Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

22 September 2010

Minyak Gamat punca angkara anak kita Melayu sukar mendapat BM... A semasa UPSR


oleh Idan Radzi pada pada 22hb September 2010 pukul 12.41 ptg

1. Azim keliru dengan soalan BM, soalannya lebih kurang begini.

Ketika perlawanan akhir bola sepak , Stadium Bukit Jalil ..... dengan penyokong pasukan kedua-dua pihak, sepanjang perlawanan stadium sentiasa..... dengan sorakan penonton.

UPSR biasalah dengan jawaban okjektifnya A padat... riuh B dipenuhi... bising C dibanjiri... gamat D dilimpahi ... bergema

Cubalah anda bayangkan ketika anak kita berumur 12 tahun mahu mencari jawapan yang tepat. Aku seorang penyair pun keliru, sebab boleh dikatakan semua jawapan boleh belaka. Soalan Perangkap. Dari pengamatan aku mungkin kut! jawapan yang tepat adalah C.

2. Isu yang timbul bila sebut gamat anak Melayu terbayang Minyak Gamat & pastinya gerun nak pilih ini. Tiap kali ke Pulau Langkawi kita sering jadikan Minyak Gamat sebagai cenderahati. Kaum Cina mungkin sekadar kenal Minyak Cap Kapak atau Tiger Balm. Sebut Gamat mereka akan teruja memahami maksudnya.

3. Bahasa Sukan sering berbeda dengan Bahasa Baku; aku pun tak faham kenapa mesti ada Soalan Perangkap begini yang buatkan anak-anak kita pecah kepala memikirkan jawabannya.

Maka tak hairan lah si Aziq gagal mendapat A dalam UPSR lantaran Soalan Perangkap ini; bak nak main teka-teki. Sedih juga hati ini si Aziq mendapat 4A 1B. Bahasa Ibunda sendiri dia gagal mendapat cemerlang. Aku tak salahkan dia tapi aku tetap mengatakan ada kalangan cikgu tak peka pengaruh Minyak Gamat dalam masyarakat kita.

Aku tetap berdoa Azim sepandai Anif akan mendapat A dalam BMnya.

7 ulasan:

Chenal berkata...

kekadang org dewasa cm kita pun keliru dengan penggunaan BM...terutamanya pegawai kerajaan! lagi kesiann

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

betul kata abg idan.. semua jawapan objecktif tu boleh digunakan dalam ruangan kosong tu. Mungkin jawapan C paling tepat tapi tak bermakna jawapan lain salah. Macam mana boleh bagi jawapan yang mcm ni... konfius.. untuk darjah 6 plak tu... bukan untuk orang yang mengambil jurusan kesusasteraan melayu.

iDAN berkata...

Sdr Chenal;

Sesekali saya baca juga contoh soalan yang diberikan kpd anak-anak; banyak sangat soalan yang buat anak-anak kita keliru.

Apatah dalam pertuturan harian jarang digunakan, tambah peninglah anak-anak kita. Ramai pelajar Melayu yang pintar gagal mendapat A dalam BM lantaran soalan yang mengelirukan ini.

iDAN berkata...

Dari empat anak abg tu; Hanya Anif yang dapat A untuk BM; ternanti-nanti juga keputusan Azim; trial dia memang 5A tetapi ada cikgu tak ajar perkataan yang sinonim begini.

Seperti ayat baju itu lawa; tak diterima dalam BM sebab kononnya Bahasa Pasar

Yang betul ialah Baju itu cantik. Saya rasa benda begini sengaja nak jatuhkan minat & percapaian anak-anak kita.

Cantik kata cikgu adalah Bahasa Baku dalam exam kena pilih cantik.

Banyaklah cikadak cikgu BM jika benda macam ini pun nak diperdebatkan.

Lizzie Yasmin berkata...

kadang - kadang benda mcm nie pengaruh media jgk... contohnya lawa di gunakan dlm dialog drama,contoh dialog oleh nabil " awek tu lawa oo.. "
kalu budak2 msti cepat ikut so kadang - kadang smpai dorang tak tahu nak beza antara benda tue baku or tak.. kita orang tua pun salu tersalah coz dah byk sangat mix dalam bahasa dengan bahasa english..
Sebab tue lar, bahasa ibunda kita sendiri pun sekarang kene hantar pi tuisyen, tak boleh di pandang ringan. Jangan cakap kita orang melayu comfirm mahir bahasa melayu teror..
(sebagai contoh bahasa saya sendiri, semua tungging-langgang, cmpur eng):)

zeqzeq berkata...

susah juga..bila nak teliti..secara logik..umur 12tahun


master perkataan adalah 'sorakan'
banjir dah tak ssuai..

hanya gamat dan riuh..
riuh kena pakai rendah..

Tanpa Nama berkata...

Ini soalan bonus...semua jawapan adalah betul, tiada jawapan yang salah. Soalan ini akan menjadi penyelamat untuk calon UPSR yang hampir dapat A untuk Bahasa Melayu. Semua calon yang menjawab soalan ini diberi markah. Siapa yang tidak menjawab, rugi...kosong markah untuk soalan ini. Soalan bonus sebegini bukan sesuatu yang aneh pada kertas soalan objektif. Jadi, jangan gusar atau gamat atau ghaflah atau kecoh kerana SEMUA jawapan soalan tersebut adalah BETUL.

sri hartamas