iDAN

03 November 2009

Jangan Suka Berjanji (Singgahsana)

"Ayah akan belikan Azim basikal baru, janji Azim dapat antara nombor satu ke nombor tiga di kelas" Azim taklah di kelas yang sepandai mana.

Maka rajinlah dia belajar, sebab basikal yang dipakai sekarang amat laih, kecik lagi... memang tak sesuai lagi untuk dia mengayuhnya. Bila keputusan semester satunya keluar dia berjaya dapat nombor tiga di kelasnya. Maka taklah payah sangat kita tunaikan janji. Sekadar seratus dua RM dapatlah basikal baru untuk Azim.

Janji begini memang bagus untuk motivasi anak-anak belajar, tenguk minatnya apa dia suka. Rasanya kalau PS2 yang mahal-mahal, telefon bimbit yang anggun tidaklah digalakkan. Kecualilah dia dewasa pandai membahagi masa. Pandai membahagikan masa pun benda-benda mewah begini memerlukan belanja yang banyak. Untuk tambah nilai bulanannya, kalau PS2 tu pula nak beli CDnya. Cepat rosaknya. Payah jaganya. Penat.

Tapi memang inilah hakikat anak-anak zaman kini. Memang itulah impian mereka. Kita sebagai ibu ayah kena sentiasa bersedia berbelanja lebih jika mahu membeli hati anak-anak. Aku tak punyai banyak masalah dalam masalah ini lantaran anak-anak semua lelaki, mereka berpakat dalam impian mereka, kumpul duit bersama tak cukup ibunya jadi tukang penampung.

Bukan itu topiknya yang aku suka bangkitkan.

Tetapi topik orang bercinta. Iyer! ingat betul-betul janji anda semasa bercinta. Tak percaya kalau tiada satu pun janji bersama. Salah satu ialah. Janji sehidup semati; itu mesti. Mana mungkin kita bernikah sahaja, esok lusa nekad nak nikah yang lain, nak cerai berai. Belanja kahwin satu hal bukannya murah. Lainlah kahwin koboi. Tangkap basah. Memang ada kes nikah dua isteri bersanding satu pelamin. Ini kes terpinggir.

Janji sehidup semati ini rasanya rata-rata kita makin lupa. Lupa bilamana kita asyik buat dosa terhadap pasangan kita. Lupa bilamana kita aktif sangat mahu menggoda kekasih lain, apatah lagi bilamana ada orang menggoda kita. Bukan lelaki@suami sahaja sekarang asyik bercinta atau punyai kekasih atau perempuan simpan. Paling tidak adik angkat terkadang terangkat terus. Ada juga kakak angkat orang berada, Mak Datin atau janda kaya lagi. Semua itu melukakan hati isteri.

Iyer! semua sahaja sekarang asyik bercinta, lagi malang isteri kini pun makin berani. Bukan satu dua kes kita dengar isteri menduakan suami. Isteri sekarang ramai yang lagi kukuh ekonominya berbanding suami maka jangan hairan mereka akan lagi panjang langkahnya. Suami selalunya bayar ansuran rumah, bayar bil api elektrik, air Indah Water, beli keperluan dapur, belanja anak belum ansuran kereta, kapcai belaka. Itu memang tuntutan.

Bila telah berumur 40an nampaklah siapa yang lebih berharta. Tau-tau isteri duit simpannya telah melambak, rumah sewanya bukan sepintu dua, keluarga isteri mendapat laba bukan sedikit. Memang ini berlaku jika isteri punyai status tinggi berbanding lelaki. Tau-tau terbaca SMS di telefon isteri, suami patah hati. Kerap berlaku masalah ini. Paling tragis bila isteri sanggup guna sihir untuk jadikan suami ini Pak Turut.

Cuba kita menungkan. Apakah isteri kita sering minta izin atau kasi tahu. Minta izin dia merancang tapi tak akan pergi jika kita ada hal. Kasi tahu dia telah pun merancang, kita tak boleh ikut serta progremnya dia pergi juga. Apa masalahnya masing-masing ada kenderaan sendiri. Ikutlah langkah masing-masing.

Di tempat kerja lamaku, isterinya rakan baikku asyik melancung tanpa suami. Kejap ikut kakaknya ke cina, kejap ikut rakan tempat kerja ke Miammar. Dalam negara itu memang biasalah. Suami mana mampu ikut nak ke cina itu bukannya murah, abis tu anak siapa nak jaga?. Kakak Iparnya pula anak ramai luar negara. Bukan mustahil esok lusa nak ke Australia pula, nak ke London pula. Kalau sudah duit tak tahu nak guna! Kemudian dari Tembok Besar cina hantar SMS

"Abang kat sini sejuk sangat! dah pakai dua lapis baju ni.. sejuk lagi" Sang suami peluk bantal peluk. Apa pula hal hantar SMS kontras begitu. Anaknya lapar malam-malam, ayahnya masak Maggi sahaja masa nak tidur tadi.

Baru semalam Mila berbual ketika makan malam. Jarang Mila mahu berceritera. Selalu makan, pasang TV, ngap-ngap kenyang di langsung ke Gua Hirak dia.

"Si Ruby (bukan nama sebenar) kat ofis ibu kerja, sanggup bayar RM20,000 sebab nak kurus badan, syarikat itu kasi diet begitu.. begini.." Dia berbual dengan anak-anak sebenarnya aku dengar sahaja.

"Ibu tenguk si Ruby tu taklah gemuk sangat tetapi orang nak cantik, kalau ibu gemuk macam dia agaknya ibu pun habis duit begitu!... kalau kasi duit itu kat ibu mesti boleh buat benda lain!" Emmm! bayangkan!. Antara sedar tak sedar, antara terpengaruh & nampak kos itu tinggi.

Itulah tadi. Isu janji. Jangan suka berjanji. Sebenarnya dalam agama pun telah termaktub, jika masing-masing keluar berkerja mencari rezeki bersama. Agihan jua seharusnya bersama. Jika isteri mampu bayar Rm20,000 untuk diet kecantikan. Suami juga seharusnya mampu sebanyak itu diet untuk kurangkan boroinya. Kecantikan isteri untuk siapa?. Kesegakan suami selalunya isteri risau kawin lagi.

- bersambung

8 ulasan:

Cetusan berkata...

nanti anak akan kata Abah noti hee..

kekasih kata lain kali janji lagi, tahun depan..

iDAN berkata...

Memang mudah menabur janji, payahnya untuk menepati.

Perempuan pula mudah lemas dengan janji lelaki...

huh!.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Saya "link"kan posting iDAN ni dengan posting terbaru dalam blog saya. Sebab rasanya kisah kita ni related pulak. Hehehehehe

iDAN berkata...

Posting dalam blog ini sememang amat terbuka, ianya jika menarik tentunya saya ikut suka; Ikut Nanalah! copy paste ke blog Nana pun okey.. link itu kut!...terkadang orang malas klik!.

Dalam kehidupan ini banyak persamaannya. Masalah pun sering begitu. Terkadang suami pula melampau melebih keluarga hinggakan rumahtangga, isteri & anak-anak menderita. Orang ketiga tak semestinya kekasih keluarga & rakan terkadang menghalang atau batu api yang membuatkan janji tak terkota.

Cetusan berkata...

pandai DIana Bodek

ggrrrrrrr

iDAN berkata...

Emmm! biarlah Zeq mungkin dia mahu seseorang membacanya!.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Hehehe... mcm tu pun bodek ke zeq?
Zeq belum tgk saya bodek betul lagi...
Lagi Grrrrrrrrrrrrrrrrrrr~!

eelobor berkata...

baca sekali pening gak, nak related kan antara hubungan, sbb cm simpang siur. amat suka point last....