Seperti tahun lalu, aku dikejutkan pemergian rakan kerja yang memang rapat denganku; aku panggil dia Ujang sahaja. Allahyarham Norazan Aziz, INSTITUT PERTANIAN TROPIKA, UPM. 54 tahun.
Arwah menemui kemalangan jalan raya di sekitar tol Sungai Balak jam 11:00 pagi. Sempat dibawa ke hospital dalam keadaan koma. Meninggal dunia di Hospital Kajang.
Motosikal arwah merempuh kenderaan dari belakang; kecederaan parah di kepala anggota badan terutama bahagian dada.
Aku baru sahaja pulang dari acara pengkebumiannya di Tanah Perkuburan Melayu Sungai Sekamat. Selamat dikebumikan sekitar 10:00 malam dengan cuaca damai & hujan renyai. Agar roh beliau aman di sana. Aku yakin beliau antara sahabatku yang amat baik, sering tersenyum & tak banyak cakap.
Tahun lalu dalam bulan puasa jua aku kehilangan rakan setaman perumahan arwah Abang Din akibat serangan jantung.
Amat sukar untuk kita mencecah usia 60an di zaman yang serba mencabar ini.
al-Fatihah...
6 ulasan:
Salam,
DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Alfatihah.
Kita pun tak tahu bila saatnya tiba detik itu untuk kita. Mudah-mudahan tidak akan membebankan orang sekeliling
Al-Fatihah dan Salam Takziah untuk keluarga arwah dan abang Idan juga yang rapat dengan arwah.
Sdr Anyss,
Arwah Ujang ini pemurah senyuman, agar petanda baik pemergiannya, Hari Jumaat Bulan puasa mengingatkan kita, yang kita jua akan mengikuti jejaknya.
Dunia ini hanya pinjaman, kita sekadar bermalam di bumi nan indah ini.
Ibunya Aran,
Kita semakin hari semakin kehilangan orang yang kita sayang. Nyawa tak dapat dijual beli.
Usia kita semakin pendek tak pernah pun bertambah.
Salam Dan
Agak agak kau, aku kenal tak arwah tu.
Rasanya taklah YB, gambornya aku tak dapat jumpa, dia ni sekecil tubuh arwah Abg Din Kecik; pernah kerja dengan Wak Sumairi & tak lama di Fak Kejut dia bertukar ke fakulti lain.
Catat Ulasan