iDAN

05 November 2010

Anak & Ibu dari TokWan (Singgahsana)

iDAN semasa berusia 29 tahun
di Tokyo Jepun.


TokWan di ofisnya..

gurindam untuk anak:

wahai anak ku cantik gemilang
kepada ibu mu hendaklah sayang
menjaga engkau bukannya senang
tidur tak lena dan makan tak kenyang

alih kiri, ke kanan pun basah
penuh gelumang kencing dan muntah
ibu mengasuh tak kira susah
nasihat ibumu, janganlah bantah.

teringat pantun nasihat ibu:

apalah ada pada belida
tulang banyak sisik berlapis
apa dikira pada yang ada
sedikit tak cukup, banyak tak habis

ikan kedera ikan belanak
seakan saudara berlainan emak
selagi ada beras semua ditanak
simpan sedikit, janganlah tamak

Anak saudaraku Nurul... & Cucu saudaraku cahayamata pertama Nurul.

2 ulasan:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Zaman sekarang tak macam dulu,
Anak dah besar terus berhijrah,
Tinggalnya jauh pulang tak selalu,
Hati ibu merindu hanya berserah.

iDAN berkata...

Bila zaman tua terbiar & melarat pasti terkenang ibu ayah nan tiada.

Dik Vic maka itu ikatan suami isteri sebaiknya kena intim perlu memberi keprihatinan nan jujur terhadap pasangan kita jangan sesekali merendahkan status pasangan kita. Bila anak jauh siapa lagilah rakan rapat kita selain pasangan kita.