iDAN
10 Mei 2011
Menangis meraban sendiri.
Pernahkah anda menangis sendirian, sampai bengkak mata. Tak siapa sudi memujuk. Jauh sekali bertanya kenapa. Seorang isteri pasti sering melalui ini, salah satu puncanya adalah lantaran tindakan suami. Suami sering menyakitkan hati, jika bukan lantaran terguris hati dengan kata kesat tetapi sering menguji kesetiaan kita lantaran dia gila nak kahwin lagi. Cintanya boleh berubah serta dibahagi dua.
Para remaja pula sering menangis bagaikan meraban akibat putus cinta. Selalunya lelaki suka sangat menabur janji tapi sukar amat menepati janji. Sekadar mungkin janji masih boleh disabarkan tetapi bila kekasih hati berlaku curang sungguh amat sukar kita terima. Jadilah macam cerita Pardes, kemodenan tak kan mungkin dapat mengikis rasa cemburu. Waima ramai yang rela bergelar Ibu Tunggal dari seharian makan hati. Bukan perempuan ini ego tapi semakin kita terdedah dengan kemodenan semakin lelaki ramai tidak bertanggungjawab. Alasan utamanya adalah perempuan semakin ramai. Habis madu sepah akan dibuang.
Perempuan apa kurangnya, ramai yang makin bertuhankan duit; ramai kalangan perempuan berpelajaran atau artis contohnya asyik bercerai; bila jadi janda berhias kejap amat membujang tau-tau telah bernikah dengan jutawan. Alasannya amat ringkas. Masa muda jangan diabaikan. Siapa mahu hidup derita dengan jejaka hanya ada cinta tanpa harta. Cinta tak akan megar dengan taburan bunga cinta semata. Duit adalah segalanya.
Bila telah di ambang Warga Emas ini lagilah hidup kita akan menderita bilamana tidak dihiraukan. Jika zaman muda lagi macho ada yang sudi berbual dengan kita jika kesepian. Jika berjalan-jalan pun ada yang jeling mata untuk kita tumbuh ekornya. Sekarang ini nak bawa perut boroi pun penat; anak-anak & isteri asyik tinggalkan kita. Jauh sekali kekasih yang bergelar isteri mahu berganding tangan. Yang peliknya sesekali jika kita redah saja ke mana tanpa kasi tahu anak isteri lain pula jadinya.
Kita bukan berharta sebenarnya maka kita sekadar dapat membaca berita seorang Datuk boleh kahwin dengan artis popular yang hampir separuh umur mudanya. Kita bukan juga VVIP yang mana punyai isteri yang cantik berseri, muda amat boleh dipanggil anak olehnya.
Sebab itu bukan perempuan sahaja menangis meraban, seorang lelaki juga sering terguris hati bila hidup ini terasa semakin sepi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Kahwin kikis lari..dah sedar diri Lutut tak kuat.
Crisis creates instant purpose, which creates instant energy. When our purpose is great, so is our strength and energy. unfortunately, many people forgot about the purpose is.
Salam iDan
Menangis meraban...ya, hanya org yg sgt kita sayangi yg mampu buat kita menangis meraban...
http://dangtari.blogspot.com/2011/05/ceritera-seorang-nila.html
kahidupan begitu lah...ada masa gembira....ada masa memang menangis meraban....he3
bab pisau cukur ini... tak lagi mainan perempuan tetapi kian berjangkit dengan lelaki kini...
Sdr Leeya; ketabahan diri sering tergugah bilamana hati kita muflis & tiada arah kekuatan diri...
Dang Tari terkadang dia terlalu ego buat kita tak berbaloi menangisi nasib diri...
Catat Ulasan