iDAN

21 Jun 2011

Masalah Remaja


1. Sering kita dengar anak remaja kini semakin suka keluar rumah. Selalunya mereka suka bersantai di Pusat Membeli Belah atau atau Siber Cafe atau sekadar ketemu rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan ini amat mempengaruhi dunia remaja mereka. Sebagai ibu & ayah kita sekadar dapat memantau dari jauh, sukar dapat bercampur aktiviti mereka sebab tak sepadan pun mana mungkin sesuai dengan jiwa mereka jika kita bersama.

Antara langkah yang dapat kita ambil cuma:
  • Pastikan rakan mereka ini kalangan remaja yang baik. Boleh dikesan dengan cara pakaian mereka pun perwatakan mereka. Jika mereka merokok perlulah kita menegur bukan menghalang agar mereka jangan terambil dadah. Sebaiknya nasihat anak kita jangan pilih rakan yang merokok itu lebih selamat.
  • Pastikan mereka tak keluar sampai larut malam, sebaiknya matahari terbenam mereka telah ada di rumah. Latih mereka menjaga waktu, jangan biarkan mereka leka dengan dunia hiburan, komik atau komputer hingga menggabaikan pelajaran mereka. Berhibur boleh tapi biarlah kena pada ketikanya.
  • Solat itu tiang agama, pastikan anak remaja kita solat pada waktunya. Jika mereka solat mudah kita mendidiknya tetapi perlu diingat solat semata tanpa berlaku sopan santun yang baik memang satu masalah juga.
2. Remaja yang bersikap kasar & selalu tidak menghormati orang tua. Ini makin banyak berlaku berpunca dari suasana keluarga kita. Sering berlaku remaja yang bermasalah adalah lantaran dalam rumah tangga kita sering ada perbalahan atau berselisih pendapat antara ibu & ayah. Selalunya anak perempuan akan melihat di mana dia boleh berlindung, anak lelaki akan membawa diri & akan bersikap kasar. Sebab itu jika ingin bertengkar atau berdebat dengan suami atau isteri jangan di depan anak-anak. Takutnya nanti anak-anak akan menjadi Hakim yang silap menghukum.

Cari mengatasi masalah ini.

  • Jangan sesekali mengasari anak ini, apatah lagi mereka memang telah remaja atau pandai berfikir. Jika mereka berkelakuan kasar kita kena pandai mengawal perasaan kita & akur diri dengan mengatakan mungkin diri sendiri yang salah. Anak-anak memang ibarat kain putih ibu & ayah yang mencorak kelakuannya serta peribadinya.
  • Nasihat baik-baik, jika dia bergaduh dengan ayahnya. Ibunya kena menenangkan dia. Begitulah sebaliknya. Ayah kena mendamaikan dia dengan ibunya jika berbalah. Jangan pula menjadi batu api. Tak ada bagusnya jika ibu atau ayah melagakan anak-anak dengan kedua orang tuanya. Memang ada ibu atau ayah yang tak baik kelakuannya tetapi sebagai anak tidak boleh sama sekali jatuh derhaka dengan ayah & ibu. Anak boleh menegur ayah atau ibu tetapi adalah lebih baik mendoakan mereka agar menjadi ibu & ayah yang bertanggung jawab.
  • Di samping menasihati secara baik, hanya cara berdoa agar anak-anak menjadi anak yang Soleh & Soleha. Tak ada kuasa kita mahu membetulkan jiwa remaja anak-anak jika ianya kian menjadi buluh kecuali dengan kudrat doa yang bakal merubahkan segala. Ibu & ayah kenalah memcerminkan kelakuan sopan santun jika mahukan anak yang tahu menghormati orang tua.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

panduan yang bernas..