iDAN

27 Jun 2010

FIFA enggan ulas kesilapan pengadil (Sukan)

JOHANNESBURG: FIFA enggan mengulas mengenai kesilapan pegawai perlawanan yang menafikan England satu gol dalam kekalahan 4-1 kepada Jerman pada perlawanan Piala Dunia semalam. WAYNE Ronney (tiga dari kiri), dan Matthew Upson (dua dari kiri), bercakap sesuatu kepada pengadil, sementara Frank Lampard (kanan), meninggalkan padang sejurus tamat perlawanan dengan Jerman dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, yang berkesudahan Jerman menang 4-1.
“FIFA tidak akan mengulas keputusan pengadil di padang permainan," menurut kenyataan badan bola sepak dunia itu. Ia menyatakan panel pembuat keputusan - Lemabaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa - bersetuju Mac lalu untuk tidak melaksanakan ujian dengan teknologi yang dapat membantu mengadil membuat keputusan. England percaya ia memperoleh gol apabila rembatan Frank Lampard terkena palang gol dan melantun masuk sebelum melantun ke palang sekali lagi. Pengadil Uruguay, Jorge Larrionda, mengarahkan permainan diteruskan tetapi ulang tayang televisyen menunjukkan bola sudah melepasi garisan gol. Gol itu sepatutnya menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-38 di Bloemfontein. Pada perlawanan kemudian, pegawai perlawanan melakukan satu lagi kesilapan apabila membenarkan gol pertama Argentina dalam perlawanan menentang Mexico. Argentina akhirnya menang 3-1 di Soccer City. Ulang tayang menunjukkan Carlos Tevez dalam kedudukan ofsaid dengan tiada pemain pertahanan di antara beliau dan gawang apabila beliau menanduk masuk pintu gol yang ternga-nga hasil umpanan Lionel Messi pada minit ke-26. Pengadil Itali, Roberto Rosetti, membenarkan gol itu selepas berbincang dengan pembantunya ketika pemain Mexico mengelilingi mereka untuk membantah. Presiden FIFA, Sepp Blatter, yang hadir menyaksikan kedua-dua perlawanan itu, tidak bersetuju dengan penggunaan video dan teknologi garisan gol dengan alasan ia terlalu mahal untuk dilaksanakan di seluruh dunia dan mengganggu kelancaran permainan. - AP Peminat lepas geram
KOMBINASI gambar daripada percubaan Frank Lampard menunjukkan kedudukan bola yang telah melepasi garisan gol tetapi tidak dikira masuk oleh pengadil. JOHANNESBURG - Pengadil buta, bodoh dan bermacam-macam lagi cacian dilemparkan kepada pegawai perlawanan antara England dengan Jerman kelmarin. Itu antara ungkapan yang dilepaskan oleh peminat menerusi Internet dan juga Facebook.

Satu dunia melihat dengan jelas bahawa bola hasil percubaan pemain tengah England, Frank Lampard itu sudah melepasi garisan gol tetapi pengadil, Jorge Larrionda dari Uruguay tidak menge- sahkannya.

Insiden tersebut menjadi perdebatan peminat bola sepak seantero dunia menerusi Facebook mahupun blog yang mempersoalkan kewibawaan pengadil perlawanan berkenaan.

Turut menjadi perdebatan hangat ialah jaringan penyerang Argentina, Carlos Tevez yang berada dalam kedudukan ofsaid pada aksi menentang Mexico pada hari yang sama.

Ketika pengadil tidak membenarkan jaringan Lampard, penjaga gol Jerman, Manuel Neuer tampil membuat pengakuan.

Neuer mengakui dia berjaya memperdayakan pengadil Uruguay, Jorge Larrionda untuk tidak mengesahkan jaringan Frank Lampard pada perlawanan tersebut.

Percubaan Lampard pada minit ke-38 itu terkena palang dan dengan jelas telah mele- pasi garisan gol sebelum melantun keluar.

Jaringan tersebut mungkin menyamakan kedudukan 2-2 sekiranya disahkan, namun sebaliknya jaringan tersebut tidak dikira dan England pula mengalami kekalahan 1-4 kepada Jerman serta tersingkir daripada Piala Dunia.

Penjaga gol Schalke, Neuer menjelaskan bahawa bola tersebut telah pun melepasi garisan gol kira-kira dua kaki.

"Saya cuba untuk tidak memberi sebarang reaksi kepada pengadil dan hanya memberi tumpuan terhadap apa yang berlaku selepas itu," kata Neuer.

"Saya tahu bola sudah masuk. Kemudian ketika di bilik ujian dadah saya melihatnya dengan jelas dalam televi- syen. Saya tahu ia sukar ditentukan kerana bola hanya melepasi garisan kira-kira dua kaki."

Lampard sendiri berang setelah pengadil, Larrionda tidak dapat melihat insiden itu dengan jelas meskipun penjaga garisan dilihat bersetuju bahawa bola telah pun melepasi garisan gol.

Ketika kedudukan 2-1 sebelum rehat, insiden ini dilihat sebagai titik tolak kekalahan England dan juga mencalar imej Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Saya rasa sudah tiba masa- nya untuk menggunakan teknologi video," kata Lampard.

"Semua orang boleh melihat gol itu dengan jelas yang mana boleh menjadikan kedudukan 2-2 sebelum masa rehat.

"Saya tidak akan jadikannya sebagai alasan terhadap kekalahan kami tetapi jika kedudukan berubah 2-2, kami mungkin akan beraksi pada babak kedua dengan cara lain dan keputusan perlawanan pastinya berbeza." - Agensi

Tiada ulasan: