan, jaga waktu belajar Angah!" Aku pun tak pasti bagaimana Aziq belajar. Tak nampak entah bila dia belajar. Dia memang pelajar yang cemerlang jika kena kawan & tempatnya. Rasanya Afiz juga begitu, dia sering dapat Sijil Dekan dalam beberapa mata pelajaran di Poli. Masalahnya rakannya siapa, kenalannya siapa & bagaimana pengaruh kelilingnya.
Aku lihat nun mendung pekat hitam di kaki langit, mungkin itu daerah Gombak. Pergerakan trafik di MMR2 nampak bergerak lancar, cuma sesak di hadapan TESCO & sekitar Ampang.
"Adoi! nak hujan lebat ni!, Angah nampak mendung depan tu!" Kalau hujan di KL akan pasti berlaku kesesakan. Selepas Ampang sahaja hujan mulai turun, kejap renyai kejap-kejap lebat amat. Viper Avanza Mila mulai tenat, agak kabur bila mengelap cermin. Viper mata tuaku lagilah kabur. Adoi! payahnya memandu ketika hujan. Jam baru 5:10 petang. Telah hampir sejam aku memandu.
"Tiga minggu Angah tak balik rumah ayah, dua minggu lagi nak periksa, lepas periksa terus cuti!" Cuti panjanglah itu. Cepat sangat masa berlalu. "Bila agaknya cerita 2012 itu akan ditayangkan" Aku dengar tak dengar bualan Aziq sebab bunyi hujan di luar pun MP3 modulatorku berbaur; memekakkan telingaku. Aku memperlahankan audio MP3. Kurbaan Shukran Allah sedikit lembut, menarik lagu ini. Afiz sibuk nak tenguk cerita Kurbaan ini; tak tahu lepas ke tidak filem akan di tayangkan di Malaysia. Ulasan si Gina DJ Bollywood Hindi Power THR filem ini agak sensitif.
Anak-anakku nampaknya semakin meminati menonton wayang. Tak cukup Astro, DVD, internet; Huh! memang pelbagai hiburan.
"Cerita apa Angah?"
"2012 kisah kiamat tu!"
"Rasanya bulan depan mungkin pertengahan bulan...!" (12 November jika tak silap)
"Emmm! sempatlah Angah nak tenguk!"
"Okey kut! selalunya filem macam itu paling kurang 2 minggu di panggung" Jarang Aziq mahu berbual dengan ayahnya. Sebab aku selalu tegur sikapnya. Gila komputer, tidur pula tak pernah awal. Aku terjaga jam 3:00 pagi masih mengadap komputernya, di tangan dengan telefon bimbitnya; SMSlah tu!. Siapalah kawannya jam 3:00 pagi tak tidur lagi. Kawan di internet kawan di SMS. Mungkin juga sebab adik-adiknya tak ikut; takut aku mengantuk tak layan berbual.
Aku ada melanggan sewa suara TMNet, berbual satu Malaysia 24 jam cuma antara talian tetap. Bayarannya RM10 sahaja. Sebab itu kalau aku terjaga jam 1:00 pagi tenguk Aziq berbual dengan kawannya (mungkin) sejam dua di gagang telefon. Biasa. Aku tak boleh nak tegur, awal-awal dia sudah kasi tahu. "Angah guna talian tetaplah ayah!" Seronok budak-budak sekarang.
Sekitar jam 5:30 petang aku telah tiba di asrama Sekolah Teknik Gombak. Hujan mula berhenti tapi mendung masih tebal. Aku tak berani ikut MMR2 ketika pulang ke Jenaris, lebih selesa ikut Jalan Kuching ke Damansara. Ikut Lebuh Raya KL Seremban rasanya lebih selamat, menyongsang keluar dari ibukota agak kurang jumlah kenderaannya berbanding kenderaan menuju ke arah KL; hari cuti begini ramai yang baru balik kampung pun ingin berlipur di KL . Entah bila KL mahu sunyi, seharian kenderaan bertali arus. 1001 arah tujuannya. Sarat.
Ceriteranya sama, entah berapa kali aku meredah hujan bukan main lebat tetapi tiba di Jenaris tenguk tanahnya kering sahaja. Siap meriah dengan orang yang berpasar malam. Anak jiranku nampak berbual sambil duduk di parkir kereta perangku. Dduk di bonet kereta ayahnya. Tiga anak dara.
Aku mendapat risalah tentang lelongan rumah jiranku ini, kali kedua. Sila telefon 03 7729 9420. Resource Auctioneer, Lee Kau. Rumah ini tak lebar tetapi saiz panjangnya okey cuma RM144,000. Pegangan Bebas. Keluasan Tanah 1,216 kaki persegi. 67. Jalan Jenaris 3. Siapa mahu berjiran dengan Penyair iDANRADZi silakanlah merisik. Tarikh Lelong pada 19 November. Cumanya biasalah jika mahu turut sebut harga kena mendepositkan 10% dari harga rumah. Aku pun tak pernah tenguk bagaimana orang berlelong rumah ini.
Anak-anakku masih bermain permainan komputer. Tak seorang mahu menemani ayahnya menghantar Angahnya; Aziq semua sebab komputer. Penat tu tidak sangat tetapi memang stres memandu sendirian. Selepas makan aku asyik pula tenguk ZEE, aku makin rindu nak tenguk Swarit. Aku tak mahu ambil tahu sangat siapa yang akan juara Sa Re Ga Ma Pa L'll Champ 2009. Yang penting aku adalah peminat tegar Swarit, punyalah penat nak menunggu dia keluar menyanyi sampai jam 8:30 malam barulah muncul wajah Swarit. Memang menghiburkan lagu yang dia pilih pun kelakar amat. Salman Khan pun teruja tenguk persembahan Swarit. Lebih mantap dari juara.
Sila klik sini bagaimana menariknya bakat Swarit.
Tetiba aku rasakan dadaku amat sakit, payah amat mahu bernafas. Jantung aku bermasalah lagi. Sekitar dua hari aku tak makan ubat cairkan darah. Sengaja aku cuba agar aku tidak bergantung sangat dengan ubat. Degil!. Tak boleh rupanya. Waktu yang sama Mila pula mengamuk marahkan anak-anak asyik bermain permainan komputer. Aduh! semuanya diungkit, ayahnya yang tengah asyik tenguk ZEE pun kena sebiji demi sebiji. Ceritera Jab We Met pula telah konflik. Jab We Met punyai skrip yang menarik & ada nilai moral yang bagus. Cumanya cacat lantaran ada babak ciuman yang tak seharusnya ujud di hujung klimaks ceriteranya.
Konflik campur konflik...Adoi!. Aku bagaikan bungkam sendiri. Semalam aku tak boleh tidur lena, ketakutan itu amat gurur. Entah berapa kali aku beralih tempat tidur; Bagai berada di liang lahat rasanya. Takutlah amat, bernafas pun sebiji sebiji. Begini rupanya ketakutan orang menghadapi Siratul Maut. lagi dipadamkan lampu lagi gurur. Akhirnya terlelap di tikar kayu petak anjung rumah. Itu kesejukan ketika subuh.
9 ulasan:
Makan ubat jangan lupa ya..jaga badan harus macam jaga kereta baru:)
Bakat kaum hindustan memang tak boleh dinafi. Mereka ini memang suka menyanyi dan menari sejak kecil lagi tak kira usia mahupun martabat. Masa saya berkunjung ke Mumbai dulu..bandar ini sedang menyambut satu perayaan bernama garba'. Dimana setiap malam penduduk kampung berkumpul di satu tempat..menari dan menyanyi gembira sambil diringi band mereka sendiri. Meriah dan enjoy sungguh. Tak kira tua atau muda semua akan menari. Saya pun ikut goyang kaki, nak terkinja-kinja rasa malu pula.
Mereka ini, katanya menari untuk gembirakan diri sendiri dan melupakan kesusahan hidup mereka. Sebab tu filem-filem mereka dibuat sebegitu rupa. Kalau di tempat kita, bila orang tua menari, mahunya dikata orang dah buang tabiat. Sedangkan menari itu satu terapi juga kan, asal kita berpada-pada.
Bila saya membaca tulisan sdr saya rasa sdr memang seorang yang bijak di dalam berfikir.Kadang-kadang perkara yang tak terfikir pun ditulis. Memang seperti kata-kata sdr iDAN,ada pembaca yang meremehkan sahaja dan ada yang sebaliknya. Bila saya membaca sesuatu tulisan, saya akan berfikir dan akan cuba menafsir bagaimana cara pemikiran penulis dan mesej apa yang tersirat. Kadang-kadang ada penulis yang hanya menulis tanpa fakta. Ada yang hanya sekadar update blog sahaja. Susah untuk saya bandingkan cara pemikiran sdr dengan lain-lain penulis blog. Cuma saya sarankan kalau kita hendak menulis berunsurkan nasihat saya harap jangan terlalu mengusutkan kata-kata sehingga hilang dan lari dari tajuk asal. Apa pun saya harap ramai lagi pembaca blog sdr iDAN akan mengikut cara berfikir sdr.
Bagi saya menulis ini bagaikan satu kerja yang terbit dari hati. Ada ketikanya hati kita tenang & amat jernih apa yang kita tulis. Ada ketikanya dalam keadaan resah atau marah tulisan kita jadi kacau.
Amat sukar untuk mengimbangkan perasaan resah itu agar apa yang kita tulis menjadi suri teladan buat pembaca. Itu yang selalu saya alami.
Maka itu terkadang memang saya akui ada tulisan saya amat berkecamuk & begitu meresahkan hingga tidak kesampaian apa yang ingin saya tuliskan. Selalunya saya menulis secara sepontan. Apa yang terbisik di hati itu yang saya tuliskan. Di blog selalunya akan saya terus akseskan di internet tanpa saya sunting.
Bilamana ada kesempatan & tiada isu yang terbit dari hati ini, barulah saya baca catatan sebelumnya. Maka itu sering amat catatan yang baru diterbitkan banyak kesilapan ejaan pun susun katanya. Saya mohon maaf dalam masalah ini.
Buat saya respon & komen pembaca amat penting agar saya tidak hanyut sendirian. Penulis sebenarnya berhutang masa & perasaan dengan pembacanya. Memberikan ruang untuk membaca catatan (blog) kehidupan seseorang seperti juga keprihatinan kita terhadap ukhuwah sesama insan.
Saya sering mendapat sindiran daripada isteri saya mengatakan menulis ini membuang masa. Maka amat payah saya mencari ruang ketika tenang menulis selain ketika isteri tiada di rumah. Tapi faham sahajalah anak-anak kena diuruskan. Rutin seharian banyak menyibukkan kita.
Beruntung buat mereka yang sememang punyai waktu senggang yang tenang ketika menulis.
YangManis
Saya banyak menonton filem Hindustan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Filem mereka banyak berkisar cinta & keluarga. Saya memang kurang berminat filem bercorak aksi.
Bagi saya mereka yang suka menonton filem hindustan adalah kalangan seorang yang jiwang, rajin berfikir & begitu bersabar. Sebabnya rata-rata filem hindustan akan mengambil masa dua ke tiga jam. Lama tu!.
Bergantung kepada skrip, ada filem hindustan ini memberikan kita pengajaran. Ada juga sejak kebelakangan ini filem mereka tidak sesuai tontonan keluarga terlampau banyak unsur ganas atau watak ghairah tak menentu.
Saya menyukai skrip filem Pardes.
Tarian mereka sememangnya mendapat perhatian seluruh dunia. Mereka buat filem macam satu pesta. Tak sangka pula dik YangManis ini merantau sampai ke Mumbai. Sememangnya saya teringin ke sana jika ada kemampuan & kesempatan.
Garba' tu sama tak dengan tabur tepong rona-rona itu?
Masalah makan ubat ini bukannya malas nak makan cumanya risau takut ianya memberi kesan pada buah pinggang. Itu yang kononnya mahu dikurangkan. 6 jenis ubat mesti kena telan tiap hari rasanya terlalu banyak. Belum ubat sampingan. Itu yang malas tu, biasanya kalau tak makan ubat saya suka makan herba; tak kiralah ulaman mengkudu atau apa jua. Sudah masuk tahun ketiga memakan ubat.
Maka itu saya mengatakan kesempatan menulis ini rasanya semakin pendek. Faktor umur & kesihatan akan pasti menjadi halangan untuk menulis.
Ubat kolestrol yang saya makan itu saya baca di internet sindromnya akan boleh mengakibatkan pesakit hilang daya ingatan hingga gagal menulis. Memang tercatat begitu. Maka itu saya terasa amat kuat kesannya. Ianya kena makan ketika malam. Lepas makan pasti mengantuk & diganggu mimpi yang menakutkan. Banyak berpeluh & sendi-sendi semuanya sengal-sengal.
Makan bermasalah tak makan lagilah!.
saya start menonton cerita hindustan tahun 1999/2000. tajuknya kuch-kuch hota he. siap nangis2.
lepas tu tiba2 jd macam peminat fanatik hindustan. mungkin sebab kawan2 pun gila hindustan.
tapi sekarang dah tak layan. bukan sebab tak suka tapi takde kesempatan.ceritanya kadang2 makan 2 jam lebih. banyak benda boleh dibuat dalam masa sepanjang tu.
tapi tak dinafikan filem hindustan ni best. saya suka tengok dia berlakon sambil menyanyi. memang berkualiti la pelakonnya..
Cikgu;
Orang Rumah asyik tenguk ceritera Indon, selalunya ceritera Sekar itu bertindih dengan ZEE, 11:00 malam adalah waktu klimaks ceritera Hindi; masa yang sama Sekar bermula.
Nak buat macam mana, bill Astro orang rumah yg bayar, nak klik internet dia asyik sindir sahaja. Gian sangat nak tenguk ceritera Hindi kena tayangan 12:30 malam tapi tak pernah dapat habis tertidur.
Saya tak suka sangat cerita Indon ini sebab skripnya macam main-mainkan penonton. Adakah Pak Mertua suruh menantunya lupakan anaknya sebab gila nak harta. Selalu pula anak luar nikah ujud sahaja dalam skrip. Macam bangga sangat ada anak luar nikah. Yang jahat asyik terlepas.
Kalau cerita hindustan org jahat pasti kena belasah!.
Saya tenguk cerita hindustan ini sejak 60an lagi. Masa Shammi Kapoor tak jadi gila setelah bercerai dgn isterinya, Shashi Kapoor masih muda belia.
dah lama tak minat Industan..
.
kalau tak dapat tengok kat tv dan internet, boleh beli cd.
saya pun kurang menonton cerita indonesia. rasanya, cerita indonesia yang saya tengok betul2 adalah cerita kiamat sudah dekat.
yang lain2 tu saya tak suka sebab bila jahat, melampau2 jahat. bila baik, melampau2 baik.
pastu asyik kejar harta je. nak kaya, rampas harta orang.
tak jumpa lagi citer diorang yang menunjukkan kalau nak kaya kena usaha sendiri.
Cikgu,
Cerita kiamat sudah dekat... saya tak tenguk semua episodnya tapi memang skripnya okey!
Saya mula menolak cerita yang wataknya lari dari panduan agama kemudian terlepas begitu sahaja. Macam suruh kita buat jahat sahaja.
Seperti Wulan yang melahirkan anak luar nikah tetapi masih juga berhubungan dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab tersebut biarpun telah bernikah dengan lelaki lain. Seolah-olah zina & anak luar nikah itu macam perkara biasa di Indon. Samalah cinta Bawang Putih, bagaimana namanya cinta jika sampai lahir anak luar nikah. Tidakkan ini nampak sangat cinta itu berlandaskan nafsu, bukan kesetiaan & kejujuran. Memang bila bab harta semua jadi kecuh, itulah skrip mereka. Langsung saya tak tahu apa moralnya cerita Bawang Putih Bawang Merah (BPBM) itu. Apatah lagi saya tak berminat ikut dari A sampai Z ceriteranya.
Jika tak silap kita juga ada filem BPBM terbitan tahun 1959 tapi skripnya jauh lagi bagus. Latifah Omar pun memang Idola filem Melayu kita zaman dulu 50an & 60an.
Catat Ulasan