Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

26 April 2010

Easyjournal meragam lagi! (Singgahsana)



Banyak tulisan aku di server easyjournal itu masih tak dipindahkan ke blog ini; minggu ini nampaknya ianya meragam lagi. Tak dapat diakses!.

Tak boleh harap dengan satu server saja rupanya, pernah terfikir mahu jadikan semua jurnal@blog dalam bentuk CD atau DVD. Tak buat-buat.

Harap-harapnya ianya tidak lebur begitu sahaja. Kena bermula mengumpul semua tulisan sebelum ini. Jika tidak tinggal kenangan sahaja.
:(



8 ulasan:

YB berkata...

Salam Dan,

Tak dapat balik pun tak apa. Selagi mampu menulis, tulis dan tulis, simpan dan simpan, print dan print. Simpanan bercetak lebih meyakinkan.

ejaa berkata...

lah, ada masalah dengan easyjournal encik iDan ke..
hARAP harap semua dalam tu takkan hilang. insyallah.
Moga dapat diselamatkan :)

iDAN berkata...

Sahabatku YB,

Awalnya aku menulis dalam Geocities; servernya ditutup tahun lalu rasanya sejak tahun 97 begitu aku menulis di sana. Jenis buat sendiri segala rekabentuk.

Dalam masa yg sama ada juga laman web di Tripod sama Geocities, ramai yg kutuk kata laman web (Laman Sesawang/Situs) itu amat hodoh & naif sangat. Ada seorang dari UiTM sampai belasah habis laman tu; katanya macam budak tadika buat!. Dia memang pelajar multimedia; xsen betul ayatnya; rasanya masih hidup lagi laman sesawang yang itu.

Lagi org kutuk lagi aku buat macam bebudak punya laman web; kemudian ada pelayar dari Singapura kata pening buka sebab banyak sangat rona. Lagi aku pelbagai rona; sampai aku gelar situs pancawarna.

Kemudian baru ke Easjournal yg ini jenis dah ada template pilih sahaja. Sayangnya server ini sering bermasalah; banyak juga aku cuba buka server lain; ceritanya lebih kurang maklum server free.

Rasanya Blogspot yg terbaik; cumanya terlalu banyak pemblog org kita jadi kita punya blog tenggelam begitu sahaja.

Memang rugi kalau tak dapat selamatkan!.

iDAN berkata...

Dik Ejaa,

Tak boleh nak akses sejak semalam; harap tak hilang semuanya.

Ada tak kurang dua situs yg saya sayang. Satu himpunan puisi; satu lagi situs peribadi itu. Nampaknya tak boleh bertangguh jika boleh akses nanti; kena pindahkan ke komputer masuk CD atau ke server lain.

ejaa berkata...

Selepas ni kalau ada kesempatan easyjournal sudah kembali seperti biasa, jangan ditangguhkan untuk dimuatkan di dalam cd/server lain. Sayang juga sebab saya ada juga buka easyjournal ecik iDan tu, banyak karya dan pengalaman hidup ecik iDan dalam tu.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Vic pun selalu terfikr apa yang kita taip dan post kat blog ni adakah akan kekal lama? Mcm mana kalau satu hari blogspot tiba2 shutdown. Hilang ke semua yang kita taip ni?
Dah le takde backup apa pun... sayang juga bila apa yang kita kongsi selama ni tiba2 hilang begitu je.

iDAN berkata...

Dik Ejaa,

Ada ketikanya kita menulis ada yang tersirat perkara baik; ada juga lebih dari emosi yg tak terkawal.

Kedua-duanya boleh dimanfaatkan untuk membetulkan diri. Amat sayang ianya hilang. Maka itu saya memang bercadang mahu menjadikan ianya CD.

Dulu si NurulJB pernah berjanji nak buatkan tetapi sekarang ni nampaknya dia leka FB dengan jualan begnya. Maka sebaiknya kita yg sayangkan tulisan kita kita yang kena buat.

InshaAllah akan saya lakukan jika servernya okey nanti.

iDAN berkata...

Sdr Vic,

ada dua cara terbaik sayangkan tulisan kita; pertama buat salinan sendiri & simpan dalam CD atau DVD;

kedua boleh dimuatkan diserver yang menyakinkan & kena selalu dikemaskini agar ianya tidak sampai ditamatkan tempoh keahlian...

komputer jangan percaya, tak rosak kena curi atau digigit birus pun habis!.