iDAN
23 Januari 2011
Terperangkap
Ramai antara kita terperangkap akan resmi duniawi, semakin hari semakin ramai isteri telah keluar rumah sampai tidak punyai masa meladeni keluarga terutama suami yang semakin terbiar; apatah lagi bila ego melanda terhadap suami yang jauh lebih rendah kedudukan atau statusnya. Malahan ramai antara ulamak moden terlalu taksufkan hak wanita, keutamaan wanita sampaikan mentafsirkan sesuatu yang merugikan kaum wanita atau tugasan seorang isteri itu sendiri.
Cuba amati ini; bagaimana Islam asasnya meletakkan kedudukan wanita di atas muka bumi ini.
Untuk mendapatkan keberkatan dan keredaan Allah SWT untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti di bawah :-
1. Memberi/membuat segelas air untuk suami : Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.
2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami : Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang diberi pada suami : Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus.
4. Menghamilkan benih suami : Fadhilat : mendapat pahala syahid.
5. Isteri mandi Junub dengan suami : Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin.
6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak : Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka serta sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.
7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan : Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah
8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredaan suaminya terus masuk syurga.
Amati betul-betul, Islam tidak pernah mewajibkan isteri memasak tetapi Islam menjanjikan pahala membuat haji & umrah tiap kali mengenyangkan suami. Namun jika asyik makan luar bagaimana mungkin isteri dapat pahala sedemikian apatah lagi berkira amat dalam berbelanja, asyik mahukan suami keluarkan belanja.
Pun baca lagi tentang perempuan.
Wanita
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
2. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
3. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
4. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memeberati auratnya iaitu memakai purda di dunia ini dengan istiqamah.
5. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
6. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah” Allah akan memberkati rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu di Baitullah
Isteri
8. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
9. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
10. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
11. Jika wanita memicit suami tanpa di suruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan wanita memicit suami bila di suruh akan mendapat 7 tola perak.
12. Wanita yang hidup bersederhana dengan tidak membebankan suami, maka setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga.
13. Isteri yang menyediakan makanan yang mengenyangkan untuk suaminya akan mendapat pahala haji dan umrah.
14. Isteri yang memberi / membuatkan segelas air untuk suaminya akan mendapat pahala 1 tahun puasa sunat.
15. Setiap titisan air masakan dan basuhan wanita akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
16. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.
17. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
18. Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, dan suami yang melihat isterinya dengan penuh kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
19. Isteri yang mandi junub bersama suaminya akan mendapat pahala seperti sedekah 1000 ekor kambing kepada fakir miskin.
20. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.
21. Seorang isteri yang menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
22. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
Ibu
25. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
26. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
27. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
28. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
29. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
30. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan di kira sebagai mati syahid.
31. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
32. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
33. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya oleh Allah dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
34. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
35. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
36. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
37. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
38. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
39. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
40. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
41. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
42. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
43. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” "Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Wanita yg letih, laki yg ego..bertembung dgn wang.
zaman sekarang paksu..banyak wanita dh berkerjaya..jadi gaya hidup pn berubah...tapi kalu yg duk rumah pn x leh nk memenuhi ciri2 tu...agak melampau la wanita tu..kn?
menarik entri paksu ni..share la kt wall fb..leh liza share...hehee
Zeq;
Semua lelaki impikan isteri nan baik, taat & sentiasa menghormati suami. Namun di zaman kini ramai kalangan isteri setelah suami izinkan mereka berkerja sering terleka; bila bab duit maka akan berkata;
"Abg kena tunaikan kewajiban dalan nafkah segala... ini duit saya & hak saya!" suami makin kecut, duit mmg habis semua dicurah untuk rumah tangga, top-top bila sudah tua suami tak punyai apa. Isteri mengumpul harta & laba. Suami dipandangnya amat kecil semua. SMS bertalu entah dari lelaki mana?.
Liza,
Yang berkerja ini semakin rasa boleh berdikari & egonya pasti tinggi. Cukuplah kalau kita di jalan raya. Perhatikan gelagat wanita berkereta mewah dengan spek hitam & HP canggih di tangan... silap-silap paksu yang pakai kapcai ini pun tersimbah becak di jalanan dek lekanya dia berHP langgar segala lopak di jalan.
Paksu pernah punyai KJ seorang wanita; sekarang katanya telah jadi Dekan. Anginnya melampau; dia cantas paksu ini macam kita ini hamba abdi dia sahaja; ketika khidmat kita diperlukan kita dihormati & dipuji... ketika dia lihat kita ini ada masalah tak seiring dengan visi dia huh! dia cantas & tak mahu tenguk muka kita lagi.
Itu baru kita nampak masalah di luar rumah di dalam rumah tangga entahlah.
Catat Ulasan