sampai bila aku harus mengintai teratai rindumu..
Secebis ingatan semakin ghaib di liarnya belibis hatimu...
Kau biarkan harapanku bagaikan akar teratai tak jejak
di dasar impianmu...
Aku tak kisah terusan sesat bersama belibis sepi
di rimba lara...
Secebis ingatan semakin ghaib di liarnya belibis hatimu...
Kau biarkan harapanku bagaikan akar teratai tak jejak
di dasar impianmu...
Aku tak kisah terusan sesat bersama belibis sepi
di rimba lara...
8 ulasan:
Lama sungguh tidak melihat telipuk...
juga lama tidak melihat itik, mengejar ke reban...
bangun pagi mengutip telur...
Dik Azah
angsa pun makin tak dibela orang
rumah merpati pun semakin tiada
ramai kata telur itik ada khasiatnya tersendiri
saya suka daging itik
pernah beli tapi kak mila tak pandai masaknya .. lalu liat...
arwah emak banyak bela ayam, telurnya sampaikan berjual!.
puitis nya ... tersentuh di hatiku ..
Salam Dan
teringat lauk telur itik masak lemak pedas isteri En. Mat Zain kat eng. dulu. Macam emak aku masak.
woow romatiknya kan..bila berpasang-pasang
Sdr Jijahh,
Hati dalam mengenal cinta tak pernah tua. Tiada yang paling indah alam ini jika kita tahu diri ini dicintai setulus hati; biar pun orang kata kubur itu telah menggamit diri.
Maka itu saya sering membayangkan keindahan alam ini adalah nilai cinta yang tersembunyi.
Cinta sentiasa berkait rapat dengan keindahan.
Sdrku YB,
Tak dapat dinafikan masakan Kak Nona isterinya CikMat adalah antara masakan tersedap di dunia.
Masak lemak pedasnya sungguh menyelerakan. Bagai aku makan di Bongek, banjir dengan masak lemak cili padi org NS.
Maknanya masakan emak YB pasti selazat masakan Kak Nona.
Lama tak jumpa CikMat Paling akhir ketika pemergian Kak Jah Murai tempoh hari. Jika tak silap. CikMat diserang gaut tak boleh lagi solat berdiri.
Sdr Zeq,
Rasanya dunia ini milik bersama jika kita disayangi lagi dicintai. Di mana lagi kasih mahu ditumpah jika tidak kehadrat-Nya & kekasih hati.
Ilahi adalah kekasih sejati kita. Kekasih atau isteri pula adalah teman kita di dunia & akhirat. Siapalah ketua Bidadari kita jika bukan isteri kita. Sayangnya Zeq isteri sekarang semakin lupa peranannya. Ramai kalangan suami semakin terbiar. Isteri terlalu mengejar duniawi.
Catat Ulasan