iDAN

03 November 2010

Sedapnya pantun TokWan (Singgahsana)

Ini pantun asalnya... Nyior gading tumbuh terpacak ditanam orang ditepi kolam kasih bak gunung tiada kemuncak rindu bak laut tidak terselam manis rasanya si air nira jangan sampai menjadi cuka puas kucari penawar lara pengubat hati dikala berduka
(lalu berjual beli tidak akan habis...) kalau tuan menabur selasih tumbuh melata didalam taman orang bersedih rindu kekasih hamba menangis rindukan teman sakitnya kaki tertikam paku paku berada ditepi loyang sesekali pilu menyentuh hatiku bila terkenang teman tersayang nyior melambai ditiup bayu kelihatan jauh mencapai awan terkenang teman dihati sayu membuat hati bertambah rawan pergi keladang memetik jagung buat bertih bercampur lenga rindu dihati tidak tertanggung bagaikan kumbang kehilangan bunga pergi mengail ikan gelama masak gulai berasam jawa bilakah lagi dapat bersama redakan resah rindu dijiwa anak itik berenang-renang bermain-main didalam lata orang jauh tetap dikenang selalu bermain diruang mata manis sungguh sibuah manggis dibawa orang didalam perahu bengkak mata kerana menangis
sebak dihati siapa yang tahu Sesekali sedap juga bermadah & berpantun. Aku punyai ramai kenalan yang leka berpantun. Antara pemantun yang amat aku senangi adalah TokWan (TW) rakan aku di SMI lalu. Jika anda rasa gelisah tiada teman mahu berbual apa salahnya menjadi rakan kami di FB sana. Aku rajin buka akaun aku yang bernama iDANRADZi lambang lakaran bunga ros ada tiga lagi akaun yang aku suka klik iDANRADZi berlambang sekawan burung Gelenggang & Yoep Rindu Jadilah rakanku di akaun iDANRADZi lambang lakaran bunga ros; pastinya anda akan dapat membaca banyak pantun yang menarik oleh TW. Khabar sedih akaun aku di easyjournal nampaknya telah hampir sebulan tidak dapat diakses hanya sekitar 50% sahaja yang dapat aku selamatkan. Inilah masalahnya dunia maya jangan bergantung sangat karya kita kekal di dunia maya; sekelip mata semuanya boleh hilang. Aku berangan mahu membukukan karya aku; tapi entah bila anganan ini akan tercapai. Nyior gading tumbuh terpacak Terjatuh dalam ke tasik madu Sungguh terperi kasih tak kemuncak Laut di selami pelepas rindu Tegak berdiri sipohon berduri Buat memegang sibotol cuka, Penawar luka senang dicari.. Boleh mengubat hati yang luka Muhamad Nasiruddin Bin Yahya sayang-sayang sibuah kepayang dimakan mabuk dibunag sayang mulut tersebut hati terkenang rindukan teman airmata bergenang. Imah
ingin kuikat si tali belati untuk menarik bungkah keluli rindu bagaikan menghiris hati yang dirindu tak pernah peduli bungkah keluli dituangkan baja karatnya menjadi melata-lata menanti dirimu hingga ke senja orang ditunggu tiada berita ingin kuintai sang pendita bermadah indah bersenda leka telah kian kering si air mata entah bilakah akan terubat luka.
iDANRADZi pergi menebang sikayu jati untuk membuat pendayung sampan hajat besar didalam hati ...nak jerat kasih dikail tak berumpan terbang berkawan sianak burung hinggap singgah di kuala ruyung samudera kasih tak daya ku harung perahu ku kecil tiada pendayung burung ditabur biji selasih dicampur dengan gandum bergula gula bersalut isi berangan hendak ku duga selaut kasih perahu sedepa bocorlah pula tidak tertimba dek tapak tangan turun makan anak merpati diatas batu ditepian lata dahulu budi penambat hati kini kasih bertamukan harta Enak sungguh rasanya pulut tambah lemak dicampur santan kasih hanya madu dimulut budi bak garam curah kelautan seluas saujana terbentang di mata gunung tinggi berpuncak satu budi ku semai bak emas permata tuaian kasih kaca dan batu di tengah sawah menyemai padi padi menghijau bak pohon selasih mana dipandang kasih dan budi harta menjadi penambat kasih TW Gengam pasir menjadi intan, intan bersinar silau mataku, kasih sayangku ibarat lautan, sedalam dasarnya gitulah sayangku.. ...Gurun sahara menjadi rimba, rimba tumpuan unggas melata,, janganlah tuan selalu hiba, mengenagkan kekasih jauh dimata... Pergi si Mamat membeli selaseh, selaseh dimakan menguna sudu, Kalau harta penambat kasih, peluk dan cium penawarnya rindu, Pulau undan nampak berbalam, kilauan ombah beralun biru, Kalau dah jauh berindu dendam, balek ke ipoh terubatlah rindu... Tw tinggal di pekan Bidor, Bidor terletak persimpangan Sungkai, Kalau dah TW susah nak tidor, Berjumpa tersayang kusut terungkai. Tasuki Kasbi Banyak lagi Pantun yang sedap-sedap dikarang secara spontan oleh rakan TW. Aku pun teruja menikmati & mendalami maksudnya. Sila klik Label menu kiri & pastikan klik TokWan (TW)

7 ulasan:

eelobor berkata...

wah...suka baca pantun2 tuh. mendalam maksudnya

YB berkata...

Salam Dan,

bila baca pantun kau ni, teringat aku buku lama yg mengandungi pantun lama yg aku photostate. Buku tu aku pinjam dari Masjid Tg Tualang. Mana pulak perginya....

iDAN berkata...

Sdr Eelobor;

Jointlah sekali berpantun' sesekali sedap juga berpantun lara ini...

iDAN berkata...

YB,

Pantun lama kaya dengan kiasan & memang maksudnya amat mendalam...

Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati.

Pisang Emas dibawa belayar
Masak sebji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

Sedap pantun ini YB; kalau boleh kita bukukan untuk khazanah alam.

TOKWAN MATARUN berkata...

assalamualikum idan:
terima kasih kerana sudi memaparkan pantun tw ni... apalah sangat pantun tw ni.. tw hanyalah seorang pemantun jalanan je...

Cantik bulan dipagar bintang
langit terbentang terang benderang
hamba melukut ditepi gantang
masuk tak cukup keluar tak kurang

http:/tokwanmatarun.blogspot.com

TOKWAN MATARUN berkata...

idan...

apa enaknya ikan gelama
digulai lemak dengan kelapa
apalah ada padanya nama
bila dah mati orangkan lupa

apa dimasak si ubi kentang
sedap ditumis bersama kerang
bak melukut ditepi gantang
masuk tak cukup keluar tak kurang

begitulah nasibnya diri tw ni....
terima kasih kerana sudimenempatkan pantun tw dan rakan-rakan...

TOKWAN MATARUN berkata...

masam rasanya asam remenia
patah dahannya menimpa sena
begitulah adat insan didunia
tiada berharta dipandang hina

asam pedas tiada bercuka
gunakan air si asamlah jawa
hanya tangisan penawar duka
senyum dibibir menuba jiwa

cencaru sumbat sambal berlada
makan bersama tumislah kerang
berpangkat tidak berharta tiada
hamba yang miskin disisih orang

sedih pilu menyebakkan dada
tidak tertanggung resah dijiwa
airmata tak daya membasuh luka
mengenang diri hidup keciwa

setiap masa terasakan sepi
tak tahu kemana nak bawa hati
hendak berkawan orang tak sudi
akhirnya dirumah mengurung diri

beginilah nasib diri yang hina
hidup miskin tiada berharta
wajah pun buruk berbudi tiada
setiap hari menanggung derita

kata orang:.... gelak orang, gelaklah le kita....yang digelakkan orang adalah kita.....

pikio..pikio le....