iDAN
06 Mac 2010
Senggang (Singgahsana)
Pernah kita bangun pagi dengan suasana lapang. Tak ada apa pun mahu difikirkan. Jiwa kita kudus & tenang. Solat bagi kita adalah ketenangan bukanlah satu kewajiban yang membebankan. Solat bagaikan rutin harian yang tidak lagi dapat diasingkan dari keperluan diri. Kita jadi hamba yang taat & tabah.
Pernahkah kita bangun pagi tak perlu bertanya soal sarapan, segalanya telah tersedia malahan semuanya mengikut selera kita. Bukannya kita sedang bercuti, bukan juga kita sibuk mahu mengejar kad perakam waktu untuk berkerja. Tersayang menyediakan segala. Kita rasakan pagi kita amat sempurna, damai & tanpa agenda atau pun jadual ketat yang mengganggu waktu senggang kita.
Pernahkah kita bangun pagi tak ada satu pun temujanji yang memaksakan diri kita rasa rimas & gelisah. Kita boleh bermalas-malas dengan anganan kita. Tak ada pun sesuatu perkara semalam yang menghantui kita. Hidup amat tenang & sempurna. Kita beruntung dengan masa kini & semalam. Masa hadapan yang penuh harapan.
Pernahkah kita bangun pagi kekasih hati kita sentiasa di sisi kita. Pinta apa saja perhatiannya, dia sentiasa sedia. Dia menjadi pendengar yang memahami malahan dia jua sentiasa memberikan kita khabar gembira yang kita impi. Memberikan harapan baru & cintanya sentiasa bertambah segar lagi megar.
Pernahkah kita bangun pagi kita diuliti segala kebahagiaan & ketenangan. Hinggakan tak ada lagi rasa kecewa dalam kamus hidup kita.
Pernahkah kita bangun pagi segalanya mati. Kita tak sanggup menarik nafas lagi, malahan semua melihat kita bagaikan seseorang yang telah kaku, tak punyai nilai manusiawi lagi malahan kita pun telah lupa segala, wisma kita sendiri telah tak kenal jasad diri sendiri. Kaku lagi buntu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Abg iDAN,
Ada yg pernah dilalui, tapi masih ada yg belum pernah dirasai..
Beruntunglah bagi mereka yg bangkit dari lena dgn penuh kedamaian & ketenangan dlm jiwa hingga tidak perlu risaukan ttg apa2.
Namun lebih bahagia bagi mereka yg bangkit dgn seribu satu persoalan & permasalahan yg menuntut penyelesaian segera namun masih mampu tersenyum malah memanjatkan kesyukuran dgn penuh rendah diri pada Ilahi kerana masih dipanjangkan usia sehari lagi utk diduga & diuji sebagai hambaNya di dunia yg fana ini..
Dik Ieja,
Sesunggguhnya hidup ini mana mungkin damai selalu, sering ada sahaja yg bakal menganggu gugat jiwa kita.
Permasalahan adalah ujian, kesakitan adalah penghapus dosa kecil. Hidup bagaikan tidak sempurna jika kita tidak diuji. Alangkah rasa lapang & lega bilamana ujian dapat di atasi.
Cumanya sampai bila & selama mana segala ujian ini harus kita hadapai. Pun sampai bila kita mesti terusan meminta perlindungan darai Dia Nan Esa.
Sekeliling kita bahagia kita jua yang kurang segala tentunya amat menggusarkan jiwa & raga. Agar yang tiada segala akan tetap bahagia seadanya.
Catat Ulasan