Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

18 November 2009

Ekin jatuh miskin (Hiburan)


EKIN CHENG


PELAKON dan penyanyi popular Hong Kong, Ekin Cheng telah kembali ke industri muzik selepas bertahun bersara dan ini mengejutkan ramai pihak.

Sesuatu yang lebih mengejutkan apabila dia dilaporkan membuat keputusan itu setelah dia jatuh miskin. Menurut sebuah majalah Hong Kong, teman wanita Ekin, Yoyo Mung yang gemar berjudi serta melakukan pelaburan berisiko tinggi hampir membuatkan Ekin bankrap semasa krisis ekonomi baru-baru ini.

Keadaan ini hampir membuatkan pasangan itu yang telah bersama selama tiga tahun berpisah. Dalam laporan media itu, Yoyo baru-baru ini sedang menjalankan penggambaran drama di Macau dan tidak dapat menjauhkan diri daripada kasino.

Semasa menunggu gilirannya untuk rakaman, dia akan mencuba nasibnya di meja judi. Malah disebabkan terlalu seronok berjudi, aktres itu tidak mahu kembali ke lokasi penggambaran. Aktres berusia 34 tahun itu juga merupakan peminat mahjung dan sering bermain bersama kawannya sehingga lewat malam.

Ekin baru-baru ini menyuruh Yoyo untuk keluar dari apartmen mereka. Bagi menggembirakan hati Ekin, Yoyo baru-baru ini telah menemaninya untuk bercuti di Okinawa, Jepun selain berjanji bahawa dia akan berhenti berjudi.

Walaupun sudah meminta maaf, Ekin amat berang dengan tabiat judi Yoyo dan menyatakan percutian itu tidak membantu memperbaiki hubungan mereka.

Menurut seorang kawan baik Ekin: "Ekin pernah memberitahu beberapa kali bahawa dia pernah terfikir untuk berpisah dengan Yoyo. Namun, Yoyo amat nekad dan berjanji untuk berhenti berjudi. Jadi mereka masih bersama tetapi hubungan mereka sedang bergoncang."

Kosmo

iDAN: Lor!! Ingatkan Ekin isteri jutawan kita tu!.

4 ulasan:

eelobor berkata...

minat gak ngn Ekin Cheng dlm young & dangerous....follow dr episod pertama

iDAN berkata...

Anak teruna saya mesti minat ceritera ini, saya kurang amat ikut perkembangan drama atau filem Hong Kong, Korea atau Jepun; lebih ke filem Inggeris, Industan & Melayu.

Ada simpan banyak siri drama Jepun tetapi kira filem lama & tak sepenuhnya terkumpul.

eelobor berkata...

bole di katakan filem yg di bintang Ekin Cheng, smuanya ala² kontro macho...(koya² gitu...)

iDAN berkata...

Iekin itu pun memang nampak macho...Eelobor!