iDAN

04 Februari 2010

MMms 24 Jumpa Doktor Lagi (Singgahsana)

Seperti lazimnya, jika sakit kronik ini tidak meruncing, dua bulan sekali aku terpaksa jumpa doktor. Jika didapati glukos tinggi, tekanan darah tak okey, jantung pula bermasalah, tiap bulan terpaksa mengadap doktor.

Sakit darah tinggi, kolestrol, hati & diebetes di bawah rawatan PKupm, Doktor Imah. Buah pinggang pula doktor yang tak menentu di Hospital Kajang. Jantung & gastrik pula di Hospital Serdang, Klinik Kardio Pakar Jantung pun doktornya tak menentu.

8 Februari 10, Senin jam 9:00 pagi aku kena berada di PKupm, selalunya Dr Imah datang agak lewat lalu aku lewat sikit bertolak dari rumah. Sebenarnya hati ini terlalu berat nak ke UPM, lantaran sejarah lalu banyak memberi kesan negatif pada diri ini. Tetapi mengenangkan ubatan di PKupm agak baik berbanding di hospital awam yang lain. Aku kuatkan juga semangat ke sini. Bagusnya ubatan yang disediakan di PKupm hanya perlu makan sekali sahaja dalam sehari; tak perlu sampai sehari dua atau tiga kali. Maka mudah sedikit aku menyusun jadual pemakanan ubat. Sehari sekali makan pun terkadang aku boleh terbabas, tak tahulah jika sehari terpaksa makan tiga kali. Harus bertambah kronik sakit ini.

Sepanjang bulan Januari 10 ini agak tidak teratur penjagaan aku tentang permakanan, terutama aku banyak makan limau mandarin, banyak juga minuman air isotonik. Kurang pula makan buah goji. Dua tiga hari ini pula aku asyik sesak nafas ketika tidur. Tak pasti kenapa mungkin aku tak ikut sangat jadual makan ubat cair darah & ubat kolestrol. Aku tak larat nak makan ubat kolestrol itu lantaran selepas memakannya pasti seluruh sendi ditarik, ubat cair darah pula terasa pedih hati. Ubat lain itu tak kisah sangat.


Apa-apa pun semuanya terkawal, sejak lebih dari tiga tahun aku berulam dengan ubatan ada beberapa kali sahaja aku dalam keadaan kecemasan; itu pun lantaran terjadinya kejutan. Jika aku terusan menjaga jadual permakanan ubat aku yakin akan boleh bertahan lagi. Ajal maut di tangan Tuhan. Aku berharap sangat agar jangan sampai ubat yang kutelan merosakkan buah pinggangku. Bila aku mencongak usia ini, jika aku masih bertahan sepuluh tahun lagi, itu bagiku adalah satu rahmat. Jika lebih dari itu ianya satu anugerah yang amat bernilai. Emm! kejap sangat rupanya persinggahan kita di dunia ini.

Impian aku tinggal di Desa Tualang masih tak tercapai!.

8 ulasan:

JijahJambu@Jj berkata...

Moga sentiasa di pelihara kesihatan dan kesejahteraan anda dan keluarga..

p.s : rajin rajin makan ubat ... ramai yang sayang pada anda .. OK ..

YB berkata...

Salam Dan

Usia perlu dilengkapkan, amal perlu digandakan, amanah perlu di laksanakan, doa perlu dipohonkan, bertawakkal kpd Allah perlu diserahkan dan hidup perlu diteruskan.

Ieza berkata...

kena pantang..bila skit badan kita juga yg menanggungnya..ieza pn ada gastrik..mujur la ieza bleh tahan dengan x makan benda2 yg kena pantang tu..sbb kadang bila termakan juga perut pedih,badan lemah dn tekak meloya..jadi nk xnk kena pantang untuk kesihatan yg lebih baik..
semoga diberi kesihatan yg lebih baik..

iDAN berkata...

Sdr Jijahh;

Bila telah lebih tiga tahun bergantung dengan ubat, jangan lebih dari 3 hari tak makan maka pasti risikonya amat tinggi. Badan pun tak kuat lagi. Terasa semakin kita menghitung hari.

Bila terjaga malam dengan basahnya tilam & bantal dengan peluh yang agak melampau. Pun sesaknya nafas terasa amat takut melelapkan mata. Takut esok kita tidak lagi ada di dunia ini.

Hidup sebenarnya ke arah mati. Mana ada kita menambah usia dengan kehidupan ini. Seharian kita hidup sebenarnya menghabiskan usia.

Saya dapat ramalkan siapa yang menyayangi saya; anak-anak tentunnya; selebihnya sekadar kenal mungkin tak punyai apa erti dalam kehidupan ini.

Maka itu seharusnya kita amat menyayangi mereka yang rapat dengan kita; lantaran esok lusa kita pasti merinduinya bilamana senyap-senyap dia akan meninggalkan kita.

iDAN berkata...

Sdr Ieza,

Saya ini jenis orang tua yang degil. Bila menghitung usia yang makin senja mulalah tak mahu berpantang.

Mungkin dalam seminggu dua ini ada makanan alahan yang saya makan menjadikan tak dapat tidur dengan lena. Dek terlalu penat Sabtu baru ini sepanjang siang tak boleh bangun tidur sahaja lantaran hampir seminggu terganggu tidurnya.

Baru balik dari PKupm buat ujian glukos; okey 5.9... Doktok tak puasa hati buat ujian ECG sebab asyik sesak nafas... keputusannya jua okey!

Mungkin juga jadual makan tak menentu itu yang buat rasa meloya, kembung & macam-macam cabarannya.

InsyaAllah jika segalanya teratur akan masih bertahan.

Unknown berkata...

semoga saudara sihat selalu..
sentiasalah menjaga kesihatan..
kesihatan yang baik menjamin kita untuk beramal dengan sebaiknya kepada yang Esa..
selamat beramal..

iDAN berkata...

Sdrku YB,

Tak lama, kita tenguklah nanti kalangan sahabat kita semakin ramai yang akan pergi. Bukan nak katalah, zaman kini orang lelaki semakin payah mencecah usia 70an. Malahan umur 50an semakin ramai yang pergi.

Maka itu aku suka menghitung hari. Itu yang aku katakan hidup terasa semakin amat kejap persinggahannya. Sebabnya kita telah tua sebenarnya.

Mat Lambor baru sahaja dibedah di IJN buat pintasan; kesnya sama dengan Mat Rashid. Ambil urat di peha untuk menyambung pernafasan jantungnya. YB rapat dengan dia, takkan tak dapat berita?. Tapi dia tak ada diabetes & masalah lain. Kalau perkara sama terjadi kepada diri ini. Doktor tak boleh buat apa.

Hidup terpaksa diteruskan!.

iDAN berkata...

Sdr Where,

Itulah sebaiknya, kita punyai kesihatan yang baik pun kita punyai iman yang kukuh. Umur yang panjang untuk beribadah & masa yang senggang dapat membuat sesuatu yang berfaedah.

Masa tidak menanti kita. Sakit pula tidak pernah kita undang tetiba datang menguji kecekalan kita.