iDAN

05 Februari 2010

Saat Paling Gembira ( Singgahsana)

Bila kita menyingkap kenangan, pastinya ada ketikanya kita amat teruja & gembira. Ada ketikanya rasanya tak boleh lelapkan mata lantaran akan menghadapi suasana gembira itu. Taraf kegembiraan itu berbeda-beda antara kita. Terkadang tatkala kita pandai menaiki basikal pun rasanya teramat gembira, biar nak berhenti pun masih gabra sampai terpersuk ke perdu nenas. Mungkin kita dapat berkongsi saat gembira antara kita. Sejak zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah sudah tua bangka ini. 1. Hari mendung sejak pagi lagi, durian telah berbunga. Orang kampung mula gundah, tak dapat memotong (menoreh) getah. Masing-masing ramai duduk kedai kopi, bual kosong. Sekitar rumah semuanya berbau bunga durian, habis digugurkan oleh keluang. Emak mengambil daun pisang yang kering mengikat setiap batang durian. Mengambil paku, memaku batang durian. Banyak lagi petua orang kampung agar bunga durian lekat di dahan. Hujan turun berhari-hari, berhenti kejap sahaja. Kemudian turun semula bagaikan tak mahu berhenti. "Sungai Nin telah melimpah weh!, siapa pakai Vespa tak lepas katanya; gerotaknya pun tak nampak!" Gerotak itu bahasa Perak; maknanya jambatan. Jambatan Sungai Nin diperbuat dari kayu. Katanya Sungai Nin ini ada buaya. Ianya mengalir sampai ke Kota Baru bertemu dengan sungai di Kampung Lalang rumah kartunis Lat sampailah ke Sungai Kinta. Orang kampungku panggil Sungai Kinta itu Sungai Kente. Orang kampung tak ramai pakai kereta, boleh dibilang dengan jari, hanya ramai berbasikal yang punya kebun getah besar, mampulah pakai Vespa atau Honda50cc.
Orang Bandar panggil ikan ini Ikan Laga, orang kampungku panggil Ikan Pilai Lawan.
Inilah saat paling gembira@gumbira anak-anak kampung. Mulalah buat senapang menembak ikan. Matanya dari jaring rim basikal atau pun besi yang lebih kukuh. Mana tahu bahaya ketika itu. Menyelam di Sungai Nin yang jernih amat airnya. Buaya pun tak berani dekat. Orang tua pula berikan menggunakan jala atau jaring. Aku yang masih kanak-kanak tak pakar bab ini selalunya menunggu di tebing sahaja; kutip ikan terboi, lampam, sepat atau sebarau. Geng aku masa ini gila tangkap ikan Pilai Lawan di paya Seberang, belakang rumah Pak Mansor atau Parit Kiteh Mat Jadi. Pun ikan puyu pasti bermain di Parit Teh Benon. Ikan Pilai Lawan selalunya dibela dalam botol kecil, jika tak elok hitam atau cantik ronanya tanam di bawah perdu pisang. Tapi kena ingat botol ikan perlu kena tutup kemas dengan plastik kalau tidak cicak suka kait ikan Pilai Lawan ini dengan ekornya. Ikan Puyu pula cantik taruh dalam balang besar. Taruh batu hiasan, samai; zaman dedulu manalah ada elektrik di kampungku; maka tak adalah nak buat akuarium seperti zaman kini. Bila malam tenguk ikan Puyu ini disuluhi pelita cempeni, atau lawankan ikan Pilai Lawan dengan cermin memang amat mengasyikkan. - bersambung.

13 ulasan:

Cetusan berkata...

ikan laga=ikan SPILA

kelompen berkata...

IDAN
kenangan lalu, masa kecik2 banyak menyentak nostalgia kanak kanak. Tanpa masalah hanya gumbira. tenang. damai di hati mereka.
andai dapat kita undur masa..alangkah..

~PakKaramu~ berkata...

Pak Karamu menziarahianda

Cantik ikan lawan tu !

YB berkata...

Salam Dan,

Ikan puyu boleh menggagalkan perbuatan pukau jika dipelihara...apapun atas kehendak Allah

Unknown berkata...

tringat nostalgia waktu kecil dulu, bermain ikan laga dengan kawan2 sehingga dipukul oleh mak sebab pulang lewat berpakaian kotor..

terima kasih kerana bercerita..=)

zainal mohd jais berkata...

Kenangan yang indah memang mengasyikkan,
tapi jika keindahan itu hilang, terlepas,
kita boleh terseksa.
Justeru, kita dilahirkan, untuk mencipta keindahan, setiap detik...
supaya kita dapat melepaskan diri dan orang sekeliling kita, dari seksaan rindu kepada keindahan silam.

iDAN berkata...

Zeq,

Lain tempat lain panggilannya; ikan pilai lawan ini sekarang banyak dijual di kedai ikan hiasan. Saya rajin juga beli ikan pilai siam, agar berjurai siripnya.

iDAN berkata...

Sdr Kelompen;

Kita beruntung dilahirkan di kampung, berbanding anak-anak kita tak pandai pun tangkap ikan pilai lawan ini. Belum lagi cerita menyebak burung merbah atau memikat burung pipit.

Sesekali jika zaman ini dapat kita lewati semula sungguh ceria & gumbiranya. Kita kena cipta mesin waktu nampaknya.

iDAN berkata...

Pak Karamu,

Terima kasih sudi klik blog saya agar kita terusan dikenalkan.

Ikan ini memang cantik; dulunya banyak di paya kampung saya. Sekarang ini mungkin telah pupus.

iDAN berkata...

Sdrku YB ikan puyu ini lasak, tapi agak garang, payah nak bela ia, tak boleh bercampur dengan ikan lain.

Ikan puyu pun banyak jenis; ada yang kecil & ada yang boleh besar!. Dagingnya sedap tapi tulangnya agak keras & tajam.

iDAN berkata...

Sdr Where,

Saya pun pernah dipukul oleh Opah Bi lantaran asyik mengagau ikan; balik dengan baju berlumpur.

Sedih sangat ketika itu barulah teringat kepada emak; baru mahu kembali tinggal dengan emak; sebelumnya lama juga tinggal dengan Opah Bi. Ada baik sesekali kena marah & kena pukul barulah sedar nakalnya kita buat emak ayah risau.

Seronoknya mengenang kenangan zaman kanak-kanak.

iDAN berkata...

Sdr Zainal,

Bilamana usia semakin senja, semakin payah untuk kita membina kenangan indah bagai dulu. Jika usia muda mungkin kita dapat bertemu seseorang yang istimewa membuatkan hati kita terhibur.

Sekarang bab itu tidak lagi, mungkin seronok jika punyai menantu atau cucu yang dapat menghiburkan. Mungkin.

Tapi nampaknya buat hidup saya agak sifar. Bila diserang sakit kronik seharian bergantung dengan tujuh jenis ubatan mesti; belum lagi ubat sampingan, rasanya hidup ini semakin terpaksa mengenang kenangan lalu.

Alangkah seronoknya mereka yang diulit keindahan & ketenangan kini.

Cumanya hidup terpaksa diteruskan jua. Jangan sesekali putus asa.

shafolsarbini berkata...

Sungai Nin..Sungai Kente...nostalgik sungguh..dah lame tak dengo nama sungei tu...mase kecik-kecik dulu sape yg tak tau name sungei ni..tapi bebudak sekarang mungkin tak tau kut...