iDAN

10 Februari 2011

Imej kenangan di Melaka & PD 2 (Singgahsana)

Saat bersantai bersama keluarga amatlah damainya kenapa terkadang kita kepung hati kita dengan pergolakan sedangkan mana mungkin hidup ini tiada suri ujian mana mungkin hidup ini akan cukup segala tak mungkin yang bulat itu akan datang bergolek yang pipis itu akan datang melayang dengan sendirinya hidup ini terlalu kejap kenapa mahu kita isi ianya dengan keresahan gunakanlah segalanya dengan segala kesyukuran

6 ulasan:

Murni Alfathunnisa berkata...

salam..
tak pernah menjejakkan kaki ke PD lagi. Teringin nak tengok pantai nya. Cari ketenangan...

asilahmuhajer berkata...

cantik gambar2 ni. kenapa plak baling2 tikar tu??

iDAN berkata...

Sdr Siti Murni;

Selain Morib & Bagan Lalang, PD antara pantai terdekat dari Lembah Klang; bebaru ini musim cuti sekolah terlalu ramai pengunjungkan hinggakan pantai persendirian yang agak terpencil pun ramai sangat pengunjung.

Dari Telok Kemang ke atas airnya mmg nampak jernih biar pun dulu kecuh masalah kandang babi... Pantai kami pergi ini sekitar Batu 9 mmg damai & cantik...

iDAN berkata...

Cikgu... biasalah jika dah penat berkelah & air punya kuat berhembus ketika baik tikar ini tak beli lagi layang-layang; lepas tu leka bermain layang-layang pula...

Sesekali ke pantai mmg seronok & ingin ke sini lagi. Banglow Sime Darby sewakan sekitar RM60 semalam; apartment pula sekitar RM40 semalam; buat stafnya sahaja (Dlm tempoh 3 bulan sekali)

asilahmuhajer berkata...

macam menarik je banglo sime darby tu. bukan staff boleh stay situ tak?? kot2 dia bolehkan dgn rate berbeza ke??

iDAN berkata...

Boleh dengan cara ada rakan kerja di sana; biasanya mereka guna nama staf Sime Darby jika mahu sewa lebih dari satu apartment atau banglow. Jika tanpa melalui staf Sime Darby tak pasti, selalunya mmg tertutup untuk orang luar.

Kita pakat-pakatlah jika nak pergi; kami mungkin sekitar 3 bulan lagi akan sewa lagi ke sana. Kak Mila tu layak sewa banglow atau apartment; apartment agak jauh dari pantai kena melintas jalan pantai masuk ke pagar banglow & baru akan ke pantai; tapi di apartment ada kolam renang.

Banglow tiada kolam renang jika satu keluarga mmg sunyi. Ada sekitar 5 buah banglow sahaja. Kena pergi beramai baru meriah.

Di apartment tempoh hari tak dibenarkan masak; sekitar Telok Kemang banyak amat gerai & restoran. Kami beli bungkus & makan di pantai!.