iDAN

14 Mac 2010

Plaza Low Yat (Singgahsana)


"Afiz tenguk kuasa membeli orang kita Melayu... tinggi kan?" lebih 50% pengunjung plaza ini adalah orang kita Melayu; berpusu-pusu membeli belah di Plaza Low Yat.

"..." Afiz ini jenis kurang berbual, asyik berSMS dengan si Mienya.

"Andai kata kita boikot kedai cina, pening juga mereka, tenguk semua bangunan mencakar langit di KL ini milik bangsa asing, sudahlah namanya pelik, TimeSquarelah, CapSquare... Low Yat sah cina punya!" aku bagaikan membebel sendiri; sedih akan bangsaku bila mahu punyai bangunan gah di kotaraya.

Di depanku ada sebiji Merc besar gedabak menghalang lorongku, aku tak mahu beralah pandailah kau nak susur balik ke kanan. Lagi pun bagaimana aku nak mengundur ke belakang berderet kereta yang menuju ke arah sama denganku. Sudahlah penggilap cermin Avanza Mila ini kabur, aku terkial-kial dalam hujan lebat nak masuk lorong parkir di bangunan Plaza Low Yat.

Huh! sebut parkir aku teringat betapa semakin baculnya Mingguan Malaysia, kenapa dalam puisi Melayu yang dipertandingkan untuk Hadiah sastera ada perkataan parking. Nak jadi apa bahasa sastera kita. Jika Parkir itu telah dinobatkan perkataan terkini sinonim dengan tempat letak kereta, Kenapa pula dalam puisi Melayu ada bahasa orang putih parking. Aku salah seorang pejuang bahasa terasa amat terkilan bilamana mengamati puisi yang tersiar minggu ini.

Aku harap Qasih & Kelompen dapat menjaga martabat bahasa kita. Tak salah nak ambil bahasa orang tetapi biarlah berpada-pada. Aku lebih suka jika kita banyak mengambil Bahasa Arab sebab ianya bahasa al-Quran. Bahasa Inggeris yang memang telah ada bahasa kita kenapa mesti kita nak ambil bulat-bulat. Suasana tak salah kita tukar jadi situasi. Tapi kalau biru kita tukar bahasa kita jadi blue apa jadi Bahasa Melayu kita. Jadilah Celcom Blue kita gah & bangga dengan bahasa orang.

Maka itu aku pernah kata kalau novel Melayu berbahasakan aku atau saya itu I & kamu, awak atau kau itu You. Memang aku akan letak tepi. Tolak tepi novel tersebut. Aku panggil novel bacul. (Melampaunya jiwa penyairku).

Plaza Low Yat semakin sibuk, bayangkan aku terpaksa parkir nun ke bawah tanah di aras 5, betapa jauh terbenam ke dasar bumi. Jangan harap ada parkir di tingkat atas; semakin ramai pengunjung di Plaza Low Yat ini. Tahun 80an semua tertumpu di Embi Plaza, sekarang ini aku sendiri tak jenguk Embi Plaza biarpun ianya bersebelahan. Aku teringat JayaCom dulunya amat kecil, kecil sahaja kedainya di Imbi Plaza, sekarang amat ramai pekerjanya di Palaza Low Yat. Taukenya masih muda suka amat lagu Metal, nampak dia masih menjaga badannya. Nampak segak. Hari-hari dia rajin bersenam katanya. Aku memang telah lama kenal dengan dia tapi namanya aku tak tahu.


Aku mencari Ram DDR1 sebenarnya, huh! masih mahal banget. Bayangkan ada kedai yang menawarkan harga RM130 untuk 1GB, baru dalam kotak lagi. Bila tanya di kedai Pakistan atau kaum India berniaga barangan terpakai, ditawarkan RM180 biar bebetul, semuanya jenama Kingston; takkan barangan terpakai lagi mahal dari barangan terbaru.

Aku jumpa satu kedai terpakai, menawarkan harga RM90. (Balik rumah komputer pula tak dapat mengesan Ram ini. ) Ram dalam bahasa Melayu ialah Ingatan Capaian Rawak. Ini masalah DBP kenalah cari perkataan pendik sikit. Ram terkini DDR3 jauh lebih murah dengan DDR1; tak terikut teknologi komputer ini. Terlalu cepat berubah.


Aku sempat makan Nasi Goreng Tom Yam di aras bawah; yang menariknya ada pasangan Mat Saleh nampak baik sangat wajah & perwatakannya. Suka mereka makan masakan Asia, lepas satu juadah aku lihat mereka lepak pula di restoran kopi pula. Bayangkan matawang mereka berbanding kita. Bayangkan aku & Afiz terpaksa makan sekitar RM16, bagi pasangan ini mungkin di bahagi 4 atau 6 dari jumlah kami. Emm! RM4 makan berdua jika dibahagi 4 besarnya gandaan matawang mereka.

Telah tiba masanya kerajaan menaikkan kadar matawang kita. Jika pun tidak kena naikkan gaji semua rakyat jelata termasuk aku yang telah bersara ini; jika tidak bagaimana mahu menikmati pembangunan di kota yang mencabar ini. Aku kepingin makan Sashimi pun tak mampu bayangkan sepinggan RM23, belum air & takkan Afiz tenguk sahaja ayahnya makan. Emmm! ada ada RM50 lebih untuk makan berdua. Lebih dari sebulan beras.

Afiz membeli beg galas belakang untuk komputer ribanya; ada berharga RM40 ke RM200 ikut kemampuan kita. Anif tak mahu ikut & sibuk mahukan Thumb Drive 8GB. Di Hongkong khabarnya sudah tak pakai bawah puluhan GB. Saiz Thumb Drive mereka jauh lebih besar, faham sahajalah sekarang IBM pun telah buat kilang mereka di China. Thumb Drive 8GB sekarang sekitar RM50. Dulu 1GB pun sampai beratus RM.

Jika balik dari Low Yat jalan terdekat ke Kajang tentunya ikut Smart Tunner, tapi punyalah susah mahu menuju lorongnya. Aku telah empat kali tersesat ke arah lain. Dulu dari simpan empat lampu isyarat sebelah Plaza Embi susur ikut kanan jalan, sekarang telah terbalik ikut susur paling kiri jalan. Aku terikut lorong ketiga dari kiri, maka terus ke MMR2. Panduan terbaik ikut tanda atau tulisan di permukaan jalan; insyaAllah anda tidak tersilap lorong; jika anda ikut panduan papan tanda di tiang jalan memang sesat larat. KL faham sahajalah, jika tersilap lorong jauh banget baru jumpa untuk jalan patah balik.

12 ulasan:

Cetusan berkata...

KLCCmilik siapa??

berapa kerat??kedai disewa kita?

selamat membeli..

Tesco pun ramai orang melayu beli sayur basah..

iDAN berkata...

KLCC lebih kepada milik politik kut!, petronas itu pun asyik banyak campur tangan;

Ada yang kata tanah KLCC itu sebahagian kita pajak; emmm! kita pajak dari bukan bangsa kita.

Saya serik ke sana Zeq, parkirnya teramat mahal, pening pula tu nak cari parkir; orgnya pun pelbagai bangsa. Padat. Penatlah amat; tak pernah pun sarapan di sana, hari tu makan pun ala luar negara mahal banget.

TESCO pun bukan milik kita, seantero dunia ada TESCO, pernah dia kasi voucer RM2.50, nak klim bukan main susah; kena panggil ketua juruwang baru boleh laku!. Bayangkan kita terkebel-kebel dengan kesesakan org, macam nak minta simpatilah pulak!. Huh! RM2.50 punya pasal.

eelobor berkata...

kaya sungguh bahasa kita, perlu 3-4 kali pembacaan utk pemahaman agar tidak tersalah tafsiran

echah_syed berkata...

kuasa pembeli dimalaysia mmg org melayu.combi pernah mendengar sendiri dari tauke kedai perabut ketika combi membeli set katil utk rumah baru dikampung.

tauke tu cakap kalau takde org melayu dorang mesti susah carik mkn.org cina beli perabut yg mahal tahan utk 7 generasi.so kalau org melayu pun buat mcm gitu tutup semua kedai.betul tak?

org cina yg 'ada duit'dorang shoping pakaian diluar negara samada di singapura atau dihongkong.dan yg suka branded pulak tentu di london.so kita org melayu jugak yg tolong dorang kan.

tauke kedai perabot ni tinggal dikalangan org melayu dan dia mmg pandai mengambil hati org kampung.

jom cerita pasal low yat pulak.huby pun sama kalau turun KL mmg nak singgah disini.ada jer brg komputer yg dia carik.sanggup tu walaupun hanya ada sejam masa sebelom ke epot.

tapi skrg kalau beli komputer samada laptop atau desktop disini kena hati2 sbb takut kena tipu.masa kat kedai semua nmpk sempurna tapi bila dah sampai rumah mcm2 hal pulak.pernah masuk tv pasal hal mcm gini dulu kan..

*saudara idan...shilintong ni dah hot skrg.combi dgr adik ipar huby ckp ramai kengkawan dia yg mmg mkn ubat ni.timakasih kerana sudi share pasal ubat ni.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Boleh dikira dengan jari je gedung membeli belah yg besar milik kita, selebihnya milik orang luar atau bangsa lain.

Kata orang kalau parking di Low Yat perlu hati2 lebih. Jgn tinggalkan sebarang digital gadget di dalam kereta kerana kawasan tu terkenal dengan kes pecah kereta. Mereka mempunyai alat pengesan yg boleh mengesan gelombang barangan elektrik seperti komputer, laptop atau hp yang ditinggalkan di dalam kereta.

iDAN berkata...

Sdr Eelobor,

Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan keenam di dunia. Kenapa harus kita mahu rosakkan jika telah ada maklumat tesaurus dalam kamus kita.

Kecualilah seperti computer, kita jadikan komputer nylon kita jadikan nilon.

Jika org Jepun mereka cipta huruf katakana untuk mengasingkan bahasa ciplak dari bahasa lain.

Orang Melayu juga amat disegani lantaran sopan santun & budaya hidupnya. Tak dinafikan orang Melayu juga kaya dengan sastera & kaum yang kreatif. Malahan yang pertama mengelilingi dunia pun orang kita Melayu. Panglima Awang & Magellan.

iDAN berkata...

Sdr Combi,

Saya sering memerhati di Kajang sendiri, jika kedai membeli telefon bimbit selain PATI memang org kita Melayu sesak membeli telefon baru.

Org kita suka bergaya dengan telefon baru tapi tak ramai tahu ianya bukan ori, samalah komputer memang banyak barangan klon atau tiruan; pakar komputer pun amat payah mengesan barangan ini.

Pelik juga apakah org cina tak suka bertelefon atau kurang berinternet. Kena buat kajian tentang ini.

Samalah berhibur, jangan sebut bab Jom Heboh di pawagam pun nampaknya memang org kita rajin menonton. Kita tenguk semua filem, kaum lain kurang menonton filam Melayu atau tamil & hindi.

Dulu kaum cina yang suka makan di luar, sekarang tidak lagi, orang kita Melayu jam 1:00 pagi masih di kedai mamak atau gerai siam.

Elok sangat kerajaan naikkan gaji, agar kita lebih makmur & akan muncah berbelanja.

iDAN berkata...

Sdr Diana,

Memang betul tu, di sana sering berlaku kecurian, maka itu banyak notis amaran mengingatkan kita jangan simpan barangan digital di kereta.

Sekarang ini bukan komputer sahaja, barangan berkait dengan kamera & telefon bimbit juga sarat dijual di sana.

Mereka yang jual aksesoris telefon bimbit di pasar malam pun membeli di sini; banyak pemborong aksesoris di sini.

iDAN berkata...

Sdr Combi,

Tak hairan hubbynya begitu, barangan di sana banyak pilihannya lagi pun memang lebih murah; di Kajang Thumb Drive 8GB RM65 sana baru RM56 jenama yang sama.

Begitu barangan lain!.

Shilintong ini saya kesan yang bagus memang kotak warna biru tu, saya pernah beli kotak warna coklat & pillnya warna putih; kurang amat kesannya.

Pesan saya jangan makan terlalu banyak kut! ada yang tak sesuai & serasi. Saya cuma makan bila rasa sengal pinggang atau terasa kencing tak lawas sahaja.

Saya nasihatkan cuba makan buah Goji kering, tanya di kedai sensei cina tu Goji kering, ada sebut Jiji, dalam internet ada gambarnya. Cakap kat tauke itu "buah untuk terang mata!;" Buah Goji memang bagus. Dia banyak membantu saya dalam mengawal tekanan darah & glukos. Satu lagi Goji untuk awet muda, menghindarkan kanser bagi perempuan yang rajin bersalin.

Jangan beli goji di jualan langsung mahal amat, di kedai ubat cina ianya sekitar RM2 bagi 100 gram.

Jangan tebus buah Goji ini, cukup sekadar celur atau campurkan ketika minum teh O. Saya telah mengamalkan makan goji ini sekitar 2 tahun; glukos sentiasa sekitar 5.+ jarang naik ke paras bahaya.

Lelaki makan goji juga kena dikawal... kut meraban nak kahwin lagi!. Faham sahajalah kalau darah di badan itu telah lancar.

Di China mereka yang makan goji usianya semua sekitar 100 tahun lebih!. Ada yang mencecah hampir 200 tahun. Di dgelenggang.blogspot.com banyak saya muatkan khasiat buah goji ini.

Cubalah makan buah goji ini, terutama mereka yang rabun mata.

anyss berkata...

Bila terlalu banyak berbicara tentant bangsa, kita akan dituduh rasis...namun, sedar tak sedar, kita memang sudah hilang nilai bangsa itu sedikit demi sedikit.
Mula-mula Tanah melayu dah hilang "melayu"nya, kini...bahasa melayu pun dah jadi bahasa malaysia...dan bla bla bla
Isu tetap jadi sensitif, kalau dibiarkan berbincang secara terbuka, boleh menyebabkan tragedi macam tahun 69semula.

Baru-baru ni, dalam seminar hubungan etnik, seorang cerdik pandai cina memohon/lebih tepat mempersoalkan kenapa perlu ada "sejarah" dalam subjek hubungan etnik di universiti.
Anda semua tahu kan apa kesannya bila saranan itu dipersetujui?

kelompen berkata...

IDAN
sedih mengenang kecelaruan bahasa dan budaya kita, lebih mengagungkan orang luar, dari bangsa dan bahasa sendiri.
Dalam negara merdeka, dan berdaulat, bahasa kita dipinggirkan secara sedar...(ulang..secara sedar)

iDAN berkata...

Sdr Kelompen;

Bagi saya bahasa dalam sastera, puisi terutamanya janganlah dinodai dengan perkataan dari bangsa asing.

Cukuplah kita bertutur tidak guna bahasa baku; jangan sastera Melayu itu juga hancur dengan bahasa rojak.

Bagi saya seharusnya DBP memainkan peranan penting memantau masalah ini. Kenapa mesti pihak berwajib semudahnya beri lesen penerbitan & hak cipta jika majalah atau novel yang mendewakan bahasa asing; kononnya sahaja novel Bahasa Melayu. Isiannya lari dari segi bahasa & moral ceriteranya pun hancur. Ini akan merosakkan sastera Melayu.

Jika dalam sastera Melayu pun kita tidak dapat uruskan jangan hairan di bidang perniagaan bahasa inggeris & cina lebih diutamakan.