iDAN

15 Disember 2009

Lain yang kita Rancang lain pula yang berlaku! (Singgahsana)

Pernah tak terjadi dalam hidup anda, lain yang dirancang lain pula berlaku. Setakat berlaku kemalangan itu sememangnya masing² kita pernah mengalaminya. Ini kes yang melibatkan masa depan anda. Agak berat kesnya.

Seumpamanya anda membeli rumah, dalam pelan asal anda lihat kiri kanan jiran anda orang kita Melayu. Jiran amat penting dalam kehidupan anda. Padahal hal dalam deretan rumah teres yang anda beli ramai lagi bangsa lain; Anda tak pilih India takut dia bela anjing atau tak suka menghidu harum setanggi sembahyangnya. Tak suka pilih Cina takut dia main mercun atau bila musim perayaan dia akan letak daging babi seekor bulat depan rumahnya untuk acara sembahyangnya.

Sementelah anda pindah rumah, kedua² jiran Melayu anda amat pelik, segalanya pelik & memang tak pun hiraukan anda, kaum India & Cina yang lain lagi baik serta amat menghormati anda sebagai jiran.

Samalah juga, anda telah memilih kenderaan yang amat anda idamkan sejak berzaman. Timbangtara sepanjang hari memang bajet anda mencukupi, tak menjadi masalah untuk buat ansuran bulanan membeli kereta idaman anda; Nak jadi sebab tetiba anda punyai masalah kerjaya terpaksa berhenti & cari kerja lain. Bajet lari semua. Baru sangat dapat pegang stering kereta idaman anda. Terpaksa berpisah dengan ia. Tentunya masalah ini selesai dengan menjual semula kereta ini, pakai kapcai jangan fikir soal duit bayaran muka yang hangus!.


Anda bernikah dengan kekasih anda, sebelum kahwin sememangnya anda nampak segala, anda tidak boleh tinggal berdekatan dengan keluarga pasangan anda; masing² pun berjanji terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga sendiri. Faktor utama keluarga mertua punyai masalah besar. Ramai ipar duai anda cerai-berai lantaran campur tangan keluarga. Anda kenal keluarga mertua anda jenis bagaimana. Keluarga anda pun apa kurangnya sikap egoisnya melampau. Anda nampak kalau ada masalah keluarga atau rumah tangga bila keluarga anda atau keluarga mertua campur tangan, bukan jalan damai yang akan ditemui tetapi perang besar!.

Ceritera setelah kahwin sebaliknya, baik anda mahu suami atau isteri anda lupa janji dahulu; sebelum bernikah agar duduk berjauhan dengan keluarga. Hakikatnya rumah tangga anda terusan berkocak sejak azali, puncanya orang ketiga; Kejap dari pihak keluarga anda sendiri tak sefahaman dengan pasangan anda terkadang dari keluarga mertua anda tak sebulu dengan anda. masing² mahu tinggal sepelaung dengan keluarga masing². Melarat sampai anda sakit jantung bila² masa akan strok & faham sajalah.

Anda merancang mahu beraya di kampung anda tahun ini, sebab memang telah dua raya berturut² beraya di kampung mertua anda. Bila tiba sehari dua nak raya pasangan anda mengatakan terpaksa beraya di kampungnya. Alasannya kuat!, emak mertua anda anda sakit, atau nak pergi menunaikan Haji, kut! tak berjumpa lagi tahun depan dengan emak mertua anda.

Anda merancang mahu bercuti dengan keluarga anda, siap tempah rumah rehat. Anak² telah amat ghairah mahu bercuti. Pasangan anda memang sejak tiga bulan lalu telah diberitahu. Pasangan anda ini jenis dia sahaja betul; egonya tinggi sebab dia yang pegang segala urusan ekonomi. Tiba saat terakhir pasangan anda memberi alasan kukuh teramat kukuh tak dapat sertai percutiaan yang dirancang. Dia pentingkan kerjayanya, kena keluar negara hari yang sama; tak ikut kata bosnya; sampai kiamat dia tak akan dinaikkan pangkat!. Pandai²lah anda & anak² nak bercuti!.

Anda punyai tanah luas, maka anda mendapat nasihat dari kerajaan negeri yang mereka galakkan anda menanam pokok Gaharu, katanya masa depan Gaharu ini amat cerah. Anda siap beli benih & anak pokok ini dari Indon. Setelah Gaharu anda membesar & mengikut jangkaan ianya boleh diusahakan untuk mendapat getah atau minyaknya; tak siapa pun boleh membantu anda, tak siapa pun mahir di Malaya ini cara terbaik untuk mengusahakan ladang Gaharu anda!; Usia semakin senja. Memang anda akan putih mata; jika anda difikirkan semula tanam petai & jering pun anda telah menjadi kaya raya. Bukan murah harga jering sekilo di pasaran. Bukan dapat sekupang dua sepapan petai di pasaran.

Lain yang kita Rancang lain pula yang berlaku!, apakah ianya memeningkan jiwaraga anda?.

16 ulasan:

ardz amy berkata...

bukan setakat memeningkan kekadang tu sehingga buntu bila memkirkan apa yg dirancang x manjadi, betul la kita yg merancang, Allah g tentukan. cth paling hampir result periksa aritu, ehm lain yg dirancang lain yg dpt nak wat mcm mana, pening la jgak memikir kannya:d

azieazah berkata...

Salam Bang IDAN..

Allahuakbarrr...

terlalu banyak perkara yang terjadi, dari sekecil hal hingga sebesar hal. Sering terjadi tidak mengikut kehendak dan perancangan kita.. Wpun kita merancang begitu baik dan mengikut pakar, tetapi ada juga tercela di sana sini dan akhirnya terpesong malah kadang2 langsung tidak terlaksana..

Yang penting kita tidak wajar berputus asa, kan?

Mîss Rôry berkata...

that's life..

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Sebahagian dari contoh yang diberikan iDAN adalah antara masalah2 yang sedang dan pernah melanda hidup saya. Apa nak buat. Dalam hidup ni kadang2 kita merancang yang indah2 tapi tak semestinya ia akan berlaku seperti yang kita kehendaki. Tapi cara kita menanggani setiap masalah tu akan menentukan hala tuju kita yang seterusnya. Sama ada masih boleh mencapai objektif asal atau perlu ditukar objektif terus. heheheeh

iDAN berkata...

Sdr Shazriena,

Semua kita impikan kecemerlangan; tak siapa pun dapat menerima keputusan yang mengecewakan. Tapi itulah hakikatnya.

Mahu mengulang belajar bukannya satu perkara yang mudah, masa & kosnya menjadikan kita rasa terikat.

Satu yang harus kita ingat, tak semestinya keputusan terbaik, keputusan cemerlang itu dapat mencerahkan segala. Tak kurang orang yang sederhana pendidikannya menjadi seorang yang berjaya. Rezeki itu ketentuan Ilahi; tak harus kita bungkam apa yang diterima. Kita yang menentukan kehidupan kita mahu terus bangun atau mengalah. Malahan ramai yang berpendapat kegagalan itu mengajar kita erti ketabahan.

Tabahkan diri & bangun semula. Hidup kena diteruskan. Agar masa mendatang Sdr Shazriena akan tetap cerah & mendamaikan.

iDAN berkata...

Dik Azah,

Impikan hidup sempurna aman & bahagia ada idaman semua orang. Namun kita tercampak di bumi yang mencabar ini membuatkan kita bagaikan sentiasa berjuang & terus bangun dari pelbagai cabaran.

Bumi kita sebenarnya tidak semakmur mana berbanding mereka yang maju. Saya baru berbual dengan sabahat saya yang merantau jauh; bagaimana kehidupan mereka di sana tidak seperit kita. Bayang duit mereka $1 boleh mendapat buah epal yang ranum paling tidak 8 ke 9 biji. Gaji pencuci di sana sekitar $3,000 ke $5,000. Kenderaan mereka di sana tak sampai $10,000 telah teramat canggihnya.

Kita kena berjuang dalam menentukan hidupan kita ini menjadi senang. Kesedaran kena ada sesama kita agar harta negara tidak terkumpul ke satu golongan sahaja.

Perancangan kita tersekat sebenarnya terkadang bukan salah kita, persekitaran pun iklim ekonomi & politik banyak memerangkap kita.

iDAN berkata...

Miss Rory,

Tak semua kita ini terpilih dalan kelas atasan; jika kita dilahirkan dalam kelompok berjaya mudah kita menyusuri hidup ini; jika sebaliknya kita kena terus berjuang & banyakkan usaha meningkat taraf kehidupan ini.

iDAN berkata...

Sdr Diana;

Sedar tak sedar usia kita semakin pendek. Seperti saya telah lebih dari 1/3 usia berlalu, mungkin tinggal 1/4, mungkin lebih singkat dari itu.

Seharusnya usia begini kita telah mengumpul harta. Hidup serba sederhana & tak risau takut putus duit pun tak cukup makan minum seisi keluarga.

Hakikatnya manusia diuji dengan kekayaan & kemiskinan. Nasib kitalah. Kita ini orang kaya atau miskin segala.

Masalah perasaan pun sama tak semestinya kita dapat menguliti cinta setia, indah, sejati sampai ke liang lahat. Kita diuji dengan pelbagai ragam cubaan. Kita menang!.. sebaliknya belum tentu pasangan kita dapat merentas cabaran yang mendatang.

Kita cukup dengan cinta ini, belum tentu pasangan kita berkata cukup dengan cinta yang kita uliti bersama ini.

Berpatah balik tidak mungkin, kena hadapi seadanya!. Kuatkan tekad & hasrat ini.

Cetusan berkata...

apa-apa perjalanan setakat ini, hanya nak makan sahaja tiada halangan, yang lain semuanya lari dari landasan, cita2, angan2 dan khayalan...apa nak buat.itulah kehidupan.

Tanpa Nama berkata...

Salam Idan

Memang betul, memang memang betul, kita hanya boleh merancang. Setengah tu nak merancangpun tak boleh, tiada keupayaan, tiada fikiran ,tiada harapan, spt orang kata jiwa mati. Jadi bagi kita masih boleh merancang ni sepatutnya dah boleh bersyukur kpd Allah. Kalau kita cukup sedar yg setiap perancangan itu bergantung kpd iradat Allah maka sepatutnya kita lebih bersyukur dan lebih patuh akan perintahnya.
Sekarang aku tengah memujuk hati kerana yg dirancang 18 dec 2009 ni tidak termakbul. Jepun kata "Visa nga arimasen" Jadi insyallah fly 24 dec 09. Apapun yg datang drpd Allah itu adalah yg terbaik utk kita.

YB

iDAN berkata...

YB,

Adoi!, kalau terlajak sampai masa anak sekolah pening juga!, harap-harap tak begitu;

Tapi tetap 27hb tu aku cuma dapat ketemu bayang YB sahaja. YB Masih jauh di rantau sana.

Tak apalah YB janji segalanya akan terancang nanti. Terkadang kuasa itu memang tiada di tangan kita.

Aku pernah di situasi kontras dulunya; Cubalah YB di tempat aku; merayu sana sini minta dikekalkan tempat kerja cuma sekitar dua tahun sahaja. Tak siapa pun layan seolah-olah mereka yang kasi gaji. Sedangkan ketika itu JPM pun memihak aku; agar dipertimbangkan sewajarnya permohonanku. Egois manusia ini melamoau. Aku tetap klim di sana nanti jika memang hak aku itu ada!.

terkini kes aku nak merisik juga terhalang; tengah pening ni!, pihak perempuan tak faham merisik itu apa!. Orang sekarang lebih betah terus pinang, tunang & nikah sekali gus kut!. Biar bebetul ingat kita telah bersedia ke?.

Yang aku takut YB semua ini adalah kelalaian kita & mainan syaitan belaka; faham sahajalah sesetengah benda baik jika terhalang pasti ada pengajaran atau sesuatu yang tak kena!.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Itu yang penting nak makan jangan sampai terhalang; jika telah sampai taraf keputusan rezeki begitu memang ujian getir buat kita.

Maka itu takdir adalah segalanya. Baru minggu lalu; kejadian tragis sekitar 3 jam bergelar suami; tetapi maut memisahkan dua ikatan suci.

Bersyukur itu terkadang lebih penting dari mencapai segala impian & cita-cita kita. Bersabarlah!.

Jutawan Bella berkata...

salam..

kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang...yang menentukan hanyalah Dia,dalam kehidupan saya pown byk yg saya rancang lain tp lain hasilnya..terutama sekali dalam hal2 penting mcm iDan nyatakan, tapi walau ape pon yang terjadi kita sebagai hambaNya haruslah redha dalam setiap apa jua yang ditentukan oleh yang Maha Berkuasa..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.sesungguhnya Allah tahu ape yg Terbaik untuk kita semua...:)

iDAN berkata...

PutRi AnNe LaiLa;

Maka itu kita amat beruntung punyai pegangan agama yang kukuh maka kita sentiasa menyerah & reda seadanya. Tidak sesekali bungkam & meratapi akan segala ujian yang mesti kita harungi.

Ada ketika apa yang kita pohon tidak akan datang mendadak; ianya berliku & terkadang ada halangan perantaraan lain yang bakal menyampainya.

Maka itu amat wajar kita bersikap bersabar & terbuka dalam banyak perkara!.

ardz amy berkata...

betul kata saudara idan, bangun dan bangkit semula. insyaAllah akan diingat segala pesanan, terima kaseh atas nasihat:d

iDAN berkata...

Sha;

Tempoh bermurung & berduka itu perlu juga ada. Mana hati yang tak luka dengan apa juga kekecewakan; tapi nak buat kekecewaan itu sampai menyekat kejayaan mendatang. Apa jua dalam hidup ini boleh kita tebus dengan keyakinan & kepercayaan pada diri sendiri.