iDAN

15 April 2011

Pardes Di ZEE (Hiburan)

Hari ini filem PARDES di ZEE ditayangkan lagi, filem hindustan yang aku letakkan antara terbaik moral ceriteranya. Aku pernah menulis begini..!

" Aku lebih memilih filem Pardes sebab ada moral yang tinggi terselit dalam skrip Pardes itu. Pertama kali tenguk Pardes memang aku menangis sungguh-sungguh, banyak babak dalam Pardes yang menyentuh hati. Moral atau kesucian seorang gadis amat disanjung tinggi dalam filem Pardes ini. Biar pun filem ini bergerak perlahan tetapi penuh dengan sentuhan seni yang tinggi. "

Sebaiknya anak remaja dapat mengambil suri teladan dari filem ini. Di mana kesucian seseorang gadis itu amat dititikberatkan ketika remaja. Semestinya dipelihara sehingga diijabkabulkan. Bayangkan Gangga sanggup lari di bumi asing dari terjebak dalam noda dengan tunangannya. Biar pun mereka akan dikahwinkan sekitar beberapa minggu sahaja lagi.

Penulis kita atau Indon sana asyik menulis tentang noda. Jika kita perhatikan banyak drama TV kita & dari seberang sana terlampau mengagongkan cinta yang penuh noda. Kemudian watak jahat yang lepas bebas. Buat geram hati sahaja. Patutnya watak jahat kena dibalun cukup-cukup. Malahan anak luar nikah amat disanjung serta dinobatkan sebagai isu penting drama mereka.

Kalau drama atau filem Korea atau Pilipina pula bercium atau berkucupan menjadi perkara biasa. Jatuhnya filem hindustan sebab ada babak panas begini, sebaiknya janganlah ujudkan adengan berkucupan ini, apatah lagi jika di saat babak bercinta, belum pun menjadi suami isteri. Benda maksiat begini tak belajar pun pandai sendiri. Moral ini yang kena dijaga. Pardes menjaga baik babak panas & terlampau ini. Maka itu saya suka Pardes, lagunya pun masih tak jemu didengar. Langkah ZEE sering menayangkan filem ini amatlah dipuji. Agar ianya dapat mendidik masyarakat kita ke arah bermoral. Bayangkan keluarga India yang tidak seagama kita pun menjaga maruah diri & kesucian seorang gadis.

♥...
♥.........

Banyak respon di catatan ini adalah respon tahun 2010 ketika catatan ini ditulis, hari ini sengaja aku uar-uarkan kemvali setelah sebentar tadi aku sempat tenguk filem ini di ZEE

19 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Salam penyair

azieazah berkata...

Saya dah tak ingat citer Pardes ni.. lama dah tak tengok...

apapun saya memang minat Shahrukh Khan dan Ashwariya

iDAN berkata...

Salam,

Pak Karamu, dalam seminggu dua ini, bilamana kes DS Anwar & DS Nizar diuar-uarkan di akhbar pun media massa; saya antara yang tertekan.

Hingga ilham menulis saya jua jadi kacau.

Entah kenapa jauh di lubuk hati saya lemas melihat perbalahan kaum kita Melayu. Pak Karamu sendiri tahu tanah pusaka saya di Perak sana pun banyak yang habis bertukar tangan. Ianya Rizab Melayu. Kesilapannya cukai tidak dibayar. Tapi sebanyak mana?.

Saya tak punya wang dulunya, kekinian ada sedikit wang imbuhan bersara saya mampu menebus harta sepeninggalan arwah Apak itu.

Setakat ini saya telah habis lebih dari RM6,000. Hanya baru separuh sahaja selesai.

Tapi jika BN yang punyai kuasa di Perak. Amat tipis untuk saya menebus harta pusaka itu. Mana kita mampu menepis undang-undang kerajaan sekarang ini.

Akta Tanah asyik dipinda.

Saya baca blog Pak Karamu, mungkin kita seiras pendapatnya. Saya ada blog politik saya sendiri & sesekali giat menulis isu politik secara terbuka. Tapi hati ini amat takut silap tulis isu politik akan disumbat ke ISA.

Suara kita ini suara apa iyer!, Saya baca juga blog haluan kanan (BN), terkadang saya amat jelik bahasa mereka terlampau mencerca sesama kaum kita, sampai yang kita anggap Ulama TG Nik Aziz di pihak BN melabelkan Najis di blog mereka, janganlah baca tentang DS Anwar ada gelaran amat jelik jika anak kita baca pun rasa malu.

Inilah moral orang kita Melayu.

Saya sebagai penyair tak boleh menulis mengikut satu arus; kena menyelami kedua-dua pihak. Tapi memang saya jadi lemas.

Sedangkan jauh di lubuk hati kita, baik kita di parti mana; kita amat menyanjungi semua jasa mantan PM kita yang lalu, yang buruk itu mungkin kelemahan dirinya atau pengikutnya. Selebihnya mana mungkin kita boleh memburukkan mantan PM kita.

Susah senang kita meneruskan kehidupan ini segalanya atas ketentuan politik di tanah air. Tak kan kita tidak peka.

asilahmuhajer berkata...

salam;
rasa sedih membaca tulisan en. iDAN kepada pakkaramu.

pasal politik, kadang2 saya pun rasa keliru. tak tau nak percaya yang mana.

bahaya betul bila kuasa jatuh ke tangan pihak yang tak sepatutnya.

cik.pija berkata...

Encik iDAN memang minat ceritera hindustan :)

ZooL Hilmi berkata...

Assalammualaikum... bila idan bercerita tentang filem-filem kat dalam dan luar sana. memang banyak cetusan rasa berkaitan cinta dan maruah.Tetapi nilai antara budaya mereka adalah jauh berbeza dengan nilai kita sebagai melayu. Kalau diikut budaya ketimuran seperti korea, filipine dan lain-lain sudah banyak dipengerauhi oleh budaya barat. sudah bukan itu sahaja, tetapi malah bangsa kita sendiri pun sudah tidak tahu menilai antara budaya yang baik dan bermoral atika yang sepatutya ada dalam diri mereka dan nenek moyang kita.

Bila bercerita tentang peredaran zaman semua mesti berubah. Disitu kesilapan sebenar sudah jelas dan nyata berlaku. Manusia Akhir zaman mengejar kemajuan yang akhirnya akan sampai balik kezaman dimana asalnya kita iaitu jahil. Selagi nilai moral dan keagamaan tidak dipupuk dalam hati dan jiwa masing2 maka, manusia akan terus hanyut dengan kenikmatan nafsu, kekayaan dan kesenangan dunia yang sementara...

iDAN berkata...

Dik Azah,

Pardes ini diterbitkan tahun 97. Tetapi bila ditayangkan masih segar & menarik.

Shahrukh Khan bagus amat lakonan & heroinnya baru pertama kali berlakon.. Mahima Chaudhry dapat award melalui filem ini.

Antara lagu yang sedap, Meri Mehbooba pun Do Dil Mil Rahe Hain.

iDAN berkata...

Mahkamah melarang pemblog mengulas isu ini. Negara kita tak bebas sebenarnya telah ada akta yang sampai dapat menangkap pemblog ke medan mahkamah. Itu yang berlaku terbaru terhadap pemblog Aduka Taruna (AT).

Bahasa AT pun terlampau, lu, gua pun mampus digunanya sesuka hati. Sultan sejak sekolah rendah kita belajar kena disebut mangkat. Samalah Nabi kena sebut wafat.

Mampus untuk orang kafir, lu gua bolehlah kita guna untuk karya kreatif atau kartun, atau pun sesama kaum cina bercakap. Tak manis guna yg lu gua dituturkan dengan orang tua, emak ayah atau imam yang kita hormati.

Cikgu, dalam kes DS Anwar pula; selagi mahkamah tak jatuh hukum baik kita ikut saja perkembangannya. Payah nak diulas; cukuplah kita berkata dalam hati; orang kata kecil amat iman kita.

Bayangkan bekas tahanan ISA usia 60an & amat dihormati masyarakat dibicarakan melakukan dosa terkutuk itu. Sabit kesalahan 20 tahun penjara sebat lagi.

Bila sahaja dibicarakan pasti ada bukti kukuh, maka kita rakyat marhaen pastinya akan melihat kes ini dengan 1001 pertanyaan. Pertanyaan yang akan tambah memecahkan pertalian kita.

Bila kes telah disebut di mahkamah. Tak siapa mahu melarang kita untuk percaya pun sebaliknya.

Andaikan kita bercita-cita mahu jadi PM tetapi tersabit kesalahan yang sama di mana mahu kita letakkan muka. Itu isunya.

Isterinya begitu setia, yang menyabitkan kesalahan semuanya orang bijaksana. Yang membela antaranya seorang Benggali, apa martabat kita orang Islam yang seharusnya menangani isu ini mengikut pertunjuk & perundangan agama Islam. Perundangan syariah sebaiknya.

Menghukum dengan tanpa saksi amatlah bahaya musibahnya. Apatah yang dituduh tidak mengaku. Apakah DNA dibolehkan mengikut pandangan agama & perundangan Islam. Jika boleh kenapa kes pembunuhan Norritta tidak lekat. Terlepas orang yang pernah menzinai Allahyarhamah.

Takutnya bala Cikgu.. akan menimpa kita yang tak ambil kisah kes sebegini. Tidak pun orang yang berwajib menarik si penzina ini ke mahkamah syariah.

Bab parti bagi saya baik parti mana pun, jika salah mengunakan kuasa negara akan jadi huru-hara. PR pun ada kelemahannya berbanding BN yang sering kita dengar rasuah & silap laku. Kebelakangan ini PR pun ramai disiasat oleh SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)

Rakan saya ramai juga orang UMNO yang baik-baik. Rakan saya ramai juga orang PAS pelik-pelik lakunya.

Kita sering keliru & lupa diri bila ada kuasa.

iDAN berkata...

Sdr Ejaa,

Tak semua cerita hindustan saya layan, tenguk pelakon & jalan ceritanya. Kalau Akshay Kumar berlakon saya jarang layan setelah pengakuan rosak moralnya terhadap pelakon wanita lain. Saya tak suka Akshay Kumar. Saya memihak Salman Khan yang juga tak boleh rapat dengan Akshay Kumar.

Pun ada juga skrip ceritera Hindi yang asyik gaduh-gaduh tak tentu pasal buat kita muak & tak masuk akal.

Terbaru cerita 3 Idiots; saya sanggup menonton dengan satu pawagam benggali belaka. Sebab filem ini memang menarik. Dapat 5 bintang mengatasi Avatar.

Drama Jepun pun saya layan juga. Cerita Inggeris seperti Avatar amat saya sukai. Orang jahat dapat digodam pun hero kembali sedar kejar kekasihnya biar pun dalam dunia animasi.

Emm! sekadar hiburan.

Murni Alfathunnisa berkata...

Salam Idan,

Saya pernah tengok film ni..tapi dah tak ingat jalan cerita nya. CD masih ada...boleh la refresh balik lepas ni & relate dgn entri u..

iDAN berkata...

Sdr ZooL Hilmi,

Maka itu jika kita bernasib baik siri drama Jepun nampaknya masih mengekal nilai moral murninya. Saya suka beli yang Siri Drama Jepun yg punyai VCD sekitar 10 keping itu. Harganya sekitar RM20 pengedarnya CoCo.

"Diamond Girl memang menarik ceritanya. Pelakonnya utamanya Alisa Mizuki memang berkesan. Ada moral cerita yang baik. Kisah kehidupan syarikat guaman yang menarik." itu yg saya tulis di jurnal lama saya.

Lama tak beli VCD ini, tapi dulu memang rajin saya menonton drama Jepun ini. Ianya jauh lebih baik dari drama Indon, Korea atau Pilipina.

Ramai yang berkata tak salah mengejar dunia, kekayaan, kemewahan. Berusahalah kamu seolah-olah kamu hidup seribu tahun lagi. Tetapi dalam masa yang sama kenapa harus kita abaikan moral kita.

Media massa pun satu hal, kenapa mesti beli drama dari Korea & Indon yang asyik gila kejar harta. Hidup seolah-olah kena berlumba kumpul harta. Mahu mendidik jiwa apa sebenarnya. Sering dipaparkan si miskin tak bermoral, miskin mencuri & melakukan pelbagai perkara nista. Orang kaya pula sering menindas orang miskin.

Dua tamparan, sudahlah hidup nyata memang begitu. Media massa pun nak ikut cara sebegitu.

Malahan jika amati hidup kita kini; kita sentiasa dihimpit hutang yang tak pernah selesai. Hutang rumah pastinya hanya langsai sekitar umur 50an. Kereta tak pernah kekal & susut harga. Hutang terus berhutang.

Semua hutang piutang membuatkan kita tak senang hidup malahan mahu tidur pun teringat-ingat.

Periuk kita tak sebesar mana tapi keadaan hidup memaksakan kita membesarkan keraknya. Ini yang tambah merumitkan kehidupan kita.

iDAN berkata...

Sdr Siti murni,

Agar VCDnya masih okey tak calar & sangkut-sangkut.

Cerita Pardes ini 3 jam maka memang mengambil masa.

Saya rasanya dah ingat setiap babak sebab galak kali menontonnya.

Elok menonton dengan anak perempuan remaja jika ada.

iDAN berkata...

Emmm! Siti Murni... masih bujang rupanya!,

Elok ajak kekawan bujang menonton bersama.

barakahislam berkata...

Yap...antara filem kegemaranku...
selain filem Dil Hai Tumhara yang membuat ku ketidakcukupan tisu....

iDAN berkata...

Lagu di filem ini... memang sedap belaka; saya telah galak kali menontonnya.

Kesetiaan anak tiri terhadap ibu tirinya amat baik diteladani. Shalu memang pandai membawa watak. Amat kasihan melihat Samir dalam filem ini terusan menyintai kekasihnya biar pun dia tahu cintanya tidak kecapaian.

Saya memang amat meminati Preity Zinta. Arjun Rampal & Jimmy Shergill pelakon pelapis yang berbakat besar. Mahima Chaudhry punyai masalah peribadi yang buat dia tenggelam begitu sahaja.

Dil Hai Tumhara sememangnya elok dijadikan koleksi keluarga sebab moral skripnya sebaik Pardes.

iDAN berkata...

Hari ini orang kita Melayu diaibkan lagi dengan Politik Porno, masing-masong jadi keliru & berdolak-dolik, Kalah Jadi Abu, Menang Jadi Arang; yang pasti terpalit ke muka kita kaum Melayu adalah arang porno tadi.

Agar kedua pihak sedar tak ada baiknya perbalahan tetapi dalam isu kini ianya kian terlampau sampaikan kita tak sanggup nak kupas atau komen, apatah lagi di depan anak-anak kita.

Sebab itu aku tak suka berbahas fasal politik ini.

Tanpa Nama berkata...

hindustan..memang like sangat2...cite ni x tau dh pernah tengok ke belum..sbb dh terlalu banyak citer hindustan yang dh tengok...

bab politik..malas nk masuk campur tapi bila timbul isu khalwat baru2 ni ada gak terdetik kt hati...ni mesti sbb politik..

iDAN berkata...

Sdr Tanpa Nama:

Tak semu filem hindustan okey, kadang tu asyik gaduh tak suka tenguk, ikut bajet & kelas filemnya; tapi Pardes mmg berbajet tinggi skripnya bagus... hingga kini sy suka amat moral cerita Pardes ini.

Politik bikin kita angin & gaduh-gaduh sesama kita. Mungkin sebab kuasa jadi bagi org setua sy rasanya sekadar mengundi tunai tanggungjawab sahaja... tak mahu peningkan minda kita...

azmalina berkata...

review niy rase mcm semangat nak tgk cite ni. xsabar nak balik, boleh tgh kat zee kalau ade ulangan :P