Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

15 April 2010

Kecurian Mana pergi Komputer Riba Afiz (Singgahsana)

Aku pernah berbalah dengan Afiz anakku yang sulung akan keinginannya mahu membawa komputer riba ke al-Jabbar syarikat dia buat praktikal.

"Payah nak jaga keselamatannya Afiz, jika tak ada kabinet yang berkunci bagaimana Afiz nak keluar masuk tinggalkan komputer itu di meja terdedah!"

"Orang ramailah ayah, takkan siapa berani nak curi!"

"Komputer itu baru amat kita beli, pakai sahaja dulu di rumah, lagipun takkah ianya akan mengganggu praktikal Afiz nanti, takkan tak ada komputer yang boleh diklik di al-Jabbar itu?"

Afiz mengadu dia tak tahu nak buat apa ketika di sana, bukan seharian dia kena buat jualan barangan pengeluaran al-Jabbar; ada ketikanya duduk di meja kosong tak tahu nak buat kerja apa pun. Aku pun mengalah, sering Afiz membawa komputernya ketika praktikal di sana.

Selamat; ianya tak pun hilang atau rosak, cumanya digigit birus itu biasalah. Tempoh praktikal di Poli sekaramg dikurangkan menjadi empat bulan sahaja. Kemudian Afiz bercuti di rumah seperti biasa, Afiz memang rajin buat kerja di ketika senggangnya. Semasa praktikal pun dia berkerja di KFC sebelah malamnya. Masa cuti dia makin rajin kerja siang & malam. Cuma aku perhatikan jiwa remajanya telah mula terganggu bila telah rapat dengan Mie rakan sekuliahnya. Pengaruh jiwa remaja memang amat kontras sampai boleh merubah sikap Afiz. Dari pekerja terajin di dunia menjadi... emmm! malas komen tapi memang aku lemas tenguk dia asyik cuti kecemasan di KFC lantaran si Mie ini.

Tiga bulan Afiz tinggal di Meru rumah Nyaie. Berulang alik dengan kapcainya sejauh 40 minit perjalanan. Aku tentunya risau dengan keselamatan dirinya memandu jauh dengan kesesakan pekan Meru itu memang padat amat. Kebetulan PTPTNnya tak diterima sejak mereka mendaftar di semester Januari lalu. Maka alasan rakan sekuliahnya tak mampu nak bayar duit cagaran pinjaman rumah membuatkan Afiz berulang dari Meru selama itu.

Bila mendapat PTPTN pada bulan lalu maka Afiz mencari rakan yang bukan sekuliahnya, pelajar tahun akhir di Poli Shah Alam.

Belum pun sampai sebulan Afiz tinggal menyewa bersama rakan baru ini; komputer riba Afiz telah hilang. Ianya hilang di rumah sewanya. Risaukan keselamatan anak, terdedah pula dengan keselamatan barangan. Yang misterinya kehilangan ini tiada kesan dipecah masuk, malahan cuma komputer riba Afiz sahaja yang diambil. Komputer riba lain tak pun diambil. Mereka tinggal seramai 10 orang, bayangkan boleh kata semua ada komputer riba.

Hatiku lebih mengesyaki rakan serumah yang tak jujur. Bagaimana orang luar boleh memilih komputer yang terbaru. Jika orang luar, kenapa tak sambar sahaja komputer yang lain yang terdedah sama. Kenapa orang luar pandai pilih almari milik Afiz sahaja. Apakah pencuri ini pun pandai memilih. Menuduh rakan Afiz para pelajar pandai ini rasanya memang tak munasabah. Mereka adalah pemangkin generasi akan datang. Takkan tak dididik diri. Tetapi modus operandinya memang amat licik.

Mie rakan sekuliah Afiz pun katanya rumahnya baru sahaja dimasuki pencuri, bukan satu dua komputer riba dicuri; malahan barangan lain juga lesap. Ini memang sah kerja pencuri. Gila mencuri atau penagih dadah!.

Kes Afiz memang agak berlainan.

Di rumah sewa Afiz ada juga orang yang berkerja sama menyewa, adoi! amat payah menuding siapa pun bila benda telah tiada. Tak kan nak tuduh orang baik-baik. Baru amat kenal rakan sekitar 3 minggu manalah tahu ragam mereka. Sebaiknya Afiz yang perlu berjaga-jaga. Zaman sekarang memang ramai kawan makan kawan. Jangan ikut lagak orang lain.

Rasanya amat sukar orang luar berani masuk jika rumah tersebut seramai 10 penyewa. Sentiasa berpenghuni & pastinya penyewa akan sentiasa keluar masuk. Hilang pula pada hari kuliah bukan waktu cuti. Kejadian berlaku semalam Khamis; aku begitu yakin komputer masih disorokkan jika memang rakan sepenyewa yang mengambilnya, esok Sabtu atau Ahad barulah ianya akan dibawa keluar itu firasatku.

Kalau orang luar memang telah jadi kenangan sahaja komputer riba Afiz, silap-silap tak sampai pun setahun Afiz dapat menggodamnya.

Bukan rezeki kita, kasihan Afiz ada lagi dua semester mahu berkuliah. Mampukah aku beli yang lain. Emmm! rasanya baik guna komputer biasa sahaja. Asalkan dapat buat menaip kertas kerja kuliah cukuplah.


Semasa aku berkerja di UPM, boleh dikatakan setiap minggu ada kejadian pecah kereta lantaran pencuri dapat mengesan komputer riba di dalamnya. Pernah Pengawal Keselamatan UPM cuba memerangkap pencuri ini tetapi terlepas hingga berlaku perlanggaran keretanya dengan kenderaan Pengawal Keselamatan tersebut. Dirempuh laju!. Memang nekad pencuri ini.

Semasa aku kerja di Unit IT Fakulti Kejut; ada terakam pencuri yang mengeledah kabinet barangan pelajar. Nampak seperti staf pun ada bukan semestinya pelajar tetapi kes kecurian di makmal komputer, di perpustakaan memang pelajar yang terlibat. Samalah pernah bilik pensyarah digeledah, nak jadi penyebab tercicir dompet sipenjenayah ini. Sipenjenayah ini orang dalam. Sah memang pelajar UPM pun ada yang mencuri. Siap panjat siling turun pakai tali atau terjun melalui siling bagai CicakMan.

Bagaimana pula pelajar Poli Shah Alam; apakah pendidikan akedamik kini tidak menjamin anak-anak kita menjadi jujur & menghormati hak milik orang lain. Mungkin ada pelajar terbaca blog ini, bagaimana keselamatan barangan mereka di kampus sana.

Para ibu bapa kenalah mengingatkan anak-anak akan langkah keselamatan menjaga barangan berharga begini. Pun kena sedarkan mereka, kita beragama Islam mencuri itu hukumnya potong tangan; itu jelas. Orang Jepun, orang barat sana yang bukan seagama kita pun amat menghormati hak milik orang lain.

Isu yang berbangkit kini; Bagaimana pelajar yang sebegini akan menempuh suasana kerja; apakah golongan bijak pandai ini akan lebih berani melakukan kerosakan moral lain seperti rasuah dan lain-lain.

Aku teringat hari pertama jejak kaki di Poli Shah Alam, melihat contengan di dinding asrama mereka pun aku mula terganggu. Apa lagi pilihan kita, Poli sebenarnya tempat pelajar yang dari keluarga susah. Aku sebagai pesara hanya mampu menghantar anak ke pusat pembelajaran sebegini. Kehilangan komputer riba bagi golongan seperti aku pastinya amat mengesan hati. Bertahun mengumpul duit untuk membeli komputer tersebut. Ianya terbang bagaikan angin!.

Jika memang masyarakat di negara kita makin runtuh moralnya bagaimana kita mahu aman tinggal di negara sendiri. Bena ragut & jenayah di Jenaris pun kian banyak terentang di mana-mana. Apa tindakan kita dalam jenayah ragut, curi, rompak & korupsi ini.

Nota kecil: Awas mereka guna perisian MIRC, malam tadi sampai jam 2:00 pagi aku terpaksa godek komputer ini masuk birus trojan melalui MIRC siapa pula yg muat turun MIRC ini aku pun tak pasti... emmm! sudahlah teringat-ingat komputer riba Afiz, aku pun tak sempat nak godek. Ada sehari tu buang birus sahaja!.

5 ulasan:

azieazah berkata...

Kesian sungguh pada AFIZ.. malang menimpa. Kalu saya, ikut menangis sama dgn anak...

Kadang2 sukar kita menerima keadaan di mana, pelajar begitu cerdik, IQ cemerlang, tapi attitude sangat teruk.. Di mana silapnya?

iDAN berkata...

Azah, Afiz tu antara pelajar cemerlang di kelasnya; harap-harap insiden ini tidak menganggu dia.

Setahun saya kumpul duit nak belikan komputer itu, Allah SWT itu menguji; pasti ada tak kena di sana sini maka ujian kehilangan ini terpaksa diterima sebaiknya; Baru-baru ini pun kamera yang Afiz kongsi dengan Mie beli pun hilang di library di Seremban. Tak boleh terlalai sikit pun!.

Ibunya banyak duit tapi tak ambil tahu sangat bab kemudahan anak ini; hari tu ibunya bantu juga ketika beli.. setelah saya suruh Afiz tu pinta bantuannya. Duit tak cukup2. Kasihan bila nak rasa klik komputer riba.

Setahun atau 2 semester dia guna komputer di rumah ini. Saya suruh dia bawa komputer lama ini, budak sekarang ni malu!. Nak benda canggih. Kadang-kadang dah muncul kat pintu rumah; Shah Alam ke Jenaris sekitar 45 minit berkapcai. Nak buat kertas kerjalah terpaksa bergegas balik ke rumah.

Habis tu berani ke nak beli baru!. Saya yakin sangat mengatakan rakan serumah! yg ambil!.

Kejam ke undang-undang Islam kalau bab curi ini potong tangan?. Tapi bayangkan musibah org kehilangan harta benda, kena tipu, kena ugut Ah Long terkadang sampai muflis lantaran kianat manusia.

Kita yang hilang nilai barangan dua tiga ribu RM pun payah nak lelap mata. Huh!.

echah_syed berkata...

abg idan..anak-anak combi mmg takut kalau melawan cakap combi atau abahnye kerana dorang sangat percaya redha mak ayah.

kalau dorang berdegil mesti sesuatu perkara buruk akan berlaku.sehingga skrg pun kalau dorang nak buat sesuatu atau pergi ke mana-mana pun mesti call dulu minta izin.

anak dara combi pernah mengaku disebabkan degil kamera waterproof dia masuk dek air.apa tidaknye cuba menjadi lebih advanced melawan cakap abahnye.sekarang dah 3 minggu dikedai belum siap dibaiki.

anak-anak mesti diajar jgn suka mengambil atau meminjam barang kawan.kalau dari kecik diasuh insyaALLAH dorang tidak berani walaupun sekeping duit syiling 5 sen.

tapi yg menjadi masalahnye skrg anak-anak kita dijaga oleh maid dari luar yg bekerja hanya utk duit.parents sibuk bekerja,balik rumah dah penat so bila masa nak mendidik.betul tak?

adess..panjang combi membebel.sori abg idan :p

iDAN berkata...

Sdrku Combi,

Tadi di TV3 ada temuramah dengan Ustaz fasal mendekati jiwa remaja ini. Dia lebih menekankan didikan dari rumah.

Ibu & ayah memang acuan anak-anak. Dalam bab kehilangan ini saya tak salahkan 100% pada pencuri. Anak kita juga terkadang terlalai. Telah tahu benda berharga kenapa mesti percaya dengan rakan yg baru kenal. Itu satu isu juga.

Saya telah belikan beg sendang belakang untuk mudah dibawa ke hulu ke hilir. Ditingggalkan di rumah; ikut cara kawan.

Tapi isunya jika di Poli pun terleka! hilang juga. Sebabnya antara kita kini memang tak punya sikap menghormati hak atau barangan org.

Saya pernah nulis di blog ini bagaimana org Jepun kutip satu-satu duit siling yg tetiba terjatuh dari peti telefon; dia siap susun semula atas peti tel awam itu; masih guna duit siling sendiri. Bolehkah moral kita begitu rupa.

Harap-harap kamera waterproof akan okey!, kamera biar pun beransur murah tetapi awas jika kerajaan kembali ke asal bak dulu kenakan cukai jualan; semua naik nanti. Kena sayang barangan yg ada.

Sebaiknya begitulah Combi, saya sering berpesan dengan anak-anak; biar pun sekeping setem jangan sebarangan dibuang tanya dulu siapa punya; sebab hak orang. Mungkin nilai sekeping setem amat tinggi jika seseorang amat meminati mengumpul setem. Itu moralnya.

Apatah lagi duit & barangan berharga jangan sebarangan diambil. Ini kena kita tanam dalam jiwa anak-anak.

Kena sebut juga natijah mencuri; hukuman itu jelas potong tangan kecuali empunya barang meredakan!.

Apa guna jadi bijak pandai jika panjang tangan; mencari rezeki dengan tangan yg seharusnya kudung bagaimana hukumnya!. (Bukan potong jari ... tapi tangan!.) Islam memandang mencuri ini amat serius kenapa kita tidak!.

iDAN berkata...

Saya mendapat respon simpati dari Pensayarah di Poli tentang kes ini; tapi elok namanya kita rahsiakan...

Salam En iDAN,

Saya bersimpati dengan perkara yg telah berlaku kepada anak en. Apa yg nak dikata? kadang2 remaja zaman sekarang lebih mengutamakan kehendak nafsu dari kebenaran akal. Sama2 lah kita bersabar dengan dugaan ini..

Saya telah forwardkan email en. ke JPG. Harapan kita supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

'Kita menangis bila hujan turun, bertanya kenapa Allah sembunyikan matahari, rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi'

Titik.

Ada kalangan pensyarah kita punyai jiwa yang murni seperti tiap baris ayat di atas, bayangkan saya sengaja mencari e-mel pensyarah di sana & menulis sedikit tentang perasaan saya ketika kehilangan barangan bagi saya amat berharga milik keluarga ini.

Tak kurang sepuluh penama e-mel yang saya cari secara rambang; hanya satu ini dari pihak Poli memberikan kekuatan bagi saya dalam menerima musibah ini.

Terima kasih .. cikgu!. Agar pelangi itu akan mengimbau kami biar pun sekejap cuma.