Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

07 Januari 2011

Trauma hilang orang tersayang

KUALA LUMPUR: Trauma akibat kehilangan orang tersayang dipanggil dalam bahasa saintifik ialah ‘gries’ atau tindak balas tubuh dan mental yang berlaku apabila terjadinya kematian individu amat disayangi termasuk ibu bapa, kekasih atau pasangan hidup.

Pengarah Pusat Kajian Sains Penagihan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Hussain Habil berkata, jika pesakit trauma tidak menjalani rawatan pakar atau inisiatif sendiri untuk pulih seperti melakukan aktiviti keagamaan, perbincangan serta nasihat daripada orang terdekat, kebarangkalian dirinya menjadi lebih parah atau disebut ‘patological gries’ semakin tinggi.


Dr Hussain berkata, trauma secara normal boleh pulih dalam tempoh kurang daripada enam bulan, namun jika tidak dirawat hingga ke tahap parah akan memakan masa bertahun-tahun untuk pulih seperti sedia kala.

“Ramai sebenarnya pesakit seperti ini yang berpunca daripada kehilangan orang dikasihi. Jika sebab kemalangan atau sakit pun trauma, lebih-lebih lagi andainya punca kematian sebab dibunuh.


“Tanda-tandanya ialah tak boleh tidur, tak berselera makan, murung dan sentiasa teringat kepada si mati. Ia tak boleh dibiar berlarutan sebab akan mengganggu aktiviti harian termasuk kerja dan bersosial,” katanya.


“Lebih teruk jika tanda seperti diabaikan tanpa rawatan, individu itu akan mengalami halusinasi. Umpamanya kerap mimpikan si mati, terasa seperti orang tersayang itu selalu berada di sisi dan kerap terdengar suara panggilan walaupun hakikatnya tidak ada,” katanya.

Beliau yang juga pakar psikiatri Fakulti Perubatan UM, berkata kaedah rawatan yang dilakukan di hospital biasanya pendekatan kaunseling dan jenis-jenis ubat kurangkan tekanan mengikut tahap pesakit untuk meleraikan gries atau trauma itu.


Bagaimanapun, katanya, halusinasi adalah berbeza dengan gila dan ia lebih kepada kekuatan mental dan kejiwaan yang boleh dirawat.

“Kalau tak dapat atasi trauma dengan kaedah mudah seperti ritual sembahyang dan zikir, berbincang dengan kawan dan dalam masa sama sentiasa bermimpi terutamanya menakutkan, kena pergi dapatkan rawatan pakar. Jangan sampai tahap parah sebab ambil masa panjang untuk baik,” katanya.

Dr Hussain mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai keadaan anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, bermimpi Allahyarham datang ke pejabat, seolah-olah menggambarkan impian arwah supaya melebarkan empayar perniagaan.

Laporan memetik, selepas enam bulan pemergian ibu tercinta disebabkan kematian sadis bersama tiga individu lain di Banting yang menggemparkan negara, dia yang lebih mesra dipanggil Rita meluahkan berasa seperti Allahyarham masih hidup.

MyMetro

Tiada ulasan: