iDAN

24 Ogos 2010

Hanya Kapcai (Singgahsana)

Di ambang Warga Emas, meminjam kata Prof Nizam sebenarnya hanya kapcai ini banyak membantu aku untuk bergerak. Itu pun sekitar Desa Sri Jenaris, Kajang atau paling jauh ke Serdang. Selebih dari itu aku memang gementar takut kapcai WEM1960 akan sangkut di jalanan.

Kereta perangku telah masuk bulan kedua tersadai di depan teratakku lantaran baterinya telah kondem. Kena beli bateri baru barulah ianya boleh bergerak; itu pun ada masalah kepanasan enjin yang perlu dibaiki. Radiatornya kena dibersihkan karatnya & tutupnya kena diganti baru barulah ianya boleh bergerak jauh.

Antara anjuran atau panduan agama Islam : sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadisnya ke arah kebahagiaan;

Di antara faktor-faktor lain seperti tercatat di dalam al-Quran

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita (isteri), anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (Surah Ali Imran, 3: 14)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Benar-benar beruntung orang yang telah memeluk Islam, mereka diberi kecukupan rezeki dan qana’ah di dalam menerima apa jua pemberian Allah terhadapnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Sesiapa di antara kamu yang merasa aman dirinya, sihat tubuhnya dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari tersebut, seakan-akan dia telah diberi semua kenikmatan dunia.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Hadis ini hasan menurut penilaian al-Albani di dalam Silsilah Hadis ash-Shahihah)

Rasulullah juga turut menjelaskan bahawa kekayaan itu bukanlah dicapai dengan banyaknya harta yang menimbun, tetapi ia dicapai dengan kayanya hati.

“Kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Jua termasuk yang mendorong kebahagiaan bagi sesebuah kehidupan adalah
“Empat (4) perkara yang mendatangkan kebahagiaan adalah, 1 – Isteri yang solehah, 2 – Rumah yang luas, 3 – Jiran tetangga yang soleh (baik), dan 4 – Kenderaan yang selesa.

Dan empat (4) perkara yang mendatangkan kesengsaraan adalah:

1 - Isteri yang buruk akhlaknya, 2 – Jiran tetangga yang jahat, 3 - Kenderaan yang buruk, dan 4 – rumah yang sempit (tidak selesa).”

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban. Hadis daripada Sa‘ad bin Abi Waqas radiyallahu ‘anhu, dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth di dalam Sahih Ibn Hibban. Juga dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah Hadits ash-Shahihah)

Hanya di hujung minggu aku dapat mengguna kenderaan milik Mila, Avanza jika dia tidak ada jadual hariannya yang ketat. Jika tidak aku akan hanya sendirian di teratak yang tidaklah terlalu agam dengan keadaan yang serba serbi sekadar mampu untuk aku berehat damai.

Maka itu aku amat rindukan kampung halaman; andai kata aku tak punya agenda & kenderaan yang selesa aku boleh saja naik basikal pergi memancing atau aku juga boleh berjalan kaki ke dusun; meneroka tanah pusaka agar menjadi hutan simpan yang sarat dengan hasil herbanya. Angan-angan ini akan kucapai sebelum aku semakin tua.

Siapa yang sudi membantu aku tentunya boleh saja memberikan dorongan atau jalan pintas agar aku akan cepat kembali ke kampung halaman.

6 ulasan:

azieazah berkata...

Salam Bang IDAN... semua orang ingin sekali berada di tanah leluhur nya semula...

YB berkata...

Salam Dan

Rumah lama tu dah siap ka? Kalau dah siap pujuklah mak andeh kau tu yg kau nak bersuluk di kg. Dia masih bertenaga lagi menyumbang perkhidmatannya, maka beri laluan sja.
Apapun hidup di kg tak seindah zaman dedulu. Tak jauh juga beza dgn di bandar. Barang Naik memang menyusahkan tak kira di bandar maupun di desa. Kadar api di kg sama sja. Kadar air di kg kau mungkin lebih mahal berbanding di selangor. Barang Naik juga memberi kesan kepada gejala tak sihat merata rata, rompak, ragut, zina, tah apa kejadah lagi, tidak mengkecualikan di desa yg kau impikan.
Pencemaran pun tidak terkecuali di desa. Apakah sudah sahih kata lagu drpd Ebiet G Ade; Apakah alam sudah tidak mahu lagi berkawan dgn kita?

iDAN berkata...

Hidup kena ada impian; impian abg memang begitulah Dik Azah nak amat kembali ke kampung; nak lihat pokok rambai berbunga; buahnya tak lekat pun tak kisah; Nak lihat puyu bertelur airnya tercemar pun tak kisah... paling suka nak kutip pucuk kaduk yang melata tumbuhnya... tak sampai di sini harga RM1 seikat makan sekali pun belum tentu cukup!

iDAN berkata...

Sahabatku YB bulan lalu bil elektrik aku naik sampai RM300 lebih; Bil Anggaran... katanya pintu pagar terkunci; aku tak pernah pun kunci pintu tu; cuma aku lilit dengan rantai agar tak mudah-mudah pencuri masuk dah galak kali basikal hilang tak sampai pun 3 bulan si Azim pakai.
Mungkin Pembaca Meter baru kut!.

Bulanan sekitar RM150 bil elektrik.

Bila air bulan sudah free sebab tak sampai pun RM10 aku gunapakai; bulan ni RM14 memang murah sebab PR kasi subsidi. Tiap bulan.

Kampung aku memang aku tahu sama jua bab pencemaran ni YB; ujung tahun lalu dari Jenaris ke Lumut@Teluk Batik impian aku nak mancing di kampung halaman; 100san batu aku bersedia nak ngail.

Sebelum ini ikan memang banyak di tapak lombong tu; aku demam masa tu tapi sebab umpan semua dah beli di Batu Gajah; pancing dah ketor nak dibaling. Tapi aku hampa kes orang ambik pasir; air jadi keruh; ikan entah pergi mana; umpan pun ikan tak nampak. Katanya BN kasi lesen ambik pasir. Nak buat macam mana.

Tak apalah YB asalkan aku dapat duduk bawah pokok rambai pukul-pukul nyamuk; asalkan aku dapat tenguk pokok manggis milik arwah apak masih tumbuh; aku tahu pencuri ramai di kampung sebab dadah masih mengancam tapi aku tak dengor bunyi loceng India Sembahyang di kampungku, aku tak penat senyum seorang lantaran Azman jiran aku tak pernah mahu@balas senyum padaku.

Aku nak buat hutan simpan YB, nak buat hutan simpan; aku benci kelapa sawit sungguh aku benci. Habis pokok sentang kena tebang sebab kelapa sawit. Tepus, cenderai & banyak pokok ulaman nak kasi kelapa sawit tumbuh... sejarah pokok sentang arwah abgku dapat anak 21...orang.

Aku nak tanam pokok petai & jering; mengkudu & bebuas. Biarlah sekeliling tercemar; tapi aku nak tanah pusakaku akan terjaga.

Aku nak buat kolam nak lepas bejuku yang makin besar di akuarium aku ini. Kampungku tak jauh beda kampung YB jauh terpencil bukan macam di Merulah YB.

Zina & buang anak tu aku masih salahkan kita orang tua; aku buat nikah gantung anakku takut perkara zina ni pun aku difitnah teruk!. Itu kisah di kampung sana memang tak jauh beza di kota.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Salam abg Idan

Memang ingin sekali rumah yang luas...

nampaknya belum ada rezeki lagi..
tp tidak pula tidak bahagia..

iDAN berkata...

Dik VIC,

Jika kita kaji kehidupan Rasulullah tentang rumah yang luas ini yang disebut dalam Hadis Riwayat Ibnu Hibban ini... tak mandang pun; kita lihat dari runtuhan bangunan rumah Rasulullah cuma rumah biasa sahaja, bukan taraf istana pun.

Ianya merangkum masalah hati juga; jika punya banglow agam hati tidak damai maka jadi sempit jua rumah yang didiami.

Jika rumah sempit seperti rumah abg ini, jiwa jua sempit tak rasa damai di rumah ini yang... ini kena dibetulkan.

Jangan pula menjadi tuntutan mahukan rumah besar,lapang, agam & cantik nanti merosakkan rumah tangga kita sahaja.

Bersyukurlah seadanya apa yang kita ada.