Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

21 Jun 2010

Catatan dari FB (Singgahsana)


Lelaki biasanya egonya tinggi!... ada juga perempuan yg ego tapi perempuan ini hatinya lebih bagaikan kerak nasi; marah hari ini esok lusa dia lembut semula.

Lelaki ego ini... sebagai isteri kenalah banyak bersabar; banyakkan sembahyang hajat pun ketika suami tidur gunakan beberapa ayat yang boleh melembutkan hati suami; seperti Surah Toha ayat 1-5 ... hembuskan di ubunnya ayat ini memang bagus untuk melembutkan hati suami, isteri atau anak-anak agar mudah ikut nasihat!.

Isteri pula kena selalu masak guna tangan sendiri; niatkan ketika membasuh beras itu agar anak & suami sentiasa lembut hati... air tangan isteri amat mujarab dari segala air jampi atau air penawar.

Jangan beli Air Jampi di surau yang menetapkan harga itu penipu... air jampi seperti di Darus Syifa' tak pernah meletakkan harga.

Amalkan sendiri tiapkali memasak atau ketika bersama di rumah itu lebih baik dari perantaraan.

Jika suami atau Isteri kena buatan manusia carilah air zam-zam ianya memang mujarab untuk mengubati buatan manusia atau syihir sang syaitan.

Jangan putus asa atas keegoaan suami atau isteri. Nasihat & teguran amat penting dalam keharmonian rumah tangga.

9 ulasan:

eelobor berkata...

Alhamdulillah, nasihat berguna

siti murni ishak berkata...

panduan berguna...;)

YB berkata...

Salam Dan

org ego ni tak lah bodoh tapi tak cerdik jer. Sentiasa rasa dia jer yg betul. Cuma menonjolkan yg ia tidak queen control, maka dibuktikan dgn membuli bini. Wallahu aklam.

TWEETY BERT berkata...

mmg ramai lelaki yg egois...

cik idan.. meh dtg blog saya amik award..

ader spesel award utk cik idan..

iDAN berkata...

Sdr Eelobor;

Ada rakan di FB nampaknya membangkitkan persoalan menegur silap pasangannya. Isu sering timbul tak ramai antara kita dapat menerima kesilapan diri sendiri.

Pasangan yang setia lagi sejati sebaiknya cepat membetulkan kesilapan kita.

iDAN berkata...

Sdr Siti Murni;

Kita sebenarnya insan yang serba kekurangan. Sering kita terbaca ular yg menyusur akar itu takkan menghilangkan bisanya.

Jika pun kita bersalah; tak ada ruginya membetulkan keadaan. Kenalah berlebih kurang demi menyatukan dua hati.

iDAN berkata...

Sdr Sweety Bert;

Ego kena disesuaikan kesabaran; jangan ambil hati sangat!.

Terima kasih atas Anugerah nan diberikan, nanti saya akan kembangkan anugerah ini ke rakan lain

zeqzeq berkata...

nasib baik saya tada ego. tetapi tetap ada lemahnya..uaaaa wanita akan jauh hee

wanita nak yg ego

iDAN berkata...

Ada ketikanya keegoaan lelaki ini memang perlu & kena pada tempatnya. Seumpama untuk menegakkan martabat keluarga; tanpa egonya lelaki sering keluarga akan mudah diperdaya oleh oleh luar.

Samalah di segi hak talak belaka, sering lelaki yang lemah akan dipermainkan oleh perempuan gerladangan. Tanpa ego jodoh itu akan mudah terputus.

Maka tak salah jika ada lelaki ego bertempat; pastinya itu yang dimaksudkan oleh Zeq.