iDAN

26 Jun 2010

Pasar Kajang Meriah (Singgahsana)


Sabtu di Prima Saujana Kajang ada Pasar Tani. Sedari jam 7:00 pagi ianya telah pun dibuka. Sabtu pula hari aku bermalas-malas. Senin hingga Jumaat asyik sibuk uruskan anak-anak, Sabtu aku selalunya balas dendam; bangun lewat, ganti tidur yang tak cukup.

Sekitar jam 12:00 tengah hari aku tiba di tapak Pasar Tani, boleh dikatakan 80% gerai jualan telah dikemas. Impian aku mahu mbeli ulaman nampak terbantut. Ingat nak makan laksa pun tak kesampaian. Lalu aku teringat akan EconSave. Selalunya hari cuti aku suka ke EconSave Kajang di Komplek Kota tak jauh dari Masjid Kajang. Ianya pun telah ditutup hampir setengah tahun lalu. Mungkin lantaran saingan TESCO yang tak jauh darinya buat ianya tak semaju mana. Setahu aku paling dekat EconSave yang ada cuma di Cheras Selatan. Jika ingin membeli barangan basah; seperti sayur & buahan, tak mungkin TESCO dapat menandingi murahnya barangan EconSave.

Bilamana EconSave Kajang ditutup aku memang jarang lagi dapat buat jeruk cili padi. Atau buah limau nipis yang diperah menjadi minuman segar. Harga limau nipis & limau kasturi sekarang ini melampau mahal.



Lalu aku teringat untuk ke Pasar Kajang. Memang lama sangat aku tak ke sana. Aku teringat selalunya jika awal pagi banyak orang berjaja pelbagai barangan di kaki limanya. Seperti ikan hiasan, jagung atau pelbagai juadah.

Aku tiba di Pasar Kajang sekitar jam 12:45 tengah hari; mengejutkan aku, makin ramai orang kita Melayu memiliki gerai di Pasar Kajang ini. Rasa amat meriah, tak sukar jika mengidam ulaman. Pelbagai ulaman ada. Dari jering, petai, selom, terung pipit, ulam raja malahan tempoyak pun ada. Pelbagai jenis kerepek & keropok ada dijual. Nak makan sirih pun banyak terjual daun sirih & pinang di sini.

Kedai jualan daging & ayam cukup banyak pilihan. Ramai orang kita Melayu berjual di sini. Perniaga cina nampaknya bagaikan makin berkurangan.

Orang Melayu makin pandai berniaga, tenguk barangannya yang sarat aku rasa ingin datang semula ke Pasar Kajang. Jemu melihat gelagat orang kaya membeli-belah di TESCO rasanya sesekali memang seronok membeli-belah di Pasar Kajang. Parkir tak sukar mana lantaran kini ianya bersambung dengan bangunan MyDin & Metro Point. Seblok dengan MyDin telah dibuka sejak tahun lalu barangan sejuk segar, seperti daging, burger, kuih segera & banyak lagi barangan pilihan yang buat kita rambang mata membeli-beli belah.

Cicah Budu

Seteruk-teruk & sesesak-sesak Kajang bagai zaman sebermulanya; sekarang pengunjung yang berbelanja ke sini dapat melihat pelbagai pilihan & juadah yang ada. Adalah lebih baik kita membantu orang kita berniaga dari membantu TESCO yang memang telah kaya-sekayanya.

Bayangkan semalam aku berbaris lama di kaunter TESCO; orang kaya di depanku berbelanja lebih dari RM300 & aku sekadar sekitar RM50. Rasa kecil amat aku di sana. Tetapi bilamana aku berbelanja sekitar RM50 di Pasar Kajang & MyDin Kajang, pelbagai barangan yang dapat kubawa pulang tak pun penat berbaris. Petai nan segar, jering yang muda, tempoyak baru, budu, tuala mandi yang murah di MyDin, senduk besi yang cantik di kedai RM2, daging segar yg dibekukan , isk! memang berbaloi datang ke Pasar Kajang.

Lamanya tak makan Pucuk Kaduk!.

Di Pasar Tani atau pasar malam sentiasa dapat di temui daun Selom, terkadang boleh juga kita temui pucuk Mengkudu, Ulam Raja, Pucuk Sentang, Bebuas, Kacang Botol & banyak ulaman kampung yang sukar ditemui di komplek membeli-belah yang besar. Di Pasar Kajang semua ini mudah terdapat.

Ulam Selom ini sebenarnya menyimpan banyak kenangan aku di kampung, jika di Bulan Puasa daun Selom amat sedap dibuat ulaman ketika berbuka. Ianya sedap dicicah dengan cincaluk.

Selom cicah cincaluk.

Sambal belacan & cincaluk!

2 ulasan:

Cetusan berkata...

belum pernah sapai sana..byk ulam nampaknya..

iDAN berkata...

Asyik dengan komplek moden sampaikan sukar jejak kaki ke Pasar Tani, hasilnya makin ramai tak kenal pucuk kaduk, selom atau ulam raja.

Zeq di Giant atau TESCO bunga kantan pun mahu RM1.50 setangkai.