iDAN

12 April 2011

Tinggal kenangan

Selalunya kami ke Singapura pasti ditemani oleh waris sebelah Yong Mazie. Hubungan adik beradik Yong Mazie memang amat rapat. Bila sahaja tahu Opah Binya datang pasti ada yang datang ke Johor Bahru. Kami selalu naik bas ke Kota Singa. Pernah juga naik kereta. Aku kira menganggur ketika itu tak adalah apa yang dibeli. Duit tak mandang. Yang bagusnya jarang amat kami kena cukai. Lagipun kami beli taklah sebanyak mana, nak bawa balik bagaimana.

Wan Bi selalunya banyak membeli kain ela, kain batik atau pakaian perempuan. Dia jual cara berhutang bayar bulan, tenguklah berapa orang kampung mampu bayar; ada yang bayar tiga kali tak ramai yang beli secara tunai. Tak dinafikan Wan Bi ini darah berniaganya amat kuat. Mungkin juga lantaran dari darah pedagang. Aku tak pasti Wan Bi kenal atau tidak ayah & ibunya sebenar. Dia asalnya dari keluarga cina; di ambil sebagai anak angkat orang berada di kampungku. Sebut Pak Alang Bandor semua orang sekitar Kota Bharu Perak kenal. Rumahnya aku masih dapat bayangkan. Punyalah besar jenis rumah tradisional lama; tiangnya besar serta amat tinggi. Tangganya sahaja tak kurang dari tiga tangga. Biliknya pun tak kurang enam bilik lebih.

Jika kita amati muka AC Mizal memang mirip muka cina, pastinya mengikut muka Opah Bi. Suami pertama Opah Bi hilang masa perang Jepun. Yeop Zaini berbinkan Hashim. Aku sendiri tak pernah lihat siapa Hashim ini, hidup atau mati aku pun tak pasti. Bermakna atok sebenar AC adalah Hashim.

Apakku yang jaga ayah AC sejak umurnya 3 bulan lagi. Sebut Md Sesh semua orang sekitar Kota Bharu Perak pasti kenal. Md Sesh adalah nama panggilan apakku. Hatta lorong ke rumahku diberikan nama Lorong Md Sesh sempena nama arwah apak.

Aku masih ingat ketika aku berumur lima tahun barulah apak kahwin dengan Wan Bi, janda beranak satu. Masa itulah pernah aku ceritera di blog lamaku; emak lari dengan Cik Peah. Wan Bi jadi isteri ketiga apak, dua lagi isterinya menolak kehadiran Wan Bi.

Bayangkanlah sejak berumur 3 bulan lagi ayah AC itu dijaga oleh apak hinggalah ketika aku berumur lima tahun barilah ayah bernikah dengan Wan Bi. Yeop Zaini ketika itu telah pun sekolah menengah. Begitu lama apak jagai sara hidup Wan Bi. Jika AC kini berumur 40 tahun pastinya ayahnya sekitar ini 65 tahun. Bermakna ketika itu pasti Yeop Zaini sekitar belasan tahun.

Baiknya apak adalah lantaran dia jenis suka membantu orang; ramai anak saudaranya dia yang bantu dalam belanja pendidikan atau kesusahan lain. Adik beradik apak seramai empat orang boleh dikatakan semuanya dia akan bantu jika ada bermasalah kewangan. Apak adik bungsu, dia seorang lelaki. Sementelah itu semua harta pusaka, tanah pusaka apak yang uruskan. Apak berniaga kedai runcit, kedai jual beli getah, kedai kopi & beberapa cawangan kedai lain. Dia ambil alih perniagaan yang asalnya emak yang bermodalkan. Emak bermodal niaga bersama Pak Yunus yang meninggal ketika usia muda. Keluarga Pak Yunus tak mahu meneruskan perniagaan ketikalah apak berkahwin dengan emak. Tak pasti bagaimana orang dahulu selesaikan perjanjian atau modal asal yang Pak Yunus & emak kongsi bersama.

Perniagaan apak memang maju ketika itu aku masih di zaman kanak-kanak. Pernah aku ke Kota Bharu Kelantan, apak ada pemandu sendiri. Pergi nak jumpa Yeop Zaini yang bertugas di sana. Pernah arwah apak pakai kereta Peugeot yang lampu belakang tajam itu. Pekerjanya belasan orang. Boleh dinobatkan orang kaya di kampungku. Apa yang menarik apak pasti ada Vespa. Rosak satu akan tukar satu lagi.


Apak juga pernah pakai motosikal besar Triumph; dia kemalangan berbulan lututnya koyak, selepas kemalangan dia tak pakai moto itu lagi & terus menggunakan Vespa; dari model awal hinggalah ke model terbaru. Vespa memang kuat angkat barangan berat. Kalau angkat getah keping sampat sarat, jika tenguk dari belakang hanya nampak jambul sahaja penunggangnya.

Setelah beristeri tiga perniagaan apak semakin merundum. Masa apak telah berkahwin dengan Wan Bi aku masih ingat sambil berniaga dia memotong getah (toreh getah) di tanah Paya Asap. Tanah Paya Asap sempat kutebus. Aku amat sayang tanah ini dan akan mempertahankan hak miliknya hingga kini. Ianya sebagai tanda kenangan harta sepeninggalan apak.

Sikap apak tak pernah dia membedakan anak-anaknya, termasuk Yeop Zaini, biar pun bukan darah dagingnya. Dia adalah anak tiri yang mana ayahnya hilang tak tahu di mana, Apak menyekolahkan Yeop Zaini di Sekolah Swasta yang mana kerabat Di Raja ramai di sekolah sana. Mungkin pernah dengan Royal English School Batu Gajah. Di sekolah inilah Yeop Zaini bersama Yot abg kandungku yang tertua belajar.

Lulus MCE Yeop Zaini sambung belajar secara PJJ, hinggalah dia jadi Ketua Polis Daerah & disayangi oleh Sultan Pahang. Jika tak silap dia dapat gelaran Dato' pun dari Sultan Pahang. Tak hairan AC pun mudah mendapat gelaran Dato' sebab hubungan yang baik antara ayahnya dengan Sultan Pahang.

Aku hanya pernah ke rumah Yeop Zaini semasa dia di Johor Bahru & di Taman Koperasi Cuepacs di Jalan Cheras. Ketika dia kerja di Pahang, Sabah & banyak lagi tempat lain aku tak pernah pun pergi. Malahan aku tidak diundang perkahwinan Zareen & Boboi. Semua perkahwinan AC tak pernah dibuat majlis di rumahnya; AC ini pelik sikit tiap kali bernikah tak pernah dapat restu dari emak & ayahnya. Dalam blog lamaku aku ada ceritera kisah AC ini. Zareen & Boboi buat kenduri kahwin dengan amat meriahnya di Muar. Masa majlis perkahwinan Zareen Wan Bi masih ada lagi, aku dapat melihat video majlis pernikahan Zareen.

"Kenapa Wan Bi tak jemput kami masa Yeop Zaini buat kenduri kahwin Zareen ni.."

"Entahlah iDAN Wan Bi boleh terlupa kamu berdua!... tak ingat langsung!" masa kenduri kahwin itu aku telah pindah di Jenaris.

Majlis perkahwinan Afiz baru-baru ini ada hantar kad buat Yeop Zaini, AC & keluarga nan lain di Muar sana. Mereka tak pun ingatkan kami lagi.

Apak kena strok di rumah AC di Taman Koperasi Cuepacs, masa dia datang KL sebab Wa Bi rindu amat akan Yeop Zaini & cucunya. Masa itu AC telah jadi artis 4U2C. Apak Nazak di HKL selama tiga hari di CCU. Keluarga AC yang banyak berjasa untuk menguruskan segala; emak AC ketika itu dah pakai pakaian seragam biru tak tahulah apa pangkatnya di hospital. Dia yang menghantar apak ke Hospital Pantai di Jalan Cheras; pihak hospital tak dapat terima kes lalu menghantar apak ke HKL. Aku seorang diri di ambulan mengiringi apak ke HKL.

Sehari sebelum apak meninggal dunia, dia menangis tersedu-sedu lantaran terkejut aku dengan Mila telah hampir setahun tinggal berasingan. Aku menceritakan bagaimana emak Mila membohongi Mila yang aku telah menceraikan dia. Aku sekadar mahu menyatakan kami akan kembali tinggal bersama, dia terharu sangat anak bungsunya terlampau simpan rahsia. Dia banyak merokok ketika itu sebab menahan hibanya tentunya; Aku berandaian hiba itu membuatkan dia strok tentunya.

- bersambung

Tiada ulasan: