iDAN

02 April 2010

300

Sedar tak sedar Pengikut blog ini telah pun ke 300 lebih pengunjungnya.
Terima Kasih atas sokongan anda, agar kita menjadi rakan pemblog & saudara seagama pun serumpun yang erat ukhuwahnya!.


14 ulasan:

Cetusan berkata...

sama-sama kasih,, mencari dan berlayar mecari diri, kekadang membaca kisah peribadi boleh merenung diri yang semakin berumur,boleh SEDAR diri dari lena dan semangat muda.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Kisah pedih semalam selalunya lebih berkesan pun sukar dilupakan berbanding kisah suka & santai kita.

Bila semakin senja begini betapa kita takut akan dosa, aib & air mata. Bila kita tidak menulis tentang kesah semalam yang benar yang terkadang bagaikan aib bak membuka pekung di dada... bagaimana anak cucu kita akan mendapat suri teladan.

Ada kalangan kita sering bermegah tentang keagungan & kelebihan diri sedangkan hakikatnya kita ini hamba Dia nan Esa amat tidak sempurna.

Bermurung adalah sakit jiwa bermegah & angkuh jua satu jenis sakit jiwa jua.

Apatah lagi ada rakan kita pemblog macam di blog Bro. Maz; org bersedih pun ada yg tak simpati malahan berkata angkuh lagi.

Amat sedih dengan pemergian Allahyarham Din Bramboi. Masa siri Raja lawak saya amat suka gelagat dia. Agar roh dia si samping mereka yang beriman.

Cetusan berkata...

terjumpa macam2 kerenah demi mencari kepuasan dan prinsip diri. Ada yang masih menempel gambar separa seksi, sebaya dengan Cucu, demi kerja dan budi.

kekadang sikap panas baran boleh menurun tersentuh dek sifat sesetengah pengalaman diri penulis Blog,secara perbandingan, memilih yang positif.

Cetusan berkata...

menghormati minat insan lain walaupun insan seni atau politik, maupun dunia luar, seperti memuja Ben Laden..pengiat seni, hak individu.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Tahniah ye abang iDAN, Vic ni bukan kata 300, nak sampai tahap 100 pun silap2 memerlukan 3 tahun lagi usia blogging agaknya.

Lia3003 berkata...

tahniah2...saya ingatkan idan ni lelaki, sori....baru realize..link awak saya letak di bahagian 'jejaka'..akan diubah..he~

cik.pija berkata...

Moga encik iDan terus berblogging =)

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Dunia antara kita pemblog berbeda, seperti saya banyak berkisar dengan dunia keluarga; permasalah keluarga terkadang menghimpit kita. Maka blog umpama diari boleh terhenti.

Dunia kerjaya juga terkadang menjadi kita terkesima dengan segala bebanan, buat kita tiada benda lain memikirkan. Terbelenggu dengan kerja.

Juah berbeda dengan dunia wartawan yang seharian mencari bahan suri teladan untuk dimuatkan di dalam akbar media massa sekali gus blog. Maka pemblog begini mestilah meriah blognya.

Rasanya mereka yang asyik menarik pandangan dengan imej separa seksi itu suka mencuri perhatian pemblog. Ada juga kalangan suka suka ada juga sebaliknya. Mendekati zina mata itu.

Manusia punyai ciri kecenderungan berbeda; kita kena hormati hak mereka.

asilahmuhajer berkata...

tahniah ye sebab dah mencapai 300. saya entah bila. mungkin sama macam diana kot. lagi 3 tahun++.
hahaha.

iDAN berkata...

Yang menjadi pengikut saya tu Diana ramai kalangan pengunjung Blog Bro Mazidul kita, harapkan mereka benar-benar minat ke arah blog tidak juga.

Tak semesti ramai pengikut blog itu baik belaka isi kandungnya; banyak blog yang kurang pengikut pun banyak isinya menarik & menyentuh hati pembaca. Blog VIC Diana juga banyak keistimewaannya.

Yang pasti teruskanlah berblog agar ada tautan ikatan ukhuwah sesama kita.

iDAN berkata...

Sdr Lia3003;

Ramai keliru sebab sy letak imej Pet dari Tagged org Indon itu.

Nak letak gambar sendiri kut! nampak tua banget; gambar sy banyak di easyjournal.

Terima kasih sudi linkkan blog ini di Blog Lia.

iDAN berkata...

Sdr Ejaa dalam seminggu dua ini memang kontras sekali ada masalah keluarga yang perlu diselesaikan. Sekarang dalam proses mengembalikan minda normal.

Mengembalikan masa tidur yang terganggu. Hampir dua minggu tidur tidak cukup...

Esok ada ujian terapi di PKupm, 20hb ada temujanji doktor pakar di Hospital Serdang. Rimas, risau pelbagai gangguan. Harap-harap jantung ini tidak dibedah.

Cujie berkata...

tahniah..

iDAN berkata...

Sdr Lavender;

Tanpa pengunjung terasa pula sepinya blog ini!