Ada cuma 9 orang sahaja pelajar tahun 72 yang datang ketika alumni di SMI ini. Yang amat menyentuh hati adalah kehadiran Cikgu Harun & Abg Rashid yang menjadi warden asrama kami masih sihat. Usia Cikgu Harun telah pun 70 tahun lebih. Abg rashid pastinya sekitar 60an. Seorang lagi guru perempuan Cikgu Nor Shamsi ini sering datang menemani Cikgu Harun memberi nasihat & motivasi. Aku tak ingat sangat akan cikgu Cikgu Nor Shamsi ini. Lebih ingat akan Cikgu Aziz & Cikgu Mutalib
St Michael's Inst. '72
Duduk dari kiri Wahab, Prof Nizam, Cikgu Harun, Abg Rashid, Cikgu Nor Shamsi dan Amran@Moghom.
Berdiri dari kiri, Khalid, Sabri, Johari@Panjang, Osman, Dzuan@Gajah dan iDANRADZi.

Bayangkan tahun 77 meninggal SMI, banyak amat perubahannya baik sekolah apatah rakan seasrama yang semakin ke Ambang Warga Emas. Hanya beberapa orang sahaja yang nampaknya masih kenal muda belia. Memang inilah anugerah Ilahi buat semua. Tak siapa dapat menolak akan untung nasib, ajal maut; samalah kesihatan yang terjamin.
Sekitar 100 orang pelajar yang datang; bayangkan betapa gamatnya dewan besar SMI; pengecara berucap di hadapan pun masing-masing tak dapat mendengar dengan jelas. wahab yang berbaju batik merah hujung duduk sebelah kiri; langsung tak kenal aku!. Padahal dia hanya sekitar 10 tahun tak jumpa aku. Apatah lagi Khalid & Amran yang tak jumpa sejak 33 tahun.
Geginilah kehidupan, aku berandaian sekitar 10 tahun sahaja lagi dapat diadakan perjumpaan begini; lebih dari itu amat payah rasanya; Tak ramai kalangan kita akan boleh segak gagah memandu sendiri kalau dah menjadi Warga Emas. Memang dunia ini amat kejap untuk kita singgah bermalam.
"iDAN nanti Isa akan hantar iDAN ke Kampar" tetiba Nizam memberitahu, aku tak pasti kenapa dia tidak dapat hantar aku ke Kampar, semasa di telefon dia yang mencadangkan aku tidur di Kampar; katanya ada jalan baru ikut Malim Nawar untuk ke kampungnya.
"Kau tak kenal Isa ini; bekas pemain Kebangsaan Bola Sepak Perak!" Aku menatap wajah Isa memang kelabu; tak nampak langsung wajah yang aku kenali. Isa muda setahun dariku.
Ini benar-benar nahas, desus hatiku; Prof Nizam telah kenakan aku; Aku tak pasti sejauh mana aku dengan Isa zaman di asrama; dibedalnya aku pernah berhutang dengan dia bagaimana. Seperkara lagi seorang Penyair seperti aku belum tentu disukai, sebabnya aku jenis asyik bercakap; ada saja yang aku fikirkan aku mahu luahkan.
"kalau iDAN segan dengan Isa saya boleh hantar" mungkin dia perasan, nampak ketidakcerianya wajah aku.
"Tak apa, janji saya sampai Kampar nanti!, asalkan jangan sampai menyusahkan orang!..." Dalam hati memang aku ni pun telah menyusahkan!. Nak balik dengan keretapi bersama dengan Zuraidah dia masih tak mahu senyum denganku!. Aku terbayang akan Kampar yang memang amat kusukai suasananya. Aku mahu tidur di sana & jumpa nyonya Hotel tu yang telah kenal mesra denganku.
- bersambung

4 ulasan:
cam ne... dh ingat ke Isa.. Dia ingat sangat dgn mike lagi.. tu yg teman cdgkan tu.. mmg blh teman hntr.. cuma kebetulan dia ada.. teman ikut short cut via simpg pulai ke B Gajah..sorry kalau mike msh segan kan dia.. tp dia happy jumpa mike.. mmg byk beza dia jika kita tengok gmbr masa student dulu..
Gambar siapa tu abang iDAN?
Prof Nizam;
Dah ingat dah, bila lihat gambo Isa masih di SMI memang jauh bedanya masa dia kita jumpa tempoh hari.
Bila teman dengor dia nak balik terus ke KL terasa pula menyusahkan dia; sebab teman perasan jalan dari Gopeng ke Kampo tu asyik sesak.
Memang segan sangat dengan dia sebab tak kenal & rasa asing sangat; macam kes Zuraidah dia jenis susah senyum maka tak jadi nak balik ngekor dia naik keretapi ke KL.
Tenguk kereta MPV Isa teman tak berani nak masuk; samalah kalau Prof pakai BMW macam si Sabri teman pun segan amat. Biasalah jiwa kita memang jauh berbeda.
Tapi bila tenguk gambo lama terasa dekat & mesranya!.
Inilah Natijah 30 tahun lebih berpisah!.
Dik VIC;
Semua tu rakan sebaya masa kami di St. Michael's Inst Ipoh (SMI) masuk tahun 72. Kami buat alumni minggu lalu sebab rata-rata 33 tahun lebih tak jumpa.
Abg tinggalkan SMI tahun 77, VIC ada tak tahun tu?.
Abg patutnya dah macam Moghom!
Catat Ulasan