iDAN
29 Mac 2010
Pernahkah hati disiat (Delima Merkah)
Ada ketika kita ketemu situasi yang memaksa kita membuat keputusan drastik. Orang dahulu berkata ditelan mati emak diluah mata bapa. Puncanya adalah lantaran simpati yang lahir dari dalam diri membuatkan kita keliru. Apatah lagi ianya melibatkan maruah diri. Maruah keluarga, malahan maruah kekasih yang kita cintai.
Sering kita dengar hidup makan hati berulam jantung, sering kita dengar, biar pun pahit namun ditelan juga, sering kita dengar berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Hakikatnya apakah ianya benar-benar ujud dalam kehidupan anda.
Ibarat sahabat anda terusan menangguhkan hutang piutangnya terhadap anda; dalam masa yang sama anda lihat dia nampak bergaya, hidup dalam kemewahan; jauh lebih mewah dari anda. Malahan sering anda mengikat perut lantaran memang anda bukan orang senang tetapi simpati bila sahabat mengadul hal.
Ibarat suami atau isteri anda sentiasa berbeda & hidup serba anggun bergaya, anda sekadar seadanya malahan terpaksa berjimat, terhalang mahu mencapai impian anda. Kerap kita dengar suami terlampau memanjai keluarganya sendiri sampai isteri & anak terbiar serba-serbi tidak kecukupan. Sering juga kita temui sang isteri terlampau berkira, menjadi seorang isteri yang mengawal suaminya hinggakan bagai kerbau dicucuk hidung. Seakarang makin ramai kalangan pasangan suami isteri tinggal berasing. Malahan sang isteri sanggup membiar suaminya menderita kesusahan, tinggal jauh terpencil di kampung tanpa melawat suaminya. Dia hidup mewah di kota dengan anak-anak, maklumlah masih tak bersara & usia masih muda sampaikan suaminya meninggal dunia sendirian di kampung.
Apatah lagi bila telah bercerai, ramai kalangan suami atau isteri lupa yang hanya ikatan atau jodoh sahaja yang tak panjang tetapi anak-anak seharusnya terus berhubung erat dengan emak atau ayah mereka. Malahan ada ramai kalangan isteri atau suami meracuni fikiran anak-anak dengan membuat ceritera yang boleh membuatkan hubungan antara anak & ibu ayahnya renggang.
Inilah musibahnya jika jalinan ikatan percintaan atau penikahan itu tidak ikhlas & suci. Ampuh. Lambat laun ianya akan terserlah jua. Hubungan kasih sayang ini boleh menjadi pincang atas banyak punca angkara. Antaranya.
Peredaran masa yang membuatkan pasangan lupa asal kajian diri masing-masing. Jika dulu dari keluarga susah kemudian menjadi senang, maka lupa diri. Ada juga sebaliknya dari kalangan keluarga senang tetapi tak sanggup bersusah payah dengan keadaan rumah tangga yang serba tak sempurna.
Wujud orang ketiga yang menjadi batu api, jika bukan lantaran cinta telah hambar atau berubah hati tetapi adalah orang ketiga yang menjanjikan pelbagai impian & perlindungan. Selalunya dari kalangan keluarga terdekat atau mungkin rakan rapat.
Terlalu mengharapkan pasangan yang sempurna tanpa akur dengan kelemahan masing-masing. Sering menjadikan kekurangan pasangan menjadikan cinta itu hambar. Mungkin terlalu memandingkan kehidupan orang lain yang lebih segala dari kehidupan rumah tangga sendiri. Ego dengan kelebihan diri sendiri.
Fakir nilai kesyukuran, jarang menilai diri sendiri betapa perubahan & rezeki yang telah diturunkan Ilahi sebenarnya amat mencukupi; tak semesti semua manusia dilahirkan di dunia ini hidup dalam segala kemewahan, punyai banglow agam & harta berjuta. Kita sekadar berusaha hasil & rahmat yang bakal diterima hanyalah ketentuan Allah Nan Esa.
Sering bersikap penghalang bukan dorongan dalam menuju kejayaan pasangan masing-masing. Malahan jika pasangan sesebuah rumah tangga itu memberikan peluang atau kebebasan menuju cita-cita atau kerjaya sering amat disalahgunakan.
Sering mengulangi kesilapan semalam tidak mahu berubah kepada sikap sopan atau kearah berbudi bahasa & bermoral mulia. Sering melukai hati pasangan dalam sedar & tak sedar. Hormat kepada pasangan sering diabaikan. Dalam apa juga perancangan atau tindakan lebih kepada kepentingan diri & peribadi.
Tidak mahu bertolak ansur.
Memang banyak lagi sikap yang perlu kita belajar agar jalinan kekasih atau pun jalinan rumah tangga akan menjadi intim & harmoni. Paling penting adalah pandai menjaga hati pasangan kita & sering berkomunikasi sebaiknya.
Yang lagi kita rasa sengsara adalah kita telah pun berlaku adil, beralah & bersikap sebaiknya tetapi hati kita masih tetap dilukai; Diri kita tetap dipersalahkan kenapa?.
Maka itu kita kena rajin menyelami bagaimana hati mereka yang sering terdera & asyik berlinang air mata. Di situ banyak rahsia yang dapat mendewasakan kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
Ada orang jarang mahu kongsi kesedihan dengan orang lain. Sesetengahnya hanya mahu berkongsi kegembiraan sahaja. Oleh itu, zahirnya tidak mencerminkan isi.
Vic pernah dengar ayat ni, "Jangan menilai betapa beruntungnya hidup seseorang dari apa yang kita nampak sebab kita tak tahu apa yg telah dia lalui sebelum dia mengecap segala kebahagiaan tu."
tauladan buat pembaca
sekali seumor hidup pasti ada.. :)
kalau tak mahu dilukai jgn melukai..betul tak?
apa yg berlaku mesti ada sbb dan hikmah utk yg mahu muhasabah diri.
***pendapat perbadi combi.
Meowwwww
Sdr Diana,
Kita akan lebih rasa damai & bersyukur jika kita sering melihat kesusahan & kegusaran seseorang. Untuk mendapatkan nilai kesyukuran yang sebenar pastinya lantaran kita melihat orang lain jauh lebih susah atau menderita dari kita.
Maka itu jika kita hayati hidup ini kita asyik sahaja rugi. Rugi tak mudah mencapai kejayaan. Rugi terlalu banyak masa terbuang, Rugi tidak beringat. Rugi tidak mengambil kesempatan ketika usia muda.
Rugi tidak beribadah sebaiknya ketika kita sihat.
Saya paling sedih bilamana memikirkan rugi tak dapat kembali ke masa lalu.
Sdr Zeq,
Ada ketikanya kita ditimpa musibah lantaran kelalaian orang, bencana atas buatan orang. Paling kita takut perbuatan sihir yang hingga kini masih melata.
Combi,
Memang benar, Allah SWT itu maha adil; mana mungkin sesuatu musibah itu tidak ada berpunca;
Cumanya hidup ini terkadang ibarat serumpun pohon. Jika akarnya telah lama dimamah anai-anai mungkin batang atau dahannya akan rebah.
Jika kita telah berlaku adil tetapi ada antara keluarga kita tidak berlaku adil; balasannya mungkin atas kita. Terumatama seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Jika isterinya melakukan dosa sang suami membiarkan saja; maka akan tertangguh jua perjalanannya nanti.
Samalah kes dadah, yang mana keluarga sering hilang punca bagaimana harus menangani keluarganya yang terlibat dengan dadah yg pastinya melibat kecurian & permusuhan sesama jiran.
Begitu juga kecurangan & dosa yang lain, ianya kait mengait antara satu sama lain.
Hidup ini ujian sebenarnya.
Ala Meowwwww,
dia mengeow lagi!.
pernahkah hati disiat?
pernah. kalau boleh tak nak ingat. bila ingat rasa nak nangis.
Cikgu,
Biar pun sekadar sindiran, tapi hati ini terlalu sakit & dalam seminggu dua ini rasanya semakin kosong & sepi amat dunia ini.
Begini rupanya hati disiat, amat payah meladeninya.
agaknya bila disiat2,menjelma sang penyelamat??boleh teruskan tak?
Sdr Zeq,
Biasanya begitu, yang luka kena diubati, yang patah kena akan tumbuh kembali. Yang sakit perlulah diubati.
Tapi ada juga yang telah tersiat hatinya sampaikan 28 tahun masih begitu. Begitu serik & patah hatinya berlarutan. Mungkin telah tertutup terus pintu hatinya.
Memang derita sekiranya hati kita disiat. Meskipun masa boleh menyembuhkannya, namun parut tetap kelihatan. Hati seolah serapuh emosi, hanya iman jualah yang mampu memujuknya..
Myfrin's
"Memang derita sekiranya hati kita disiat. Meskipun masa boleh menyembuhkannya, namun parut tetap kelihatan. Hati seolah serapuh emosi, hanya iman jualah yang mampu memujuknya."
iyer kenyataan yang sebaiknya kita ingati selalu. Maka itu org tua sering menguar-uarkan bidalan ini.
...telajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya...
...apatah tersilap laku asyik terlanjur perbuatan maka akan berdarahlah parut luka yang ada...
Catat Ulasan