iDAN

10 November 2009

Mimpi Ngeri (Singgahsana)


Jika kita mahu tidur kita diganggu Mimpi Ngeri, mudah sahaja; ikut panduan ini mungkin anda berjaya.

1. Siang-siang jangan buat sebarang aktiviti lasak, cukup sahaja anda menonton Astro atau klik komputer. Duduk diam-diam. Cari cerita yang ngeri-ngeri sikit. Jangan menonton cerita kelakar, baca kisah yang sedih-sedih di internet; tiada internet baca buku-buku yang paling membosankan jiwa anda kemudian dalami betul-betul sampai hati anda terusik & tertekan.

2. Pastikan jika keluar rumah dengan keadaan selesa, jangan sampai penat & berpeluh. Guna penghawa dingin kereta sesejuk yang mungkin. Jangan bersenam.

3. Jika makan jangan memilih, makan dengan selera, tiap kali terasa pedas atau tersekat makanan minum sahaja. Jangan ikut peraturan atau jadual makan. Terasa nak makan jamu sahaja selera anda. Bila nak tidur pastikan makan kenyang-kenyang sampai tak bernafas.

4. Jika anda makan ubat jangan ikut jadual doktor, lepas makan malam barulah anda makan semua ubat.

5. Pastikan menonton lagi TV, DVD atau VCV seram, sedih sampai anda tertidur tanpa sembahyang Isyak.
Rasanya dengan Rukun Songsang lima ini pasti anda akan diuliti mimpi ngeri. Boleh ikut tetapi bersyarat, sebabnya yang kelima itu boleh buat anda sesat larat. Tak sembahyang itu bukan arahan agama kita. Kalau tak terjaga di dinihari dengan berpeluh tolong jangan amalkan Rukun Songsang ini.

Itu yang berlaku sepanjang malam tadi, aku mimpikan perkara yang pelik-pelik. Rasanya mengemas barangan ingin berjalan jauh. Rakan berkali-kali telefon aku tak angkat pun gagang telefon; tau-tau tertinggal penerbangan. Dalam kesedihan itu terpaksalah kembali ke rumah. Balik dari lapangan terbang sesat larat di hutan, asyik jumpa jalan mati. Curam bukan main. Tinggi amat nampak rumah-rumah & kenderaan di bawah sana kecil amat. Berbukit bukau & jalannya bukan dari tar, amat sukar memandu sendirian, tak ada kenderaan lain. Tiba-tiba kenderaan tak dapat dikawal licin sangat terbabas masuk ke jurang!.

Tersedar! TV di depan masih terpasang, intai jam dinding huh! jam 4:00 pagi. Bantal & Narita basah dek peluh, Teringat tak sembahyang Isyak. Lepas solat badan rasa amat penat terlelap & bersambung mimpi lagi ngeri. Lagi teruk semua datang dalam mimpi, Marialah, Abg Jaapo, tergantung di dinding tak boleh turunlah. Nak makan makanan basilah. Adoi!. Sedar-sedar Mila bising subuh telah hampir tergelincir.

Sebelum tidur aku menonton ceritera The Messenger: The Story of Joan of Arc di mana gadis petani si Jeanne kononnya menerima seruan, dia mengatakan itu seruan Tuhan tetapi akhirnya syaitan merasuk yang akhirnya Jeanne dibakar. Awal ceriteranya aku tak begitu tertumpu tetapi melihat ketangkasan Jeanne ketika perang membuatkan aku teruja mengikuti jalur ceritera sejarah ini sampai ke penghujungnya.

Sungguh ianya mengesan hati, antara babak di mana dia menghalang tawanan perang disiksa lantaran ingin mengambil giginya. Bagaimana dia dalam kemelut perang dia dilumuri darah sedar-sedar askarnya ramai terkorban. Babak akhir ketika dia dibakar juga nampak amat ngeri.

Sepanjang siang pula aku lupa makan ubat, malam-malam aku telah semua ubat ada enam jenis ubat. Dari darah tinggi, kolestrol, jantung, dibetes, buah pinggang & entah apa jenis lagi telan sekali gus. Sepatutnya malam-malam aku hanya telan ubat kolestrol sahaja. Bagus sangatlah jadualnya. Tak siapa mengingatkan. Kena fahamlah sendiri diri ini memang sakit.

Isu semasa nan terkumpul di Gelenggang sila klik

20 ulasan:

abu muaz berkata...

wehhhh.... banyaknya makan ubat.

iDAN berkata...

Pakej sakit tua!

Sdr Abu Muaz, mungkin tak akan selama mana saya dapat menulis lagi, tadi di TV3 ada kisah sakit nyanyuk. Agaknya orang setua saya ini banyak makan ubat akan pasti sel otak banyak yang makin cepat matinya.

Maka itu ujian yang diwar-warkan agama kita. Masa sihat itu adalah masa terbaik untuk kita beribadah. Sudah tua-tua ini paling takutnya adalah ketika sujud; bangun semula selalu pening. Padahal mengikut doktor pakar; masa sujud itu adalah terbaik bagi peredaran darah kita; ianya baik untuk darah menyerap ke otak.

Cetusan berkata...

mimpi seram memang meletihkan sebelum bacaan ALQURAN terkeluar secara automatik.

berbanding seram alam nyata. seolah ditindih.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Dulu masa kecil tak pandai minum kopi atau nescafe. Sebab emak tak suka jadi serbuk kopi dan nescafe tak ada di rumah.

Bila tinggal di kampus, kawan sebilik suka minum nescafe untuk study. Kadang2 dicampur Milo, jadi Neslo. Kadang2 kopi dibuat pekat. Satu hari sy cuba minum konon nak tahan mengantuk, sebab esok petang ada paper exam. Tak sampai 2 minit lepas minum sy terus tidur. Tidur mati.

Sampai la sekarang. Kalau saya rasa susah nak tidur, saya akan minum kopi. Dijamin saya akan tidur cepat. Pelik kan?

iDAN berkata...

Tadi di TV3 ada cerita pasal sel otak kita akan mati bila telah berumur. Bila sel otak ini mati memang kita akan payah dipulihkan.

Kopi anatara minuman yang boleh buat kita ketagih lantaran bahan 'antioksiden' dan juga kimia bergelar kafein itu buat badan kita perlukannya. Ada pensyarah di tempat kerja lama saya, memang dia kalau tak minum secawan kopi sehari menggigil badan macam penagih dadah tu; Diana kena hati-hati, jangan biasakan asyik minum kopi. Payah nanti kalau ketagih.

Sekarang saya jarang sangat minum kopi sebab sakit buah pinggang ini. Kalau minum sering diganggu sakit batu karang. Teh adalah minuman yang memang okey!. Paling baik teh hijau macam Jepun minum tu!.

Diana carilah cara lain agar boleh cepat lelap mata tu!, jangan amalkan kopi tu kut! ada kesan sampingan yang tak baik!. Sesekali okeylah jangan rutin.

Rasanya nescafe tu diperbuat dari buah kopi juga ke?... tak pasti!.

eelobor berkata...

hahaha, ada jgk mkn ubt kira lump sum ek?

iDAN berkata...

Sdr Eelobor ... tak makan memang risikonya amat tinggi.

Bila terlupa siang ... makan lumb sum telan semua.. tulah jadinya. Pengsan. Biasanya orang sakit darah tinggi, jantung perlu ubat cair darah, diabetes... semua kena sarapan dulu & baru boleh makan ubat. Nunggu anak bangun si Anif yang no 3 tu (Tingkatan 1 sekolah petang) punyalah lambat; selalunya jam 10:00 pagi baru bangun. Malamnya si Anif ini... huh! dah penat nasihat jangan berjaga malam; paling awal dia tidur 2:00 pagi.

Dia sembahyang subuh tu macam mimpi sahaja; celik tak celik. Itu pun ibunya dah mengamuk bising.

Sekitar jam 11:00 pagi baru makan ubat. Tak syok sarapan seorang-orang selalunya dengan pekena Teh Tarik Mamak! dengan si Anif tu.

Ada lima jenis ubat kena telan siang hari. Malam baru makan ubat kolestrol. Ubat kolestrol ini memang ubat nyanyuk betul; telan ia saja tak lama pengsan!. Tidur mati.

Dah tu siang-siang sibuk hantar anak, masak, sidai kain, basuh pinggang mangkuk; siram pokok bunga, kasi makan kucing, bejuku. Kemas tempat tidur, sapu lama... Belum bebenda remeh yang lain. Memang bukan senang jadi sura rumah ini! UWAAAAAA!

Baru balik JPJ si Anif tak bangun-bagun lagi!. Hari dah 'kul 11:00 ni!.

Cetusan berkata...

apaapa jenis minuman OK, cuma bila dah nak untung, banyk sgt benda dicampur itu yang jadi ketagih..risau kite..

Pernah pihak hospital kata, sampel yang dihantar hari ini OK untuk pemeriksaan, kemudian bila diambil sampel dipasaran secara rambang, lebih teruk candunya..alahaiii pengguna

echah_syed berkata...

salam.. betul ekk kalau minum kopi bole kena batu karang pada org yg ade masalah buah pinggang??

ni baru suami mithali semua keje buat sendiri..tabik springgggg!

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Saya amat tak setuju makan atau beli ubat Jualan Langsung (MLM) mahal amat. Memanglah ianya bagus tapi kalau sudah masuk ke MLM itu memang cekik darah betul. Sudahlah orang sakit; tambah sakit nak beli ubat.

Sebagai contoh Goji. Cuba beli Teh Goji Guarana punyalah mahal. Sedang hari-hari saya makan Goji kering dari tanah besar cina murah amat, beli kedai sensei cina tu! memang ianya bagus untuk edaran darah. Goji Guarana telah ditaruh pelbagai ramuan. Kan bahaya. Memang silap2 teruk candunya.

Nak ubat kuat makan ulam pucuk sentang, celorlah kalau takut getahnya ada kesan. Kalah Tongkat Ali.

Arwah Abg saya.. itu yang dia amalkan; anak 21 orang. Dia meninggal umurnya sekitar 40an sahaja. Meninggal kemalangan lori & treller.

iDAN berkata...

Combi;

Kalau kekawan Combi memang ada masalah batu karang memang kopi tidak disarankan; kalau saya minum kopi tak lama mesti ditangkap balik sakit & masalah buah pinggang ini.

Tenguk orang juga kut!, ada yang okey!. Tapi saya telah lebih 3 tahun tak minum kopi. Sesekali bolehlah.

Jangan risau ada masalah batu karang cuba ke kedai sensei cina tanya ubat ini... Shilintong. Di google ada gambar asal kejadian ubat ini. 100% herba. Murah sahaja 100 biji pil nya baru sekitar RM8.

Saya menderita sakit batu karang lebih dari setahun. Kencing berdarah asyik masuk wad kecemasan suntik kat punggung. Ish! takutnya darah tinggi melambung naik!. Doktor kasi ubat macam-macam, cairlah, macam gulilah semua tak lepas! Bila makan Shilintong nampak okey! sampai sekarang. Batu karang tu pecah & tak ganggu buah pinggang lagi.

Jangan makan banyak kut! alahan ada yang tak serasi. Ada yang makan tak tahan badan. Shilintong Ada cop Kementerian Kesihatan.. sepatutnya okey... saya sudah amalkan lebih dua tahun; tak ada masalah batu karang tu lagi!. (emmm! macam jual ubat pulak)

Makan sekitar 5 biji pagi & malam. tenguk kesannya!!! memang sedap nak buang air; baik untuk lelaki baik untuk perempuan. Lagi bagus Combi... yang campur madu kotak rona hijau.

Zeq tu elok makan yang kotah hijau ini kalau nak tambah cawangan. Sebelah utara banyak jual kotak hijau ini. Di sini banyak kotaknya rona biru. Shilintong ini dari pokok herba, bunganya cantik rona kuning. tenguk kat google!. Bagus sangat untuk cuci buah pinggang.

(Alaa!... nyakat Zeq saja! jangan ambil hati pulak!, tapi memang bagus yang kotak hijau tu Zeq, kawan saya orang Perlis makan yang kotak hijau tu, baunya pun sedap! kencing lawas & memang dot dot dot!)

iDAN berkata...

Diana suka minum kopi kan?...

Elok cuba makan Shilintong ini, tak mestinya untuk orang sakit, tapi memang elok cuci buah pinggang tu.

100% herba tak ada bahan kimia yang diragui. Murah lagi; di mana-mana kedai sensei cina selalunya pasti ada dijual.

Bilamana buah pinggang okey! tak kisahlah nak minum kopi.

Samalah yang perokok tegar, minuman yang paling bagus adalah jus atau perahan nenas; nenas tu tajam boleh buang keladak dalam badan tu!. Ramai yang nasihat begitu.

Beringatlah sebelum kena sakit kronik macam saya ini!.

Cetusan berkata...

hanya orang yang jujur sahaja boleh buka rahsia, ada jenama terkemuka Malaysia pakai import dari china , bungkus di sini.,, memang tak patut.,


MLM tak semua, tapi ada FAcilaltor kata, bisnes apa memalam buta orang nak tidur, bila memalam ada yang buat kesempatan, bila dua gent berlainan.
tak semua..
kesempatan yang dikatakan terbuka meeting, padahal tertutup.

SUBAHAT..pembeli
sila tanya mereka yang pernah join.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Shilintong?
Pahit tak iDAN?
Saya memang kalah betul dengan benda pahit ni.
Dulu masa disahkan sakit, kena minum air akar kayu rebus dari sensei... menggigil satu badan lepas minum. Rasanya sampai ke otak dan gegendang telinga. 4 jam pun tak habis fobia. Sudahnya hari2 lain, pura2 je minum, lepas tu buang dalam sinki. Dengan diri sendiri pun boleh menipu. Teruk betul.

echah_syed berkata...

shilintong ekk.nnt combi gi tanya kat sensei..timakasih sedara iDAN :)

diana pun takut ubat ye.combi tak takut ubat kalau dah sakit semua sanggup jek.. :D

nak suruh abe combi try shilintong pulak :)

iDAN berkata...

Sdrku Zeq;

Jika harganya patut barangannya okey apa salahnya kita berniaga dengan MLM tu.

Memang betul tak semua, ada okey! macam Cosway harganya patut banyak barangannya okey!. Bolehlah terima.

Ini ubat cecair harga sampai RM100 lebih. Jus mengkudu memang bagus cuba beli kat MLM. Terkejut tenguk harganya. Kalau kita ada duit Zeq kita buka kilang jus mengkudu ini. Jangan jual mahal-mahal tolong org sakit. Sambil jual dapat pahala. Buahnya depan rumah ini selalu luruh & terbuang sahaja. Kat Taska sana pun macam tu. Tak siapa nak kutip.

Itu pun satu masalah ngapalah nak buat meeting malam-malam selalu. Saya ada kawan kat ofis cerita dedulu. Malam-malam telefon ofis dia tahun saya ini jenis tak ingat jalan balik!. Dah dinihari baru jumpa rumah. Padan Mila ngamuk selalu.

Bila tanya kenapa malam-malam telefon ni?.

"Bosan iDAN kat rumah dengan Pembantu rumah ni!, isteri aku pergi meeting MLM."

(Nasiblah Pembantu Rumahnya dah berumur, masa pembantunya janda lawa dia tak telefon saya pun)

Jam 12:00 malam lebih baru balik. Tapi isterinya saya kenal baik orangnya. Memanglah kalau iman tak kuat penggoda banyak malam2 macam tu!.

Tak payahlah bantu MLM macam tu!. Lagi pun ramai sangat pemodal besar bukan orang kita.

iDAN berkata...

Diana ni macam Kak Mila, saya selalu gaduh pasal makan ubat; pantanglah pahit sikit. Memang dia tak makan punya. Namanya pun ubat. Adoi!.

Shilintong ini baunya lain sikit, maklumlah herba. Janganlah Diana gigit telan sahaja, tak perasan pula pahit ke tidak. Tekak saya ini jangan ikut, pucuk betik pun saya suka buat ulam.

Buah Goji tu okey!, manis!!.. itu pun bagus kut! ada kekawan yang masalah mata rabun, cukup bagus! Kawan saya yang pakai spek tebal dah okey! kurang dah power rabunnya itu.

Goji tu dalam sekitar RM2 untuk 100 gram; ikut jenis kalau buahnya besar mahal sikit. Pun terjual kat kedai sensei cina@ kedai ubat cina.

Dalam internet banyak cerita tentang buah Goji. Boleh jadi awet muda. Perempuan kan selalu kena barah payudara. Elok amal makan buah Goji ini.

Jika saya makan tiap hari tak payah lama dalam seminggu dua; doktor pun pelik semua masalah kesihatan saya okey!. Memang hebat buah goji ini.

Klik di

http://dgelenggang.blogspot.com

Nanti saya masukkan banyak-banyak tentang khasiat buah Goji ini. Di jurnal lama saya banyak saya cerita tentang buah Goji ini. Nanti saya cuba klik semula.

Campurkan dalam teh; saya makan macam tu sahaja macam makan kismis.

Pesan saya jangan beli kat MLM .. mahal amat. Semua kedai sensei cina ada terjual

(Terjual tu bahasa cina Seri Kembangan)

iDAN berkata...

Combi;

Cuba makan 5 biji selepas sarapan & masa nak tidur, jangan ikut kata kotak. Kut! badan tu tak sesuai!.

Boleh makan sampai 10 biji pun tak apa kalau batunya tak pecah! sebab ianya 100% herba!.

Harap-harap sesuai; kut! kekawan ada sakit batu karang elok cuba makan Shilintong.

Samalah siapa suka minum kopi, kut buah pinggang tu berkeladak. Serbuk kopi sebenarnya sukar hancur; apa salahnya sesekali makan Shilintong untuk bersihkan buah pinggang.

Jangan makan hari-hari; saya makan kalau rasa sengal-sengal di pinggang sahaja.

Apa-apa ubat pun kalau hari-hari kita makan jadi macam ketagihlah pula!.

Hingga kini telah 2 tahun lebih tiada gangguan batu karang lagi. Di rumah sentiasa ada Shilintong ini.

monizar berkata...

Salam,

Mohon bantuan saya tinggal sekitar bangi dan seri kembangan...macamana nk dapatkan ubat shilintong ini?

Harapkan bantuan...

terima kasih...Salam...

monizar berkata...

Mohon bantuan, kat mana nak dapatkan ubat Shilintong ini?

Saya tinggal berdekatan Bangi dan Seri Kembangan...

email saya monizar81@gmail.com
monizar81@yahoo.com

mengharapkan bantuan....