Ada beberapa yang menarik di Tanah Perkuburan Sungai Kantan Kajang. Jika dulunya ianya agak suram & semak namun sekarang tidak lagi.
Yang duduk
Datuk Dr Ujang Bagong
Datuk Dr Ujang Bagong
Pertamanya jika pemastautin tetap di Kajang pasti kenal dermawan Datuk Dr Ujang Bagong. Sekitar Kajang boleh dikatakan dari masjid, tanah perkuburan hinggalah sekolah agama pasti semua perasan warna hijau cerah bangunannya adalah atas wakaf daripada Datuk Dr Ujang Bagong. Malahan batang pokok sekitarnya pun dicat atas saranan Datuk Dr Ujang Bagong. Itu yang membuatkan Tanah Perkuburan Sungai Kantan Kajang amat ceria dengan usaha & dermawan Datuk Dr Ujang Bagong. Ditambah lagi dengan gantungan bendera sekelilingnya menjadikan pengunjung tanah perkuburan ini merasa tidaklah sepi & suram. Malahan pekerja yang diupah oleh Datuk Dr Ujang Bagong sentiasa membuatkan tanah perkuburan ini cantik & bersih.
Keduanya kubur ini istimewa... mana-mana banduan di penjara yang meninggal & pewarisnya tidak menuntut biasanya jenazah mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan. Termasuklah jenazah Arwah Mona Fendi & beberapa orang rakannya.
Pagi tadi ramai kenalanku pertama kali menjejak kaki ke tanah perkuburan ini lantaran memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abg Din yang selamat dikebumikan sekitar jam 11:00 pagi tadi. Kubur arwah berdekatan dengan Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang meninggal dunia minggu lalu.
Aku menumpang kereta Savvy Saleh IT rakan baikku untuk ke tanah perkuburan, bersama Mail & tutor tempat kerja lamaku. Tak kurang dari seratus orang rakan sekerja arwah (satu fakulti dengan tempat kerja lamaku) datang ke Jenaris. Urusan jenazah dilaksanakan di Surau Desa Sri Jenaris, sejak awal pagi lagi. Aku lewat datang lantaran mengantuklah amat sepanjang malam berjaga di rumah arwah.
Sesungguhnya ajal maut di tangan Tuhan, pemergian mengejut Allahyarham sememangnya amat menggamamkan rakan & taulan. Serangan jantung sememang tidak dapat diduga. Sesungguhnya pemergian Allahyarham akan pasti meninggalkan banyak kenangan buat Fakulti Kejut. Jasa Allahyarham yang berkhidmat lebih dari 30 tahun tentunya amat sukar dibalas. Agar Roh Allahyarham akan tetap aman di sana.
Aku meraba dadaku!, jantungku juga telah lima kali mengadap pakar!. Masih belum tahu misteri di dalamnya.
6 ulasan:
Encik Idan
Semuga rohnya di cucuri rahmat
Al Fatihah (sila baca surah Al Fatihah sepenuhnya)
Nak tanya sikit, kalau boleh saya bertanya
q. Encik Idan ni orang keturunan Jawa ye?
r. Berapa umur Encik Idan?
Sekian wasalam
Fatehah Untuknya
Dari Allah kita datang, kepada-Nyalah
kita kembali, Al-Fatehah
untuknya
Dia telah pergi menemui,
Tuhannya
Moga berlapang dada,
siapa yang masih
ada
Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
28 Julai 09 8.30 pagi
q. Saya ada darah Arab & Minang. Kebanyakan saudara mara adalah Syed & Sharifah. Tiada darah Jawa tetapi isteri kira Jawa Tulen.
r. Umur kini telah mencecah 50an hanya muda setahun dari usia Allahyarham Mikaeel@Michael Jackson. Sebaya dengan Jamal Abdillah.
Tu yang risau masalah jantung yang belum selesai.
Yang tinggal
hidup terpaksa diteruskan
melihat mata jernih anak-anaknya
sungguh terasa teramat getirnya hidup ini tanpa galasan ayah nan dikasihi.
Keluarga Allahyarham bukannya orang berada... sedangkan kehidupan ini menuntut segala...
Itu yang sering kulafaz kepada majikanku tempoh hari... agar kebajikan pekerja sebegini terusan dibaiki & dipertingkatkan... lantaran susur jalannya memang ada kenapa mesti dibatasi?...
Takutnya anak-anak masih kecil & ibu atau ayah dipanggil Ilahi, bukan mudah menanggung bebanan ini.
Agar keluarga Allahyarham tabah, anakda Allahyarham telah ada yang berkeluarga & miliki kerajaya. Agar menjaga keperluan adik-adiknya.
Salam,
Banyak kenangan bersama arwah ketika rombongan tempat kerja kita dulu. Semoga dicucuri rahmat oleh Allah hendaknya.
Rasanya aku kenal mamat yg berdiri belakang Datuk Dr Ujang Bagong tu. Macam rupa Man Simbok Jer. Kirim salam kalau jumpa dia. Kenangan satu ofis dgn dia amat banyak. Nampak makin sihat, harap harap memang betul sihat.
YB
YB
Saya kutip dari alam maya gambar tu.. mungkin bukan Man Simbok. Hari kebumian Allahyarham Abg Din tempoh hari Man ada datang; dia sekarang dah pakai Pesona.
Arwah sememangnya tak pernah ketinggalan bila ada rombongan. Saya ingat YB dengan Air Asam Boi..
Teringin nak kembali saat itu; tapi mana mungkin... Ustaz Halim bising kita bertanding dengkor di Kelantan dulu!.. Mentang2 dia tak berdengkor.
Catat Ulasan