Tiga lagi jemputan sekitar Meru, waris & kekawan Mila. Aku bertolak dari Jenaris sekitar jam 12:00 tengah hari, agak lewat bagi majlis sebanyak itu. Aku menjangkakan sekitar 4:00 atau 5:00 petang baru selesai.
Semasa mengikut pelan di kad jemputan ke Taman Maluri, aku cuma terlajak jalan di depan Stadium Badminton Cheras; orang KL biasalah pantang kita curi jalan sikit, bertalu²lah hon menyesakkan dada. Padahal secara awal kita telah kasi lampu isyarat. Mungkin tenguk plet Avanza Mila ini plet Wilayah takkan tak mahir jalan di KL. Selebihnya tanda iklan nama pengantin dipasang di persimpangan jalan menjadi panduan. Banyak sangat iklan yang sama guna rona kertas hitam putih buat kita keliru juga. Terkadang sampai berbelas iklan yang mirip sama memang memeningkan. Rona kertas iklan panduan jalan sebenarnya amat penting untuk kita cepat mengesan jalan.
Berek tak makan
Taman Maluri banyak terdapat rumah pangsa & kondo. Sudah hidup bagai di Singapura rakyat kita di Malaya ini. Terdapat juga stesen LRT di Taman Maluri ini. Aziq 16 tahun (Cahayamata kedua) yang lebih mahir kawasan di sini. Katanya dia sering menaiki LRT ke Taman Maluri ini ke rumah kawannya.
Jemputan kahwin di Taman Maluri adalah staf Sime Darby kawan seofis Mila. Rasa kekoklah amat aku dijemput makan di meja VIP. Rasa terputus selera makan; sebab kira kami keluarga terawal sampai di meja VIP tersebut. Kononnya di rumah makan sedikit banget sarapan paginya; maklum nak pergi ke empat majlis makan besar!. Jarang aku jumpa majlis sebegitu, adasekitar empat meja VIP disediakan!. Kami sekeluarga kira keluarga VIP yang pertama. Siap bangku bagai di hotel & tayangan LCD pelbagai. Hebat majlis persandingan orang kita kini!.
"KL ni ibu tak sebesar mana, janji tertulis ke bandaraya, jumpa papan tanda Klang kita ikutlah!" Mila mahu aku patah balik ke Cheras, bagiku buang masa & tambah jauh sahaja perjalanan.
Tahu² setelah keluarg Taman Maluri, aku telah jumpa Lapangan Terbang TUDM, Mila hanya tahu jalan tengah, ikut Stadium Merdeka, aku benci jalan tu!, baik ikut Mid Valley.
Seperkara lagi Mila suka sangat berjanji dengan adiknya. Boleh dikatakan semua adik-beradik berkumpul di sekitar Bukit Kapar. Mila pun sudah mula berangan nak beli rumah di sekitar Meru.
Alang adik Mila baru sahaja ganti kereta Vios, zaman sekarang kerja biasa pun bergaji lumayan. Tak kisah nak pakai kereta apa pun. Lagi pun Vios & kereta nasional tak jauh beda sangat harganya. Katanya Vios ke Perak Mamam Akir ada Hari Keluarga di Perak. Sejak dulu keluarga Mila memang begitu tak kisah bertukar-tukar kereta. Alang ada dua kereta, sebuah lagu Pak Alang pakai. Jadi kami terus ke rumah Alang yang sekitar satu km sahaja dari rumah Mila di Batu Lapan Bukit Kapar. Dari rumah Alang sekitar dua ratus meter ada majlis kenduri kahwin kedua.
Menarik khemahnya rumah kampung; tetapi pelik tuan rumahnya tak menyambut tetamu pun, duduk lepak di kerusi pakai baju pagoda. Aku pun tak pasti mana satu tuan rumah, sudah kenyang makan baru perasan tenguk orang salam² dengan tuan rumah, yang pakai baju pagoda & berketayap putih.
"Mereka ini saudara sebelah emak, tapi hari raya pun tak pernah datang rumah!" Mila berceritera. Juadahnya memang menarik, semua jenis² makanan Jawa ada, siap sate & soto lagi. Yang ada sohon & tempe tu aku tak pasti namanya sambal apa. Aku memang pulun lapar juga memandu sejam lebih dari KL. Tapi banyak manalah boleh makan.
Rumah undangan ketiga sekitar satu km sahaja, tak jauh dari rumah Mila. Janji bersama Angah@Amee tak sampai². Aku kata jangan percaya dengan Angah tu, telah biasa; janji pagi petang belum tentu datang. Mila anak sulung. Along, Angah & Alang semua perempuan adik beradik yang paling tua. Ada karaoke, majlis ketiga ini masih padat biar pun telah hampir jam 4:00 petang. Paling menarik adalah tumis perut lembu masakan ala jawa. Mungkin tumbang seekor lembu kut!. Telahan aku betul telah habis makan main² di rumah ketiga tak muncul² si Ameenya, janji nak merewang bersama.
Solat zuhur sudah penghujungnya di rumah Mila. Nyaie begitulah tak larat bangun lagi, tidur sahaja di biliknya.
Sekitar 4:30 barulah muncul Amee dengan Kembara kereta kompeni suaminya. Kena pergi undangan ke empat di depan sedikit Pekan Kapar perkampungannya, sekitar 20 minit sampailah ke rumah pengantin, ikut jalan pintas. Jalan Acob namanya. Kalau ikut pekan Kapar memang tak sempat!. Yang ini memang hebat, siap bena besar di persimpangan jalan. Siap karaokenya. Itu pun tinggal sekitar dua tiga lagu telah tutup kedai!. Tuan rumah sampai atoknya pun pakai pakaian sedondong.
Aku cuma mampu makan pecal sahaja!. His! sedap betul sambal pecalnya. Tak tahan lagi nak isi tempolok ini. Bernafas pun sudah payah!. Selepas majlis ke empat Mila singgah pula dua rumah menziarah orang sakit & Wak Romlah yang memang asyik² tiada di rumah semasa hari raya tempoh hari. Sampai rumah Nyaie dekat maghrib. Jangkaanku jam 5:00 petang semuanya beres memang tersasar!.
Lepas solat maghrib aku entah kembara ke alam mana... pengsan. Tahu² telah jam 10:00 malam lebih. Adoi! nak kena memandu lagi! kena balik Jenaris, rumah Nyaie banyak makanan pun tak larat nak makan lagi. Mata payah nak celik sudah perut kekenyangan. Kalau makan lagi kut! terlelap di Avanza Mila. Mila mana pernah memandu jika berjalan denganku.
Mila memang sukalah lewat balik dari Meru!.
Mingguan Malaysia tak beli lagi terlupa siang tadi, singgah di dua buah kedai 7eleven tak jumpa². Hebat orang Shah Alam masih rajin baca Utusan. Akhirnya Utusan jumpa di Jenaris; di kedai mamak Jenaris banyak lagi akhbar Utusan tak laku!. Tiba Jenaris sekitar Jam 12:00 tengah malam.
Afiz tinggal seorang di rumah kelaparan, tak tahulah pula dia tak kerja KFC hari ini. Kena temankan dia pergi makan² di Jenaris. Pilihan Afiz biasalah Nasi Goreng Ayam. Aku pula pekena lagi Tomyam. Sedap Tomyamnya pekat kuahnya. Ingat nak tenguk sampai habis Liverpool menentang Arsenal baru 1-1 aku terlelap lagi; tau² telah bertukar pasukan lain!.
12 ulasan:
Salam,
Hebat hebat kenduri zaman sekarang. Ole ole utk buah tangan tetamu yg pulang shj tidak kurang nilainya RM2. Jika tetamu 1000 org dah tentu itu shj RM2000. Itu umpama kos accessories jer..Belum masuk kos pelamin, pakaian pengantin, camera man, khemah dan kerusi meja dll. Tidak siapa pertikaikan kerana semuanya ikut kehendak hati. Tapi bila kos mas kahwin naikkan ke RM300 (bukan naik 300 pun) macam macam hujah dan penghujahan diluahkan. Kononnya tinggi sangat. Lebih teruk drpd itu ianya menjadi batu landasan kononnya punca kpd ramainya andartu. Ini masalah kita sekarang yg mengambil mudah perkara yg mana utama dan yg mana lebih utama. Lebih malang lagi tak faham mana belanja mas kahwain dan mana belanja hantaran. Mana yg wajib dan mana yg tak wajib.
YB
Salam Idan,
Aku jawab kat sini utk comment previous n3.
Rumah aku no. 2676. Kau survey lah dulu. Lain kali nak datang boleh laju jer. Tapi kat tmn tu la ni tak boleh laju sebab deme dah taruk banyak bumper jalan. Kalau aku nak keluar aku kena lalu 8 bumper. Maknanya kalau 3 kali sehari keluar masuk sudah terpaksa langgar bumper 48 kali. Baru berapa bulan sja aku dah nampak kesan kpd kereta aku. Kadang kadang ada bunyi pang pang bila bumping. Sabtu lepas aku bawak servis dan seruh cek bunyi tu, nissan kata memang ada masalah mungkin kat suspension atau drive shaft atau tah apa lagi katanya. "Makan masa kalau nak buat dan check...jadi encik pakai dulu...jika encik free hantar kereta ut 1 hari kita akan troubleshoot the problem" katanya.
JKKK buat bumper sebab nak halang budak merempit. Itu pun budak luar nya. Dlm sebulan berapa kali jer deme merempit...yg aku susah sampai 48 kali nak langgar bumper sehari deme tak kisah...aku rasa perasaan org lain sama macam aku. Terutamanya rumah yg kat dalam macam rumah aku...
Berbalik kpd cerita asal..kereta warna hitam. Satu lagi oren. Rumah kosong.(kalau kau jumpa ada orang report lah kat polis). Anak anak aku tumpangkan kat kemunting rumah adik ipar. Mertua aku duduk dgn dia. OK Dan...wassalam
YB
Salam Bang DIN...
wahh makan besar.. wpun selalunya makan tak banyak mana pun.. sekadar memenuhi undangn dan menghormati jemputan tersebut..
Taman Maluri.. berjiran dgn taman saya tinggal..hehehe...tapi saya sendiri jarang lalu situ..
Jelesnya. Skang memang musim orang kahwin. Bak kata suami "musim mengawan". Kadang2 dalam sehari sampai 3-4 majlis perlu dihadiri. Adakalanya kita lelah mahu memenuhi semua undangan. Lelah disebabkan terlebih makan pun satu hal juga. hehe...
Sahabatku YB,
Maka itu ingat buat kenduri kecik-kecik sahaja, buat jemputan sekitar 200 keluarga dah cukup, 200 pun kalau bertiga datang tak jadinya 600 tetamu org!.
Lagi pun semua anak aku tu lelaki. Aku pula tak serapat mana dengan org Jenaris, memang kena buat kat dewan atau guna katering sahaja; lagilah tinggi kosnya. Atan & Sahak lain... semua orang Jenaris bertimang-timang dengan mereka. Mesti gempak majlis mereka nanti.
Aku pernah tulis artikel tentang nak ujudkan balik adat merisik semua tu!, ramai kalangan pemblog tak setuju. Tinggal kenangan katanya. Padahal merisik baru sekitar RM200 sahaja belanjanya. Susahlah YB zaman dah berubah, lain orang lain cara & ragamnya. Benda yang baik bagi kita, orang pandang sebaliknya.
Padahal merisik ini amat penting bagi mengujudkan ukhuwah sesama bisan. Agak tak kena boleh patah balik.
Kenduri semua itu silap-silap dapat cacian & buah mulut umpatan orang sahaja.
Kenduri kahwin ini, memang satu proses kehidupan yang kena kita harungi, aku tak pernah menerima menantu lagi; tak tahulah bagaimana nak buat kenduri bagi empat teruna@jejaka aku itu!.
Sabtu ini Mila merisik anak yang sulung!.
Dik Azah,
Undangan sekarang bukannya datang dgn tangan kosong, takkan nak kasi not seringgit dua, apatah lagi jika saudara mara terdekat. Lazim kalau suami & isteri kasi sumbangan pasti RM20 ke atas, itu pun dah nampak kecik sangat sumbangannya. Memang bergantung keikhlasan kita. Tapi bayangkan jika datang empat beranak.
Katering satu kepala mana ada RM10 sekarang ini. Faham-fahamlah!.
Setidak-tidaknya kita sebagai tetamu tidak sampai membuatkan tuan rumah, berhutang atau bersusah payah lantaran mengawinkan anak!. Kena sumbangkan juga biar pun sekadar ala kadar nan ada.
Padanlah hari tu abg nampak tuala yang tergantung di rumah Dik Azah, kita yang tersenyum dari jauh, dia buat tak kenal sahaja. Siapalah kita ini!. :(
Nak keluar dari Taman Maluri itu abg main redah sahaja, akhirnya tembus TUDM Sungai Besi ikut Mid Valley ke Klang!. Mana satu jalan pintas ke Klang pun abg tak reti.
saudara idan, bukankah merisik tu salah satu adat sebelum kita meminang? bukan kah pincangnya peminangan kalau tiada merisik? x kan nak terus g meminang? anak dara skrg ni pun kekadang bf boleh tahan ramainya:d. so rasanya merisik ni pun penting.
benar bicara saudara idan, skrg ni majlis kawen begitu gah, kalah wat majlis kat hotel:d, kekadang sy terpk nanti kalau sy kawen perlu ke segah ini yg sy buat sedang kan mengikut rancangan sy hanya ingin buat akad nikah dan jamuan mkn sahaja, boleh ke keluarga sy setuju dgn cadangan sy ni, yeala saudara mara, sahabat keluarga sy sendiri anak mereka berkahwin begitu gah, dgn pelamin nya, tp anak mereka sorg ni hanya inginkan akad nikah dan jamuan makan sahaja.
so sy sendiri pun sampai bln satu penuh ngan majlis kenduri sahabat ibu dan ayah, termasuk jg teman sy sendiri waktu sekolah, so hujung minggu cuti la memasak di rumah :)
Sahabatku YB,
Saya sebenarnya blur tak tahu bagaimana nak nuju ke Batu Gajah dari Lumut, main ikut Papan tanda, jangan sampai sesat larat sudahlah;
Nantilah saya telefon sebelum 19hb, apa panduan terbaik nak menuju ke rumah YB tu. Bila sudah mula cuti?.
Masalah bumper ini, ada banyak jenis bumper paling tak guna bumper tajam tu; memang merosakkan bearing tayar & bebenda lain. Sepatunya bumper mestilah landai & tidak terlalu tinggi.
Aku terkadang terfikir juga nak minta majlis bandaran buat banyak-banyak bumper depan rumah ini, sebabnya jalan depan rumah bukan jalan utama tetapi manusia ini biasalah asyik nak buat jalan pintas. Boleh kata tiap ketika ada ada sahaja kenderaan lalu depan rumah ini. Kalau mahu keluar pasti dua tiga kenderaan terpaksa diberikan laluan. Baik siang mahu pun malam.
Terkadang aku buat tak tahu saja keluar janji kereta jangan kena godam. Kena tunggulah orang tua degil ini nak keluar; sebab ini jalan ke rumah aku!; bukan untuk lalu lalang!.
Panas rasanya; entah dari mana datang kenderaan asyik lalu depan rumah ini!. Padahal ada jalan besar yang boleh mereka lalui. Sudahlah rumah di Msia ni masa ada lorong jalan kaki. Keluar rumah terus jalan raya. Amat bahaya.
Emmm! dah tahulah ni, Jenama kereta tu Sahak kata payah sangat nak sebut entah jenis apa... Mungkin Nissan itu kereta kedua; kereta pelik nama nak sebut itu yang lain!. ?? !!.
Sdr Diana,
Anak-anak di rumah ke empat tu sekadar datang minum air sahaja, tak makan pun.
Saya pula makan sedikit pecal, orang Jawa memang sedap buat sambalnya!. Sedapnya.
Sedihnya kalau saya buat kenduri kahwin mahu ke orang datang ke Jenaris ini... agak jauh, saudara mara Mila banyak di Klang sana!.
Sdr Shazriena;
Nikah yang wajib, kenduri sekadar menguar-uar orang keliling agar tahu yang anak kita telah berkahwin. Tak payahlah gah sangat. Kecuali memang kita tak tahu lagi cara nak guna duit.
(Dulu saya suka guna war-war... DBP pula marah bahasa baku katanya uar-uar)
Tapi bagi masyarakat Jawa mereka suka buat besar-besaran sebab menjadi adat mereka, tetamu pasti menghulur, sering mereka mendapat keuntungan setiap kali kenduri kendara; ambil barangan hutang di kedai pun tak kisah; Memang amat berbaloi buat kenduri. Adat bergotong royong amat kuat diamalkan di masyarakat Jawa. Jarang guna katering.
Tidak di kampung saya Perak sana!. Tetamu datang sekadar makan sahaja, jarang sekali kasi hadiah atau sumbangan.
Merisik ini seharusnya amat penting & tempoh merisik & meminang ini tiadalah hadnya. Jika tak jadi meminang pun bukan perkara memalukan; berbanding jika telah bertunang & terputus pihak perempuan kena bayar gandaan!. Bagi saya adat merisik amat baik diujudkan semula.
Sekarang ini anak-anak sendiri senyap-senyap merisik; tau-tau telah berpakat bila keluarga lelaki perlu meminang. Kita makin melanggar adat.
Mak aiii.. abg DIN nampak plak tuala yang tergantung, tak nampak saya sbb saya berlindung di balik tuala tu.. hehehehe
Dik Azah;
Siap nyorok balik tower lagi, nak malu palah dgn abg iDAN ini!.
Catat Ulasan