iDAN
01 Disember 2009
MMms 21 Ujian Stres Penyair iDANRADZi Gagal (Singgahsana)
"Doktor pakar jantung kehilangan kereta, seorang doktor lagi cuti kecemasan!" aku lihat memang ramai pesakit & pengiring telah sedia menunggu. Jam hampir 10:00 pagi. Aku biasalah lewat lagi, temujanji 9:00pagi.
"Nak jumpa doktor atau temankan orang?" Nampak muda sangat seorang pemuda dari Ijok ini.
"Saya yang sakit... hari tu telah buat ujian terapi tapi doktor tak jumpa lagi masalahnya, jantung saya lemah mungkin kena masukkan bateri macam ayah saya kut!" lagi kronik dariku;
Selepas subuh tadi aku kesiangan. Mana seluar sukannya, kasut sukannya, kad rawatannya. Memang aku amat malas & hilang upaya pergi sendirian ke tempat sebegini. Sudah pujuk si Aziq & Anif agar temani ayahnya; Huh! mereka lebih suka duduk di rumah. Mila berkerja. Jangan ganggu dia; lagi pun aku boleh jalan sendiri. Parkir di Hospital Serdang semakin teruk!, aku terpaksa parkir di bawah pokok sebagai parkir alternatif.
Aku teringat Fairuz yang katanya mahu bersamaku di Klinik Kardio Hospital Serdang. Tak nampak lagi wajahnya. Di Jenaris tadi aku telah telefon dia agar tak payah bawakan kasut sukan aku terjumpa kasut Afiz yang muat untuk kupakai. Kasut sukanku tak muat lantaran kaki mula mengembang.
"Saya pun telah empat atau lima kali ke sini, masih tak tahu keadaan jantung saya, malam-malam selalu sesak nafas!" dari senyuman pemuda ini dia nampak mesra & ramah "Ada sakit diabetes atau penyakit lainkah?" aku memang tak menduga orang semuda ini boleh kena sakit jantung.
"Tak ada, tapi sejak kebelakang ini tekanan darah saya sememangnya tidak normal.."
"Biasalah tu, kalau ada gangguan di jantung kita, tekanan darah kita jadi tak betul!"
Selang beberapa ketika telefon bimbitku berdering pastinya siFairuz yang janji mahu ketemu aku telah tiba. Telahanku benar; memang agak lama kami tak berjumpa.
"Mana Tok Perak?.."
"Dia kirim salam saja, dia sibuk main karom!"
"Emm! orang telah naik pangkat kanan, mesti sibuk nak buat macam mana?"
"Mana ada sibuknya abg iDAN, pelajar UPM telah cutilah.."
"Cuti apa pulak, cuti raya seminggu ke!''
"Cuti semester hujung tahunlah, hujung bulan ini baru masuk!" aku memang lupa bab cuti pelajar semua ini.
Aku bertanya jururawat yang bertugas, apakah mereka akan kasi nombor sebab aku kena buat Ujian Stres. Dia memberitahu nama aku akan dipanggil. Aku pun minta diri dari pemuda Ijok yang masih berada di ruang hadapan tempat jururawat bertugas & menyemak kad perubatan pesakit.
"Kau tahu Fairuz, jika aku selewat ini sudah pasti sekitar jam 1:00 tengah hari nanti barulah akan nama aku dipanggil, kalau rasanya kau penat menunggu; aku tak kisah!, Fairuz baliklah ke makmal takut ada pula yang nak jumpa!"
"Saya nak makan dengan abg iDAN, lama sangat tak makan dengan abg iDAN."
"Biasanya pihak hospital tak benarkan makan apa-apa jika mahu buat sebarang ujian!"
"Tak apa saya tunggu!"
Maka menunggulah kami, aku sempat juga berbual dengan beberapa pesakit, ceritanya samalah, masalah jantung. Ada abg seorang bernama Aziz dia menghantar isterinya yang punyai masalah yang sama, asalnya dia seorang sahaja disahkan mengidap sakit jantung; kekinian isterinya pula. Aziz masih amat segak, usianya jauh lebih muda dariku. Aduh! lagilah amat tercabarnya jika suami isteri bermasalah jantung.
Aku lihat Fairuz mula gelisah, telah hampir tiga jam dia menunggu. Aku senyum sahaja melihat kegelisahannya. Bagiku telah menjadi perkara biasa menunggu sebegini lama di hospital ini. Aku pernah tuliskan ketika darah tinggiku melonjak naik, dari naik ambulan pepagi lagi, hingga menjelang maghrib baru dapat jumpa doktor. Dari Dr Imah sahkan aku kena tinggal di wad, sampai sakit darah tinggiku kembali normal. Duduk di Wad Kecemasan sepanjang hari. Sendirian.
"Ini siapa yang stres, aku ke... kau Fairuz?"
"Stres sebab lapar abg iDAN sejak pagi tak makan!"
"Sabar-sabar, kita kan selalu puasa!, kena puasalah kejap, kalau kita keluar kut! kena panggil, nombor mereka tak kasi kalau tak senang kita agakkan masa!.."
"Nanti saya tanya bila giliran abg iDAN!" jam telah 1:00 tengah hari lebih.
Aku pun entah berapa kali masuk ke ruang bilik Ujian Stres, Pembantu Perubatannya nampak sibuk; jadi malas ganggu keerja dia.
"Abg berdua sahajalah yang kena buat Ujian Stres!, kejap lagit katanya.." Fairuz tambah gelisah.
"Serik.. kan?... temankan orang sakit, bayangkan abang kau ini sendiri di wad begini; mana ada pesakit tak berteman, mesti ada pengiring!, emmm! duduk seorang-seorang lagilah mengantuk & bosan amat!"
Aku suka bertanya dengan pengiring yang datang, ada india sebelah hantar Mak Mertuanya, masing-masing gelisah. Paling gelisah aku tenguk seorang lelaki nampak segak sangat, Fairuz syak dia Pemandu Teksi sebab pakai baju putih. Wajah sama seiras ayahnya yang memang sakut kuat, tua sangat ayahnya terpaksa dibawa dengan kerusi roda. Entah berapa kali dia mengadap jururawat lantaran tak larat menunggu. Mungkin dia datang seawal 8:00 pagi; bila empat lima jam menunggu membawa ayah yang uzur begitu memanglah tak terkawal lagi rasa sabar menunggu. Aku ada Fairuz memang rasa lapang & amat tenang. Fairuz lagi membebel tenguk nyonya muda makan Kuih Pau sedap bangat.
1:30 tengah hari. Kesabaran Fairuz sudah melimpah limitnya. Dia ajak aku pergi tanya Pembantu Perubatan lagi. Ada dua orang lagi perlu buah Ujian Stres aku & seorang Apek nampak lebih tua dariku.
"Jom! abg iDAN kita pergi makan ada lagi setengah jam giliran abang iDAN!" lapar sangat siFairuz ini.
Aku pun kelaparan sebenarnya; terpaksa langgar pantang jangan makan sebelum Ujian Stres, badan pun mula menggigil kelaparan. Kantin di Hospital Serdang telah jauh berubah, juadahnya semakin banyak & memang menyelerakan. Siap ada makanan Ala Barat. Aku makan nasi lauk ikan darat sahaja. Fairuz makan nasi lauk ayam kurma. Tidak bagai dulu; teramat teruk juadah di kantin ini!. Sekitar jam 2:00 petang apa lauk pun tak ada!. Mungkin telah tukar tauke; Cadangan aku mahu makan di Uniten dibatalkan. Fairuz makan besar, memang dia lapar amat; kasihan dia.
"Lepas ini kalau stres & tak larat nak nunggu lagi, Fairuz baliklah, nanti bos bising pula!"
"Dah makan tak kisah, tunggu abg iDAN sampai malam pun tak apa!" aku senyum sahaja, aku pasti dia memang serik menemaniku.
Tiba di tingkat tiga Klinik Kardio, Abg Aziz beritahu namaku telah dipanggil; aku & Fairuz ke bilik Ujian Stres ada Apek sedang buat ujian. Aku menunggu sekitar 15 minit. Pembantu Perubatan masih muda belia. Baik orangnya; dia kata kalau boleh aku kena buat ujian sampai ke had kelajuan 3, sebaik sampai had 4. Tak mampu Mak Oii! baru separuh had kelajuan 3, kakiku tak larat lagi melangkah. Tekanan darah dari 120/70 mmHg (milliliter air raksa) * Terbaik pernah aku capai... telah naik ke 160/110 mmHg. Seharusnya aku boleh bertahan lama tetapi otot kaki memang tak kuat lagi menampung berat badan. Biar pun dada@jantungku okey!. Aku tak mahu ambil risiko, kut! naik tekanan darah yang membahayakan diri nak buat apa.
Aku bermandi peluh, kecewa sangat cuma lagi 3 minit Ujian Stres ini harus aku lalui menandakan aku memang sihat. Tak mampu. Aku sekadar mampu bertahan 7 minit sahaja. Itulah hakikatnya kekuatan diri tuaku.
- bersambung
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
Lepas ni abg idan rajin-rajin lah berlari-lari anak sekitar rumah agar stamina abg idan kuat....jangan duduk rumah sahaja...bak kata perpatah lama 'Majulah Sukan Untuk Negara"...
Sdrku Pengailsejati;
Kalau abg kau ini dapat pindah di Kota Bharu Pk pasti tak timbul masalahnya, kena pula hari-hari makan pucuk sentang, pucuk mengkudu hutan, pucuk kadok, pucuk pudin & aneka jenis pucuk lagi pasti kembali muda...
Lari-lari anak di Jenaris ini bahaya ramai sangat India bela anjing, lain pula ceritanya. Sebenarnya jadi surarumah ini pun banyak juga bersenam terutama senaman jari main buih sabun kat dapur tu! Senaman kaki pula hari-hari naik tangga tak kurang puluhan kali!.
Faktor utama gagal Ujian Stres ... tua!.
Salam
Ini semua hukum alam. Mana ada orng makin tua makin sihat. Cuma paling bagus makin tua tapi belum sakit. Sakit tetap sakit. Dalam dunia ni hanya firaun jer yg tak sakit. Usah kata sakit, gatal pun tak. Cuma dia jer kuat menggatal, mengaku jadi tuhan. Iblis yg cukup jahat, siap dilaknat lagi pun tak pernah mengaku jadi tuhan. Iblis jahatnya cuma engkar arahan tuhan.
Apapun sakit ni datang nya drpd Allah. Kalau tak pernah sakit kita tak akan merasai nikmat sihat(Macam firaun tu). Kadang kadang sakit ni jadi kifarat kpd perbuatan kita. Kadang kadang tanda Allah sayang kat org sakit tu. Orang yg mudah mengingati Allah adalah org sakit dan orang susah. Dan jika ada org sakit dansusah tak ingat Allah, ini Allah amat murka. Mungkin bahasa dlm kita: Tak Sedar Ke Diri.
Yg paling penting redha akan ujian. Insyaallah ada keberkatan kpd diri yg sakit. Sesungguhnya yg datang drpd Allah itu adalah yg terbaik buat kita, dan tak ada yg baik lagi drpd itu. Bagi yg bercakap macam aku ni boleh cakap jer lah...lebih drpd itu bersimpati dan mendoakan kebaikan, insyaallah. Nasib akan datang tak tahu lagi. Cuma boleh berdoa: Ya Allah ya tuhan ku, jgn lah kau uji diri ini dgn ujian yg tak mampu aku hadapi, jika ada kemurkaan mu atas ku, kau ampunkan lah aku. Kau lorongkan lah hidupku sebelum aku menghadap MU di jalan yg kau redhai. Amiin
YB
berlari poco2., serta kayuh beskal..keliling rumah
Sdrku YB,
Saya bersara awalpun lantaran sedia menghadapi penyakit ini, setakat ini telah disah pelbagailah sakitnya. Bila congak-congak usia, ramai kalangan sahabat kita pun seiras usia dengan kita ramai yang telah pergi; beda usia yang pergi dengan kita pun setakat sekolah rendah... betul kan?. Tak sampai 10 tahun.
Bayangkan arwah Din Pendek tak sempat pencen pun telah meninggalkan kita, kalau YB ingat Mat Oberrol yang popular tu, rasanya baru sangat pencen, tak sampai umur 60 telah meninggalkan kita. Arwah Kak Jah Murai pun sama mana ada usia 60an, mana sakit kronik macam saya ini memang amat sukar mencecah 60an!. Habis itu takkan tak sedar diri lagi!.
Maka itu saya tak sanggup terokai tanah sebab nak tanam kelapa sawit takut ianya bertukar menjadi hutan , biarlah kita buat hutan simpan & tanam tanaman herba mungkin boleh buat ubatan untuk anak cucu kita makan. Jering pun YB mahal di pasaran khasiat jering bukan sedikit; belum lagi sebut petai, daun sentang, tenggek burung atau bebuas.
Tidak pernah putus asa, ubat tetap dimakan. Kalau sudah sakit kronik begini nak umur pendek memang mudah amat; jangan makan ubat, rasanya memang mudah sangat nak perginya. Bukanlah ubat itu penyambung nyawa tetapi itu sekadar usaha & ikhtiar.
Esok masih ada!
Sdr Zeq;
Minggu depan jumpa doktor pakar jantung.. dah tahu nasihatnya, tak jumpa pun tak apa..
Inilah ayatnya;
"Pakcik tak kuat lagi, kena banyak buat senaman, kurangkan makan makanan berlemak, kawal makanan! agar berat badan Pakcik berkurangan"
Atau begini.
"Pakcik sihat tapi tak ada harapan lagi!" Maksudnya memang kita ini sudah tualah!.
..lalu saya jawab nanti suatu waktu, saya pun jadi pakcik juga
minda yg positif membuat badan kita sentiasa sihat walaupun kita tahu kita mmg ada penyakit.. :)
idan..nasihat combi jgn selalu pikir pasal sakit dan kalau bole elakkan bercerita dgn kekawan kerana ia boleh mempegaruhi kehidupan kita.
jumpa kawan lama cerita kenangan manis sahaja insyaALLAH ia akan membuat hidup lebih seronok kan :)
apapun byk berdoa kerana teman yg paling akrab hanyalah DIA.
..pergilah check...kalau sakit blh ubat cepat..kalau OK tentu rasa segar bugar balik..7 bulan lps, saya pun pegi buat stress test..dan jalan 12 minit smpai pressure 181/135..rasa lega..tapi 30 minit lps tu pitam masa tunggu specialist panggil..masuk casualty...ECG tk cantik...admitted & referred to pakar jantung dr IJN...dua hari lepas tu buat engiogram...dpt tengok dgn mata kepala sendiri jantung berdenyut...pakar kata 100% cantik tkde masalah..mungkin penat sgt lepas stress test buat saya pitam...rasa lega tahu yg jantung cantik...tapi dia tanya soalan cepu emas "hisap rokok tk?"..."social smoker je doktor", jwb saya...dia balas cantik je, "harap2 awak tk jadi social heart patient saya sudahlah!"...terus resign merokok sampai hari ni...hehehe
salam, ayah saya masa muda kurang jaga makan, tapi bila umur dah hampir 70 dia disahkan darah tinggi, kencing manis alhamdulillah takde. Dia kuat bekerja, usia awal 70an dulu masih lagi larat angkat berat2, jenis tak reti duduk diam, apa sahaja nak dibuatnya. Kita anak ni naik risau tp bila kita tegah dia ckp dia lg sakit kalau tak kerja.
Kemuncaknya, early years hari tu dia kena stroke, lumpuh sebelah badan. Dia ingat mcm dh nak mati, siap berpesan2. Abang yang banyak jaga dia. Alhamdulillah sekarang dia dah boleh jalan, dan dah curi2 bawa keta...hmmm
abg idan belum berjaya tuuu..bukan gagal..kalaulah ada banyak masa, best juga ya kalau dapat berjalan-jalan & exercise keliling taman tasik tiap-tiap hari.
orang sekarang ni, exercise jari dan otak aje depan komputer.
Sdr Zeq,
Arwah Apak meninggal 69 tahun, mungkinkah kita boleh mengatasi usia sebegitu.
Impian hati itu banyak lagi, terutama nak kembali ke kampung halaman, tingal di sana & tak duduk diam seharian menebas.
Sesekali balik Jenaris tenguk anak-anak yang tak mahu jadi orang kampung!.
Sdr Combi,
Apa yang Combi cakapkan itu memang betul, lagi kita fikirkan sakit mana mungkin sakit itu akan pulih sebaiknya. Aduh! duduk bandar ini amat kurang berpeluh, sebab itu ingatnya nak balik kampung; ada sekitar 20 ekar tanah pusaka terbiar di sana. Telah saya tebus dengan duit pencen tempuh hari.
Ingat mahu buat dusun herba, biarlah tinggal berhutan tapi banyak hasil buminya.
Kawan semakin kurang sebab masing-masing masih punyai komitmen tinggi sedangkan saya ni Combi kalau boleh jadi orang biasa sahaja.
Rasanya jantung itu okey!, sekadar gangguan sedikit sebab tekanan darah tinggi & kolestrol. Sedikit senaman saya yakin akan menjadi orang paling sihat insyaAllah.
Sdrku Raziff,
Kita ini macam sama sahaja saya telah 2 kali buat ECG katanya normal sahaja. Kalau sampai sekitar 180/130 memang melampau tinggi; sebab itu saya berhenti sekitar 160/110 di minit 7. Takutnya pitam paling bahaya strok.
Kalau saya terus ke minit 10 pasti tekanan darah saya menyamai Sdr Raziff. Saya tenguk Sdr Raziff amat segak tak boroi & segemuk saya. Saya takut memaksa diri dapat masalah sendi terutama lutut.
Tenguklah apa kata doktor 9hb nanti. Harap-harap tak sampai ke IJN.
Saya pun sama sesekali kalau pergi memancing & balik kampung merokok jugak, di rumah jarang sekali kecuali stres sangat!. Bukan perokok tegar.
Harapan saya kita sama-samalah bertahan kena jaga tekanan darah tu!; boleh rasa jika ianya melonjak. Saya masih amalkan memakan buah goji kering nampak ianya memang banyak membantu.
Agar kita sihat selalu, biar pun seharian makan ubat.
Sdr Rosnanie,
Saya pun nak ikut seperti ayah Rosnanie, kalau boleh nak sentiasa bergerak & aktif selalu tempatnya di kampung nanti.
Saya jaga makmal komputer sekitar belasan tahun sebab itu jadi begini, amat kurang berpeluh & saya pula jarang bersenam.
Maka itu saya ambil keputusan berpencen awal & cadangnya mahu kembali jadi orang kampung.
Isunya sekarang org rumah masih mahu berkerja, maka itu saya tangguhkan sebentar, lama sangat berjauh kut! datang masalah lain.
InsyaAllah dengan kawalan doktor & ubatan serta herba yang dimakan hara-harap dapat bertahan kalau boleh sekitar 10 tahun lagi. Faktor usia pun memang mana mungkin kita mahu menolaknya.
Kalau tua sangat nanti!, tiba pula tempoh nyanyuk menyampah pula anak-anak nak jaga kita.
Sdr YangManis,
Windows shopping satu senaman juga, saya teringin sangat nak ke Nilai 3 lamalah sangat tak ke sana, ajak Kak Mila dia bukannya mahu, pergi tenguk wayang pun dia tak nak! ini kan pula tempat macam itu.
Anak-anak pun sama, ingat nak pergi seorang seorang sahaja; bukan nak cari barang sangat suka tenguk benda-benda menarik di sana!
Sini kalau nak jalan-jalan cari peluh ke Taman Tasik, sekitar Bangi atau Putrajayalah kut! Pekan Kajang ini sesak semacam sahaja!.
Catat Ulasan