iDAN

24 Mac 2011

TERAS ITU SERING MENGECEWAKAN

Salah satu syarat yang Sime Darby kenakan: Jika anak staf mahukan hadiah kecemerlangan
Pelajar kena mendapatkan kelulusan 8A ke atas serta Bahasa Inggeris (BI) Bahasa Malaysia (BM) & beberapa mata pelajaran teras mesti A; Aziq pula memang tersilap baca soalan
terperangkap dengan BI; dari UPSR hingga PMR pun di peperiksaan percubaan SPMnya
Aziq belum pernah mendapat B untuk BI. Ini yang dia amat terkilan.

Wisma dia tak layak pun memohon untuk mendapatkan hadiah penghargaan kecemerlangannya di Sime Darby kata Mila hadiahnya agak lumayan sekitar RM1,000. Begitulah jika telah tiada rezeki biarpun dia dapat 9A 1B (B+) terimalah seadanya.

Maka itu aku sering mengatakan hukum alam atau peraturan manusia manalah ada tepat & adilnya. Apalah salahnya jika tak memenuhi syarat utama tersebut, berilah sekadar sebahagian kadar penuh. Lagipun kita duduk di Malaysia apakah Bahasa Inggeris itu adalah segalanya,
seandainya pun jika BM itu jua mesti A, apalah salah jika mendapat B dalam BM masih layak diberikan penghargaan tapi tidaklah dapat sebanyak syarat utama. Rasanya itu lebih adil asalkan syarat 8A ke atas itu dapat dimiliki oleh pelajar. (Seperti Kesatuan Penduduk Jenaris lakukan cuma perlu 6A tanpa syarat mata pelajaran teras.)

Cara Sime Darby lakukan memang melukakan hati anak-anak kita malahan kita sebagai ibu ayah pun rasa amat kecewa. Bagiku syarat begini samalah nasib kaum kita yang mahu kerja
di kompeni kaum asing yang mensyaratkan kita pandai berbahasa cina. Bumi ini bagaikan hilang martabatnya bila kita sebut asalnya nama bumi ini Tanah Melayu pasti ramai pula yang menyanggah menuding jari ke arah kita; katakan kita mainkan isu perkauman.

"Tak payahlah ayah nak minta duit macam itu buat malu saja kalau kita tak memenuhi syarat lupakan saja...!" desah Aziq buat aku malas nak fikirkan tentang Sime Darby, semua tahu Sime Darby itudalam pengaruh siapa pun kaum mana yang mentadbirnya.

(Mila kini kerja di Sime Darby, asalnya di Island & Peninsular kemudian Golden Hope semuanya gara-gara Penggabungan)


4 ulasan:

iDAN berkata...

Aku terfikir jika anak kita berjaya seperti Aziq kita tolak kejayaan tersebut semata-mata mahu memertabatkan Bahasa Inggeris, alangkah naifnya kita & tidak bersyukur akan kurnian Ilahi.

Itu yang berlaku dengan Sime Darby; syaratnya terlampau ketat sampaikan siapa juga terperangkap dengan syarat ini pasti rasa terkilan.

Cetusan berkata...

alahai..,..

iDAN berkata...

Zeq, siapa tak mahu duit terpijak, kata Kak Mila mmg Sime Darby akan kasi sekitar RM1,000 jika memenuhi syarat 8A serta mata pelajar teras itu;

Alahai gara-gara BI itu tak dapat A maka tak dapat sesen pun... biar pun berbelas A...

Esok mungkin ubah lagi nak A+ pula BInya, jika memang tak ada rezeki;

Alangkah baiknya BI itu macam BM boleh diambil satu mata pelajaran tunggal bagai zaman kita dulu...

norzillawatie binti zahidin berkata...

folo u.folo me gak ea