Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

28 Julai 2010

Resipi rumahtangga bahagia (Delima Merkah)

Apakah itu rumah tangga???



adakah.... anda melihat gambar seperti di atas...dalam rumah mesti ada tangga..kah! kah! kah!
Sekarang saya nk ceritera pasal resipi rumah tangga bahagia..Hummm...mcm mana tu??
Mulakan resipi...jeng! jeng!



Seorang chef ingin mengerjakan kewajipannya..... ;)

Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan al-Quran & Sunnah.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (menggoda, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja
berpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:
1. Kita adun dgn cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.

Peringatan: Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang. Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.

selamat mencuba............. !


nah! ambik rasa saya yg buat ! :D

2 ulasan:

fairuz berkata...

salam...resipi yg menarik :)

mudah2n tak ditakdirkan gas memasak habis atau hujan mbasahi arang untuk memasak...

iDAN berkata...

Sdr Fairuz

Terima kasih memberi komen@respon.

Dalam rumah tangga sering campur tangan Mertua buat keadaan hubungan menjadi genting; malahan ada yg bercerai-berai; ini kena dibetulkan, sebaiknya kita generasi baru dapat menangani rumah tangga anak-anak dengan aman & bijaksana.

Jika terjadi perselisihan faham keluarga anak-anak sebaiknya kita mendamaikan bukan mencurah minyak ke api membara!.