Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

20 Mei 2010

KC 15 ♥ Kasih Okaasan (Singgahsana)

Dapat meneguk air sejuk & air isotonik ketika amat penat alangkah nikmatnya. Turun sahaja dari jip kami semua ke dapur. Senyum dari Okaasan di pintu dapur cukup membahagiakan aku. Seperti orang kita Melayu makan tengah hari orang Jepun masih dengan nasi ala pulutnya; makanan aku diasingkan di sudut hujung. Sebab aku telah berpesan aku tak makan sebarang daging demi untuk menyelamatkan aku dari termakan daging babi yang memang perencah utama masakan orang Jepun.

"Tak nampak Pakcik kita tu... Akirasan! dia tak makan dengan kitakah?" aku bertanya Tanaka, Eisaku, Katsura & Takashi nampak laju sahaja makannya.

"Akira kadang-kadang saja makan di sini; isterinya tak kerja rajin masak kat rumah. Hari ini dia makan di rumah kut!"

"Bos besar kita Matsusakisan tak balik lagikah; dia makan sama kita kan?"

"Biasalah kalau dah keluar pejabat mesti dia makan di luar!" aku suka tenguk Takashi makan; macam dia buat kerja juga. Laju. Orang Jepun aku perhatikan tak reti rasa panas; aku terkial-kial nak telan sup panas mereka biasa sahaja dengan dua kayu yang tajam ujungnya itu. Menghirup kuah dalam mangkuk.

Masakan Okaasan di Jua Machi ini jauh lebih sedap dari Okaasan aku di Sagamihara. Masakan seseorang itu adalah lambang kasih sayangnya. Jika ketika memasak seseorang itu lakukan dengan penuh kasih sayang pasti aroma rasanya akan terbit di setiap intipati masakannya. Okaasan baruku ini memang bekas penyanyi Sariosa; maka masakannya pun rasa begitu. Sukar dapat aku rasai masakan seenak ini.

Tekak kita pun pandai memilih; selalunya jika ada bahan yang tak bersih pasti akan rasa loya; aku pernah berceritera bab ini di jurnal lamaku.

Aku tercari-cari juga... kut! Suminya & Kak Mayumi makan sekali; tiada.

"Suminya & Kak Mayumi tak makan dengan kita ke?"

"Tak, mereka makan di luar Kak Mayumi memang orang kampung sini, Suminya selalunya bawa bekal" Tanaka nampaknya telah kenyang & mahu naik ke atas berehat.

Kesempatan ini aku ambil untu dapat berbual dengan Okaasan; cuaca musim luruh yang dingin buat aku tak tergamak mahu mandi di tengah hari. Usia Okaasan yang telah 60an nampak masih sihat & lincah buat kerja. Banyak juga dia bertanya tentang aku & keluarga. Dia pun naik risau kenapa telah hampir 5 tahun aku masih tak punyai anak. Aku ceritalah sebabnya.

"Kami perempuan di Jepun tak pentingkan sangat cita-cita, biarlah orang lelaki keluar rumah & mencari rezeki. Mungkin generasi baru kini yang berlumba-lumba mahu mengejar kerjaya!"

"Entahlah Okaasan ketika kami buat cucian itu memang saya amat sedih kehilangan cahaya mata pertama, nak buat macam mana ketika itu Mila tu ada cita-cita lagi pun saya takkan mampu tanggung dia belajar kalau diarahkan keluar asrama!"

"Tidakkah itu membunuh namanya?"

"Saya berpegang pada pendapat imam kami; ada yang membolehkan jika punyai sebab yang munasabah lagi pun masa itu janinnya kecil lagi masih tak ditiupkan rohnya!"

"Okaasan tak nampak semua itu tetapi langkah membuat cucian itu bagi Okaasan kita menghalang satu kehidupan!" aku tak dapat menjawabnya, biar pun Okaasan bukan orang Islam; orang Jepun mana ada agama tetapi kesedaran mereka aku akui amat suci & jernih.

Sesungguhnya jauh di sudut hatiku, aku juga menangisi perbuatan lampau itu. Hinggakan pada malam hari hitam tersebut aku mimpikan aku menimang cahaya mata perempuan.

"Okaasan saya memang menghormati pendapat Okaasan & sebaiknya begitu; rezeki bagi setiap makhluk Tuhan itu ada!" tak sangka Okaasan dapat berbual perkara kepercayaan begitu.

Kenapa kita tidak berdakwah sampai ke Jepun; asyik sebut negara China sahaja.


Ketika petang kami tak selalu kerja luar; ikut jadual jika ada kerja konkrit di dalam terowong terpaksalah pergi. Aku biasa diarahkan duduk di ofis menemani Pakcik aku Akirasan tolong buat kerja surihan atau kerja pengurusan yang lain. Kerja di pejabat orang Jepun tak mengira taraf, janji boleh buat. Jika cepat mahir dalam apa juga tugas memang akan bertambahlah kerja. Sebab itu orang kata orang Jepun ini gila kerja.

Sebelah petang juga diadakan perjumpaan bagi kontraktor; pihak pemaju PCI & wakil kerajaan berbincang segala masalah di tapak binaan. Aku memerhatikan sahaja gelagat orang Jepun ini. Sungguh mereka satu bangsa yang gigih berkerja pun amat menepati waktu & sasaran kerjaya. Seperkara lagi jika di ofis aku tak dengar mereka berbual, asyik belek sana belek sini; berkerja dan berkerja dengan tekun, kita nak bertanya pun payah. Mereka hanya berbual ketika waktu rehat.

Aku asyik memerhati dari jendela bagaimana indahnya sawah padi yang sarat dengan buahnya. Sesesaki di tiup angin bagaikan ombak laut beriak & beralun di sana sini. Suminya yang duduk di sebelah aku sesekali menjeling aku, pasti dia perasan aku memang gelisah jika tak ada kerja; aku leka menulis di diari sesekali aku lakar wajah-wajah rakanku termasuk wajah Suminya.

Yang lebih padu di dalam hati & jiwaku adalah bayangan wajah Mila. Kekinian telah masuk bulan kedua dia tidak menulis buatku. Aku teringat ketika aku di Sagamihara; jika rindu menebal begini aku akan singgah di Machida untuk telefon dia buat pelepas rindu.

Rutin harian aku makin penat mahu aku turuti; awal pagi buka peti surat. Biasanya memang hampa sahaja. Adalah sesekali aku dapat poskad dari rakan yang kukenali di Harajuku pelajar dari Malaysia tapi aku tak minat langsung mahu menulis panjang dengan pelajar ini. Sekadar berbalas poskad. Tak lebih dari itu. Poskad Mila tak pernah datang, surat jauh sekali.

"Haridansan ada telefon mungkin kanai awak!"

Tetiba Matsusaki memanggil aku. Di dormitori kami memang ada satu talian kut ada kecemasan pelbagai. Telefonnya terletak di satu bilik tak jauh dari bilik Matsusaki; taliannya selari dengan telefon di kamarnya.

"Abg minta maaf Mila lama tak menulis buat abg"

"Kenapa tak tulis..."

"Tak tahu nak tulis apa!.."

"Kita kat sini bagai nak mati ingatkan dia, risaukan dia, malas tulis pun hantarlah poskad..!"

"Nantilah Mila hantar! nak kasi tahu emak ada kat sini nak cakap tak?"

"Emmm! rasanya tak ada nak bual, emak sihat kan?"

"Dia sihat!"

"Tak payahlah bual panjang di telefon ini nanti bil melambung tinggi; Mila tuliskah surat lebih murah & tak membazir..!"

Itu antara bualan aku & Mila setelah lama juga kami berbalah bab tulis surat. Bila aku letak gagang telefon baru aku perasan; Mila sebut emak tadi. Kalau emak di Meru selalunya Mila sebut Nyaie. Entah-entah emak dari kampung!. Macam mana nak telefon; telefon kat luar ini cuma terima panggilan sahaja. Aku terus mengambil kertas surat biru nipis. Bertanya emak siapa Mila maksudkan tadi. Di kampung terpencil ini Jua Machi tak ada telefon awam untuk ke talian antarabangsa kena keluar ke Hitachi. Nanti hari minggu aku akan ikut Tanaka jika dia ke Hitachi. Huh! rasa sesuatu tak kena aku tolak pelawaan Mila untuk berbual dengan emak!.

Awal pagi aku telah bergegas ke dapur mengadu pada Okaasan yang malam tadi Mila telefon.

"Anatano kanaiwaa damee...!"

"Ngapa Okaasan kata begitu!?"

"Okaasan perasan hari-hari iDAN buka peti surat tapi hampa sahaja!.. kan?"

"Tak apalah Okaasan bukankah dia masih ingatkan saya... kalau tak kenapa dia telefon semalam!"

"Mungkin dia telefon sebab emak iDAN yang datang rumah sewa tu!" adoi! aku rasa tertampar; memang aku sering mimpi kehilangan kasut sejak kebelakangan ini. Sejarah hidup aku terbukti pantang mimpi kehilangan kasut; akan pasti Mila bakal meragam; kalau tak Mila pasti ada khabar tak baik akan aku terima. Ya Allah agar aku dijauhi segala bala bencana.- bersambung.

istilah

Kanai = isteri
Dame = bermasalah
Anatano = kepunyaan anda

2 ulasan:

zeqzeq berkata...

aikk satu selpar jer... mana satu lagi..

iDAN berkata...

Zeq jika mimpi begini selalunya ada khabar tak gumbira... saya amat takut mimpi kehilangan selpar ini!